TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 9 (Bab 10 Tingkatan 4)
EKONOMI TRADISIONAL DAN
EKONOMI DAGANGAN
|
SKOP KAJIAN
·
Maksud
Revolusi Perindustrian
·
Faktor
yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian
·
Perkembangan
semasa Revolusi Perindustrian
·
Sumbangan
Revolusi Perindustrian
·
Hubungan
pekerja – majikan semasa Revolusi Perindustrian
SOALAN
STRUKTUR (Model 1)
Sebelum kedatangan
British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sara diri.
(a) Apakah maksud ekonomi sara diri ?
[2 markah]
(b) Sebutkan dua kegiatan ekonomi sara
diri masyarakat Melayu.
[2 markah]
(c) Apakah kegunaan lebihan hasil ekonomi sara
diri masyarakat Melayu ?
[2 markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan
ekonomi masyarakat Melayu
sebelum kedatangan British tidak maju ?
[2 markah]
(e) Bagaimanakah kegiatan ekonomi sara diri
masyarakat Melayu dapat dipertingkatkan ?
[2 markah]
JAWAPAN
STRUKTUR (Model 1)
(a) Apakah maksud ekonomi sara diri ?
·
Merujuk kepada aktiviti ekonomi untuk keperluan sendiri.
·
Aktiviti ekonominya dijalankan secara kecil-kecilan.
·
Tidak dijalankan secara komersil.
·
Jika ada lebihan, disimpan untuk kegunaan sendiri.
[2 markah]
(b) Sebutkan dua kegiatan ekonomi sara diri
masyarakat Melayu.
·
Melombong
·
Bercucuk tanam – iaitu menanam padi.
·
Menanam tanaman sampingan – ubi, pisang dan kelapa.
·
Memungut hasil hutan
·
Menternak binatang – ayam, itik, lembu dan kerbau.
·
Menangkap ikan secara kecil-kecilan
[2 markah]
(c) Apakah kegunaan lebihan hasil ekonomi sara diri
masyarakat Melayu ?
·
Digunakan untuk pertukaran barangan
·
Digunakan untuk kenduri kendara
·
Digunakan untuk membayar zakat
·
Dijadikan sedekah dan hadiah
[2 markah]
(d) Pada pandangan anda, mengapakah kegiatan
ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British tidak maju ?
·
Bersifat sara diri
·
Menggunakan teknologi yang rendah.
·
Menggunakan modal yang kecil.
·
Pasaran yang kecil.
·
Pengeluaran dalam skala yang kecil.
·
Tiada pengkhususan kerja.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Bagaimanakah kegiatan ekonomi sara diri
masyarakat Melayu dapat dipertingkatkan
?
·
Hendaklah menggunakan teknologi moden.
·
Menggunakan intensif modal.
·
Hendaklah dipasarkan dengan lebih meluas.
·
Pengeluaran dijalankan dalam skala yang besar.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR
(Model 2)
Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah menyebabkan ekonomi dagangan berkembang
pesat dan seterusnya mewujudkan bentuk ekonomi duaan (dwiekonomi).
(a) Apakah ciri ekonomi dagangan
?
[2 markah]
(b) Pada pandangan anda, mengapakah
ekonomi dagangan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British dikuasai oleh
pelabur Eropah dan Cina?
[2 markah]
(c) Nyatakan keadaan yang
menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah
Melayu.
[2 markah]
(d) Nyatakan kesan kewujudan
dwi-ekonomi.
[2 markah]
(e) Apakah usaha yang dilakukan
oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita ?
[2 markah]
JAWAPAN
STRUKTUR (Model 2)
(a) Apakah ciri ekonomi
dagangan ?
·
Dijalankan untuk diperdagangkan
·
Pengeluaran adalah dalam skla besar
·
Menggunakan sumber buruh yang bayak
·
Modal yang besar
·
Teknologi yang lebih tinggi
·
Pasaran yang lebih luas
[2 markah]
(b) Pada pandangan
anda, mengapakah ekonomi dagangan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British
dikuasai oleh pelabur Eropah dan Cina?
·
Mempunyai
modal yang banyak.
·
Memiliki
teknologi.
·
Memperoleh
konsesi tanah yang luas.
·
Mendapat
tempoh pajakan yang lama.
·
Masyarakat
Melayu masih amalkan pertanian sara diri.
·
Mana-mana
jawapan munasabah
[2 markah]
(c) Nyatakan keadaan yang menyebabkan wujudnya
dwi-ekonomi di Tanah Melayu.
·
Perdagangan berkembang pesat di
pelabuhan utama di Tanah Melayu.
·
Dasar British menyebabkan wujudnya
dwi-ekonomi.
·
British memajukan kawasan yang
subur dan kaya dengan bijih timah.
·
Membiarkan ekonomi dagangan
dikuasai orang Eropah dan Cina.
·
British mahu kekalkan orang Melayu
sebagai petani.
·
British meminggirkan ekonomi
tradisional di luar bandar.
·
Masyarakat Melayu masih terikat
dengan ekonomi sara diri.
·
British memberi tumpuan ekonomi di
pantai Barat.
[2 markah]
(d) Nyatakan kesan
kewujudan dwi-ekonomi.
·
Industri perlombongan meningkat
·
Penekanan terhadap pertanian komersil.
·
Ekonomi dagangan dikuasai oleh pemodal
Eropah.
·
Orang Melayu kekal dalam ekonomi sara
diri.
·
Pembangunan tidak seimbang antara
negeri di pantai barat dengan negeri pantai timur Tanah Melayu
·
Pembangunan ekonomi hanya tertumpu di
pantai Barat
·
Taraf hidup tidak seimbang antara
penduduk luar bandar dengan bandar.
·
Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Apakah usaha yang
dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita ?
·
Memajukan ekonomi luar bandar
·
Menggalakkan masyarakat luar bandar
menceburi ekonomi dagangan
·
Memberi bantuan modal untuk memajukan
pertanian
·
Menambahkan kecekapan pemasaran supaya
hasil petani dapat dipasarkan
·
Meningkatkan penggunaan teknologi moden
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Zaman
penjajahan British di Tanah Melayu telah memberikan kesan mendalam kerana telah
mengubah sistem ekonomi masyarakat tempatan daripada ekonomi tradisional kepada
ekonomi dagangan.
(a) Terangkan ciri ekonomi tradisional
masyarakat Melayu sebelum kedatangan
British.
[6 markah]
(b) Jelaskan perkembangan sistem pertanian
komersil di Tanah Melayu selepas kedatangan British.
[6 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, mengapakah pelabur
Eropah berjaya menandingi pelombong Cina dalam industri perlombongan bijih
timah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20
?
[4 markah]
(ii) Apakah
persediaan yang perlu ada untuk membolehkan ekonomi negara kita bersaing dengan
cabaran di peringkat global ?
[4 markah]
JAWAPAN ESEI
(a) Terangkan ciri ekonomi tradisional masyarakat
Melayu sebelum kedatangan British.
·
Pengeluaran dalam skala kecil – untuk kelangsungan bekalan
makanan.
·
Untuk keperluan sendiri – tidak perdagangkan.
·
Tiada pengkhususan pekerjaan – Selain menanam padi, mereka menternak binatang dan menangkap ikan.
·
Pembahagian kerja melibatkan jantina dan umur sahaja.
·
Lebihan pengeluaran disimpan dan digunakan semula untuk
kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah dsb.
·
Menggunakan teknologi mudah – oleh
binatang atau manusia.
·
Peralatan diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar.
·
Sistem pengairan berasaskan sumber air sungai dan hujan.
·
Modal yang diperlukan adalah kecil.
·
Penggunaan buruh terhad.
·
Kerja dilakukan bersama oleh ahli keluarga sahaja.
·
Pasaran yang kecil.
[6 markah]
(b) Jelaskan perkembangan sistem pertanian komersil
di Tanah Melayu selepas kedatangan British.
·
Pertanian komersil diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad
ke-19.
·
Tanaman yang diusahakan ialah ubi kayu, tebu, lada hotam,
gambir, tembakau dan kopi.
·
Pemodal Eropah dan China menguasai pertanian komersil.
·
British memberi tumpuan kepada kopi dan tembakau manakala
pemodal China mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu.
·
Tanaman getah diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-20.
·
Pada awalnya getah ditanam sebagai tanaman hiasan dikediaan
Residen Hugh Low di Kuala Kangsar.
·
Perkembangan perusahaan getah dijalankan oleh H.N. Ridley.
·
Beliau berusaha meyakinkan peladang untuk menanam getah
dengan mengagihkan benih getah secara percuma.
·
Beliau juga menemui cara penorehan teknik ibidem.
·
Syarikat Eropah membuka syarikat perwakilannya di Tanah
Melayu untuk membuka ladang getah.
·
Pertanian getah menggalakkan perkembangan industri pembuatan
barangan berasaskan getah.
(c) (i) Pada
pandangan anda, mengapakah pelabur Eropah berjaya menandingi pelombong Cina
dalam industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?
·
Mempunyai modal yang banyak
·
Pengeluaran berasaskan intensif
modal
·
Mereka menggunakan teknologi kapal
korek.
·
Aktiviti perlombongan dijalankan
secara skala besar.
·
Pembesar memajakkan tanah lombong
kepada pelabur Eropah
·
Enakmen / undang-undang lebih
memihak kepada pemodal Eropah.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Apakah
persediaan yang perlu ada untuk membolehkan ekonomi negara kita bersaing dengan
cabaran di peringkat global ?
·
Pengeluaran berasaskan intensif
modal
·
Menggunakan teknologi moden dalam
pengeluaran.
·
Pengeluaran dijalankan secara
skala besar.
·
Memberi tumpuan kepada perdagangan
eksport
·
Meningkatkan produktiviti produk
keluaran negara
·
Meningkatkan pasaran
·
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Daripada TIADA Allah menjadikan kita HIDUP
agar dapat mengabdikan diri kepadaNya. Daripada HIDUP, Allah MEMATIKAN kita
supaya dapat merasakan alam barzakh. Daripada MATI, Allah MEMBANGKITKAN SEMULA
kita agar dapat menghisabkan amalan kita semasa di dunia.
Inilah putaran hidup manusia di sisi ALLah
... MATI – HIDUP – MATI – HIDUP.
Semoga Allah MELIMPAHKAN RAHMATNYA dan tidak
menggolongkan kita dalam kalangan ORANG YANG MENYESAL.
terbaik
ReplyDeleteDENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
DeleteANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
- Kesulitan Ekonomi
- Banyak Hutang
- Rejeki Seret
- Susah Mencari Pekerjaan
- Susah jodoh
- Pasangan Selingkuh
- Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
- Belum Mempunyai keturunan
Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
-Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
- Pesugihan Tanpa tumbal
- Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
- Pesugihan Tuyul
- Pesugihan Buto Ijo
- Pesugihan Nyi Blorong
- Pesugihan Kembang Kantil
- Pasang Susuk kembang Kantil
- Pelet Mimi lan Mintuno
- Pengasihan Semar Mesem
- Pengasihan Jaran goyang
- Memisahkan Pasangan Selingkuh
- Pengobatan Kanker, HIV, dll
- Ritual Memohon Keturunan
- Backing Usaha
- Pengisian Benda Pusaka
- Mengusir Hantu dll
- Pencalonan Lurah, Camat dll
- Ritual Enteng Jodoh
ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255
terrrrr baik
ReplyDeletePelaksanaan dasar ekonomi dagangan British dapat memajukab ekonomi negara malaysia pada masa kini?
ReplyDeleteterima kasih bagi jawapan #nazrinjangete1
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteWhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Kegiatan ekonomi moden
ReplyDeletejelaskan kesan perkembangan ekonomi dagangan di tanah melayu???
ReplyDeletejelaskan kesan perkembangan ekonomi dagangan di tanah melayu???
ReplyDeletepenggunaan modal yang besar membolehkan pelabur eropah menguasai ekonomi berikan ulasan anda
ReplyDelete