TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 8 Tingkatan 5)
RANCANGAN PEMBANGUNAN
LIMA TAHUN
|
SKOP KAJIAN
·
Matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·
Strategi kea rah mencapai matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Tahap Pertama
·
Agensi kerajaan yang terlibat dalam Rancangan Pembangunan Lima
Tahun Tahap Pertama
·
Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
·
Langkah untuk menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
·
Kejayaan Dasar Ekonomi Baru
SOALAN STRUKTUR (Model 1)
Jadual di bawah berkaitan
dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama (1956 – 1970) di negara
kita.
Tempoh
|
Rancangan Pembangunan
|
1956 – 1960
|
Rancangan Malaya Pertama
|
1961 – 1965
|
Rancangan Malaya Kedua
|
1966 – 1970
|
Rancangan Malaysia Pertama
|
(a) Apakah
matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ?
[2 markah]
(b) Nyatakan strategi yang dilaksanakan ke arah
mencapai matlamat rancangan pembangunan tersebut.
[2 markah]
(c) Berdasarkan
pengetahuan anda, mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960)
kurang memberangsangkan ?
[2 markah]
(d) Apakah
peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA) dalam menjayakan matlamat Rancangan
Malaya Kedua 1961 – 1965) ?
[2 markah]
(e) Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah
Rakyat (MARA) untuk membangunkan masyarakat melalui Rancangan Malaysia Pertama
(1966 – 1970) adalah suatu tindakan yang bijak.
Kemukakan
alasan anda.
[2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)
(a) Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ?
·
Membangunkan kawasan luar bandar
·
Merapatkan jurang pendapatan penduduk luar
bandar dengan di bandar
·
Mengurangkan kemiskinan penduduk luar
bandar.
·
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
·
Mempelbagaikan sumber pendapatan negara
·
Mengurangkan pergantungan kepada bijih timah dan getah
[2 markah]
(b) Nyatakan
strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai atlamat rancangan pembangunan tersebut.
·
Membuka tanah baru untuk pertanian
·
Menanam semula getah
·
Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
·
Memperluaskan perusahaan perlombongan bijih timah
·
Menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan
·
Membina infrastruktur
[2 markah]
(c) Berdasarkan
pengetahuan anda, mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960)
kurang memberangsangkan ?
·
Ancaman komunis semasa Darurat
·
Sejumlah pendapatan negara dialih kepada keselamatan negara
·
Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(d) Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam
menjayakan matlamat Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) ?
·
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
·
Meningkatkan hasil pertanian negara
·
Membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian
·
Membuka tanah baru untuk petempatan
·
Menyediakan kemudahan asas di kawasan tanah baru dibuka
·
Memindahkan penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan
petempatan baru
·
Menjadikan penduduk luar bandar yang miskin sebagai petani moden
·
Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit di
kawasan tanah baru dibuka
[2 markah]
(e) Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk
membangunkan masyarakat melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) adalah
suatu tindakan yang bijak. Kemukakan alasan anda.
·
Dapat membangunkan masyarakat luar bandar
·
Dapat memberikan pinjaman modal kepada pengusaha pertanian
·
Dapat membantu petani memasarkan hasil pertanian
·
Menggalakkan orang Melayu dalam bidang perniagaan
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR (Model 2)
Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Tahap Kedua (1971 – 1990) di negara kita.
Rancangan Malaysia Kedua
(1971 – 1975)
|
|
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
|
Rancangan Malaysia
Ketiga (1976 – 1980)
|
||
Rancangan Malaysia
Keempat (1981 – 1985)
|
||
Rancangan Malaysia
Kelima (1985 – 1990)
|
(a) Apakah
matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?
[2 markah]
(b) Nyatakan
dua langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[2 markah]
(c) Berikan dua agensi yang terlibat dalam
menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[2 markah]
(d) Jelaskan peranan agensi yang
disebut di atas.
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan
anda, apakah kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap kemajuan masyarakat
di negara kita ?
[2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)
(a) Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?
·
Membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum.
·
Merapatkan
jurang ekonomi antara kaum.
·
Merapatkan
jurang ekonomi antara wilayah.
·
Menyusun
semula masyarakat.
·
Menghapuskan
identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
·
Memajukan
ekonomi masyarakat luar bandar.
[2 markah]
(b) Nyatakan dua langkah yang dilaksanakan untuk
mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
·
Membuka
tanah rancangan secara besar-besaran
·
Memberi
tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit
·
Meningkatkan
kemudahan dan infrastruktur di kawasan luar bandar
·
Menggalakkan
masyarakat luar bandar menceburi bidang perniagaan
·
Memberikan
bantuan modal dan teknikal kepada bumiputera
·
Melancarkan
Skim Amanah saham Nasional
[2 markah]
(c) Berikan dua agensi yang terlibat dalam
menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
·
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
·
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
·
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
·
Bank Bumiputera
·
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
·
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
·
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
[2 markah]
(d) Jelaskan
peranan agensi yang disebut di atas.
·
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
·
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
·
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan
masyarakat luar bandar.
·
Bank Bumiputera
Menggalakkan
bumiputera dalam perdagangan.
·
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan.
·
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil
pertanian.
·
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Menggalakkan kemunculan industri baru.
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) terhadap kemajuan masyarakat di negara kita ?
·
Berjaya
merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
·
Kadar
kemiskinan dalam KDNK menurun
·
Pendapatan
perkapita kaum bumiputera meningkat
·
Hak
milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·
Manfaat
dinikmati oleh semua kaum
·
Hal milik modal saham orang asing berjaya
dikurangkan.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Tahap Kedua (1971 – 1990) di negara kita.
1971 – 1990
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
|
Matlamat
·
Menyusun semula masyarakat
· Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
|
(a) Terangkan
program yang dilaksanakan melalui pelan Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[6 markah]
(b) Jelaskan
peranan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan
masyarakat luar bandar.
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[4 markah]
(ii) Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya meningkatkan kemajuan masyarakat
luar bandar di negara kita.
[4 markah]
JAWAPAN ESEI
(a) Terangkan program yang dilaksanakan melalui
pelan Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Di Bawah RMK 2 dan RMK
3
·
Melaksanakan pembukaan tanah secara besar-besaran
oleh KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
Menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa
sawit.
·
Memperluaskan peranan agensi pembangunan wilayah
Memberi tumpuan dalam
sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.
Di Bawah RMK 4
·
Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
Mengenalpasti dan membuka perusahaan baru.
Menguruskan projek industri berat dengan
cekap.
·
Menggalakkan pelaburan modal asing
Membuka perusahaan
baru seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu
(Sarawak) serta di Manggatal dan Likas (Sabah)
·
Memperkenalkan zon perdagangan bebas
Contohnya di Bayan Lepas (pulau Pinang) dan
di Sungai Way Selangor).
·
Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara
Mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara.
·
Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
Menyediakan hala tuju perindustrian negara.
Di Bawah RMK 5
·
Meningkatkan sektor perindustrian
Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam sektor
swasta.
·
Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian
berorientasikan eksport
Melonggarkan syarat pelaburan asing.
·
Meningkatkan
kecekapan sektor kerajaan
agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
·
Meneruskan
pembangunan kawasan luar bandar
Menitikberatkan penggunaan tanah
secara cekap.
·
Menggalakkan
industri desa seperti industri
kraftangan.
·
Memperluaskan
kemudahan kredit dan insentif
Pinjaman melalui Bank Pertanian
Malaysia dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
·
Menjadikan
pelancongan sebagai perusahaan penting
Melancarkan
Tahun Melawat Malaysia 1990.
·
Memajukan bidang penyelidikan dan
pembangunan
Meningkatkan kecekapan guna tenaga bagi
meningkatkan produktiviti negara.
[6 markah]
(b) Jelaskan peranan agensi kerajaan yang
ditubuhkan untuk memajukan
masyarakat luar bandar.
·
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
·
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
·
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan
masyarakat luar bandar.
·
Bank Bumiputera
Menggalakkan
bumiputera dalam perdagangan.
·
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan.
·
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil
pertanian.
·
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Menggalakkan kemunculan industri baru.
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
·
Berjaya
merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
·
Kadar
kemiskinan dalam KDNK menurun
·
Pendapatan
perkapita kaum bumiputera meningkat
·
Hak
milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·
Manfaat
dinikmati oleh semua kaum
·
Hal milik modal saham orang asing berjaya
dikurangkan.
·
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Kemukakan
bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya
meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di negara kita.
·
Kadar
kemiskinan masyarakat luar bandar berjaya dikurangkan
·
Taraf
hidup masyarakat luar bandar berjaya ditingkatkan
·
Pendapatan
perkapita kaum bumiputera berjaya ditingkatkan
·
Hak
milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·
Masyarakat luar bandar menikmati kemudahan
pendidikan
·
Kaum Bumiputera dapat melibatkan diri dalam perdagangan
·
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Pernahkah anda mendengar berita orang yang suka memberi
sedekah menjadi miskin dan papa?
Mengikut riwayat, Abdul Rahman bin Auf r.a. menjihadkan
semua barang dagangannya yang baru tiba dari Habsyah untuk Perang Tabuk. Beliau
tidak jatuh miskin, malah tetap menjadi hartawan yang paling kaya di kota Madinah.
Iktibar : JANGANLAH TAKUT UNTUK BERSEDEKAH .....