Sunday 11 May 2014

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 8 (Bab 8 Tingkatan 4)


PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU
(SISTEM PEMERINTAHAN)

SKOP KAJIAN

·         Pengaruh kedatangan Islam terhadap institusi pemerintahan beraja
·         Konsep dan kepentingan daulat
·         Konsep jihad dan pelaksanaannya

SOALAN STRUKTUR

Rajah di bawah merujuk pengaruh Islam terhadap sistem pemerintahan masyarakat Melayu tradisional.


Perubahan Sistem Pemerintahan
Institusi kesultanan
Konsep daulat
Semangat jihad

(a)    Berikan dua ciri institusi kesultanan dalam masyarakat Melayu   tradisional.
 [2 markah]

(b)    Pada pandangan anda, mengapakah selepas kedatangan Islam,  pemerintah di Tanah Melayu mula menggunakan gelaran Sultan ?
 [2 markah]

 (c)    Apakah yang dimaksudkan dengan daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu ?
 [2 markah]

(d)    Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah konsep daulat diperkukuhkan ?
 [2 markah]

(e)    Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, jihad merupakan usaha menentang kemiskinan. Apakah yang dilakukan untuk menyahut seruan tersebut ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR

(a) Berikan dua ciri institusi kesultanan dalam masyarakat Melayu tradisional.

·         Wujudnya Institusi kesultanan yang berasaskan Islam.
·         Sultan sebagai ketua negara.
·         Mufti menjadi penasihat sultan dalam agama dan pentadbiran.
·         Pemerintah memakai gelaran Sultan.
·         Sultan dianggap khalifah Allah.
Raja dianggap Zilullah fil ‘Alam atau Khalifatul Mukminin
·         Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
[2 markah]

(b) Pada pandangan anda, mengapakah selepas kedatangan Islam, pemerintah di Tanah Melayu mula menggunakan gelaran Sultan ?

·         Mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu.
·         Untuk mengukuhkan kewibawaan raja.
·         Untuk meletakkan raja setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain di seluruh dunia.
·         Untuk memupuk perpaduan umat Islam.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

 (c)  Apakah yang dimaksudkan dengan daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu ?

·         Bermaksud kedudukan raja yang tinggi dalam masyarakat
·         Kesucian raja
·         Kepatuhan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah
·         Kedaulatan negara
·         Kebebasan untuk memerintah sendiri
·         Kebebasan melaksanakan undang-undang sendiri
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah konsep daulat diperkukuhkan ?

·         Titah raja adalah merupakan satu perintah yang mesti dipatuhi
·         Titah raja adalah undang-undang
·         Mengingkari titah raja dianggap derhaka
·         Sesiapa yang menderhaka akan dikenakan hukuman berat
·         Raja dianggap ada kaitan dengan keturunan raja termasyhur
·         Raja menggunakan bahasa dalam
·         Adat istiadat diwujudkan untuk membezakannya dengan rakyat
·         Raja dipercayai mempunyai keramat
·         Pemakaian warna yang berbeza daripada rakyat biasa
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e) Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, jihad merupakan usaha menentang kemiskinan. Apakah yang dilakukan untuk menyahut seruan tersebut ?

  • Membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar.
  • Memberi bantuan kebajikan kepada golongan miskin.
  • Menyediakan bantuan modal untuk meningkatkan ekonomi golongan miskin.
  • Memperbaiki taraf hidup masyarakat luar bandar yang miskin.
  • Menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan
  • Menyeru masyarakat gigih berusaha
  • Mana-mana jawapan munasabah.
 [2 markah]


SOALAN ESEI

Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan beberapa unsur baru dalam amalan pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu.

(a)    Terangkan pengaruh Islam terhadap institusi beraja dalam masyarakat Melayu tradisional selepas kedatangan Islam.
         [6  markah]

 (b)   Bagaimanakah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan Islam dilaksanakan di Tanah Melayu ?
         [6  markah]

 (c)    (i)   Apakah prinsip Islam yang sesuai dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di negara kita ?
         [4  markah]

         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah prinsip tersebut sesuai dilaksanakan ?
         [4  markah]
JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan pengaruh Islam terhadap institusi beraja dalam masyarakat Melayu tradisional selepas kedatangan Islam.
      
·         Wujudnya sistem pemerintahan berasaskan Islam.
      Institusi kesultanan telah diperkenalkan.
      Institusi ini diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.
·         Sultan sebagai ketua negara.
      Mufti menjadi penasihat sultan.dalam hal agama Islam dan pentadbiran.
      Pegawai dilantik untuk menjalankan pentadbiran.
      Contohnya kadi, khatib, bilal, pemungut zakat  penyelia baitulmal dll.
·         Pemerintah memakai gelaran Sultan.
      Gelaran Sultan mengukuhkan kedudukan dan kewibawaan raja.
·         Sultan dianggap khalifah Allah.
Raja dianggap Zilullah fil ‘Alam (bayangan Allah di alam).
      Raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpin orang mukmin).
      Konsep dewa-raja tidak digunakan lagi.
·         Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
      Contohnya kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.
·         Unsur-unsur Islam diterapkan pada nama negeri.
      Contohnya Acheh Darus Salam.
·         Nama raja juga menggunakan nama Islam.
      Contohnya Sultan Mansur Syah,Sultan Mahmud Syah dan sebagainya.
·         Menggunakan undang-undang syariah.
Contohnya Hukum Kanun Melaka (Melaka).
      Contohnya Kanun Mahkota Alam (Acheh).
      Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.
·         Lahirnya semangat jihad menentang penjajah.
      Semangat jihad menentang Portugis dan Belanda.
      Semangat jihad disebarkan melalui penulisan ulama.
 [6  markah]

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berlandaskan Islam dilaksanakan di Tanah Melayu ?
      
·         Sultan sebagai ketua negara.
·         Mufti menjadi penasihat sultan.dalam pentadbiran.
·         Kadi, khatib, bilal, pemungut zakat  dan penyelia baitulmal dilantik untuk menjalankan pentadbiran.
·         Pemerintah memakai gelaran Sultan.
·         Sultan dianggap khalifah Allah.
·         Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.
·         Menggunakan undang-undang syariah.
[6  markah]

(c) (i)    Apakah prinsip Islam yang sesuai dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di negara kita ?
      
·         Menjalankan pentadbiran secara islam
·         Pemerintah menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat
·         Menggunakan undang-undang syariah.
·         Melaksanakan undang-undang secara adil
·         Mengiktiraf hak asasi rakyat
·         Penyelesaian masalah dilakukan secara musyawarah
·         Mengutamakan perpaduan
·         Semnagat kerjasama membangunkan negara
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

     (ii)   Pada pandangan anda, mengapakah prinsip tersebut sesuai dilaksanakan ?

·          Dapat melicinkan pentadbiran
·         Memberi peluang kepada rakyat menegur pemerintah
·         Dapat membangunkan ekonomi negara
·         Dapat menjamin pelaksanaan undang-undang yang adil
·         Dapat menyelesaikan masalah rakyat
·         Menjaga kebajikan rakyat
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Ustaz Kawe ada cerita tentang Sayyidina Umar al-Khattab r.a. yang menyembelih seekor lembu kerana rasa kesyukuran yang tidak terhingga apabila berjaya menghafaz, memahami dan menghayati kandungan surah al-Baqarah dalam tempoh sembilan tahun.
Oleh itu, kita janganlah jemu mentelaah dan mengkaji. Semoga Allah mencerahkan hati kita dalam menuntut ilmu.

Kalau tidak dipecahkan ruyung’ manakan dapat sagunya.

2 comments:

  1. Boleh tanya apa jwpn untuk soalan mengapakah konsep daulat sangat penting dalam institusi kesultanan Melayu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wr. Wb.

    WhatsApp Only::::{+33753893351}
    Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
    {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    ReplyDelete