Wednesday, 11 October 2017

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017


KERAJAAN MARITIM

SKOP KAJIAN

·         Maksud dan Ciri Kerajaan Maritim
·         Jenis dan Fungsi Pelabuhan Maritim
·         Faktor Kemajuan Kerajaan Maritim
·         Hubungan Baik Dengan Kerajaan Agraria
·         Nilai dan Iktibar

MAKSUD DAN CIRI KERAJAAN MARITIM

(a)    Nyatakan ciri Kerajaan Maritim
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78)

·         Terbentuk di pesisiran pantai / kepulauan
·         Berasaskan perdagangan dan aktiviti kelautan
·         Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut
·         Mempunyai pelabuhan
·         Masyarakat mahir dalam ilmu pelayaran


(b)    Berikan dua buah kerajaan maritim yang terdapat di Asia Tenggara.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78)

·         Langkasuka
·         Kedah Tua
·         Chi-Tu
·         Srivijaya


FUNGSI PELABUHAN KERAJAAN MARITIM

(a)    Nyatakan pelabuhan yang wujud dalam kerajaan maritim dan fungsi pelabuhan tersebut.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78 – 79)

·         Pelabuhan Pembekal
Pelabuhan ini mengumpulkan hasil tempatan.
Contohnya logam seperti emas dan bijih timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar dan kayu balak serta barang makanan seperti beras, daging, ubi, jagung dan sayur-sayuran.
Pelabuhan ini akan membekalkan barangan tersebut kepada pedagang tempatan.


·         Pelabuhan Kerajaan
Pelabuhan kerajaan masih berfungsi sebagai pelabuhan pembekal dan pusat berdagang.
Pelabuhan ini mengumpulkan hasil tempatan dan membekalkan hasil kepada pedagang tempatan.
Pelabuhan ini menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ.

                Pelabuhan Entreport
·         Pelabuhan entreport mengumpul hasil daripada pelabuhan sekitar.
·         Hasil tempatan tersebut dibekalkan kepada pedagang antarabangsa.
·         Pelabuhan ini juga mengedarkan hasil luar kepada pedagang tempatan.


(b)    Pelabuhan maritim di Asia Tenggara bermula daripada sebuah petempatan kecil               yang kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan entreport.
         Jelaskan proses pembentukannya.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 78 – 79)

·         Pada peringkat awalnya, masyarakat maritim membina petempatan di kawasan pesisiran pantai dan kepulauan.
Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
Petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan.
Hasil yang berlebihan diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut.
Ada antara petempatan tersebut yang berkembang menjadi tempat berdagang.
·         Petempatan itu berkembang menjadi pelabuhan pembekal.
Pelabuhan tersebut mendapat bekalan hasil tempatan seperti emas, bijih timah, hasil hutan dan makanan.
Pelabuhan pembekal ini disinggahi oleh pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.
·         Ada pelabuhan pembekal ini yang berkembang statusnya menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ.
Contohnya Langkasuka, Kedah Tua, Champa dan Srivijaya.
Pelabuhan kerajaan masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.
Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan berhampiran.
Pelabuhan ini akhirnya menjadi kawasan perdagangan yang strategik.
·         Pelabuhan kerajaan tersebut berkembang menjadi pelabuhan entreport.
Hal ini adalah disebabkan kedudukannya di laluan perdagangan antara China dengan India.
Ia menjadi tarikan kepada pedagang dari Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan Barat kerana terletak di Selat Melaka
Pelabuhan entreport menjalinkan hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India.



FAKTOR KEMAJUAN KERAJAAN MARITIM

(a)    Jelaskan faktor yang membantu Srivijaya muncul menjadi kerajaan maritim yang             terulung di Asia Tenggara.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 80 – 81)

Srivijaya muncul menjadi kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara KERANA.....
·         Pelabuhan Srivijaya mempunyai kedudukan yang strategik.
Pelabuhannya terletak antara Selat Melaka dan Selat Sunda. Pelabuhan ini menjadi laluan perdagangan antara China dan India. Hal ini menyebabkan pelabuhannya disinggahi pedagang dari China dan India.
·         Pelabuhan Srivijaya memiliki pelabuhan yang baik.
Pelabuhan yang dalam. Terlindung daripada angin kuat.
·         Kerajaan Srivijaya memiliki bala tentera yang besar.
Dianggotai oleh pelbagai rakyat termasuklah orang laut. Tentera laut mengawal keselamatan kerajaan dan perdagangan di Selat Melaka.
·         Pelabuhan Srivijaya memiliki bekalan barangan yang banyak.
Bekalan barang diperoleh daripada wilayah taklukan.
·         Masyarakat Srivijaya mempunyai kemahiran membina kapal.
Mereka mampu menghasilkan kapal besar.
·         Pelabuhan Srivijaya mempunyai hubungan dengan negara luar.
Srivijaya mengadakan hubungan perdagangan dengan Kedah Tua.


(b)    Mengapakah Kedah Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di pantai   barat Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-11 Masihi ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 82 – 83)

Kedah Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-11 Masihi KERANA.....
·         Kedudukan Kedah Tua amat strategik iaitu di laluan Selat Melaka.
·         Pelabuhan Kedah Tua terlindung daripada monsun Barat Daya dan Timur Laut.
·         Terdapat Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar masuk ke pelabuhan.
·         Kedah Tua kaya dengan bekalan hasil hutan seperti damar, rotan dan sebagainya.
·         Kedah Tua juga kaya dengan sumber bumi seperti bijih timah.
·         Barang dagangan dari luar mudah diperoleh di pelabuhan Kedah Tua seperti kain kapas, sutera, teh, tembikar dan manik.
·         Kedah Tua menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti Srivijaya, China Timur Tengah dan India.
·         Pelabuhan Kedah Tua dikunjungi oleh pedagang luar.
·         Mereka mahir dalam ilmu pelayaran yang berpandukan bintang di langit.
·         Penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca memberi kelebihan kepada masyarakat Melayu Kedah Tua.


HUBUNGAN BAIK KERAJAAN MARITIM DENGAN KERAJAAN AGRARIA

(a)    Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dengan              kerajaan agraria ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 83)

Kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dengan kerajaan agraria KERANA .....
·         Kerajaan maritim hendak mendapatkan beras.
·         Beras dijadikan sumber makanan dan bahan pertukaran dalam perdagangan.
·         Memerlukan bekalan makanan.
·         Mendapatkan bekalan hasil hutan.
·         Mendapatkan gajah.
·         Mendapatkan khidmat tukang mahir.
·         Menjual barang dagangan antarabangsa.


NILAI DAN IKTIBAR

(a)    Mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal merupakan pedagang yang            terulung di Asia Tenggara ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 79)

Orang Melayu pada zaman kerajaan awal merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara KERANA …..

·         Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca dapat memudahkan pedagang Melayu untuk berurusniaga.

·         Pelabuhan di Kepulauan Melayu terletak di tempat yang strategik menyebabkan banyak pedagang asing singgah untuk berdagang.
·         Orang Melayu memiliki semangat ingin meneroka menyebabkan timbul keinginan untuk pergi berdagang dengan masyarakat luar.
·         Orang Melayu memiliki kemahiran membina kapal menyebabkan mereka mempunyai kemudahan pengangkutan untuk pergi berdagang.
·         Kepulauan Melayu mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak menyebabkan pedagang luar datang untuk mendapatkan bekalan tersebut.

(b)    Apakah cabaran yang menghalang orang Melayu pada hari ini untuk       kembali                 mengungguli bidang perdagangan maritim ? 
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 79)

Cabaran yang menghalang orang Melayu pada hari ini untuk kembali mengungguli bidang perdagangan maritim IALAH .....

·         Orang Melayu kekurangan dana untuk menjalankan perdagangan besar-besaran.

·         Kepuluan Melayu hari ini tidak banyak membekalkan barang dagangan menyebabkan pedagang luar kurang berminat untuk datang berdagang di sini.
·         Orang Melayu tidak menguasai kemahiran perdagangan dan pelayaran menyebabkan mereka tidak dapat berdagang ke tempat yang jauh.


(c)    Apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan sesebuah      kerajaan               sebagai kuasa maritim yang hebat ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

Usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan sesebuah kerajaan sebagai kuasa maritim yang hebat IALAH .....
·         Kerajaan patut meningkatkan kestabilan politik negara supaya keselamatan perairan maritim negara terjamin.
·         Kerajaan perlu menjalinkan hubungan diplomatik agar dapat mengeratkan hubungan dengan negara luar.
·         Kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang berkualiti agar pelabuhan dapat diuruskan dengan lebih cekap.
·         Kerajaan patut mendirikan akademi maritim agar dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang pelayaran.
·         Semua pihak perlu memupuk semangat berani meneroka lautan dalam kalangan masyarakat agar generasi muda memiliki keyakinan diri yang tinggi.
·         Kerajaan patut menyediakan peruntukan kewangan yang cukup agar dapat membantu pihak yang berminat dalam bidang maritim.


(d)        Wajarkah kerajaan memberikan penekanan kepada perdagangan maritim       sebagai langkah untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara ?
            Berikan hujah yang menyokong pendirian anda.
            (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Langkah kerajaan memberikan penekanan kepada perdagangan maritim untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara adalah tindakan yang wajar.
·         Ini adalah kerana perdagangan maritim dapat menggalakkan pelaburan asing ke negara kita.  Sebagai contohnya, kita dapat meningkatkan pelaburan dalam bidang perkilangan, perladangan, perbankan dan sebagainya.Hal ini menyebabkan negara kita menjadi pusat perdagangan antarabangsa.  Ekonomi negara bertambah maju kerana hasil pengeluaran negara semakin meningkat. Sebagai kesimpulannya, memberikan penekanan terhadap perdagangan maritim adalah satu langkah positif kerana kita bukan sahaja dapat meningkatkan imej negara setanding dengan kuasa maritim lain, malah kita dapat meningkatkan keyakinan negara luar terhadap keupayaan negara kita. Dengan itu, pengaliran dana asing untuk melabur di negara kita kian bertambah.


6 comments:

  1. 2020, membuat kerja dari rumah. Amat berterima kasih kepada
    penulis mengorbankan masa menulis artikel ini./

    terima kasih....
    R.H.

    ReplyDelete
  2. terima kasih admin,semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  3. I highly recommend http://mclodges.com for anyone visiting Jhang.

    ReplyDelete
  4. http://mcheights.com made the entire construction process smooth and stress-free.

    ReplyDelete
  5. "Finally found a pod system that keeps up with my busy lifestyle. Thanks, sprkvapors.com!"

    ReplyDelete