Saturday, 10 May 2014

KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 6 Tingkatan 4)


KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN

SKOP KAJIAN

·         Maksud Khalifah
·         Cara perlantikan Khalifah dalam Islam
·         Syarat kelayakan menjadi Khalifah
·         Tugas dan tanggungjawab Khalifah
·         Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
·         Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab


SOALAN STRUKTUR

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi, sistem pemerintahan kerajaan Islam diteruskan melalui sistem pemerintahan khalifah yang dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin.

 (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?
 [2 markah]
        
(b)    Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.
 [2 markah]
        
 (c)    Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.
 [2 markah]

(d)    Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah negara ?
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah ?

·         Dari segi bahasa, Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w bagi melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
·         Dari segi agama, Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.
 [2 markah]
        
(b) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon Khalifah.

·          Lelaki yang merdeka
·         Beragama Islam
·         Memilki pengetahuan tentang Islam
·         Mematuhi perintah Allah / warak
·         Sanggup melaksanakan hukum Allah
·         Bersifat adil
·         Mempunyai akhlak yang baik
·         Tubuh yang sihat dan sempurna
·         Berfikiran cerdas
·         Pandai mentadbir kerajaan
 [2 markah]

 (c)   Jelaskan kaedah yang digunakan dalam Islam untuk memilih seseorang Khalifah.

·         Melalui musyawarah / syura
·         Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
·         Pemilihan daripada beberapa orang calon
·         Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
·         Diperkukuhkan dengan baiah
 [2 markah]


(d) Pada pandangan anda, mengapakah syura dan baiah penting dalam perlantikan pemimpin sesebuah negara ?

·         Menjamin perlantikan pentadbir yang tepat dan berkelayakan
·         Menjamin pentadbiran lebih lancar
·         Menggalakkan pemerintah berusaha menjadi pemimpin cemerlang
·         Melantik pemerintah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pemimpin negara Islam ?

·         Memelihara kedudukan agama Islam
·         Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
·         Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
·         Memastikan kelicinan pentadbiran negara
·         Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
·         Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
·         Menjaga kebajikan rakyat
·         Menjaga dan meneruskan najaran Allah
·         Mengekalkan perpaduan ummah
·         Memantapkan sistem perundangan Islam
·         Menguruskan kewangan negara
·         Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Rajah di bawah merujuk kepada tokoh Khalifah ar-Rasyidin.

Khalifah
Tempoh
Sumbangan
Abu Bakar as-Siddiq
632 – 634 M
Penyelamat Umat Islam
Umar al-Khattab
634 – 644 M
Amirul Mukminin

 (a)   Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?
[6  markah]

 (b)   Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai Amirul Mukminin (Pemimpin Orang Beriman)
[6  markah]

 (c)    (i)   Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut sehingga berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?
[4  markah]

         (ii)  Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani ?
[4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Mengapakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap sebagai Penyelamat Umat Islam ?

·         Menyelesaikan masalah perlantikan Khalifah.
·         Menyatukan semula umat Islam yang berpecah-belah
·         Bertindak tegas terhadap golongan murtad.
·         Memerangi golongan ar-Riddah.
·         Mempertahankan ancaman Parsi dan Rom.
·         Menjaga kebajikan golongan mawali.
·         Mengumpul dan menyalin semula tulisan al-Quran.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]

 (b)   Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai Amirul Mukminin (Pemimpin Orang Beriman)

Politik dan Pentadbiran
·         Menubuhkan Majlis Syura.
Dianggotai oleh orang Ansar dan Muhajirin.
·         Membahagikan jajahan takluk Islam  kepada beberapa wilayah.
Melantik Wali / Gabenor menjadi pentadbir wilayah.
·         Menubuhkan Jabatan Kerajaan.
Contohnya Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
·         Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain
Untuk mengelakkan penyelewengan hakim.
Hakim dibayar gaji lumayan.

Sosial
·         Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-Quran
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
·         Memperkenalkan Takwim Hijrah.
Peristiwa hijrah dikira tahun pertama kalendar Hjrah.

Ketenteraan
·         Menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Tentera tetap diberi pakaian seragam.
·         Membina markas tentera di setiap bandar utama.
Membina kubu pertahanan di sempadan negara musuh.
·         Melantik Panglima Tentera.
Melucutkan jawatan Khalid al-Walid.
Menggantikannya dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Ekonomi
·         Memajukan bidang pertanian
Membina terusan dan tali air untuk pengairan.
Eempangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.
Menggalakkan penerokaan tanah baru.
Memulihkan tanah terbiar.
·         Memperkenalkan sistem tanah
Mewujudkan tanah bertuan dan tanah tidak bertuan
·         Memperkenalkan sistem cukai.
Melaksanakan cukai jizyah dan kharaj
·         Mendirikan Baitulmal.
Untuk menguruskan hasil negara.
 [6  markah]

(c) (i)      Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut sehingga berjaya meningkatkan kegemilangan negara ?

·         Mengamalkan ajaran Islam
·         Memilki pengetahuan yang luas tentang Islam
·         Mematuhi perintah Allah / warak
·         Sanggup melaksanakan hukum Allah
·         Bersifat adil dalam membuat keputusan
·         Mempunyai akhlak yang baik
·         Pandai mentadbir kerajaan
·         Mana-mana jawapan munasabah
[4  markah]


      (ii)     Sebagai pemimpin negara Islam, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani ?

·         Memelihara kedudukan agama Islam
·         Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
·         Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
·         Memastikan kelicinan pentadbiran negara
·         Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
·         Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
·         Menjaga kebajikan rakyat
·         Menjaga dan meneruskan ajaran Allah
·         Mengekalkan perpaduan ummah
·         Memantapkan sistem perundangan Islam
·         Menguruskan kewangan negara
·         Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
 [4  markah]

Pantun budi ini selalu meniti bibir orang tua-tua kita apabila berkasih sayang antara mereka. Dalam arus kehidupan yang semakin kalut ini, nilai budi yang dijunjung sekian lama semakin menapak jauh meninggalkan hati nurani kita .....

Sungguh sukar menampi selasih,
      Andai selasih bercampur arang;
Sungguh sukar berterima kasih’
      Andai kasih bercampur sayang.

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!

3 comments:

  1. Replies
    1. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
      ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
      Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
      Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
      - Kesulitan Ekonomi
      - Banyak Hutang
      - Rejeki Seret
      - Susah Mencari Pekerjaan
      - Susah jodoh
      - Pasangan Selingkuh
      - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
      - Belum Mempunyai keturunan

      Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
      -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Tanpa tumbal
      - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
      - Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Buto Ijo
      - Pesugihan Nyi Blorong
      - Pesugihan Kembang Kantil
      - Pasang Susuk kembang Kantil
      - Pelet Mimi lan Mintuno
      - Pengasihan Semar Mesem
      - Pengasihan Jaran goyang
      - Memisahkan Pasangan Selingkuh
      - Pengobatan Kanker, HIV, dll
      - Ritual Memohon Keturunan
      - Backing Usaha
      - Pengisian Benda Pusaka
      - Mengusir Hantu dll
      - Pencalonan Lurah, Camat dll
      - Ritual Enteng Jodoh
      ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
      ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
      Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255

      Delete