Thursday, 15 May 2014

MALAYAN UNION 1946



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 4 Tingkatan 5)


MALAYAN UNION

SKOP KAJIAN

·          Faktor kerajaan British memperkenalkan Malayan Union
·          Ciri-ciri Malayan Union
·          Sebab orang Melayu membantah Malayan Union
·          Cara bantahan terhadap Malayan Union
·          Kesan penentangan terhadap Malayan Union
·          Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Maklumat di bawah berkaitan dengan sebab penentangan orang Melayu terhadap pengenalan Malayan Union 1946.

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
·          Kerakyatan jus soli
·          Menjejaskan Raja-Raja Melayu
·          Cara Harold MacMichael mendapatkan persetujuan Sultan


(a)     Berikan dua syarat kerakyatan jus soli.
[2 markah]

(b)     Pada pandangan anda, apakah kesan kerakyatan jus soli terhadap orang Melayu ?
[2 markah]

 (c)    Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pelaksanaan  Perjanjian Malayan Union menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu.
 [2 markah]

(d)    Apakah helah yang digunakan oleh Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan terhadap Malayan Union ?
[2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan terhadap Malayan Union merupakan suatu tindakan yang wajar ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)     Berikan dua syarat kerakyatan jus soli.

·          Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
·          Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin di Tanah Melayu selama 10 - 15 tahun.
·          Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas
·          Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya
 [2 markah]

(b)    Pada pandangan anda, apakah kesan kerakyatan jus soli terhadap orang Melayu ?

·          Mengancam status-quo orang Melayu.
·          Orang Melayu hilang hak istimewa
·          Menjadikan jumlah orang Melayu kecil.
·          Menyebabkan orang Melayu mundur.
·          Orang Melayu tidak dapat bersaing dalam ekonomi moden
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pelaksanaan Perjanjian Malayan Union menjejaskan kedudukan 
          Raja-Raja Melayu.

·          Raja Melayu tiada kuasa dalam pemerintahan.
·          Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
·          Raja Melayu menjadi ketua dalam agama Islam.
·          Raja Melayu hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

(d)    Apakah helah yang digunakan oleh Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan terhadap Malayan 
         Union ?

·          Mengugut Raja Melayu.
·          Raja Melayu dipaksa menerima Malayan Union.
·          Raja Melayu akan diturunkan takhta jika enggan menerima MU.
·          Sultan tidak diberi masa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
·          Menggunakan semangat setia kawan kepada British untuk mendapatkan tandatangan Sultan.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan terhadap Malayan Union merupakan suatu tindakan yang            
           wajar ?

·          Mempertahankan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
·          Menentang pembentukan bangsa Malayan Union
·          Mempertahankan status quo orang Melayu
·          Menentang pelaksanaan kerakyatan secara jus soli
·          Mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu
·          Menghalang penguasaan British terhadap ekonomi TM
·          Mengekalkan kuasa politik orang Melayu
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

(a)    Terangkan sebab pihak British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.
[6 markah]

(b)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?
[6 markah]

(c)     (i)   Nyatakan cara bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
[4 markah]

         (ii)  Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
 [4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan sebab pihak British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.

·          Untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
·          Sebagai persediaan untuk Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
·          Untuk melicinkan pentadbiran.
Pembahagian pentadbiran negeri-negeri Melayu kepada Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMTB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB menyebabkan pentadbiran tidak cekap.
·          Untuk menjimatkan kos pentadbiran
·          Menseimbangkan pembangunan ekonomi antara negeri di Tanah Melayu
                 Kepelbagaian sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan 
                 ekonomi tidak seimbang.
·          Membentuk satu bangsa Malayan Union.
·          Pendatang dapat melupakan negara asal mereka.
        Mereka taat setia kepada Malayan Union.
British dapat memastikan sumber tenaga untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
·          Untuk membolehkan British menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu secara berterusan.
·          Mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
 [6 markah]

(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?

·          Sir Harold MacMichael mengugut Raja Melayu.
·          Raja Melayu dipaksa menerima Malayan Union.
·          Keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk pembaharuan politik.
·          Orang Melayu masih trauma dengan keganasan Jepun dan Parti Komunis Malaya.
·          Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja Melayu.
·          Pemberian kerakyatan jus soli yang longgar.
·          Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu.
[6 markah]

(c)  (i)      Nyatakan cara bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

·          Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu 
·          Mengadakan demonstrasi di Kota Bharu dan Alor Setar.
·          Membantah cara Harold McMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
·          Menghidupkan semula persatuan Melayu.
·          Menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
·          Orang Melayu menubuhkan UMNO.
·          Orang Melayu mengadakan kongres kedua membantah pengisytiharan Malayan Union.
·          Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.
·          Berkumpul bersama Raja Melayu menyatakan bantahan.
 [4 markah]

      (ii)     Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

·          Bantahan terhadap Malayan Union berjaya menyatukan orang Melayu.
·          Orang Melayu bersatu mempertahankan status-quo mereka.
·          Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO.
·          British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
·          Mereka berunding bagi membentuk sistem pentadbiran yang lebih baik.
·          British mengambil langkah membatalkan Malayan Union.
·          Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk menggantikan Malayan Union.
·          Mana-mana jawapan munasabah

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
                Hidup bagai air di pantai
                Ombak berderai tiada berkesan
                Berpada-pada jika berbudi
                Ibarat air di daun keladi
Jangan sekali-kali menjadi orang yang tidak mengenang budi.

7 comments:

  1. bantu saya beri huraian cikguuu :<

    ReplyDelete
    Replies
    1. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
      ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
      Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
      Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
      - Kesulitan Ekonomi
      - Banyak Hutang
      - Rejeki Seret
      - Susah Mencari Pekerjaan
      - Susah jodoh
      - Pasangan Selingkuh
      - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
      - Belum Mempunyai keturunan

      Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
      -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Tanpa tumbal
      - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
      - Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Buto Ijo
      - Pesugihan Nyi Blorong
      - Pesugihan Kembang Kantil
      - Pasang Susuk kembang Kantil
      - Pelet Mimi lan Mintuno
      - Pengasihan Semar Mesem
      - Pengasihan Jaran goyang
      - Memisahkan Pasangan Selingkuh
      - Pengobatan Kanker, HIV, dll
      - Ritual Memohon Keturunan
      - Backing Usaha
      - Pengisian Benda Pusaka
      - Mengusir Hantu dll
      - Pencalonan Lurah, Camat dll
      - Ritual Enteng Jodoh
      ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
      ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
      Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255

      Delete
  2. semoga usaha Tuan mendapat ganjaran amal jariah yang berpanjangan ..Terim
    akasih

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya. Apakah kesan kepada negara selepas penentangan terhadap malayan union ? Harap sangat untuk dibalas >_<

    ReplyDelete
  4. Salam, nak tanya. Apakah kesan kepada negara selepas penentangan terhadap malayan union ? Harap sangat untuk dibalas >_<

    ReplyDelete
  5. salam. hntar ke email saya boleh tak note ni?
    nazatulatiykah@gmail.com
    thankyou

    ReplyDelete
  6. salam. hntar ke email saya boleh tak note ni?
    nazatulatiykah@gmail.com
    thankyou

    ReplyDelete