Saturday 10 May 2014

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)


KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

·         Tokoh-tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
·         Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia dari Semenanjung Tanah Arab
·         Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China
·         Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui India


SOALAN STRUKTUR

Pelbagai teori dikemukakan oleh sejarawan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
·         Dari Semenanjung Tanah Arab
·         Melalui China
·         Melalui India

(a)    Senaraikan tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam di atas.
 [2 markah]

(b)    Berikan bukti yang menyokong teori kedatangan Islam berikut :

         Kedatangan Islam melalui China
 [2 markah]

         Kedatangan Islam melalui India
 [2 markah]


(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.
 [2 markah]


(d)    Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menerapkan  Islam dalam bidang perdagangan di negara kita ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a) Senaraikan tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam di atas (teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).

·         John Crawford
·         Syed Naquib al-Attas
·         Snouck Hungronje
·         Emmanuel Gadinho Eredia
·         S.Q. Fatimi
 [2 markah]

(b) Berikan bukti yang menyokong teori kedatangan Islam berikut :

      Kedatangan Islam melalui China

·         Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
·         Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia Tenggara
·         Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
·         Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,
·         Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina China.
·         Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.
·         Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-ciri seni bina China.
·         Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan  tangga
[2 markah]

      Kedatangan Islam melalui India

·         Hubungan perdagangan India – Asia Tenggara sudah lama terjalin
·         Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.
·         Batu marmar nisan makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.
·         Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat Asia Tenggara.
 [2 markah]


(c) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.

·         Menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam.
·         Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·         Menunjukkan sifat mahmudah.
·         Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
·         Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
·         Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
·         Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
·         Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
·         Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
·         Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
 [2 markah]


(d) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menerapkan Islam dalam bidang perdagangan di negara kita ?

·         Menghapuskan amalan riba dalam perniagaan
·         Mengamalkan sistem ekonomi Islam
·         Memperkenalkan sistem perbankan Islam
·         Menyediakan peluang perniagaan sama rata kepada semua kaum
·         Mengamalkan konsep sedekah dalam perniagaan
·         Memberi tumpuan kepada perdagangan antarabangsa
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]




SOALAN ESEI

Maklumat di bawah berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Tokoh
Teori
John Crawford
Islam dibawa dari Tanah  Arab
Emanuel Gadinho Eredia
Islam dibawa melalui China
Snouck Hungronje
Islam dibawa melalui India

(a)    Terangkan bukti yang menyokong teori di atas.
[9  markah]

(b)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
[6  markah]

(c)     Pada pendapat anda, mengapakah Islam tersebar dengan mudah dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara ?
[5  markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan bukti yang menyokong teori di atas (teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).
     
Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab

·         Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.
Pedagang Arab yang berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun.
                Mereka menetap dan membina perkampungan.
                Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.
                Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.
·         Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.
·         Terdapat persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan Arab.
Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.
Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.
·         Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang Melayu dengan budaya Arab.
Contohnya amalan menghormati tetamu
Contohnya tarian dabus dan zapin berasal dari Arab
·         Karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab.
Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh Ismail dari Tanah Arab.
Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.
·         Penulisan kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.
Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.
Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah Arab.

[9  markah]

Teori Kedatangan islam Melalui India

·         Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalin
Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.
Pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Koromandel menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
·         Makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.
Batu marmar nisan dan makam tersebut menyamai marmar di India
·         Masyarakat  Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari segi budaya.
Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat di Asia Tenggara.
[9  markah]


Teori Kedatangan Islam Melalui China

·         Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab.
·         Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
·         Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
·         Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
·         Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu menerusi Laut China Selatan.
·         Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina di China.
·         Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.
·         Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-ciri seni bina China.
·         Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan  tangga adalah pengaruh daripada China.
[9  markah]


(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?

·         Pedagang Islam dari Arab, China dan India menjalankan perdagangan di Asia Tenggara.
·         Pedagangan menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam.
·         Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·         Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
·         Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
·         Pedagang membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
·         Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
·         Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
·         Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
·         Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
·         Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
·         Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah Islam tersebar dengan mudah dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara ?

·         Islam mudah difahami
·         Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
·         Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan
·         Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam
·         Agama Islam dianuti oleh pemerintah
·         Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
[5  markah]

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Orang tua-tua kita memang tinggi berkias ibarat. Adunan unsur perlambangan dan mesej bukan sahaja diserlahkan dalam nada yang sangat tinggi nilai estetiknya, bahkan disampaikan sebagai nasihat yang tiada tolok tandingnya.

Nyiur gading puncak mahligai
Buat ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Budi tersemat didalam hati


4 comments:

  1. Replies
    1. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
      ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
      Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
      Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
      - Kesulitan Ekonomi
      - Banyak Hutang
      - Rejeki Seret
      - Susah Mencari Pekerjaan
      - Susah jodoh
      - Pasangan Selingkuh
      - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
      - Belum Mempunyai keturunan

      Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
      -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Tanpa tumbal
      - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
      - Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Buto Ijo
      - Pesugihan Nyi Blorong
      - Pesugihan Kembang Kantil
      - Pasang Susuk kembang Kantil
      - Pelet Mimi lan Mintuno
      - Pengasihan Semar Mesem
      - Pengasihan Jaran goyang
      - Memisahkan Pasangan Selingkuh
      - Pengobatan Kanker, HIV, dll
      - Ritual Memohon Keturunan
      - Backing Usaha
      - Pengisian Benda Pusaka
      - Mengusir Hantu dll
      - Pencalonan Lurah, Camat dll
      - Ritual Enteng Jodoh
      ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
      ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
      Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255

      Delete
  2. apakah keistimewaan asia tenggara

    ReplyDelete
  3. 2) apakah cara penyebaran
    3) apakah pengarih islam dalam pemerintahan
    4) apakah penerapan nilai islam dalam hidup masyarakat
    5) bincangkan langkah menjadikan malaysia pusat ekonomi serantau
    6) pendidikan agama dapat membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.Bincangkan.

    ReplyDelete