Thursday, 26 October 2017

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017 "PEMBENTUKAN MALAYSIA (Bhg III)"


LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 


SKOP KAJIAN

·         Mendapatkan sokongan Sarawak dan Sabah
·         Menangani penentangan Indonesia dan Filipina
·         Nilai dan Iktibar



MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT SARAWAK DAN SABAH

(a)    Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan        Kaum (JPPK).             
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149)

·         Donald Stephens      -  Pengerusi
·         Tunku Abdul Rahman
·         Ong Yoke Lin

·         Khir Johari
·         Lee Kuan Yew
·         Tun Datu Mustapha Datu Harun


(b)    Sebutkan peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) berhubung dengan pembentukan Malaysia.

         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149)

Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)  IALAH .....
·         Menerangkan tentang gagasan Malaysia.
·         Mengumpulkan pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia.
·         Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
·         Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia.
·         Mengemukakan memorandum pembentukan Malaysia kepada Suruhanjaya Cobbold.
·         Mempertimbangkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
·         Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia yang baru.


(c)    Senaraikan keanggotaan Suruhanjaya Cobbold.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)

·         Lord Cobbold
·         Sir Anthony Abell
·         Sir David Watherston
·         Tan Sri Ghazali Shafie
·         Dato’ Wong Pow Nee


(d)    Sebutkan peranan Suruhanjaya Cobbold berhubung pembentukan Malaysia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)

·         Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
·         Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
·         Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
·         Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
·         Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British. Suruhanjaya ini melaporkan satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat. Satu pertiga lagi bersetuju dengan syarat kepentingan mereka dilindungi. Satu pertiga yang lain menginginkan kemerdekaan  dahulu sebelum menganggotai Malaysia.
·         Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.
        Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan          Tanah Melayu 1957. Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar                 imigresennya. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.                Hak dan kedudukan    bumiputera Sarawak dan Sabah dijamin.


(e)    Nyatakan peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) berhubung      pembentukan Malaysia.

         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 150 - 151)

·         Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.

·         Memperincikan cadangan SJ Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.

·         Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

·         Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.



(f)     Apakah pendirian rakyat Sarawak dan Sabah tentang Gagasan Malaysia               mengikut laporan Suruhanjaya Cobbold ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)

·         Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat.
·         Satu pertiga lagi bersetuju dengan syarat kepentingan mereka dilindungi.
·         Satu pertiga yang lain menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menganggotai Malaysia.


(g)     Nyatakan cadangan baru bagi Perlembagaan Malaysia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 150)

Cadangan baru bagi Perlembagaan Malaysia ialah .....
·         Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
·         Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresennya.
·         Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
·         Hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah dijamin.


(h)    Huraikan usaha yang dijalankan untuk mendapatkan sokongan rakyat   Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 – 152)

Usaha yang dijalankan untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia IALAH .....
·         British menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
JPPK memberi penerangan tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
JPPK mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali –  di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.
JPPK hantar memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
        Memorandum tersebut mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan                 Sabah untuk         dimasukkan dalam perlembagaan baru.
·         Pihak British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya Cobbold meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
        Suruhanjaya tersebut juga mengemukakan cadangan perlembagaan Malaysia                yang baru
·         British menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
        JAK juga menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan          Sabah..
        JAK membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
·         Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
                Wakil PBB meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
                Perwakilan itu juga mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah              untuk menganggotai Malaysia.




(i)      Mengapakah majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyerrtai persekutuan Malaysia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 152)

Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyerrtai     persekutuan Malaysia KERANA …..

·         Kesungguhan usaha yang dijalankan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang memberikan penerangan tentang kebaikan pembentukan Malaysia.

·         Parti Perikatan memenangi pilihan raya member keyakinan bahawa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berwibawa.

·         Penduduk Sarawak dan Sabah enggan menyertai Indonesia dan Filipina.



MENANGANI PENENTANGAN INDONESIA DAN FILIPINA


(a)    Bagaimanakah Malaysia menangani penentangan Indonesia dan Filipina               terhadap pembentukan Malaysia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 151)

Malaysia menangani penentangan Indonesia dan Filipina      terhadap pembentukan Malaysia DENGAN CARA .....
·         Mengadakan perjumpaan tiga pihak – Malaysia, Indonesia dan Filipina
·         Mengadakan sidang kemuncak antara kerajaan di Manila – Tunku Abdul Rahman (Malaysia), Presiden Soekarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal (Filipina).
·         Ketiga-tiga pihak bersetuju menubuhkan MAPHILINDO.
·         Bersetuju mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
·         Setiausaha Agung PBB telah menubuhkan Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
·         Setiausaha Agung PBB menghantar wakilnya untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
·         Wakil PBB membuat laporan bahawa rakyat Sarawak dan Sabah memang bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.


LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a)    Huraikan usaha yang dilakukan ke arah menjayakan pembentukan         Malaysia
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 152)

·         Pihak British menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
        JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan            penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
        JPPK mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan orang ramai tentang gagasan         Malaysia.
        JPPK mengemukakan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada                Suruhanjaya         Cobbold untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.
·         Kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
        Suruhanjaya ini meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang          gagasan Malaysia.
        Suruhanjaya ini mengemukakan cadangan perlembagaan Malaysia.
·         British menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
        JAK memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
        JAK terangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.
        JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam     Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
·         Kerajaan Malaysia mengadakan rundingan tiga pihak.
        yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk kurangkan ketegangan                berkaitan pembentukan Malaysia.
        Hasil daripada rundingan itu, MAPHILINDO                 ditubuhkan.
        Ketiga negara bersetuju cari jalan penyelesaian dengan bantuan PBB.
·         Setiausaha Agung PBB membentuk perwakilan Malaysia ke PBB.
                Wakil PBB meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
                Mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai        persekutuan Malaysia.
                Wakil PBB mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai               Malaysia.


(b)    Kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin                negara kita menangani cabaran semasa pembentukan Malaysia.
         Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 – 152)

                Kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin                                         negara kita menangani cabaran semasa pembentukan Malaysia.
BUKTINYA IALAH .....
·         Pemimpin negara kita gigih menerangkan konsep dan tujuan pembentukan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.
·         Pemimpin negara kita menghantar bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tentang pencerobohan Indonesia ke atas negara kita.
·         Pemimpin negara kita mengadakan lawatan ke Negara Dunia Ketiga dan Negara Afro-Asia untuk memulihkan semula nama baik Malaysia yang tercemar.
·         Pemimpin negara kita tidak menggunakan kekerasan dalam menghadapi penentangan bersenjata Indonesia.
·         Pemimpin negara kita sentiasa berunding dengan Indonesia dan Filipina untuk memulihkan hubungan.
·         Pemimpin negara kita berusaha memulihkan hubungan dengan Indonesia dan Filipina melalui diplomasi politik.




(c)    Jelaskan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 153)

·         Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia.
·         Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia.
·         Dewan Perhimpunan Singapura meluluskan Perjanjian Malaysia.
·         Majlis Undangan Negeri Sarawak meluluskan Perjanjian Malaysia.
·         Majlis Undangan Negeri Sabah meluluskan Perjanjian Malaysia.
·         Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia.


(d)    Apakah kandungan Akta Malaysia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 154)

·         Penggabungan negeri-negeri yang dinamai Malaysia.
·         Urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
·         Agama Islam menjadi agama Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
·         Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh diamalkan.
·         Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
·         Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
·         Bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.


NILAI KEJAYAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a)    Apakah nilai yang terserlah melalui kejayaan pembentukan Malaysia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 152)

·         Pembentukan Malaysia memperlihatkan kepimpinan tokoh politik Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
·         Pembentukan Malaysia dapat menangkis ancaman komunis.
·         Diplomasi politik dapat menangkis tentangan Indonesia dan Filipina.
·         Kerjasama serantau berperanan dalam pembentukan Malaysia

4 comments:

  1. Thanks artikelnya menarik sekali ..
    .

    ReplyDelete
  2. Thanks artikelnya menarik sekali ..
    .

    ReplyDelete
  3. Nice post!!!!!
    I am really grateful to have the information from this blog.
    Busy streets of Delhi jam packed with colorful crowd, admirable pink structures of Jaipur and well preserved historical constructions in Agra these are some glimpses of the Golden Triangle Tours of India. Delhi, Agra and Jaipur: these three tourist destinations of India are looked upon as one of the most sought after places to explore. Therefore, we bring to you an all time favorites itinerary of travelers in 5 Days Golden Triangle Holiday Package. More
    packages like...
    Golden Triangle Tour 4 Days
    Golden Triangle Tour with Bharatpur
    Golden Triangle Tour with Chambal Safari
    Golden Triangle Tour with Haridwar Rishikesh
    Emails: info@discoverytaj.com | indiadiscoverytaj@gmail.com
    Mobile: +91-9997783182 | 9837709602
    Website: www.discoverytaj.com | http://www.agraroutes.com

    ReplyDelete
  4. S1288POKER Memberikan Promo Double Freechip

    Bagi Kalian semua yang ingin bergabung dan masih banyak Promo menarik lainnya

    Minimal Deposit Rp.10.000,- & Wihtdraw Rp.20.000,-

    HOKI KAMU ADA DISINI

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    BBM : 7AC8D76B
    WA : 087782869981

    ReplyDelete