Friday 16 May 2014

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 4 Tingkatan 5)


PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH

SKOP KAJIAN

·         Faktor penyerahan Sarawak kepada British
·         Sebab penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak
·         Cara penentangan penduduk Sarawak
·         Sebab pergerakan politik di Sabah tidak menonjol


SOALAN STRUKTUR

(a)     Apakah sebab Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ?
[2 markah]


(b)     Mengapakah pemimpin tempatan di Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ?
 [2 markah]


(c)     Nyatakan tindakan penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
[2 markah]


(d)     Berikan dua alasan, mengapakah anda menyokong penentangan penduduk Sarawak ?
[2 markah]


(e)     Pada pandangan anda, mengapakah kesedaran politik di Sabah amat perlahan berbanding di Sarawak ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Apakah sebab Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ?

·         Beliau telah tua / uzur
·         Beliau tiada waris yang akan menggantinya.
·         Anak saudaranya, Anthony Brooke tidak layak mentadbir
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(b)  Mengapakah pemimpin tempatan di Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ?

·         Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
·         Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan
·         Hanya disokong bukan bumiputera dan pegawai British.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(c)  Nyatakan tindakan penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.

·         Persatuan menentang penyerahan Sarawak secara terbuka.
·         Kaum Ibu dalam PKMS berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
·         Kakitangan kerajaan menentang secara terbuka.
·         Seramai 338 kakitangan awam meletak jawatan sebagai tanda bantahan terhadap Surat Pekeliling kerajaan British.
·         Kaum terpelajar dan orang muda Sarawak mengadakan pakatan sulit.
·         Mereka menubuhkan Rukun Tiga Belas untuk menghadapi tekanan British.
·         Rosli Dhobi telah membunuh Gabenor Sarawak, Duncan Stewart.
 [2 markah]


(d)  Berikan dua alasan, mengapakah anda menyokong penentangan penduduk Sarawak ?

·         Menghalang Sarawak dijadikan tanah jajahan British
·         Untuk memerintah sendiri
·         Vyner Brooke tidak berpegang kepada jajanji
·         Mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak
·         Menunjukkan perpaduan rakyat Sarawak
·         Mempertahankan maruah rakyat Sarawak
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


(e)  Pada pandangan anda, mengapakah kesedaran politik di Sabah amat perlahan berbanding di Sarawak ?

·         Pertubuhan yang ada berpecah belah
·         Gerakan politik tidak berkesan
·         Pertubuhan yang ditubuhkan ialah pertubuhan sosioekonomi.
·         Gerakan pertubuhan bersifat sederhana.
·         Sistem perhubungan kurang baik
·         Kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat masih rendah
·         Masyarakat tertutup
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya pekerjaan itu dikira sah dengan niat dan setiap orang itu memperolehi pahala mengikut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila sesuatu pekerjaan dilakukan kerana Allah dan untuk menunaikan tanggung jawab yang ditentukan oleh Allah, maka ia menjadi ibadat.
Niat yang ikhlas kerana Allah membezakan sesuatu pekerjaan itu sama ada sebagai ibadat atau adat dan budaya. Niatlah yang akan menentukan keikhlasan seseorang dan ia diketahui oleh orang itu sendiri.

9 comments:

  1. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete
  2. Apa kah peranan orang melayu dan orang dayak dalam gerakan anti penyarahan di sarawak

    ReplyDelete
  3. Apa kah peranan orang melayu dan orang dayak dalam gerakan anti penyarahan di sarawak

    ReplyDelete
  4. Mengapakah gerakan penentabgan sabah lebih bersifat sederhana

    ReplyDelete
  5. Wajarkah penduduk tempatan menentang penyerahan negara kepada kuasa asing

    ReplyDelete