Thursday 15 May 2014

MALAYAN UNION 1946



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 4 Tingkatan 5)


MALAYAN UNION

SKOP KAJIAN

·          Faktor kerajaan British memperkenalkan Malayan Union
·          Ciri-ciri Malayan Union
·          Sebab orang Melayu membantah Malayan Union
·          Cara bantahan terhadap Malayan Union
·          Kesan penentangan terhadap Malayan Union
·          Nilai dan iktibar


SOALAN STRUKTUR

Maklumat di bawah berkaitan dengan sebab penentangan orang Melayu terhadap pengenalan Malayan Union 1946.

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
·          Kerakyatan jus soli
·          Menjejaskan Raja-Raja Melayu
·          Cara Harold MacMichael mendapatkan persetujuan Sultan


(a)     Berikan dua syarat kerakyatan jus soli.
[2 markah]

(b)     Pada pandangan anda, apakah kesan kerakyatan jus soli terhadap orang Melayu ?
[2 markah]

 (c)    Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pelaksanaan  Perjanjian Malayan Union menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu.
 [2 markah]

(d)    Apakah helah yang digunakan oleh Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan terhadap Malayan Union ?
[2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan terhadap Malayan Union merupakan suatu tindakan yang wajar ?
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a)     Berikan dua syarat kerakyatan jus soli.

·          Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
·          Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin di Tanah Melayu selama 10 - 15 tahun.
·          Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas
·          Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya
 [2 markah]

(b)    Pada pandangan anda, apakah kesan kerakyatan jus soli terhadap orang Melayu ?

·          Mengancam status-quo orang Melayu.
·          Orang Melayu hilang hak istimewa
·          Menjadikan jumlah orang Melayu kecil.
·          Menyebabkan orang Melayu mundur.
·          Orang Melayu tidak dapat bersaing dalam ekonomi moden
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pelaksanaan Perjanjian Malayan Union menjejaskan kedudukan 
          Raja-Raja Melayu.

·          Raja Melayu tiada kuasa dalam pemerintahan.
·          Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
·          Raja Melayu menjadi ketua dalam agama Islam.
·          Raja Melayu hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat.
·          Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]

(d)    Apakah helah yang digunakan oleh Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan terhadap Malayan 
         Union ?

·          Mengugut Raja Melayu.
·          Raja Melayu dipaksa menerima Malayan Union.
·          Raja Melayu akan diturunkan takhta jika enggan menerima MU.
·          Sultan tidak diberi masa berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
·          Menggunakan semangat setia kawan kepada British untuk mendapatkan tandatangan Sultan.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah penentangan terhadap Malayan Union merupakan suatu tindakan yang            
           wajar ?

·          Mempertahankan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
·          Menentang pembentukan bangsa Malayan Union
·          Mempertahankan status quo orang Melayu
·          Menentang pelaksanaan kerakyatan secara jus soli
·          Mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu
·          Menghalang penguasaan British terhadap ekonomi TM
·          Mengekalkan kuasa politik orang Melayu
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

(a)    Terangkan sebab pihak British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.
[6 markah]

(b)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?
[6 markah]

(c)     (i)   Nyatakan cara bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
[4 markah]

         (ii)  Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
 [4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan sebab pihak British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.

·          Untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
·          Sebagai persediaan untuk Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
·          Untuk melicinkan pentadbiran.
Pembahagian pentadbiran negeri-negeri Melayu kepada Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMTB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB menyebabkan pentadbiran tidak cekap.
·          Untuk menjimatkan kos pentadbiran
·          Menseimbangkan pembangunan ekonomi antara negeri di Tanah Melayu
                 Kepelbagaian sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan 
                 ekonomi tidak seimbang.
·          Membentuk satu bangsa Malayan Union.
·          Pendatang dapat melupakan negara asal mereka.
        Mereka taat setia kepada Malayan Union.
British dapat memastikan sumber tenaga untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
·          Untuk membolehkan British menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu secara berterusan.
·          Mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
 [6 markah]

(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?

·          Sir Harold MacMichael mengugut Raja Melayu.
·          Raja Melayu dipaksa menerima Malayan Union.
·          Keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk pembaharuan politik.
·          Orang Melayu masih trauma dengan keganasan Jepun dan Parti Komunis Malaya.
·          Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja Melayu.
·          Pemberian kerakyatan jus soli yang longgar.
·          Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu.
[6 markah]

(c)  (i)      Nyatakan cara bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

·          Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu 
·          Mengadakan demonstrasi di Kota Bharu dan Alor Setar.
·          Membantah cara Harold McMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
·          Menghidupkan semula persatuan Melayu.
·          Menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
·          Orang Melayu menubuhkan UMNO.
·          Orang Melayu mengadakan kongres kedua membantah pengisytiharan Malayan Union.
·          Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.
·          Berkumpul bersama Raja Melayu menyatakan bantahan.
 [4 markah]

      (ii)     Nyatakan kesan hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

·          Bantahan terhadap Malayan Union berjaya menyatukan orang Melayu.
·          Orang Melayu bersatu mempertahankan status-quo mereka.
·          Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO.
·          British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
·          Mereka berunding bagi membentuk sistem pentadbiran yang lebih baik.
·          British mengambil langkah membatalkan Malayan Union.
·          Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk menggantikan Malayan Union.
·          Mana-mana jawapan munasabah

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
                Hidup bagai air di pantai
                Ombak berderai tiada berkesan
                Berpada-pada jika berbudi
                Ibarat air di daun keladi
Jangan sekali-kali menjadi orang yang tidak mengenang budi.

38 comments:

  1. bantu saya beri huraian cikguuu :<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak jawab soalan Kbat
      soalan: Pada pendapat anda, apakah implikasi pemberian hak kewarganegaraan berdasarkan jus soli kepada kaum bukan melayu?

      Delete
  2. semoga usaha Tuan mendapat ganjaran amal jariah yang berpanjangan ..Terim
    akasih

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya. Apakah kesan kepada negara selepas penentangan terhadap malayan union ? Harap sangat untuk dibalas >_<

    ReplyDelete
  4. Salam, nak tanya. Apakah kesan kepada negara selepas penentangan terhadap malayan union ? Harap sangat untuk dibalas >_<

    ReplyDelete
  5. salam. hntar ke email saya boleh tak note ni?
    nazatulatiykah@gmail.com
    thankyou

    ReplyDelete
  6. salam. hntar ke email saya boleh tak note ni?
    nazatulatiykah@gmail.com
    thankyou

    ReplyDelete
  7. macam mana malayan union meredekan keadaan huru hara yang dilakukan oleh tentera bintang tiga

    ReplyDelete
  8. Mengapakah orang melayu tidal berkehendakkan kepada Malayan union

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kerakyatan senang jer nak dapat, astu cara British mendapatkan tandatangan dari Sultan -itu saja yang saya tahu Kerna saya masih murid sekolah menengah atas huhu wallhualam

      Delete
  9. Sejauh manakah malayan union menyatakan orang melayu

    ReplyDelete
  10. Sejauh manakah malayan union menyatakan orang melayu

    ReplyDelete
  11. Bagaimanakah cara MU bantu britidh capai matlamatnya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete
  13. Bagaimanakah Malayan union boleh menyatukan orang melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti kalau betul ke tidak but,
      orang melayu bersatu padu untuk menentang Malayan Union demi mempertahankan hak orang melayu.

      Delete
  14. Sejauhmanakah strategi yang digunakan oleh penduduk tempatan berjaya mencapai matlamatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa muslihat british melaksanakan Malayan Union di tanah melayu ?

      Delete
  15. mengapakah malayan union dianggap sebagai pnjajahan secara langsung British negara kita?

    ReplyDelete
  16. mengapakah malayan union dianggap sebagai pnjajahan secara langsung British negara kita?

    ReplyDelete
  17. Nak tanya apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan

    ReplyDelete
  18. Boleh saya tanya soalan? Buktikan pengenalan malayan union ialah satu bentuk penjajahan terhadap orang melayau?

    ReplyDelete
  19. Apakah tipu muslihat british dalam malayan union???

    ReplyDelete
  20. Boleh saya tanya soalan?HURAIKAN KEBERKESANAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK TEMPATAN BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA

    ReplyDelete
  21. Lagi mudah nak faham tajuk ni terima kasih ! 🥰

    ReplyDelete
  22. bagaimanakah reaksi penentangan orang melayu terhadap malayan union

    ReplyDelete
  23. Bagaimanakah cara British berjaya melaksanakan malayan union

    ReplyDelete
  24. syarat-syarat pelaksanaan malayan union

    ReplyDelete
  25. Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union?

    ReplyDelete
  26. Pelaksanaan melayan union telah menguji kesetiaan penduduk dan mereka yang mendiami tanah Melayu
    Berikan ulasan anda?

    ReplyDelete
  27. jelaskan syarat prinsip jus soli?

    ReplyDelete
  28. Bagaimanakah british Memperkenalkan prisinp jus soli?

    ReplyDelete
  29. cikgu saya nk tnye soalan ni, mengapakah british memperkenalkan prinsip jus soli? soalan ni kbat cikgu.

    ReplyDelete
  30. Bagaimanakah kesan pelaksanaan prinsip jus solu terhadap orang melayu

    ReplyDelete
  31. andaikan anda pemimpin pada ketika itu ,cadangkan langkah yang perlu diambil bagi menghalang pelaksanaan malayan union (8 markah)

    ReplyDelete