Saturday 10 May 2014

PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 7 Tingkatan 4)


PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

SKOP KAJIAN

·         Faktor kedatangan Islam ke Asia Tenggara
·         Peranan pedagang dalam penyebaran Islam
·         Peranan pemerintah dalam penyebaran Islam
·         Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
·         Peranan pusat kebudayaan Islam dalam penyebaran Islam
·         Peranan ulama dan mubaligh dalam menyebarkan Islam
·         Sebab Islam tersebar dengan mudah

SOALAN STRUKTUR

Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.

FAKTOR                        PENYEBARAN                         ISLAM
Peranan pedagang
Peranan kerajaan Islam
Peranan ulama


(a)    Jelaskan cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
 [2 markah]

(b)    Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
 [2 markah]

 (c)    Bagaimanakah Kerajaan Acheh memainkan peranannya menyekat pengaruh agama Kristian di rantau Asia Tenggara ?
 [2 markah]

(d)    Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara ?
 [2 markah]

(e)    Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka menyebarkan Islam?

JAWAPAN STRUKTUR

 (a)   Jelaskan cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

·         Mengamalkan Islam dalam perniagaan.
·         Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·         Menunjukkan sifat mahmudah.
·         Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
·         Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
·         Menetap dan membuka perkampungan Islam.
·         Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
·         Berkahwin dengan wanita tempatan.
·         Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
·         Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah
·         Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(b)    Apakah usaha yang dilakukan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?

·         Apabila raja memeluk Islam, negeri tersebut menjadi kerajaan Islam.
·         Pengislaman raja menjadi ikutan pembesar dan rakyat.
·         Kerajaan islam akan menakluki dan menaungi negeri kecil yang lain.
·         Raja menghantar ulama untuk menyebarkan Islam di tanah jajahan
·         Raja memberi keistimewaan kepada penganut Islam.
·         Raja menjadikan negerinya sebagai pusat Islam.
·         Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

(c)    Bagaimanakah Kerajaan Acheh memainkan peranannya menyekat pengaruh agama Kristian di rantau Asia Tenggara ?

·         Menghalang penyebaran Kristian di rantau Asia Tenggara.
·         Menaungi kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera.



·         Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
·         Menjadi Serambi Makkah.
·         Tempat persinggahan orang yang akan menunaikan haji.
·         Menjadi pusat pengajian ilmu Islam.
·         Menjadi pusat pertemuan ulama.
·         Menjadi pusat kesusasteraan Islam.
 [2 markah]

(d)    Pada pandangan anda, mengapakah ulama memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara ?

·         Berdakwah menyebarkan Islam.
·         Mengajar asas Islam secara tidak formal.
·         Mengajar Islam di istana, masjid, rumah dan pondok.
·         Menubuhkan pondok, pesantren dan dayah.
·         Menjadi penterjemah kitab Arab ke dalam bahasa Melayu.
·         Menghasilkan karya penulisan tentang Islam
·         Menjadi pakar rujuk ulama lain tentang masalah agama.
·         Menjadi penasihat raja dalam pentadbiran.
·         Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
·         Menjadikan kerajaan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah.
·         Menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah.
 [2 markah]

(e)    Apakah nilai murni yang boleh kita teladani daripada kesungguhan mereka menyebarkan Islam?

·         Gigih menyebarkan dakwah
·         Tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah
·         Bersabar walaupun menghadapi pelbagai dugaan
·         Kreatif yang menyampaikan dakwah
·         Berani menyuarakan kebenaran
·         Sanggup menghadapi pelbagai risiko untuk berdakwah
·         Mengamalkan sifat lemah lembut melayani masyarakat
·         Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Maklumat berikut merujuk kepada faktor penyebaran Islam ke Asia Tenggara.

FAKTOR                       PENYEBARAN                         ISLAM
Perdagangan
Perkahwinan
Pengislaman raja dan pembesar
Peranan mubaligh

(a)    Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran                Islam di Asia Tenggara.
         [8  markah]

 (b)   Mengapakah Islam mudah tersebar melalui perdagangan ?
         [4  markah]

 (c)    (i)   Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima Islam ?
         [4  markah]

         (ii)  Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di negara kita ?
         [4  markah]

SOALAN ESEI

 (a)   Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara.
        
·         Disebabkan kegiatan perdagangan.
·         Kesediaan masyarakat Asia Tenggara menerima Islam.
·         Islam tersebar di Asia Tenggara melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.
·         Pengislaman raja dan bangsawan menjadi ikutan rakyat.
·         Kerajaan Islam di Asia Tenggara berperanan menyebarkan Islam.
·         Kerajaan Islam menjadi pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam.
·         Peranan pendakwah membantu menyebarkan Islam.
·         Disebabkan keistimewaan agama Islam sendiri.
 [8  markah]

(b) Mengapakah Islam mudah tersebar melalui perdagangan ?

·         Pedagang Islam dari Arab, China dan India berdagang di Asia Tenggara.
·         Pedagang menggunakan perniagaan untuk menyebarkan Islam.
·         Pedagang menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
·         Pedagang menunjukkan sifat mahmudah.
·         Pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
·         Pedagang membawa ulama bersama mereka
·         Pedagang menetap dan membuka perkampungan Islam.
·         Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
·         Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.
·         Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
·         Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
·         Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.
 [4  markah]

(c) (i)      Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima Islam ?
        
·         Islam mudah difahami
·         Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
·         Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan
·         Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam
·         Agama Islam dianuti oleh pemerintah
·         Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]


      (ii)     Apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di negara kita ?
        
·         Menganjurkan tilawah al-Quran
·         Menjalankan pentadbiran secara Islam
·         Melaksanakan undang-undang Islam
·         Menjalankan perbankan Islam
·         Memperkenalkan sistem pajak gadai Islam
·         Melancarkan kempen mengamalkan budaya Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Ibu kawe selalu mengingatkan kawe dalam mengharungi hidup .....
Orang lain ada harta, dia wakafkan hartanya,
Kita tiada apa-apa ..... wakafkan apa daya kita.
Kalau ada ilmu, wakafkan. Nanti BERCAMBAH DAN SUBUR ILMU itu dalam hati kita. Itulah KEKAYAAN YANG HAKIKI!

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Biar bersakit dahulu, Nanti senanglah kemudian.

15 comments:

  1. Sangat membantu saya dalam melakukan kerja rumah . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
      ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
      Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
      Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
      - Kesulitan Ekonomi
      - Banyak Hutang
      - Rejeki Seret
      - Susah Mencari Pekerjaan
      - Susah jodoh
      - Pasangan Selingkuh
      - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
      - Belum Mempunyai keturunan

      Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
      -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Tanpa tumbal
      - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
      - Pesugihan Tuyul
      - Pesugihan Buto Ijo
      - Pesugihan Nyi Blorong
      - Pesugihan Kembang Kantil
      - Pasang Susuk kembang Kantil
      - Pelet Mimi lan Mintuno
      - Pengasihan Semar Mesem
      - Pengasihan Jaran goyang
      - Memisahkan Pasangan Selingkuh
      - Pengobatan Kanker, HIV, dll
      - Ritual Memohon Keturunan
      - Backing Usaha
      - Pengisian Benda Pusaka
      - Mengusir Hantu dll
      - Pencalonan Lurah, Camat dll
      - Ritual Enteng Jodoh
      ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
      ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com
      Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan AKI DARMO 082-310-142-255

      Delete
  2. artikel bagus,menambah ilmu pengetahuan. thankyou..

    ReplyDelete
  3. Apakah strategi yang digunakan oleh pedagang islam untuk menyebabkan dakwah islamiah di Asia Tenggara. tolong jwbkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyebaran tanpa paksaan , tanpa pertumpahan darah dan secara adil,islam yg sesuai dengan budaya masyarakat islam di tanah jajahan dan kemurniaan agama islam yg mencakupi kesemua bidang kehidupan #bantujawab😊

      Delete
  4. Assalamualaikum.. Boleh tanya apakah pengaruh agama islam terhadap masyarakat tempatan..
    Boleh tolong share jawpan x..sya hargai jasa baik kalian

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Boleh tanya apakah pengaruh agama islam terhadap masyarakat tempatan..
    Boleh tolong share jawpan x..sya hargai jasa baik kalian

    ReplyDelete
  6. saya dapat meniru dengan article ini

    ReplyDelete
  7. Sangat membantu saya membuat kerja khusus sejarah. Terima kasih😃

    ReplyDelete
  8. Islamic Propagation Society International

    ReplyDelete
  9. The top of the mountain black poison snake 🐍

    ReplyDelete