TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)
KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
|
SKOP KAJIAN
·
Tokoh-tokoh
yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
·
Teori
dan bukti kedatangan Islam ke Asia dari Semenanjung Tanah Arab
·
Teori
dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China
·
Teori
dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui India
SOALAN STRUKTUR
Pelbagai teori
dikemukakan oleh sejarawan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA
TENGGARA
|
·
Dari Semenanjung Tanah Arab
·
Melalui China
·
Melalui India
|
(a) Senaraikan tokoh yang mengemukakan teori
kedatangan Islam di atas.
[2 markah]
(b) Berikan bukti yang menyokong teori
kedatangan Islam berikut :
Kedatangan Islam melalui China
[2 markah]
Kedatangan Islam melalui India
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah
penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.
[2 markah]
(d) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk
menerapkan Islam dalam bidang
perdagangan di negara kita ?
[2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Senaraikan tokoh yang mengemukakan teori
kedatangan Islam di atas (teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).
·
John Crawford
·
Syed Naquib al-Attas
·
Snouck Hungronje
·
Emmanuel Gadinho Eredia
·
S.Q. Fatimi
[2 markah]
(b) Berikan bukti yang menyokong teori kedatangan
Islam berikut :
Kedatangan Islam melalui China
·
Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
·
Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia Tenggara
·
Pedagang Islam dari Canton dan Amoy
berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
·
Penemuan batu bersurat Terengganu di
Kuala Berang,
·
Unsur seni bina masjid di Nusantara
menyamai unsur seni bina China.
·
Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung
pagoda.
·
Penggunaan atap genting China, warna
merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan
ciri-ciri seni bina China.
·
Penggunaan jubin pada lantai, dinding
dan tangga
[2 markah]
Kedatangan Islam melalui India
·
Hubungan perdagangan India – Asia
Tenggara sudah lama terjalin
·
Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia
Tenggara.
·
Batu marmar nisan makam Malik al-Salih
mempunyai ciri buatan India.
·
Wujudnya unsur kebudayaan India dalam
masyarakat Asia Tenggara.
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah
penglibatan pedagang dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara.
·
Menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama Islam.
·
Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·
Menunjukkan sifat mahmudah.
·
Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
·
Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
·
Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang
Islam.
·
Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
·
Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah
tempatan.
·
Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
·
Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
[2 markah]
(d) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk
menerapkan Islam dalam bidang perdagangan di negara kita ?
·
Menghapuskan amalan riba dalam perniagaan
·
Mengamalkan sistem ekonomi Islam
·
Memperkenalkan sistem perbankan Islam
·
Menyediakan peluang perniagaan sama rata kepada semua kaum
·
Mengamalkan konsep sedekah dalam perniagaan
·
Memberi tumpuan kepada perdagangan antarabangsa
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Maklumat di bawah
berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Tokoh
|
Teori
|
John Crawford
|
Islam dibawa dari Tanah
Arab
|
Emanuel Gadinho Eredia
|
Islam dibawa melalui China
|
Snouck Hungronje
|
Islam dibawa melalui India
|
(a) Terangkan bukti yang menyokong teori di
atas.
[9 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara
yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
[6
markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah Islam
tersebar dengan mudah dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara ?
[5 markah]
JAWAPAN ESEI
(a) Terangkan bukti yang menyokong teori di atas
(teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara).
Teori
Kedatangan Islam Dari Tanah Arab
·
Pedagang Arab
mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.
Pedagang Arab yang
berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan angin
monsun.
Mereka menetap dan membina
perkampungan.
Ada yang berkahwin dengan wanita
tempatan.
Di samping berdagang mereka
menyebarkan Islam.
·
Wujudnya
perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
Ini membuktikan Islam bertapak
di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.
·
Terdapat
persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan Arab.
Penggunaan perkataan Arab dalam
penulisan.
Tulisan jawi telah diambil
daripada tulisan Arab.
·
Terdapat
persamaan adat resam dan kebudayaan orang Melayu dengan budaya Arab.
Contohnya amalan menghormati
tetamu
Contohnya tarian dabus dan
zapin berasal dari Arab
·
Karya
tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh
syeikh dari Tanah Arab.
Contohnya Hikayat Raja-Raja
Pasai menceritakan pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh
Ismail dari Tanah Arab.
Raja Pattani Phya Tu Nakpa
diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.
·
Penulisan
kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.
Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.
Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah
Arab.
[9 markah]
Teori Kedatangan islam
Melalui India
·
Hubungan perdagangan India dengan Asia
Tenggara sudah lama terjalin
Gujerat sering
dikunjungi pedagang Asia Tenggara.
Pedagang India Islam
dari Gujerat dan Pantai Koromandel menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
·
Makam Malik al-Salih mempunyai ciri
buatan India.
Batu marmar nisan dan
makam tersebut menyamai marmar di India
·
Masyarakat Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari
segi budaya.
Wujudnya unsur
kebudayaan India dalam masyarakat di Asia Tenggara.
[9 markah]
Teori Kedatangan Islam Melalui China
·
Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab.
·
Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
·
Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara,
mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
·
Pedagang Islam dari Canton dan Amoy
berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
·
Penemuan batu bersurat Terengganu di
Kuala Berang, dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang menunjukkan bahawa Islam
telah sampai ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu menerusi Laut China Selatan.
·
Unsur seni bina masjid di Nusantara
menyamai unsur seni bina di China.
·
Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung
pagoda.
·
Penggunaan atap genting China, warna
merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan
ciri-ciri seni bina China.
·
Penggunaan jubin pada lantai, dinding
dan tangga adalah pengaruh daripada
China.
[9 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara yang
digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan
Islam di Asia Tenggara ?
·
Pedagang Islam dari Arab, China dan India menjalankan
perdagangan di Asia Tenggara.
·
Pedagangan menggunakan perniagaan untuk menyebarkan agama
Islam.
·
Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·
Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
·
Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
·
Pedagang membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan
Islam.
·
Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
·
Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat
perbincangan tentang Islam.
·
Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
·
Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah
tempatan.
·
Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
untuk berdakwah.
·
Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan
Islam.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah Islam tersebar
dengan mudah dalam kalangan
masyarakat di Asia Tenggara ?
·
Islam mudah difahami
·
Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
·
Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan
·
Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam
·
Agama Islam dianuti oleh pemerintah
·
Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
·
Mana-mana jawapan munasabah
[5 markah]
Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Orang tua-tua kita memang tinggi berkias
ibarat. Adunan unsur perlambangan dan mesej bukan sahaja diserlahkan dalam nada
yang sangat tinggi nilai estetiknya, bahkan disampaikan sebagai nasihat yang
tiada tolok tandingnya.
Nyiur gading puncak mahligai
Buat ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Budi tersemat didalam hati
tq
ReplyDeleteDENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
DeleteANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
- Kesulitan Ekonomi
- Banyak Hutang
- Rejeki Seret
- Susah Mencari Pekerjaan
- Susah jodoh
- Pasangan Selingkuh
- Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
- Belum Mempunyai keturunan
Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
-Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
- Pesugihan Tanpa tumbal
- Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
- Pesugihan Tuyul
- Pesugihan Buto Ijo
- Pesugihan Nyi Blorong
- Pesugihan Kembang Kantil
- Pasang Susuk kembang Kantil
- Pelet Mimi lan Mintuno
- Pengasihan Semar Mesem
- Pengasihan Jaran goyang
- Memisahkan Pasangan Selingkuh
- Pengobatan Kanker, HIV, dll
- Ritual Memohon Keturunan
- Backing Usaha
- Pengisian Benda Pusaka
- Mengusir Hantu dll
- Pencalonan Lurah, Camat dll
- Ritual Enteng Jodoh
ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255
apakah keistimewaan asia tenggara
ReplyDelete2) apakah cara penyebaran
ReplyDelete3) apakah pengarih islam dalam pemerintahan
4) apakah penerapan nilai islam dalam hidup masyarakat
5) bincangkan langkah menjadikan malaysia pusat ekonomi serantau
6) pendidikan agama dapat membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.Bincangkan.