TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 10 (Bab 2 Tingkatan 5)
PERJUANGAN PEMIMPIN
TEMPATAN MENENTANG BRITISH
|
SKOP KAJIAN
·
Sebab
penentangan pemimpin tempatan menentang British
·
Peristiwa penentangan
pemimpin tempatan – Penentangan Dol Said, Rentap, Mat Salleh, Dato’
Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
·
Nilai dan iktibar
SOALAN
STRUKTUR
Jadual di bawah
menunjukkan pemimpin tempatan yang menentang penglibatan British di daerah
mereka.
Negeri
|
Tokoh
|
Perak
|
Dato’ Maharajalela
|
Sarawak
|
Rentap
|
(a) Apakah sebab Dato’ Maharajalela menentang
penglibatan British di Perak ?.
[2 markah]
(b) Jelaskan peristiwa penentangan Dato’ Maharajalela dan pembesar Melayu Perak
terhadap British di Perak.
[2 markah]
(c) Nyatakan dua usaha yang dilakukan
oleh pihak British untuk mengatasi penentangan tersebut.
[2 markah]
(d) Kemukakan dua alasan yang menyokong
tindakan Rentap menentang penglibatan James Brooke di Sarawak.
[2 markah]
(e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan
Rentap tidak berjaya ?
[2 markah]
JAWAPAN
STRUKTUR
(a) Apakah sebab Dato’ Maharajalela menentang
penglibatan British di Perak ?.
·
Residen bertindak
melebihi had sebagai penasihat
·
Pembesar membantah sistem
cukai baharu
·
Pembesar hilang kuasa
memungut cukai
·
British menguasai kawasan
pembesar
·
Pembesar hilang pengaruh
di kawasannya
·
British mencampuri adat
resam tempatan
·
J.W.W. Birch tidak
memahami adat Melayu
[2 markah]
(b) Jelaskan peristiwa penentangan Dato’ Maharajalela dan pembesar Melayu Perak
terhadap British di Perak.
·
Sultan Perak membantah
campur tangan British.
·
Dato’ Maharalela membina
kubu di Pasir Salak.
·
Dato’ Maharaja Lela
bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang.
·
Mereka membantah
undang-undang British.
·
Dato’ Maharaja Lela
bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar Melayu di Belanja.
·
Dato’ Maharaja Lela
mengambil tanggungjawab untuk membunuh J.W.W. Birch.
·
J.W.W Birch dibunuh di
Pasir Salak.
·
British menyerang Pasir Salak.
Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
·
Dato’ Maharaja Lela.
Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan
Pandak Induk dihukum mati.
·
Sultan Abdullah, Menteri
Ngah Ibrahim, Syhabandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.
[2 markah]
(c) Nyatakan dua usaha yang dilakukan oleh pihak
British untuk mengatasi penentangan
tersebut.
·
Menyerang Pasir Salak
·
Menangkap pembesar Perak
dan orang suruhannya
·
Membunuh pembesar Perak
dan orang suruhannya
·
Membuang negeri ke atas Sultan
Perak dan pembesar
[2 markah]
(d) Kemukakan dua alasan yang menyokong tindakan
Rentap menentang penglibatan James Brooke di Sarawak.
Tindakan
Rentap menentang James Brooke di Sarawak wajar kerana :
·
James Brooke menganggap
orang Iban sebagai lanun.
·
James Brooke hendak
menghapus orang Iban.
·
James Brooke membakar
kampung Rentap.
·
Mana-mana jawapan
munasabah
[2 markah]
(e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan
Rentap tidak berjaya ?
·
Kekurangan senjata.
·
Senjata kurang canggih
·
Tiada perpaduan
·
Tiada bantuan daripada
pembesar lain
·
Kelemahan strategi
·
Mana-mana jawapan
munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Penglibatan
British di Tanah Melayu telah ditentang oleh pemimpin tempatan seperti Penghulu
Dol Said, Dato, Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh dan lain-lain demi menjaga
kepentingan mereka daripada dikuasai oleh orang luar.
(a) Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang
British.
[6
markah]
(b) Terangkan
peristiwa penentangan Penghulu Dol Said di Naning atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
[6
markah]
(c) (i) Kemukakan
hujah anda bagi menjelaskan bahawa penentangan pemimpin tempatan terhadap
British adalah suatu tindakan yang wajar ?
[4
markah]
(ii) Pada
pandangan anda, mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak
memperoleh kejayaan ?
[4
markah]
JAWAPAN ESEI
(a) Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang
British.
·
Dasar penaklukan British
British
menakluk Negeri Melayu untuk meluaskan tanah jajahannya.
British
memperkenalkan peraturan supaya dapat mengukuhkan kedudukannya.
Pemimpin
tempatan menentang kehendak British menyebabkan berlakunya peperangan.
·
British mengeksploitasi
ekonomi tempatan.
British
menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan.
Saudagar
Negeri Selat dibenar menjalankan kegiatan perlombongan dan perdagangan bijih
timah.
Ini
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
·
Pelaksanaan pentadbiran
Barat
British
memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
British
memperkenalkan sistem cukai, peraturan tanah dan lain-lain untuk mendapatkan
hasil.
·
Kesulitan penduduk
tempatan.
Penduduk
tertekan dengan undang-undang British.
Undang-undang
British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat.
Cth: Di
Terengganu, pembukaan tanah mestilah mendapat keizinan British dan dikenakan
cukai tanah.
·
Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
Pemimpin
tempatan hilang kuasa memungut cukai.
Pembesar
kehilangan pengaruh ke atas anak buah dan kawasan pegangannya.
Pemimpin
tempatan yang mendapat sokongan anak buah mereka menentang British.
·
British campur tangan
dalam adat resam tempatan.
British
mencampuri adat resam tempatan.
British
memaksa masyarakat tempatan menerima nilai-nilai British.
Cth: Di
Perak, British melarang amalan gunakan orang suruhan.
[6 markah]
(b) Terangkan peristiwa penentangan Penghulu Dol
Said di Naning atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Penentangan Dol Said di Naning
·
British mendakwa Naning
sebagai jajahan takluknya
·
Dol Said enggan
menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada British di Melaka
·
British menghantar
tentera untuk menakluki Naning.
·
Penghulu Dol Said yang
dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan
Penghulu Gemencheh berjaya mengalahkan tentera British
·
British menyerang Naning
sekali lagi.
·
Penghulu Dol Said tidak
dibantu oleh sesiapa pun.
·
Penghulu Dol said
terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.
[6 markah]
Penentang Haji Abdul Rahman
Limbong di Terengganu
·
Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem
cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.
·
Beliau mengetuai penduduk kampung membuka
tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah.
·
Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah
milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.
·
Penduduk tempatan melancarkan serangan
bersenjata.
·
Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di
Kuala Berang.
·
Dengan menggunakan nama
Sultan, British menghantar pembesar dan berjaya menawan semula Kuala Berang.
·
Sepasukan polis menyerang
Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong.
·
Beliau dibuang negeri ke
Makkah.
[6 markah]
(c) (i) Kemukakan
hujah anda bagi menjelaskan bahawa penentangan pemimpin tempatan terhadap
British adalah suatu tindakan yang wajar ?
·
Mereka mempertahankan
kedaulatan tanah air
·
Mereka mempertahankan
adat resam dan budaya tempatan
·
Mempertahankan hak mereka
·
Mempertahankan kewibawaan
·
Mempertahankan maruah
·
Mempertahankan agama
·
Mana-mana jawapan
munasabah
[4 markah]
(ii) Pada
pandangan anda, mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap British tidak
memperoleh kejayaan ?
·
Strategi penentangan
kurang tersusun
·
Perpecahan dalam kalangan
pengikut
·
Kelengkapan senjata
kurang canggih
·
Kekurangan sokongan
·
Perjuangan bersifat
setempat
·
Mana-mana jawapan
munasabah
[4 markah]
Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Tuan
puteri Intan Permata
Raja Acheh meminang tak jadi
Hendak
berbudi tidak berharta
Hendak berkasih orang tak sudi.
ORANG BERBUDI SECARA IKHLAS TIDAK AKAN PERNAH KECEWA.
Pada pandangan anda wajarkan pemimpin tempatan menentang British?
ReplyDeletePADA PANDANGAN ANDA WAJARKAH PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteWhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Pada pandangan anda wajarkah penentangan terhadap British dilakukan secara kekerasan
ReplyDeletesgt membantu
ReplyDeleteBuktikan kejayaan pemimpin tempatan pada abad ke 19 serta contoh
ReplyDeleteMengapakah perjuangan tokoh tempatan menentang British menemui kegagalan sblm perang dunia kdua ? (tok janggut)
ReplyDeleteAnswer pleasee
ni mesti sej form 4 en
Deleteanswer
DeleteApakah faktor menyebabkan kegagalan penentangan tok janggut?
ReplyDeleteanswr please 🙏
Apakah faktor menyebabkan kegagalan penentangan tok janggut?
ReplyDeleteanswr please 🙏
Wajarkah British mengambil tindakan yang keras terhadap perjuangan pemimpin
ReplyDeletetempatan di negara kita? Berikan alasan anda
Mengapakah perjuangan pemimpin tempatan bersifat setempat?
ReplyDeletemengapakah perjuangan pemimpin tempatan bersifat setempat?
ReplyDeleteMengapakah pemimpin-pemimpin tersebut melakukan penentangan ke atas British
ReplyDelete