PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
|
SKOP KAJIAN
·
Penglibatan orang Melayu dalam perdagangan
·
Melaka sebagai
pusat perdagangan
·
Mata wang
negeri Melayu
·
Pelaksanaan
sistem cukai
·
Nilai dan
Iktibar
PENGLIBATAN ORANG MELAYU DALAM
PERDAGANGAN
(a) Nyatakan perubahan dalam amalan
ekonomi masyarakat Melayu selepas kedatangan
Islam di Tanah Melayu.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
209)
·
Masyarakat Melayu mula bergiat secara aktif dalam bidang
perdagangan maritim.
·
Unsur riba dan penipuan dalam perniagaan telah
dihapuskan.
·
Zakat dan sedekah diamalkan untuk mengatasi masalah
ekonomi masyarakat.
·
Gotong-royong diamalkan untuk memudahkan kerja berkaitan
ekonomi.
·
Cukai berasaskan hukum Islam dilaksanakan untuk
menambahkan pendapatan kerajaan.
(b) Mengapakah orang Melayu melibatkan diri
secara aktif dalam bidang perdagangan selepas
kedatangan Islam ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
209)
Orang
Melayu terlibat dalam bidang perdagangan selepas kedatangan Islam KERANA .....
·
Perdagangan di Laut Hindi dan Laut China Selatan dikuasai
pedagang Islam.
·
Ajaran Islam menjelaskan bahawa perniagaan adalah sumber
rezeki yang besar.
·
Orang Melayu mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
·
Orang Melayu menggunakan perdagangan menjadi saluran
untuk menyebarkan dakwan Islamiah.
·
Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di
Kepulauan Melayu.
·
Kemudahan perdagangan yang disediakan di Melaka menarik
pedagang luar datang berdagang di Melaka.
·
Bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca di Asia
Tenggara.
·
Orang Melayu mahir dalam ilmu pelayaran.
KEMUNCULAN MELAKA SEBAGAI PUSAT
PERDAGANGAN
(a) Nyatakan faktor yang menyebabkan Melaka
muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
209)
Melaka
muncul sebagai pusat perdagangan DISEBABKAN .....
·
Kedudukan
pelabuhannya yang strategik.
Contohnya, pelabuhan Melaka terletak di Selat
Melaka. Melaka juga terletak di tengah laluan perdagangan antara China dengan
India. Kedudukan tersebut menggalakkan kehadiran pedagang asing di Melaka.
·
Pentadbiran
yang licin dan teratur.
Contohnya, Laksamana menjaga urusan kelautan
dan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan. Hal ini menyebabkan perdagangan di
Melaka berjalan lancar.
·
Undang-Undang
Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.
Undang-undang tersebut menyediakan garis
panduan dalam hal berkaitan dengan tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.
·
Sistem timbang
dan sukat yang seragam diperkenalkan.
Contohnya, sistem sukat dan timbang yang menggunakan
tahil dan kati. Barangan yang ditimbang dengan sistem ini termasuklah emas,
perak, bahan wangian dan batu permata. Untuk menimbang rempah ratus sistem
timbangan yang digunakan ialah bahara, iaitu satu bahara bersamaan 205 kati.
Hal ini menyebabkan perdagangan dapat dijalankan dengan sistematik.
·
Penggunaan
mata wang menggantikan sistem barter.
·
Kemudahan di
pelabuhan.
·
Pelaksanaan
sistem cukai yang seragam.
PENGENALAN MATA WANG
(a) Jelaskan mata wang tradisional negeri-negeri
Melayu.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
210)
·
Wang timah
Melaka.
Berbentuk bulat dan beratnya satu kati
lapan tahil.
Tercatat nama sultan yang memerintah
Tercatat tarikh Islam
·
Wang timah
Johor.
Dikenali sebagai wang katun.
Ada berbentuk bulat dan ada berbentuk
segi enam.
Tidak mempunyai tarikh.
Tercatat nama pemerintah yang
mengeluarkan wang.
Ditulis dengan tulisan jawi atau Arab.
·
Wang timah
Kedah.
Berbentuk ayam jantan yang hinggap di
atas beberapa cincin.
Boleh dipatahkan dan digunakan
berasingan.
·
Wang emas
Johor
Digelar kupang.
Bertarikh 1527
Tercatat nama raja –
Sultan Alaudin Riayat Syah.
Beratnya 10 grain /
0.65 gram
Tertera nama sultan
yang mengeluarkan wang.
Di bahagian belakang
tertulis gelaran Islam sultan – Khalifatul Mukminin
·
Wang emas
Kelantan
Dikenali sebagai
kijang.
Terdapat gambar kijang
pada muka wang emas tersebut.
(b) Nyatakan ciri Islam yang terdapat pada mata
wang negeri-negeri Melayu.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
210)
·
Tertulis nama sultan yang mengeluarkan mata wang.
·
Terdapat tarikh Islam pada mata wang itu.
·
Ditulis dengan tulisan jawi / Arab
·
Tertulis gelaran Islam – Khalifatul Muslimin dan
sebagainya
(h) Pada pandangan anda, apakah
langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan nilai
mata wang negara kita ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
XXX)
·
Meningkatkan pengeluaran hasil negara.
·
Menstabilkan keadaan politik negara
·
Meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara
·
Meningkatkan eksport barangan Malaysia ke luar negara.
(i) Berdasarkan pengetahuan anda,
apakah fungsi mata wang dalam sesebuah negara
?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
XXX)
·
Untuk digunakan sebagai medium pertukaran dalam
perdagangan.
·
Untuk melancarkan urusan perdagangan.
·
Untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.
·
Untuk menentukan nilai barangan.
PELAKSANAAN
SISTEM CUKAI
(a) Bagaimanakah Cukai Tetap dan Cukai Diraja
dilaksanakan di Melaka ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
211)
Cukai Tetap
·
Cukai Tetap dikenakan ke atas barangan yang diimport.
·
Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
·
Barang dagangan yang dibawa oleh pedagang India, Ceylon,
Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%.
·
Barang dagangan yang dibawa oleh pedagang dari Jepun dan
China dikenakan cukai sebanyak 5%.
·
Cukai dibayar dahulu sebelum urusan perniagaan dilakukan.
·
Setelah cukai dibayar, barulah urusan jual beli dapat
dilakukan di bazar-bazar .
·
Beras dan barang makanan dikecualikan cukai.
Cukai
Diraja
·
Cukai Diraja dikenakan ke atas orang asing yang menetap
di Melaka.
·
Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai 3%.
·
Orang
asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai 6%.
(b) Apakah
langkah yang diperkenalkan oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk meningkatkan
perkembangan ekonominya ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
211)
Untuk meningkatkan
perkembangan ekonominya, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka TELAH .....
·
Mengenakan cukai tetap (cukai import) terhadap barangan
import.
·
Mengenakan cukai diraja ke atas orang asing yang menetap
di Melaka.
·
Mengharamkan riba dalam bidang perniagaan di kalangan
orang Islam.
·
Menekankan agar golongan kaya mengeluarkan zakat.
·
Menubuhkan Baitulmal untuk uruskan kutipan zakat .
·
Menggunakan wang zakat untuk pembangunan dan bantuan
kepada masyarakat.
(c) Nyatakan kepentingan sistem mata wang dan
sistem cukai terhadap pembangunan
ekonomi negara.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
XXX)
Sistem mata wang dan
sistem cukai DAPAT .....
·
Melicinkan urusan perdagangan
·
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
·
Meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan
·
Menambahkan pendapatan negara
·
Menambahkan kecekapan pentadbiran
(d) Apakah langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan perkembangan
perdagangan maritim di
negara kita ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
XXX)
Untuk
menggalakkan perkembangan perdagangan maritim di negara kita, KERAJAAN PERLU
.....
·
Menubuhkan institusi maritim
untuk melatih kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang pelayaran.
·
Meningkatkan fungsi pelabuhan
di negara kita menjadi pelabuhan entreport untuk menarik minat pedagang luar.
·
Melengkapkan kemudahan di
pelabuhan agar memberi keselesaan kepada pedagang luar.
·
Melaksanakan sistem cukai yang
seragam untuk memudahkan urusan perdagangan.
·
Menambahkan bilangan kapal
dagang untuk membolehkan perdagangan dijalankan secara skala besar.
(e) Bagaimanakah
bidang perdagangan memberikan sumbangan dalam meningkatkan
kemajuan ekonomi negara kita ?
· Perdagangan
menggalakkan pelaburan asing di negara kita.
Contohnya, banyak pelabur asing melabur modal dalam
bidang perindustrian, perladangan, pendidikan dan lain-lain. Hal ini
menyebabkan dana dari luar negara dibawa masuk ke negara kita. Sebagai
kesimpulannya, pelaburan asing memberikan keuntungan kepada negara kerana
pembangunan negara berkembang dengan pesat.
· Perdagangan
meningkatkan peluang pekerjaan.
Contohnya,
disebabkan perdagangan terdapatnya berbagai-bagai pekerjaan yang berkaitan
dengannya seperti pekerja am, operator pengeluaran, kerani, akuntan dan
lain-lain. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dalam negara dapat
dikurangkan. Rakyat tempatan pula dapat meningkatkan pendapatan mereka. Oleh
yang demikian bidang perdagangan memberikan manfaat yang besar kepada
masyarakat dan negara kerana ekonomi negara dapat berkembang maju. Akhirnya taraf
hidup rakyat negara kita dapat ditingkatkan.
Thanks sm
ReplyDeletesangat membantu
ReplyDeleteTerima kasih.. Semoga berjaya dunia dan akhirat .
ReplyDelete"khatrimaza.com.in is a one-stop destination for all my movie cravings. It's a lifesaver!"
ReplyDeleteDownloadHub.com.in's user reviews help me make informed choices. Thank you!
ReplyDelete"I appreciate Moviemad.com.in
ReplyDelete's dedication to the world of cinema. You're doing great!"