Sunday 18 May 2014

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 5 Tingkatan 5)


PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SKOP KAJIAN

·         Suruhanjaya Reid dan peranannya
·         Peristiwa kea rah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
·         Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956 untuk melaksanakan tanggungjawab memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

 (a)   Apakah Suruhanjaya Reid ?
[1 markah]

(b)    Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
[2 markah]

(c)     Nyatakan tugas suruhanjaya tersebut ?
[2 markah]

(d)    Berikan dua perkara yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya.
[3 markah]

(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Suruhanjaya Reid memberikan sumbangan  penting terhadap kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)    Apakah Suruhanjaya Reid ?

·         Sebuah suruhanjaya yang dibentuk oleh pihak British pada bulan Mac 1956.
·         Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh empat orang pakar undang-undang yang lain.
·         Suruhanjaya ini ditugaskan untuk membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
 [1 markah]


(b)    Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.

·         Lord Reid (Hakim British)
·         Sir Ivor Jennings (England)
·         Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
·         Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
·         Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
 [2 markah]


(c)    Nyatakan tugas suruhanjaya tersebut ?

·         Membincangkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu
·         Mengkaji isu-isu dalam merangka perlembagaan.
·         Menerima memorandum daripada pelbagai pihak.
·         Menerbitkan cadangan perlembagaan.
·         Menghantar cadangan perlembagaan ke Parlimen British untuk diteliti.
·         Menghantar cadangan perlembagaan kepada Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan untuk disah.
 [2 markah]


(d)    Berikan dua perkara yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya.

·         Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat

·         Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
·         Kedudukan Raja-Raja Melayu
·         Hak istimewa orang Melayu
·         Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
·         Pemberian kerakyatan kepada imigran
·         Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
·         Bahasa kebangsaan
 [3 markah]


(e)    Pada pandangan anda, mengapakah Suruhanjaya Reid memberikan sumbangan  penting terhadap kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 ?
        
·         Merangka dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Mengkaji isu-isu penting dalam merangka perlembagaan.
·         Mengekalkan sistem beraja di Persekutuan Tanah Melayu.
·         Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
·         Berjaya mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang berbilang kaum
·         Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan  Bumiputera.
·         Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.


 










(a)    Terangkan peranan Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan tersebut.
[8 markah]

(b)    Nyatakan isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[6 markah]


(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada pembinaan negara dan       bangsa ?
[6 markah]


JAWAPAN ESEI

 (a)   Terangkan peranan Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan tersebut.

·         Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini membincangkan kandungan perlembagaan.
Suruhanjaya ini juga menyusun kandungannya.
·         Mengkaji isu-isu penting dalam merangka perlembagaan.
Isu yang diutamakan dalam merangka perlembagaan ialah pembentukan sebuah persekutuan yang kuat, pemberian kuasa autonomi kepada negeri, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
·         Suruhanjaya Reid menerima memorandum.
Memorandum diterima daripada orang perseorangan dan pertubuhan politik.
        Cadangan Parti Perikatan diberi perhatian utama.
·         Suruhanjaya Reid menerbitkan cadangan perlembagaan.
Cadangan itu dihantar kepada Parlimen British.
·         Suruhanjaya Reid menghantar cadangan itu kepada Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk disahkan.
        Cadangan tersebut disahkan pada 17 Ogos 1957.
 [8 markah]


(b)    Nyatakan isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

·         Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.

·         Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
·         Institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan
·         Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara.
·         Pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
·         Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.
·         Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.
·         Prinsip jus soli diterima.
·         Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
·         Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
·         Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
·         Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 [6 markah]


(c)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada pembinaan negara dan bangsa ?

·         Merupakan satu langkah pembinaan negara dan bangsa yang kukuh.
        Unsur kesultanan Melayu dan sistem birokrasi Barat digabungkan untuk membentuk identiti negara dan      
        bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
        Kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
·         Memperlihatkan persetujuan semua kaum menerusi pakatan murni.
        Pakatan murni di kalangan pemimpin mewujudkan perpaduan kaum.
        Keharmonian kaum dicapai tanpa pertumpahan darah.
·         Memberikan hak  mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara.
        Mereka boleh mentadbir mengikut acuan sendiri.
·         Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
        Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
 [6 markah]


Jangan bimbang ….. abezek sudah tau!
Perjuangan memerlukan keberanian. Seseorang yang tidak memeliki  keberanian,  tidak akan menjadi seorang pejuang. Pejuang yang penakut adalah pengecut dan hipokrit.

Pengorbanan adalah satu keberanian.
KITA PERLU BERANI BERKORBAN UNTUK MERAIH KEJAYAAN.

29 comments:

  1. Banyak sungguh tajuk ramalan. Adakah saya sudah trlmbat? Sekrang dah bulan jun.
    Mana tajuk yg perlu saya fokuskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya SPM tahun ini. Manakah bab dan tajuk yang perlu saya fokuskan? Boleh kh saya tahu bab mana yang selalu keluar?

      Delete
    2. Tak sangka isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu keluar SPM tdi��hmmm

      Delete
    3. HAHAHAHAHAHA hai geng spm :) boleh2 bertemu kat sini wkwk

      Delete
  2. salam cikgu, nok tnyo ni, gapo 2 bukti yg mnunjukkan cdangan Suruhanjaya Reid mngmbil kira kpentingan rkyat plbagai kaum d Tnh Mlayu ?

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya apa bagaimana kedudukan raja raja melayu mengikutperlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 ?? #help 😭😭

    ReplyDelete
  4. Cikgu, soalan ramalan 2018?

    ReplyDelete
  5. Cikgu, soalan ramalan 2018?

    ReplyDelete
  6. Kenapa pagawai luar negara yang mengaggotai suruhanjaya reid ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dorang lebih berpengalaman :)

      Delete
  7. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete
  8. Are you teaching in SCHS,Tawau?

    ReplyDelete
  9. Soalan ramalan 2019 yg perlu fokus

    ReplyDelete
  10. Anda akan tengok ni pada tahun 2022,saya SPM pada (tengok tarikh), jumpe sekarang

    ReplyDelete
  11. MENGAPAKAH WAKIL WAKIL PERSURUHANJAYA REID HANYA MELIBATKAN WAKIL WAKIL DARI LUAR ??

    ReplyDelete
  12. mengapakah anggota dalam suruhanjaya Reid hanya melibatkan wakil-wakil dari luar negara?

    ReplyDelete
  13. sangat bermanfaat...😌

    ReplyDelete
  14. Kerana mereka lebih berpengalaman dan mahir dalam mentadbir sesuatu negara. Jadi, mereka lebih layak utk bincang n susun perlembagaan PTM.

    ReplyDelete
  15. Kenapa suruhanjaya ni terima banyak memorandum drpd pelbagai pihak ?

    ReplyDelete
  16. It easy but some of that difficult to understand

    ReplyDelete