Monday 19 May 2014

PERLEMBAGAAN MALAYSIA



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 7 Tingkatan 5)


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SKOP KAJIAN

·         Maksud Perlembagaan Malaysia
·         Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
·         Ciri keluhuran Perlembagaan Malaysia
·         Isu sensitif dalam Perlembagaan Malaysia
·         Kepentimgan Perlembagaan Malaysia
·         Kaedah pindaan perlembagaan
·         Sebab pindaan perlembagaan
·         Nilai dan Iktibar


SOALAN STRUKTUR

Perlembagaan Malaysia yang mengandungi pelbagai peruntukan boleh dibuat pindaan. Namun, terdapat beberapa perkara dalam perlembagaan tersebut yang tidak boleh dipersoalkan.

 

(a)    Apakah Perlembagaan Malaysia ?

 [2 markah]

 


(b)    Nyatakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

[2 markah]

 

 

(c)     Senaraikan perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan.

[2 markah]


(d)    Mengapakah perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan ?
 [2 markah]


(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Perlembagaan Malaysia perlu dipertahankan.
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)    Apakah Perlembagaan Malaysia ?


·         Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
·         Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
·         Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
·         Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
 [2 markah]

 


(b)    Nyatakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.


·         Senarai Kerajaan Persekutuan, Senarai Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.
·         Institusi Yang Dipertuan Agong
·         Parlimen
·         Jemaah Menteri
·         Badan Kehakiman
 [2 markah]

 

 

(c)    Senaraikan perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan.


·         Pemerintahan beraja
·         Agama Islam
·         Kedudukan Bahasa Melayu
·         Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera
 [2 markah]


(d)    Mengapakah perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan ?

·         Menghormati ketuanan Melayu
·         Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
·         Menjaga keharmonian kaum
·         Menjamin hak asasi penduduk
·         Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum
·         Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Perlembagaan Malaysia perlu dipertahankan.

·         Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.
·         Menjaga keharmonian kaum
·         Melicinkan pentadbiran negara
·         Membentuk identiti negara
·         Melindungi hak istimewa orang Melayu
·         Memelihara kedaulatan institusi beraja
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga.
Parlimen diberi kuasa membuat pindaan perlembagaan untuk kepentingan tertentu.


(a)    Jelaskan ciri-ciri keluhuran Perlembagaan Malaysia.
[4 markah]


(b)    Terangkan kaedah pindaan perlembagaan yang digunakan di Parlimen  Malaysia.
[6 markah]


(c)     (i)   Pada pandangan anda, mengapakah Parlimen perlu membuat pindaan perlembagaan ?
[4 markah]


         (ii)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara ?                         
[6 markah]




JAWAPAN STRUKTUR

(a)    Apakah Perlembagaan Malaysia ?


·         Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
·         Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
·         Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
·         Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
 [2 markah]

 


(b)    Nyatakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.


·         Senarai Kerajaan Persekutuan, Senarai Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.
·         Institusi Yang Dipertuan Agong
·         Parlimen
·         Jemaah Menteri
·         Badan Kehakiman
 [2 markah]

 

 

(c)    Senaraikan perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan.


·         Pemerintahan beraja
·         Agama Islam
·         Kedudukan Bahasa Melayu
·         Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera
 [2 markah]


(d)    Mengapakah perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan ?

·         Menghormati ketuanan Melayu
·         Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
·         Menjaga keharmonian kaum
·         Menjamin hak asasi penduduk
·         Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum
·         Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Perlembagaan Malaysia perlu dipertahankan.

·         Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.
·         Menjaga keharmonian kaum
·         Melicinkan pentadbiran negara
·         Membentuk identiti negara
·         Melindungi hak istimewa orang Melayu
·         Memelihara kedaulatan institusi beraja
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga.
Parlimen diberi kuasa membuat pindaan perlembagaan untuk kepentingan tertentu.


(a)    Jelaskan ciri-ciri keluhuran Perlembagaan Malaysia.
[4 markah]


(b)    Terangkan kaedah pindaan perlembagaan yang digunakan di Parlimen  Malaysia.
[6 markah]


(c)     (i)   Pada pandangan anda, mengapakah Parlimen perlu membuat pindaan perlembagaan ?
[4 markah]


         (ii)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara ?                         
[6 markah]


JAWAPAN ESEI

(a)    Jelaskan ciri-ciri keluhuran Perlembagaan Malaysia.

·         Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.
·         Ketertinggian perlembagaan mengatasi YangDipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
·         Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan tidak sah.
·         Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
·         Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal dengan sendirinya.
·         Mahkamah akan membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau yang bercanggah dengan Perlembagaan.
 [4 markah]


(b)    Terangkan kaedah pindaan perlembagaan yang digunakan di Parlimen  Malaysia.

               

·         Kaedah Pertama

·         Persetujuan majoroti lebih suara ⅔Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.
·         Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah :
                 Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.

Meminda syarat kewarganegaraan.

Kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri.

                Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputeraSarawak dan Sabah.
                Perubahan sempadan Negeri.

 

                Kaedah Kedua

·         Persetujuan majoriti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
·         Perkara yang boleh dipinda ialah :
                 Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.
                 Kuasa kerajaan Negeri menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah.
                 Kuasa perundangan dan pemerintahan, kuasa negeri, agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan  
                 Bumiputera di Sarawak dan  Sabah.

                Kaedah Ketiga

·         Persetujuan lebih suara ⅔ Dewan Parlimen.
·         Perkara yang boleh dipinda ialah perkara yang tiada disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

               

                Kaedah Keempat

·         Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.
·         Perkara yang boleh dipinda ialah:
                Pindaan Jadual 2, 6 dan 7 Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli Dewan       
                 Negara dan persempadanan pilihan raya.
                 Pindaan Perkara 74 mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
                 Perkara 76 mengenai perkara dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, persetiaan, perjanjian 
                 atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.
 [6 markah]




(c)    (i)   Pada pandangan anda, mengapakah Parlimen perlu membuat pindaan perlembagaan ?

               

·         Melindungi kepentingan rakyat.

·         Menjaga keselamatan negara.

·         Melicinkan urusan pentadbiran.

·         Supaya sesuai dengan keperluan semasa.

·         Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.

·         Memastikan kandungan perlembagaan ipatuhi oleh dengan rela hati.

·         Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.

·         Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum.

·         Memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.
·         Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
[4 markah]


         (ii)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara?                     

               

·         Menjamin kestabilan negara.

·         Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran negara.

·         Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan negara.

·         Panduan dalam menjalankan pemerintahan.

·         Menjamin taat setia rakyat kepada negara.
·         Perlembagaan membentuk semangat patriotisme.
·         Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
·         Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong
·         Menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa perbalahan.
·         Menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri.
·         Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
[6 markah]


Jangan bimbang ….. abezek sudah tau!
 
Benarkah anjalan paradigma itu suatu perubahan ?
Kalaulah benar, mengapakah semakin dilaungkan supaya berlaku anjakan paradigma, semakin tidak berganjak pendirian kita ?
Apa yang disungutkan, semakin tidak berlaku.
Apakah perlu diruntuhkan dulu apa yang ada sekarang, baru berlaku anjakan.
Kalau benarlah begitu, maka runtuhkanlah .....
 
 

17 comments:

  1. I cant believe I found this just now: http://clanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Best players use this!! (ob7JT5m6Sh)

    ReplyDelete
  2. terima kasih sedikit sbyk dpt membantu saya menyiapkan assignment saya.

    ReplyDelete
  3. I heard that people who play CoC use http://clanshelper.com/ and its great! You receive your CoC gems instantly!!! Amazing! (8RbbMM4pQg)

    ReplyDelete
  4. Thanks....ia byk membantu sya membuat assignments sy...

    ReplyDelete
  5. My clan friends on CoC told me about http://maxclashgems.com - you receive free C-o-C gems instantly! Everybody uses this now! (13Fpp4nZI5)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete
  8. Bagaimna pla klau soalan tnya 4 faktor perlembagaan persekutuan dianggap sbgai undang2 trtnggi ngra??

    ReplyDelete
  9. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
    ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
    Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
    Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
    - Kesulitan Ekonomi
    - Banyak Hutang
    - Rejeki Seret
    - Susah Mencari Pekerjaan
    - Susah jodoh
    - Pasangan Selingkuh
    - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
    - Belum Mempunyai keturunan

    Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
    -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
    - Pesugihan Tanpa tumbal
    - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
    - Pesugihan Tuyul
    - Pesugihan Buto Ijo
    - Pesugihan Nyi Blorong
    - Pesugihan Kembang Kantil
    - Pasang Susuk kembang Kantil
    - Pelet Mimi lan Mintuno
    - Pengasihan Semar Mesem
    - Pengasihan Jaran goyang
    - Memisahkan Pasangan Selingkuh
    - Pengobatan Kanker, HIV, dll
    - Ritual Memohon Keturunan
    - Backing Usaha
    - Pengisian Benda Pusaka
    - Mengusir Hantu dll
    - Pencalonan Lurah, Camat dll
    - Ritual Enteng Jodoh
    ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
    ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
    Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cg atas jawapan ini. Sesuai utk rujukan kami👍

    ReplyDelete
  11. Terima kasih, sebab blogspot awak ni kerja sekolah saya dapat siap...

    ReplyDelete