Sunday 11 May 2014

REVOLUSI PERINDUSTRIAN




TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 9 (Bab 9 Tingkatan 4)




REVOLUSI PERINDUSTRIAN

SKOP KAJIAN

·         Maksud Revolusi Perindustrian
·         Faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian
·         Perkembangan semasa Revolusi Perindustrian
·         Sumbangan Revolusi Perindustrian
·         Hubungan pekerja – majikan semasa Revolusi Perindustrian

SOALAN STRUKTUR

Rajah di bawah merujuk kepada kesan Revolusi Perindustrian di Britain.


Kesan Revolusi Perindustrian
·   Peningkatan perdagangan antarabangsa
·   Kemajuan bidang pengangkutan
·   Kemunculan golongan buruh dan majikan


(a)     Berikan dua faktor yang menyebabkan Britain melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa.
 [2 markah]


(b)     Nyatakan kesan kewujudan perdagangan antarabangsa ke atas             ekonomi Britain.
 [2 markah]


 (c)    Pada pandangan anda, mengapakah sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi Britain ?
 [2 markah]


(d)     Nyatakan dua bentuk penindasan pihak majikan terhadap pekerja bidang perusahaan di Britain pada zaman Revolusi Perindustrian.
 [2 markah]


(e)     Pada pandangan anda, mengapakah golongan pekerja berhak mendapat pembelaan ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Berikan dua faktor yang menyebabkan Britain melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa.

·          Untuk memasarkan lebihan produk
·         Untuk memaksimumkan keuntungan
·         Mempunyai kemudahan mengendalikan perdagangan antarabangsa
·         Britain adalah negara penjajah utama
·         Britain adalah kuasa maritim yang ulung
·         Keperluan bahan mentah untuk industri
·         Peningkatan dalam sistem pengangkutan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

 (b)  Nyatakan kesan kewujudan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Britain.

·         Industri Britain berkembang maju
·         Britain terlibat dalam perdagangan import – eksport.
·         Peningkatan dalam sistem pengangkutan
·         Pengeksportan modal ke seberang laut
·         Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara berkurangan.
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


 (c) Pada pandangan anda, mengapakah sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi Britain ?

·         Mempercepatkan sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Membolehkan Britain menjelajah ke Timur
·         Membolehkan pelayaran ke Timur lebih selamat
·         Britain dapat menguasai bahan mentah di Timur
·         Bahan mentah dapat dibawa balik dengan cepat dan selamat
·         Menggalakkan pelaburan dalam bidang industri
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d)  Nyatakan dua bentuk penindasan pihak majikan terhadap pekerja bidang perusahaan di Britain pada zaman Revolusi Perindustrian.

·          Pekerja tidak mendapat layanan yang sewajarnya.
·         Pekerja dibayar gaji yang rendah.
·         Mereka dilarang menubuhkan kesatuan sekerja.
·         Pihak majikan mengenakan akta yang ketat untuk mengawal pekerja.
·         Pihak majikan menggunakan buruh kanak-kanak dalam perusahaan.
·         Had masa bekerja melebihi sepuluh jam.
·         Menggunakan buruh wanita dalam perusahaan arang batu.
 [2 markah]

(e)  Pada pandangan anda, mengapakah golongan pekerja berhak mendapat pembelaan ?

·         Mengelakkan penindasan
·         Meningkatkan produktiviti
·         Menunjukkan sifat perikemanusiaan
·         Menggalakkan perkembangan ekonomi
·         Mencapai taraf negara maju
·         Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

SOALAN ESEI

(a)     Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?
         [2  markah]


(b)     Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.
         [8  markah]


(c)     (i)   Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.
               [6  markah]

         (ii)  Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam memajukan ekonomi negara ?
         [4  markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?
        
·         Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran.
·         Pengeluaran barang melebih paras keperluan pengusaha.
·         Dihasilkan dengan perantaraan mesin.
·         Hasil keluaran dikomersilkan.
 [2  markah]

(b)  Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.
        
·         Sumbangan Revolusi Pertanian.

        Menyediakan modal untuk kegiatan industri.

        Peladang kaya melabur modal dalam perindustrian.

·         Semangat keusahawanan peladang kaya.
                 Mereka sanggup melabur dalam bidang baru yang belum pasti mendatangkan keuntungan.
·         Bekalan makanan yang mencukupi
Makanan cukup untuk menampung pekerja kilang.
Revolusi pertanian menambahkan bekalan makanan.
Britain tidak perlu import bahan makanan dari luar.
        Dana dapat dilaburkan dalam industri.
·         Penggunaan teknologi.
        Penggunaan mesin menggantikan manusia atau binantang.
        Pelbagai mesin direka untuk tingkatkan pengeluaran.
        Barangan dapat dikeluarkan dengan banyak.
        Kos pengeluaran barangan menjadi murah.
        Barangan mudah dipasarkan kepada umum.
·         Skala pengeluaran yang besar
        Lebihan produk ini dapat dikomersilkan.
·         Wujudnya pengkhususan kerja.
        Pengkhususan kerja dapat mengurangkan kos.
        Pengkhususan kerja meningkatkan kualiti produk.
        Produk berkualiti dipasarkan di peringkat antarabangsa.
·         Penggunaan mesin berkuasa wap.
        Penggunaan enjin berkuasa wap meningkatkan perlombongan arang batu.
               Penggunaan kapal wap meningkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan.
 [8  markah]

(c)  (i)      Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.
              
·         Kegiatan pengilangan telah menggantikan kegiatan pertanian.
·         Bidang pembuatan menjadi sumber utama ekonomi negara.
·         Ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja industri
·         Bidang perindustrian menjadi punca ekonomi masyarakat.
·         Perindustrian membekalkan banyak peluang pekerjaan.
·         Perindustrian menjadi punca pendapatan masyarakat.
·         Ramai rakyat Britain menjadi pekerja industri.
·         Wujudnya golongan majikan dan buruh dalam masyarakat
 [6  markah]

      (ii)     Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam memajukan ekonomi negara ?
        
·         Memberi tumpuan kepada perindustrian
·         Pengeluaran dijalankan secara berskala besar
·         Meningkatkan produktiviti pengeluaran
·         Menggunakan teknologi moden
·         Menjaga kebajikan pekerja
·         Meningkatkan sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Memberi tumpuan kepada pertanian seiring dengan perindustrian
·         Menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]
Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Cuba kita renungkan, mengapakah orang tua-tua kita selalu mengaitkan unsur budi dalam setiap patah tutur bicara mereka ?
Barangkali kerana kehidupan manusia tidak dapat terlepas daripada lingkungan budi. Budi dapat meningkatkan martabat manusia sebagai khalifahNya.

      Pulau Pandan jauh ke tengah,
         Gunung Daik bercabang tiga;
      Hancur badan dikandung tanah,
         Budi yang baik dikenang juga.

Alangkah baiknya kehidupan andainya  kita sentiasa menabur budi.

19 comments:

  1. ilmu yang sangat baik, terima kasih.
    izin share silahkan kunjungi streaming/download movie HD free

    ReplyDelete
    Replies
    1. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
      ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
      Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
      Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
      - Kesulitan Ekonomi
      - Banyak Hutang
      - Rejeki Seret
      - Susah Mencari Pekerjaan
      - Susah jodoh
      - Pasangan Selingkuh
      - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
      - Belum Mempunyai keturunan

      Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
      -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Tanpa tumbal
      - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
      - Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Buto Ijo
      - Pesugihan Nyi Blorong
      - Pesugihan Kembang Kantil
      - Pasang Susuk kembang Kantil
      - Pelet Mimi lan Mintuno
      - Pengasihan Semar Mesem
      - Pengasihan Jaran goyang
      - Memisahkan Pasangan Selingkuh
      - Pengobatan Kanker, HIV, dll
      - Ritual Memohon Keturunan
      - Backing Usaha
      - Pengisian Benda Pusaka
      - Mengusir Hantu dll
      - Pencalonan Lurah, Camat dll
      - Ritual Enteng Jodoh
      ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
      ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
      Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255

      Delete
  2. isi yang padat cepat dan tepat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dan Jazakallahu Khairan Kathira fi Daraini atas perkongsian ilmu, In shaa Allah akan dijadikan bahan rujukan semasa peperiksaan kertas 3

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete
  5. Hi cikgu. Saya nak tanya soalan.
    =Mengapakah dasar kuasa barat berubah selepas revolusi perindustrian?
    Cikgu ini soalan esei. Macam mana nak jawab cikgu.

    ReplyDelete
  6. Hi cikgu. Saya nak tanya soalan.
    =Mengapakah dasar kuasa barat berubah selepas revolusi perindustrian?
    Ini soalan esei. Macam mana nak jawab cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka mula menjajah kawasan timur sebab perkembangan dalam revolusi perindustrian. Mereka perlu bahan mentah secara konsisten oleh itu mereka perlu cari sumber lain. Antara tempat yang sesuai ialah asia tenggara di kepulauan melayu. Antara faktor nya, kedudukan strategy terletak diantara china dan india, kaya dengan bahan mentah, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan(kapal wap)

      Delete
  7. apakah maksud revolusi ppertanian

    ReplyDelete
  8. Saya nak Tanya,bagaimanakah negara Kita menyumbang Kepada Revolusi Perindustrian?

    ReplyDelete
  9. Apa kegunaan rempah ratus semasa revolusi pendustrian

    ReplyDelete
  10. Jelaskan maksud revolusi... Bagaimana saya nak jawab soalan ini cgu... Adakah saya terangkan maksud revolusi itu sahaja atau kaitkan dgn perindustrian eropah

    ReplyDelete
  11. Mengapakah revolusi perindustrian membawa kepada aktiviti peluasan kuasa

    ReplyDelete
  12. Hi ckgu,saya tak tahu nak jawab soalan ni(esei) Bagaimanakah revolusi perindustrian memberi kesan terhadap kedatangan kuasa barat pada abad ke 17

    ReplyDelete
  13. Hi cikgu,says tak tahu nak jawab soalan esei in
    (b) Bersetujukah anda perkembangan perindustrian telah menyebabkan kedatangan kuasa Barat ke negara kita?

    ReplyDelete