TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)
PENINGKATAN
TAMADUN (Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan)
|
Tajuk Peningkatan
Tamadun (Ekonomi dan Pendidikan) tidak pernah diuji kepada calon dalam
peperiksaan Sejarah Kertas 2 SPM sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Tahun terakhir Tema
7 (Ba2 Tingkatan 4) diuji kepada calon ialah dalam SPM 2008.
PENINGKATAN
TAMADUN (Peningkatan Ekonomi)
|
SKOP KAJIAN
·
Punca
negara kota Yunani memberi tumpuan kepada bidang perdagangan
·
Faktor
kepesatan perdagangan dalam tamadun India
·
Kemajuan
bidang pertanian dalam tamadun China
·
Kepentingan
dan sumbangan bidang perdagangan dan pertanian
·
Usaha
meningkatkan bidang perdagangan dan pertanian di negara kita
SOALAN STRUKTUR
Peningkatan
tamadun manusia telah membawa kepada kemajuan dalam pertanian hingga membawa
kepada penghasilan yang berlebihan dan meningkatnya aktiviti perdagangan.
(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan
perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
[2 markah]
(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di
India pada Zaman Vedik ?
[2 markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang
menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti
perdagangan ?
[2 markah]
(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap
kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.
[2 markah]
(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?
[2 markah]
JAWAPAN
(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan
perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
·
Hubungan perdagangan dengan luar
·
Munculnya pusat perusahaan
·
Mempunyai barang dagangan yang banyak
·
Terdapat banyak pelabuhan
·
Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
·
Terdapat undang-undang perdagangan.
·
Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
·
Pelaksanaan sistem cukai
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(b) Apakah tujuan
penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan
(stresthin) di India pada Zaman Vedik ?
·
Mengawal harga barang
·
Mengawal kualiti barang
·
Mengawal gaji pekerja
·
Menjaga kebajikan pekerja
[2 markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang
menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti
perdagangan ?
·
Mahu mendapatkan makanan dari luar
·
Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian
·
Wujudnya hubungan perdagangan dengan negara luar
·
Berkembangnya perdagangan melalui jalan laut.
·
Yunani mempunyai bekalan dagangan yang banyak
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap
kemajuan pertanian sejak zaman
Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.
·
Penggunaan tenggala
·
Penggunaan batas
·
Penggunaan kolar kuda
·
Penciptaan alat kegunaan pertanian.
·
Pengenalan sistem tanaman bergilir
·
Penggunaan sistem teres
·
Pembinaan terusan untuk pengairan
[2 markah]
(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?
·
Menggunakan teknologi moden
·
Menjalankan kegiatan secara berskala besar
·
Memberi tumpuan kepada pertanian komersil
·
Memproses hasil pertanian menjadi barangan pengguna
·
Mengeksport hasil pertanian
·
Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan hasil
·
Membantu petani mendapatkan kemudahan kredit
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Peningkatan
ekonomi yang berlaku dalam Tamadun India dan China telah membawa kepada
perkembangan peradaban manusia
(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan
aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.
[6
markah]
(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di
China pada zaman Dinasti
Chou.
[6 markah]
(c) (i) Pada
pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah
negara ?
[4 markah]
(ii) Berdasarkan
pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan
untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
[4 markah]
JAWAPAN
(a) Terangkan
faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.
·
Hubungan perdagangan dengan luar
Kerajaan
Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia
Tenggara.
·
Munculnya pusat perusahaan
Contohnya Anga,
Kalinga dan Karusa.
·
Berkembangnya bidang perusahaan
Contohnya
perusahaan tekstil, dan sutera di Bengal dan Benares.
Contohnya
perusahaan emas, mutiara dan batu permata
·
Mempunyai barang dagangan yang banyak
Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll.
·
Terdapat pelabuhan
yang menghubungkan India dengan negara luar
ContohnyaTamralipti,
Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.
·
Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
Stresthin
mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.
Contohnya
persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.
·
Terdapat undang-undang perdagangan.
Undang-undang
digubal untuk mengawal persatuan.
Undang-undang
diawasi oleh raja
·
Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
Contohnya
mata wang emas pada Zaman Gupta.
·
Pelaksanaan sistem cukai
Contohnya
cukai hasil pertanian dan buah-buahan.
[6
markah]
(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di
China pada zaman Dinasti Chou.
·
Penggunaan tenggala
·
Penggunaan batas
·
Penggunaan kolar kuda
·
Penciptaan alat kegunaan pertanian.
·
Pengenalan sistem tanaman bergilir
·
Penggunaan sistem teres
·
Pembinaan terusan untuk pengairan
[6
markah]
(c) (i) Pada
pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah
negara ?
·
Membolehkan barangan negara kita dieksport
·
Menjana ekonomi negara
·
Menyediakan peluang pelaburan
·
Membekalkan peluang pekerjaan
·
Menggalakkan pengaliran dana asing
·
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Berdasarkan
pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan
untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
·
Menjalankan kegiatan pertanian secara komersil
·
Mengeksport hasil pertanian
·
Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti hasil
pertanian
·
Memproses menjadi barangan pengguna
·
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
PENINGKATAN
TAMADUN (Peningkatan Pendidikan)
|
SKOP KAJIAN
·
Falsafah
pendidikan Athens dan Sparta
·
Kesan
penekanan negara kota Rom terhadap pendidikan ilmu yang praktikal
·
Matlamat
dan Ciri pendidikan agama di India pada Zaman Vedik
·
Pelaksanaan
sistem pendidikan dan peperiksaan awam di China
·
Kepentingan
pendidikan kepada negara
·
Usaha
menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan
·
Langkah
meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita
SOALAN STRUKTUR
Jadual di bawah berkaitan dengan peningkatan sistem
pendidikan dalam tamadun manusia.
Tamadun
|
Sistem Pendidikan
|
Yunani
|
Falsafah Pendidikan Athens
|
India
|
Pendidikan Agama
|
China
|
Pendidikan Awam
|
(a) Apakah
matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri pendidikan agama yang
dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[3 markah]
(c) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam
sistem pendidikan China
pada tahap berikut :
(i)
Pendidikan Tahap Rendah
[1 markah]
(ii)
Pendidikan Tahap Menengah
[1 markah]
(d) Pada
pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan tamadun manusia ?
[3 markah]
JAWAPAN
(a) Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?
·
Bertujuan melahirkan manusia yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani
·
Bertujuan melahirkan manusia seimbang
dari segi fizikal dan mental.
·
Bertujuan melahirkan manusia yang
cemerlang.
·
Bertujuan melahirkan manusia yang
menguasai semua aspek.
·
Bertujuan melahirkan manusia yang dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri
pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
·
Mempelajari
agama Hindu.
·
Didominasikan
oleh kaum lelaki sahaja.
·
Mempelajari
kitab Veda.
·
Menggunakan
bahasa Sanskrit
·
Menggunakan
kaedah hafalan
·
Dijalankan di
rumah dan di istana.
·
Diajar oleh
Brahmin / guru agama
[3 markah]
(c) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam
sistem pendidikan China pada tahap berikut :
(i) Pendidikan
Tahap Rendah
·
Peringkat rendah – dan menghafal tulisan
ideogram serta menghafal sembilan buah buku suci
[1 markah]
(ii) Pendidikan
Tahap Menengah
·
Peringkat menengah – Menulis karangan
dan mempelajari karya sastera.
[1 markah]
(d) Pada
pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting
dalam meningkatkan tamadun manusia ?
·
Melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan
·
Melahirkan tenaga pekerja yang mahir
·
Melahirkan masyarakat yang patuh kepada
ajaran agama
·
Memudahkan masyarakat menerima maklumat
·
Membasmi buta huruf dalam masyarakat
·
Memudahkan hubungan dengan negara luar
·
Membolehkan teknologi digunakan dengan
lancar
·
Mana-mana jawapan munasabah
[3 markah]
SOALAN ESEI
Perkembangan
pendidikan dalam tamadun dunia bertujuan membina kegemilangan dan meningkatkan
martabat bangsa dalam tamadun tersebut.
(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut
:
(i) Falsafah
pendidikan Athens
(ii) Falsafah pendidikan Sparta
[4 markah]
(b) Terangkan pelaksanaan
peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan
dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
[4 markah]
(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu
pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan ?
[6 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan
tentang falsafah pendidikan berikut :
(i) Falsafah
pendidikan Athens
·
Bertujuan melahirkan manusia yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani
·
Bertujuan melahirkan manusia seimbang
dari segi fizikal dan mental.
·
Bertujuan melahirkan manusia yang
cemerlang.
·
Bertujuan melahirkan manusia yang
menguasai semua aspek.
·
Bertujuan melahirkan manusia yang dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
[2 markah]
(ii) Falsafah
pendidikan Sparta
·
Bertujuan
melahirkan tentera yang gagah berani.
·
Bertujuan
melahirkan manusia yang mempunyai semangat patriotik.
·
Bertujuan
melahirkan munsia yang setia kepada negara.
·
Bertujuan
mengutamakan latihan fizikal.
·
Menekankan
kemahiran menggunakan senjata.
[2 markah]
(b) Terangkan
pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.
·
Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap
iaitu
tahap pertama (Hsiu Tai), tahap
kedua (Chun Jen) dan tahap
ketiga (Chin Shih).
Tahap
pertama setaraf dengan ijazah pertama.
Tahap
kedua setaraf dengan ijazah sarjana.
Tahap
ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafah.
·
Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahapnya.
Tahap
pertama dijalankan di peringkat daerah.
Tahap
kedua dijalankan di ibu kota daerah.
Tahap
ketiga dijalankan di istana.
·
Lulusan peperiksaan akan mendapat faedah
Lulus
tahap pertama boleh jadi pegawai kerajaan.
Lulus
tahap ketiga layak menjadi pendidik.
·
Tempoh peperiksaan mengikut tahap
Tahap
pertama diadakan dua kali dalam tiga tahun.
Tahap
kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
·
Peraturan peperiksaan sangat ketat
Mereka
yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.
Pemeriksa
dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
Calon
ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab.
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada
Zaman Vedik ?
·
Hendak
mempelajari hukum agama
·
Sebagai
persediaan menghadapi hari selepas mati.
·
Menjadikan
manusia hidup sempurna
·
Supaya
mengetahui nilai murni yang diajar agama
·
Bertujuan
mendalami agama Hindu dan Buddha
·
Bertujuan
melahirkan Brahmin yang berilmu.
·
Bertujuan
menambahkan ilmu.
·
Bertujuan
mengatasi buta huruf.
·
Untuk
menjawat jawatan dalam pentadbiran.
·
Mana-mana
munasabah
[4 markah]
(ii) Pada
pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat
dipertingkatkan ?
·
Melengkapkan
prasarana pendidikan
·
Membekalkan
guru terlatih yang mencukupi
·
Meningkatkan
kaedah pengajaran secara berkesan
·
Menggunakan
teknologi ICT dalam pendidikan
·
Menambahkan
pusat pengajian tinggi
·
Membuat
penambahbaikan terhadap sistem peperiksaan
·
Mana-mana
jawapan munasabah
[6 markah]
Kawe yakin demo bersungguh-sungguh dalam perjuangan demo. Berusahalah dan jangan lupa berserah kepada Allah.
Jangan
bimbang ..... abezek sudah tau!
Yang
bulat tak akan datang bergolek;
Yang
pipih tak kan datang melayang.
thanks :)
ReplyDeleteDENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
DeleteANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
- Kesulitan Ekonomi
- Banyak Hutang
- Rejeki Seret
- Susah Mencari Pekerjaan
- Susah jodoh
- Pasangan Selingkuh
- Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
- Belum Mempunyai keturunan
Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
-Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
- Pesugihan Tanpa tumbal
- Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
- Pesugihan Tuyul
- Pesugihan Buto Ijo
- Pesugihan Nyi Blorong
- Pesugihan Kembang Kantil
- Pasang Susuk kembang Kantil
- Pelet Mimi lan Mintuno
- Pengasihan Semar Mesem
- Pengasihan Jaran goyang
- Memisahkan Pasangan Selingkuh
- Pengobatan Kanker, HIV, dll
- Ritual Memohon Keturunan
- Backing Usaha
- Pengisian Benda Pusaka
- Mengusir Hantu dll
- Pencalonan Lurah, Camat dll
- Ritual Enteng Jodoh
ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255
thanks so much
ReplyDeleteTengz
ReplyDeleteTengz
ReplyDeleteNi cikgu zakaria(abezek) yg dtang ceramah kat sekolah menengah cabang 4 tuh ke?? Dimana menjadi guru mengajar SMK Badak??
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeletehmmmmm.....
ReplyDeletehmmmmm.....
ReplyDeleteterima kasih banyak-banyak krn sudi menolong semua org ni
ReplyDeleteBagos blog ni membantu
ReplyDeleteThanks teacher very helpful:)
ReplyDeletethankss for help
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteWhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Tq cikgu. Nota dan latihan cikgu banyak membantu kita utk membuat latihan
ReplyDeleteterima kasih cikgu. amat membantu saya untuk membuat latihan
ReplyDelete