Wednesday 11 October 2017

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017


PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH


SKOP KAJIAN

·         Dakwah secara rahsia
·         Dakwah secara terbuka
·         Nilai dan Iktibar


DAKWAH SECARA RAHSIA

(a)    Apakah maksud dakwah secara rahsia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 108 – 109)

Dakwah secara rahsia IALAH .....
·         Penyebaran Islam yang dilakukan secara sulit / sembunyi-sembunyi sahaja.
·         Dakwah ini ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat.
·         Dakwah ini berjalan selama tiga tahun di Makkah.

(b)    Senaraikan tokoh yang diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui                 dakwah secara rahsia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109)

·         Khadijah binti Khuwailid
·         Ali bin Abu Talib
·         Zaid bin Harithah
·         Abu Bakar As-Siddiq
·         Uthman bin Affan
·         Zubair bin Awwam
·         Arqam bin Abi Al-Arqam

(c)    Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia pada                peringkat awal penyebaran Islam ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109 – 110)

Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran Islam KERANA .....
·         Agama Islam baru dikenali.
·         Bilangan penganut Islam masih lagi sedikit.
·         Hendak mengelakkan penentangan orang Quraisy.
·         Hendak menjaga asas Islam agar tidak dihancurkan oleh masyarakat Quraisy.
·         Kebanyakan penganut Islam adalah golongan bawahan.
·         Hendak mengelakkan penganut Islam diseksa.

DAKWAH SECARA TERBUKA

(a)    Apakah maksud dakwah secara terbuka ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109)

Dakwah secara terbuka IALAH .....
·         Dakwah yang dilakukan secara terang-terangan.
·         Dakwah tersebut ditujukan kepada seluruh masyarakat Makkah.
·         Dakwah ini berjalan selama 10 tahun di Makkah.


(b)    Nyatakan kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk     menyampaikan dakwah secara terbuka.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 109)

·         Menyampaikan dakwah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib.
Baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat.
Hasil musyawarah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib.
Baginda menerangkan tentang agama Islam.
Ada antara keluarga baginda yang menerima dan ada yang menolak seruan tersebut.
Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab.
·         Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai di Makkah.
Baginda berceramah kepada orang ramai di Bukti Safa.
Majlis itu dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah.
Di dalam ceramah tersebut belaku perbahasan yang hebat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab.
Abu Lahab telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam menyebabkan dakwah baginda terganggu.




REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP ISLAM

SKOP KAJIAN

·         Sebab penyebaran Islam tidak ditentang
·         Faktor Islam mudah diterima oleh orang ramai
·         Bentuk penentangan terhadap penyebaran Islam
·         Faktor penentangan terhadap penyebaran Islam
·         Nilai dan Iktibar


SEBAB PENYEBARAN ISLAM TIDAK DITENTANG

(a)    Mengapakah penyebaran Islam pada mulanya tidak ditentang oleh orang Arab    Quraisy ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 110)

Penyebaran Islam pada mulanya tidak ditentang oleh orang Arab Quraisy KERANA .....
·         Dakwah Islamiah yang dijalankan hanya melibatkan keluarga Nabi sahaja.
·         Orang Quraisy Makkah menganggap penyebaran Islam hanyalah masalah keluarga Abdul Mutalib sahaja.
·         Orang Quraisy Makkah mengambil sikap tidak mahu mencampuri urusan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
·         Orang Quraisy Makkah tidak menyedari kesan dakwah tersebut kerana penyebaran Islam dilakukan secara rahsia.
·         Orang Quraisy Makkah menganggap seruan itu tidak mendapat sambutan. 



FAKTOR ISLAM MUDAH DITERIMA

(a)    Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam                menyebarkan Islam ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 110 – 111)

·         Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.
·         Baginda tidak memaksa orang memeluk Islam.
·         Baginda memujuk orang memahami Islam berdasarkan logik akal.
·         Baginda mengajak mereka membandingkan akhlak jahiliah dengan akhlak Islam.
·         Baginda menerangkan dengan jelas tentang Islam dengan membaca ayat al-Quran.
·         Baginda menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh masyarakat.
·         Baginda menanam keimanan yang kuat kepada pengikut.



(b)    Jelaskan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan Islam di        Makkah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 110 – 111)

·         Nabi Muhammad s.a.w. memilih dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran Islam untuk mengelakkan penentangan orang Quraisy yang boleh menghancurkan asas Islam.
·         Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan pendekatan yang bijaksana dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi menggunakan kaedah memujuk secara lemah lembut.
·         Nabi Muhammad s.a.w. gigih menanamkan keimanan kepada penganut Islam dengan membandingkan akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan akhlak Islam serta membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat.
·         Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bersabar walaupun baginda dicemuh dan diganggu semasa beribadat.
·         Nabi Muhammad s.a.w. tetap berpegang kepada amanah menyampaikan ajaran Islam walaupun baginda ditawarkan dengan kedudukan, wanita cantik dan harta supaya menghentikan dakwah Islamiah.


BENTUK PENENTANGAN TERHADAP ISLAM

(a)    Nyatakan bentuk penentangan orang Arab Quraisy untuk menghalang   penyebaran Islam di Makkah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 111 – 112)

·         Orang Quraisy menyeksa penganut Islam dengan kejam.
Contohnya Bilal bin Rabah dijemur, diselar dengan besi panas dan ditindih dadanya dengan batu.
Keluarga Yasir dijemur di tengah padang pasir hingga Yasir dan isterinya syahid.
Amir bin Fuhairah diseksa oleh tuannya hingga menjadi gila.
Zunainah diseksa oleh Abu Lahab hingga buta.
·         Orang Quraisy menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. beribadat dengan meletakkan benda-benda yang kotor di tengkuk baginda.
·         Orang Quraisy mencemuh ajaran Islam.
Mereka mengejek ajaran Islam melalui puisi
·         Orang Quraisy memujuk Nabi menghentikan dakwah Islamiah.
Mereka menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.
·         Orang Quraisy memulau Nabi dan keluarga baginda.
Orang Quraisy tidak dibenarkan melakukan urusan jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka tidak memberikan sebarang pertolongan kepada keluarga baginda.
Mereka tidak akan berkahwin dengan anggota keluarga baginda.


(b)     Mengapakah pemulauan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy ke      atas Nabi              Muhammad s.a.w. tidak berjaya ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 112)

Pemulauan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tidak berjaya KERANA .....
·         Abu Talib sentiasa melindungi dan membantu Nabi Muhammad s.a.w.
·         Terdapat orang Quraisy tidak mematuhi pemulauan dengan memberi bantuan kepada orang Islam.
·         Ada orang Islam yang berkemampuan telah memberikan bantuan kepada orang Islam yang kurang berada.
·         Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan semua hartanya demi membantu perjuangan Islam.


FAKTOR PENENTANGAN TERHADAP ISLAM

(a)    Orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan kewibawaan Nabi          Muhammad s.a.w. telah diakui.
         Terangkan sebab-sebabnya.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 111 – 112)

Orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. telah diakui.
Ajaran Islam ditentang KERANA .....
·         Perbezaan antara kepercayaan orang Arab Quraisy dengan Islam.
Amalan kepercayaan orang Quraisy berbeza dengan kepercayaan Islam. Islam mempercayai  Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai animisme. Islam mengamalkan amalan menyembah Allah manakala masyarakat Quraisy Makkah mengamalkan amalan menyembah berhala.
·         Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.
Orang Quraisy Makkah membezakan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Orang Arab Quraisy Makkah menolak konsep persaudaraan Islam. Mereka masih kuat berpegang kepada konsep assabiah.
·         Islam melarang amalan tidak bermoral.
Minum arak, berjudi dan berzina adalah amalan jahiliah yang dilarang oleh Islam.
Amalan tersebut sudah sebati dengan masyarakat Arab Quraisy.
·         Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.
Mereka menganggap jika mereka menerima Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka bimbang penerimaan Islam akan menggugat kedudukan dan pengaruh mereka di Makkah. Hal ini akan menjejaskan peluang orang tertentu untuk jadi pemimpin.
·         Penyebaran Islam menggugat ekonomi orang Arab Quraisy.
Penyebaran Islam menjejaskan perusahaan mengukir dan menjual patung berhala.

Ini adalah kerana Islam melarang penyembahan patung berhala.

14 comments:

  1. Usaha untuk menyebarkan islam penuh dengan rintangan. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut

    ReplyDelete
  2. Pendekatan penyebaran dakwah islamiah oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah dilakukan secara berhemah. Buktikan kebenaran penyataan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih~ ini membantu saya :)

    ReplyDelete
  4. Dalam spmu 2019 ada soalan "mengapakah nabi muhammad berdakwah secara rahsia ?" (2m)
    Someone sapa tau , boleh tolong jelaskan ? TQ😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. baginda bertindak sedemikian kerana agama Islam masih agama yang baharu dan mempunyai penganut yang sedikit

      Delete
    2. Kerana islam belum diketahui dan bagi mengelakkan penentangan terhadap arab quraisyh

      Delete
  5. Lagi satu , sapa ada skema jawapan spmu 2019 kertas 2 , sapa2 share di sini , terima kasih ya , wish me luck for trial .

    ReplyDelete
  6. bagaimanakah nabi muhammad saw menyebarkan islam?

    ReplyDelete
  7. Apakah sebab nabi Muhammad saw menjalankan dangwah secara rahsia

    ReplyDelete
  8. apakah iktibar yang boleh diambil daripada Nabi Muhammad Sae dalam penyebaran Islam kepada masyarakat Arab?

    ReplyDelete
  9. Aslam nk tanya apa hujah musyrikin Mekah terus berusaha menyekat kegiatan dakwah Rasulullah S.A.W dgn menyiksa para sahabat baginda?

    ReplyDelete