PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH
|
SKOP KAJIAN
·
Dakwah secara
rahsia
·
Dakwah secara
terbuka
·
Nilai dan
Iktibar
DAKWAH SECARA RAHSIA
(a) Apakah maksud dakwah secara rahsia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 108 – 109)
Dakwah secara rahsia
IALAH .....
·
Penyebaran Islam yang dilakukan secara sulit /
sembunyi-sembunyi sahaja.
·
Dakwah ini ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat.
·
Dakwah ini berjalan selama tiga tahun di Makkah.
(b) Senaraikan tokoh yang diislamkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. melalui dakwah
secara rahsia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 109)
·
Khadijah binti Khuwailid
·
Ali bin Abu Talib
·
Zaid bin Harithah
·
Abu Bakar As-Siddiq
·
Uthman bin Affan
·
Zubair bin Awwam
·
Arqam bin Abi Al-Arqam
(c) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan
dakwah secara rahsia pada peringkat
awal penyebaran Islam ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 109 – 110)
Nabi
Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran
Islam KERANA .....
·
Agama Islam baru dikenali.
·
Bilangan penganut Islam masih lagi sedikit.
·
Hendak mengelakkan penentangan orang Quraisy.
·
Hendak menjaga asas Islam agar tidak dihancurkan oleh
masyarakat Quraisy.
·
Kebanyakan penganut Islam adalah golongan bawahan.
·
Hendak mengelakkan penganut Islam diseksa.
DAKWAH SECARA TERBUKA
(a) Apakah maksud dakwah secara terbuka ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 109)
Dakwah secara terbuka
IALAH .....
·
Dakwah yang dilakukan secara terang-terangan.
·
Dakwah tersebut ditujukan kepada seluruh masyarakat
Makkah.
·
Dakwah ini berjalan selama 10 tahun di Makkah.
(b) Nyatakan kaedah yang digunakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan
dakwah secara terbuka.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 109)
·
Menyampaikan dakwah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib.
Baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat.
Hasil musyawarah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan majlis
ceramah di rumah Ali bin Abu Talib.
Baginda menerangkan tentang agama Islam.
Ada antara keluarga baginda yang menerima dan ada yang menolak seruan
tersebut.
Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab.
·
Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan dakwah Islamiah secara terbuka kepada
orang ramai di Makkah.
Baginda berceramah kepada orang ramai di Bukti Safa.
Majlis itu dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah.
Di dalam ceramah tersebut belaku perbahasan yang hebat antara Nabi
Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab.
Abu Lahab telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam menyebabkan
dakwah baginda terganggu.
REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP
ISLAM
|
SKOP KAJIAN
·
Sebab
penyebaran Islam tidak ditentang
·
Faktor Islam
mudah diterima oleh orang ramai
·
Bentuk
penentangan terhadap penyebaran Islam
·
Faktor
penentangan terhadap penyebaran Islam
·
Nilai dan
Iktibar
SEBAB PENYEBARAN ISLAM TIDAK DITENTANG
(a) Mengapakah penyebaran Islam pada mulanya
tidak ditentang oleh orang Arab Quraisy
?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 110)
Penyebaran
Islam pada mulanya tidak ditentang oleh orang Arab Quraisy KERANA .....
·
Dakwah Islamiah yang dijalankan hanya melibatkan keluarga
Nabi sahaja.
·
Orang Quraisy Makkah menganggap penyebaran Islam hanyalah
masalah keluarga Abdul Mutalib sahaja.
·
Orang Quraisy Makkah mengambil sikap tidak mahu
mencampuri urusan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
·
Orang Quraisy Makkah tidak menyedari kesan dakwah
tersebut kerana penyebaran Islam dilakukan secara rahsia.
·
Orang Quraisy Makkah menganggap seruan itu tidak mendapat
sambutan.
FAKTOR ISLAM MUDAH DITERIMA
(a) Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan
Islam ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 110 – 111)
·
Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan
berhikmah.
·
Baginda tidak memaksa orang memeluk Islam.
·
Baginda memujuk orang memahami Islam berdasarkan logik
akal.
·
Baginda mengajak mereka membandingkan akhlak jahiliah
dengan akhlak Islam.
·
Baginda menerangkan dengan jelas tentang Islam dengan
membaca ayat al-Quran.
·
Baginda menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi
oleh masyarakat.
·
Baginda menanam keimanan yang kuat kepada pengikut.
(b) Jelaskan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w.
dalam menyebarkan Islam di Makkah.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 110 – 111)
·
Nabi Muhammad s.a.w. memilih dakwah secara rahsia pada
peringkat awal penyebaran Islam untuk mengelakkan penentangan orang Quraisy
yang boleh menghancurkan asas Islam.
·
Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan pendekatan yang
bijaksana dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Baginda tidak memaksa orang ramai
memeluk Islam tetapi menggunakan kaedah memujuk secara lemah lembut.
·
Nabi Muhammad s.a.w. gigih menanamkan keimanan kepada
penganut Islam dengan membandingkan akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan
akhlak Islam serta membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para
sahabat.
·
Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bersabar walaupun baginda
dicemuh dan diganggu semasa beribadat.
·
Nabi Muhammad s.a.w. tetap berpegang kepada amanah
menyampaikan ajaran Islam walaupun baginda ditawarkan dengan kedudukan, wanita
cantik dan harta supaya menghentikan dakwah Islamiah.
BENTUK PENENTANGAN TERHADAP ISLAM
(a) Nyatakan bentuk penentangan orang Arab
Quraisy untuk menghalang penyebaran
Islam di Makkah.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 111 – 112)
·
Orang Quraisy menyeksa penganut Islam dengan
kejam.
Contohnya Bilal bin Rabah dijemur, diselar dengan besi panas dan
ditindih dadanya dengan batu.
Keluarga Yasir dijemur di tengah padang pasir hingga Yasir dan
isterinya syahid.
Amir bin Fuhairah diseksa oleh tuannya hingga menjadi gila.
Zunainah diseksa oleh Abu Lahab hingga buta.
·
Orang Quraisy menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. beribadat dengan meletakkan
benda-benda yang kotor di tengkuk baginda.
·
Orang Quraisy mencemuh ajaran Islam.
Mereka mengejek ajaran Islam melalui puisi
·
Orang Quraisy memujuk Nabi menghentikan
dakwah Islamiah.
Mereka menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.
·
Orang Quraisy memulau Nabi dan keluarga
baginda.
Orang Quraisy tidak dibenarkan melakukan urusan jual beli dengan
keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka tidak memberikan sebarang pertolongan kepada keluarga baginda.
Mereka tidak akan berkahwin dengan anggota keluarga baginda.
(b) Mengapakah pemulauan yang dilakukan oleh
orang Arab Quraisy ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tidak berjaya ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 112)
Pemulauan
yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tidak
berjaya KERANA .....
·
Abu Talib sentiasa melindungi dan membantu Nabi Muhammad
s.a.w.
·
Terdapat orang Quraisy tidak mematuhi pemulauan dengan memberi
bantuan kepada orang Islam.
·
Ada orang Islam yang berkemampuan telah memberikan
bantuan kepada orang Islam yang kurang berada.
·
Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan semua
hartanya demi membantu perjuangan Islam.
FAKTOR PENENTANGAN TERHADAP ISLAM
(a) Orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran
Islam sedangkan kewibawaan Nabi Muhammad
s.a.w. telah diakui.
Terangkan sebab-sebabnya.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 111 – 112)
Orang
Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan kewibawaan Nabi Muhammad
s.a.w. telah diakui.
Ajaran
Islam ditentang KERANA .....
·
Perbezaan antara kepercayaan orang Arab
Quraisy dengan Islam.
Amalan kepercayaan orang Quraisy berbeza dengan kepercayaan Islam. Islam
mempercayai Allah Yang Maha Esa sedangkan
orang Arab Quraisy mempercayai animisme. Islam mengamalkan amalan menyembah
Allah manakala masyarakat Quraisy Makkah mengamalkan amalan menyembah berhala.
·
Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan
taraf sesama manusia.
Orang Quraisy Makkah membezakan darjat antara golongan atasan dengan
bawahan. Orang Arab Quraisy Makkah menolak konsep persaudaraan Islam. Mereka
masih kuat berpegang kepada konsep assabiah.
·
Islam melarang amalan tidak bermoral.
Minum arak, berjudi dan berzina adalah amalan jahiliah yang dilarang
oleh Islam.
Amalan tersebut sudah sebati dengan masyarakat Arab Quraisy.
·
Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang
salah terhadap tugas nabi.
Mereka menganggap jika mereka menerima Islam, mereka terpaksa tunduk
kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka bimbang penerimaan Islam akan
menggugat kedudukan dan pengaruh mereka di Makkah. Hal ini akan menjejaskan
peluang orang tertentu untuk jadi pemimpin.
·
Penyebaran Islam menggugat ekonomi orang Arab
Quraisy.
Penyebaran Islam menjejaskan perusahaan mengukir dan menjual patung
berhala.
Ini adalah kerana Islam melarang penyembahan patung berhala.
Usaha untuk menyebarkan islam penuh dengan rintangan. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut
ReplyDeleteIdk
DeletePendekatan penyebaran dakwah islamiah oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah dilakukan secara berhemah. Buktikan kebenaran penyataan tersebut.
ReplyDeleteTerima kasih~ ini membantu saya :)
ReplyDeleteDalam spmu 2019 ada soalan "mengapakah nabi muhammad berdakwah secara rahsia ?" (2m)
ReplyDeleteSomeone sapa tau , boleh tolong jelaskan ? TQ😀
baginda bertindak sedemikian kerana agama Islam masih agama yang baharu dan mempunyai penganut yang sedikit
DeleteKerana islam belum diketahui dan bagi mengelakkan penentangan terhadap arab quraisyh
DeleteLagi satu , sapa ada skema jawapan spmu 2019 kertas 2 , sapa2 share di sini , terima kasih ya , wish me luck for trial .
ReplyDeleteSaya nk tanya
ReplyDeletenaisu
ReplyDeletebagaimanakah nabi muhammad saw menyebarkan islam?
ReplyDeleteApakah sebab nabi Muhammad saw menjalankan dangwah secara rahsia
ReplyDeleteapakah iktibar yang boleh diambil daripada Nabi Muhammad Sae dalam penyebaran Islam kepada masyarakat Arab?
ReplyDeleteAslam nk tanya apa hujah musyrikin Mekah terus berusaha menyekat kegiatan dakwah Rasulullah S.A.W dgn menyiksa para sahabat baginda?
ReplyDelete