Monday 12 May 2014

PENDIDIKAN VERNAKULAR DI TANAH MELAYU



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 9 (Bab 10 Tingkatan 4)


PENDIDIKAN VERNAKULAR

SKOP KAJIAN

·         Maksud pendidikan vernakular
·         Ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil
·         Perkembangan sekolah Melayu
·         Perkembangan sekolah Inggeris

SOALAN STRUKTUR

Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.

(a)    Apakah maksud pendidikan vernakular ?
 [2 markah]

(b)    Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.
 [2 markah]

(c)     Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
 [2 markah]

 (d)   Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?
 [2 markah]

(e)    Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem pendidikan ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah maksud pendidikan vernakular ?

·         Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar.
 [2 markah]

(b) Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.

·         Berorientasikan kaum.
·         Menggunakan pengantar bahasa ibunda.
·         Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
·         Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.
·         Guru-guru juga diambil dari negara asal.
·         Buku teks dibawa dari negara asal.
 [2 markah]

(c) Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.

·         Dibiayai oleh pengusaha (taukeh lombong dan pengusaha ladang)
·         Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar.
·         Guru dibawa dari negara asal.
·         Buku dibawa dari negara asal.
·         Sukatan pelajaran berasaskan sistem pendidikan di negara asal.
 [2 markah]

(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?

·          Pendidikan ini berorientasikan kaum.
·         Murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan.
·         Murid tidak melalui sistem pendidikan yang sama.
·         Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
·         Sukatan pelajaran dan guru dibawa dari negara asal.
·         Tidak dilaksanakan hingga ke peringkat tinggi.
 [2 markah]


(e) Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem pendidikan ?

·         Menggunakan sukatan pelajaran yang sama.
·         Menggunakan pengantar Bahasa Melayu untuk pendidikan
·         Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
·         Mewujudkan Sekolah Kebangsaan
·         Mana-mana jawapan munasabah



SOALAN ESEI

Rajah di bawah menunjukkan sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.



SISTEM PENDIDIKAN
Pendidikan vernacular Cina
Pendidikan vernacular Tamil
Sekolah Melayu
Sekolah Inggeris

(a)    Terangkan ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
               [4  markah]

 (b)   Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
               [6  markah]

 (c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikan vernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British ?
               [6  markah]

         (ii)  Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem pendidikan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan ?
               [4  markah]


JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah  Melayu semasa penjajahan British.
              
·         Berorientasikan kaum.
·         Menggunakan pengantar bahasa ibunda.
·         Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
·         Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.
·         Guru-guru juga diambil dari negara asal.
·         Buku teks dibawa dari negara asal.
 [4  markah]
 
(b) Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
              
·         Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.
·         Sekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
          Penang Free School (18160) di Pulau Pinang
         Malacca Free School (1826) di Melaka.
·         Sekolah Inggeris juga didirikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
        King Edward VII School (1883) di Taiping
        – Victoria Institution (1894) di Kuala Lumpur.
·         Sekolah Inggeris didirikan di bandar sahaja.
·         Pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.
·         Kurikulum sekolah Inggeris sistem pendidikan di England.
·         Pihak British menubuhkan universiti sebagai institusi lanjutan – Universiti Malaya di Singapura.
 [6  markah]

(c) (i)      Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikan vernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British ?
              
·         Sekolah Melayu mula ditubuhkan di Negeri Selat.
                 Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura pada 856 dan seterusnya didirikan di 
                 Seberang Perai pada tahun 1871.
·         Sekolah Melayu didirikan di Negeri Melayu Bersekutu.
        Didirikan di Perak iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.
·         Sekolah Melayu didirikan untuk murid perempuan.
        Hanya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat pada 1885.
·         Sekolah Melayu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja.
        Mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira shj.
        Bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
·         Pendidikan Melayu menyediakan pendidikan lanjutan.
        Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan.
        Maktab ini  melatih guru sekolah Melayu..
·         Pendidikan Melayu turut menyediakan sekolah untuk golongan elit.
                Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) ditubuhkan.
 [6  markah]

      (ii)     Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem pendidikan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan ?
              
·         Menggunakan pengantar Bahasa Melayu
·         Menyediakan peluang pendidikan ke pusat pengajian tinggi
·         Mewajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan
·         Melengkapkan prasarana pendidikan
·         Melengkapkan sekolah dengan kemudahan ICT
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Di samping sifat mendidiknya yang amat tinggi,  orang dulu-dulu ternyata amat ikhlas dalam perilaku dan watak diri mereka.  Mereka terbentuk atas nilai dan kaedah manusiawi yang dalam.
Renunglah Pantun lagu Seri Mersing ini.

                Hari redup menuai padi,
                                Dibawa balik ke tanah seberang;
                Semasa hidup kita berbudi,
                                Nama yang baik dikenang orang.

HIDUP MESTILAH BERBUDI.

9 comments:

  1. Perbezaan sistem pendidikan vernakular melayu sebelum dan selepas kedatangan british??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete
  3. Apakah kepentingan sistem pendidikan Vernakular

    ReplyDelete
  4. ini syirik, bergantung harap pada selain dari Allah Subhanahuwata'ala

    ReplyDelete
  5. apakah kesan daripada pengenalan sistem pendidikan vernakular semasa penjajahan di Tanah Melayu?

    ReplyDelete
  6. Apakah kesan daripada perkembangan sekolah vernakular tersebut terhadap Tanah Melayu?

    ReplyDelete
  7. Kajian pendidikan sekolah vernakular yang terdapat di negeri negeri melayu

    ReplyDelete