Wednesday, 7 May 2014

PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI TAMADUN



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)

MAKSUD DAN CIRI TAMADUN

SKOP KAJIAN
·         Pengertian tamadun dari segi bahasa dan pandangan sarjana
·         Pusat tamadun awal dunia
·         Ciri-ciri tamadun awal manusia
·         Sumbangan tamadun awal manusia


SOALAN CONTOH

Soalan Struktur

(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut :
        (i)    Sarjana Barat
        (ii)   Sarjana Islam
[2 markah]

(b)   Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai.
[2 markah]

(c)    Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ?
[2 markah]

(d)   Nyatakan ciri tamadun awal dunia.
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ?
[2 markah]


Soalan Esei

(a)   Apakah maksud tamadun ?
 [4 markah]

(b)   Huraikan ciri tamadun awal dunia.
 [10 markah]

(c)    Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ?
 [6 markah]

NOTA

PENGERTIAN TAMADUN

  Maksud Tamadun
·         Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana
·         Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
·         Dalam bahasa Inggeris disebut civilization
·         Berasal daripada perkataan Greek – civitas
·         Bermaksud bandar
·         Bermaksud peradaban
·         Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah
·         Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll
·         Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah
·         Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah
·         Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah
·         Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah
         
Jawapan

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.             


PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA


  Pusat Tamadun Awal Dunia
·         Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates
·         Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil
·         Tamadun Indus – di lembah sungai Indus
·         Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho


CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

  Ciri Tamadun Awal Dunia
·         Mempunyai petempatan kekal
Penduduk nomad menetap di lembah sungai
Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan
Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.

·         Mempunyai organisasi sosial
Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai
Masyarakat mempunyai susun lapis
Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan
Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan
Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba

·         Mempunyai sistem pemerintahan
Diperintah oleh raja
Raja berkuasa mutlak
Raja berkuasa di peringkat pusat
Dibantu oleh bangsawan dan pendeta
Bangsawan menjadi pentadbir wilayah
Pendeta menjalankan urusan keagamaan
Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran

·         Mempunyai pengkhususan pekerjaan
Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan
Contoh – petani, artisan, tentera, tukang dll.

·         Mempunyai agama dan kepercayaan
Mempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangat
Semangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan
Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb.
Mempercayai politeisme – banyak tuhan
Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.

·         Mempunyai bahasa dan tulisan
Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar
Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan
Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf


Jawapan

          Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.
        
         Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.
        
         Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.
        
         Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.
        
         Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.
        
         Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan seperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.             


SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI

  Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana .....
·         Tanah subur
·         Sesuai bercucuk tanam
·         Menjamin kelangsungan bekalan makanan
·         Tanah pamah yang luas
·         Sesuai membina tempat tinggal
·         Bekalan air untuk kegunaan harian
·         Bekalan air untuk pengairan
·         Bekalan sumber protin
·         Laluan perhubungan dan pengangkutan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 

Jawapan

         Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.


SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA

Sumbangan Tamadun Awal Dunia

Tamadun Mesopotamia
·         Pembinaan negara kota
·         Penciptaan dan penggunaan roda
·         Penciptaan layar dan kapal layar
·         Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi
·         Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya

  Tamadun Mesir Purba
·         Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi
·         Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian
·         Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi
·         Pengenalan kaedah pengawalan banjir
·         Penciptaan kalendar
·         Pengenalan teknik pembedahan
·         Penciptaan teknik memumiakan mayat

  Tamadun Indus
·         Pengenalan bandar terancang
·         Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran
·         Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain
·         Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun

  Tamadun Hwang Ho
·         Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti
·         Penciptaan alat-alat pertanian
·         Penggunaan teknologi baru dalam pertanian
·         Penciptaan terusan
·         Pengenalan kaedah dan strategi peperangan


Rangka Jawapan

         Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal. Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya.
         Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat.
         Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.

Jangan bimbang .... Abezek sudah tau ....
Sehingga berjumpa lagi untuk tajuk berikutnya.

23 comments:

  1. tq sgt . dh x pening mencari isi semua ade nty tinggal nk salin je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul ke smua dlm ni dh ckup?tamadun awal manusia smua dh ckup dlm ni?

      Delete
  2. sama dengan soalan peperiksaan saya

    ReplyDelete
  3. Nak tau,adakah esei tentang ciri tamadun mesti panjang macam ni dlm ujian...

    ReplyDelete
  4. Kalau panjang macam ini susah nak tulis dalam peperiksaan

    ReplyDelete
  5. Salam. Nak tanya apa perbezaan antara Tamadun dan Peradaban. Boleh tolong jelaskan dengan contoh supaya mudah difahami.

    ReplyDelete
  6. hi...boleh saya tanye..apakah maksud lahiriah?

    ReplyDelete
  7. ciri-ciri tamadun mesopotamia tentang agama dan kepercayaan ada x?

    ReplyDelete
  8. Waw 10/10 bgi blog ni mmg byk membantu #kipidap dongibab 😃😃

    ReplyDelete
  9. Waw 10/10 bgi blog ni mmg byk membantu #kipidap dongibab 😃😃

    ReplyDelete
  10. salam, nk tahu tajuk fokus sejarah kertas 2 spm ulangan 2017

    ReplyDelete
  11. Sejarah kertas 3 untuk spm ulangan 2017

    Tema umum : Tamadun awal manusia

    Tamadun moden hari ini terhutang budi kepada tamadun awal manusia. Ciptaan, teknik dan konsep yang mereka hasilkan menyebabkan kemajuan hidup manusia dan meletakan asas untuk kehidupan di dunia moden.

    macamana untuk sy jawab soalan ni..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah trima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
  13. mudah difahami serta dalam bentuk point yang menrik minat pembaca ..

    ReplyDelete
  14. thanks for helping me.tajuk ni masuk dalam buku teks tingkatan 1 2017.

    ReplyDelete