Wednesday, 11 October 2017

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017


KESAN DASAR EKONOMI BRITISH (MASYARAKAT BERBILANG KAUM)

SKOP KAJIAN

·         Ciri Masyarakat Berbilang Kaum
·         Faktor Kewujudan Masyarakat Berbilang Kaum
·         Kesan Kewujudan Masyarakat Berbilang Kaum
·         Usaha Memupuk Perpaduan Kaum
·         Nilai dan Iktibar


CIRI MASYARAKAT BERBILANG KAUM
 
 (a)    Nyatakan ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu semasa penjajahan                 British
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

·         Mengamalkan adat dan budaya yang berbeza.
·         Menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza.
·         Petempatan berbeza mengikut kaum.
·         Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum.
·         Perpaduan kaum tidak wujud.
·         Tiada interaksi yang meluas antara kaum.
·         Jurang ekonomi antara kaum begitu luas.
·         Menggunakan pendidikan vernakular masing-masing.


FAKTOR KEWUJUDAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
 
(a)    Apakah faktor yang menyumbang kepada kewujudan masyarakat berbilang kaum            di negara ini ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

·         Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini disebabkan oleh kemasukan imigran dari China dan India.
·         Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat imigran dari China dan India datang ke Tanah Melayu semasa zaman penjajah.
·         Dasar British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan imigran dari China dan India.



(b)     Apakah faktor yang menarik minat imigran di atas datang ke Tanah Melayu pada               zaman penjajahan British.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Faktor yang menarik minat imigran di atas datang ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan British ialah .....
·         Kepesatan pertanian komersil dan perlombongan.
Pada masa itu berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan. Pihak British membawa masuk buruh dari India untuk bekerja di ladang getah.  Buruh dari China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah.
·         Kesulitan hidup di negara asal.
Pihak British menggalakkan buruh Cina dan India datang ke Tanah Melayu. Mereka meninggalkan negara masing-masing untuk mencari penghidupan baru.
·         Kemasukan imigran tidak ditentang orang Melayu
Wujudnya hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan negara India dan China. Buruh dari China datangnya dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Buruh India datangnya dari wilayah selatan India seperti Kerala, Tamil Nadu dan Pondicherry.
·         Kestabilan politik di Tanah Melayu.
Tanah Melayu mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi. Pemodal Eropah dan China melabur modal dalam perusahaan getah dan bijih timah. Perkembangan tersebut membuka peluang pekerjaan yang banyak.


KESAN KEWUJUDAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a)    Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan wujudnya fenomena baru di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan.
         Berikan penjelasan anda.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah MENYEBABKAN .....
·         Wujudnya petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum.
Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar, imigran dari India tinggal di kawasan estet manakala imigran dari China tinggal di kawasan lombong dan di bandar.
·         Wujudnya jenis pekerjaan yang berbeza-beza mengikut kaum.
Orang Melayu bertani, buruh dari India bekerja sebagai penoreh getah, manakala buruh dari China berniaga dan bekerja di lombong.
·         Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum secara meluas semasa zaman penjajahan.
Perkara ini menyulitkan proses perpaduan kaum dalam usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas merdeka.



(b)     Fenomena yang berlaku di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan ialah tidak                 ada kesepaduan dan interaksi yang meluas dalam kalangan masyarakat yang                 berbilang kaum.
          Berikan ulasan anda.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Fenomena yang berlaku di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan ialah tidak ada kesepaduan dan interaksi yang meluas dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
·         Setiap kaum menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza. Contohnya, kaum Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, kaum Cina bekerja di lombong atau menceburi perniagaan manakala kaum India bekerja di ladang getah dan menjadi buruh kerja raya. Hal ini menyebabkan mereka tinggal di kawasan petempatan yang berbeza.  Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar, orang Cina tinggal di bandar utama manakala orang India tinggal di pinggir bandar dan di kawasana estet. Kegiataan ekonomi yang berbeza mengakibatkan kesan negatif kerana tidak berlaku interaksi antara kaum. Hubungan mereka tidak begitu mesra.


USAHA MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a)    Kerajaan negara kita bertungkus lumus berusaha menghapuskan perbezaan kaum         mengikut fungsi ekonomi serta membina kesepaduan kaum demi mewujudkan      perpaduan nasional. Terangkan usaha tersebut.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi, kerajaan telah menjayakan dasar-dasar ekonomi kerajaan.
Kerajaan telah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
        Hal ini menyebabkan jurang ekonomi antara kaum semakin berkurangan.
·         Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. dan kerajaan menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum tidak lagi berasaskan fungsi ekonomi.
        Kerajaan membuat pembahagian peluang ekonomi secara adil mengikut kaum.
·         Untuk membina kesepaduan kaum, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara.
        Penghayatan rakyat terhadap prinsip Rukun Negara dapat mewujudkan              keharmonian kaum.
·         Kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa rasmi negara.
Semua kaum menggunakan  bahasa kebangsaan untuk berinteraksi.


NILAI DAN IKTIBAR

(a)     Mengapakah perpaduan sangat penting dalam negara yang mempunyai               kemajmukan rakyat ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Perpaduan dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara kita. Contohnya, wujud saling menghormati antara kaum, saling membantu dalam urusan ekonomi, berkongsi kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan wujudnya interaksi yang lebih mesra antara kaum.  Kestabilan politik amat penting dalam sesebuah negara kerana negara akan menjadi aman. Keamanan negara membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat. Negara akan menjadi maju.


(b)     Kemajmukan rakyat yang diuruskan dengan betul boleh membawa kegemilangan            kepada sesebuah negara.
          Apakah komen anda ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Kemajmukan rakyat yang diuruskan dengan betul boleh membawa kegemilangan kepada sesebuah negara. Ini adalah kerana perpaduan boleh mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Contohnya, wujud saling menghormati antara kaum, saling membantu dalam urusan ekonomi, berkongsi kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan wujudnya interaksi yang lebih mesra antara kaum.  Kestabilan politik amat penting dalam sesebuah negara kerana negara akan menjadi aman. Keamanan negara membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat. Negara akan menjadi maju.


3 comments:

  1. Nk tnya soalan ni yg diykn keluar ye

    ReplyDelete
  2. Soalan ini ada kemungkinan ke untuk keluar untuk spm 2017 ?

    ReplyDelete
  3. S1288POKER Memberikan Promo Double Freechip

    Bagi Kalian semua yang ingin bergabung dan masih banyak Promo menarik lainnya

    Minimal Deposit Rp.10.000,- & Wihtdraw Rp.20.000,-

    HOKI KAMU ADA DISINI

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    BBM : 7AC8D76B
    WA : 087782869981

    ReplyDelete