Wednesday 11 October 2017

MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017


MAKSUD IMPERIALISME


Q
Maksud imperialisme


1
Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2
Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya dengan menyebarkan budaya hidup mereka dalam kalangan rakyat di negara yang dijajahnya.
3
Selain itu, imperialisme juga bermaksud dasar sesebuah negara menguasai ekonomi negara yang menjadi tanah jajahan.




LATAR BELAKANG IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA


Q
Latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara


1
Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2
Imperialisme telah berlaku sejak Empayar yunani dan Empayar Rom lagi.
3
Namun, imperialisme moden bermula pada abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
4
Imperialisme Barat di Asia Tenggara berlaku pada abad ke-16 lagi. Kegiatan ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan itu.
5
Belanda menjajah Indonesia, British menguasai Burma (myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.












FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME


Q
Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia Tenggara


1
Imperialisme Barat di Asia Tenggara disebabkan oleh keistimewaan Asia Tenggara.  Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak antara China dan India. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia. Selain itu, Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur dan kaya dengan bahan mentah.
2
Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
3
Imperialisme Barat juga didorong oleh perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak. Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan menjadi lebih mudah dan berkesan.
4
Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa penjajahan. Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah jajahan yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan.
5
Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan slogan  “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak mentamadunkan orang Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat menyebarkan agama Kristian.





KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA MENDORONG IMPERIALISME


Q
Keistimewaan Asia Tenggara yang menjadi tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di rantau tersebut


1
Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik. Sebagai contohnya, Asia Tenggara terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa. Pelabuhan di Asia Tenggara menjadi tempat persinggahan pedagang yang berulang-alik dari Timur ke Barat. Hal ini menyebabkan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka kerana hendak menguasai jalan perdagangan antarabangsa.
2
Asia Tenggara terletak antara China dan India. China dan India mempunyai penduduk yang ramai. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia.
3
Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur. Tanah yang subur amat sesuai digunakan  untuk menanam tanaman komersil. Hasil tanaman tersebut dapat dijadikan bahan mentah untuk kegunaan perindustrian
4
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Contohnya, bijih dan galian, hasil hutan, rempah ratus serta hasil pertanian. Sumber tersebut dapat digunakan untuk keperluan perkilangan di negara mereka.




PERKEMBANGAN DI BARAT MENDORONG IMPERIALISME


Q
Perkembangan yang berlaku di Eropah mendorong kuasa imperialisme kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara


1
Perkembangan yang berlaku di Eropah ialah berlakunya Revolusi Perindustrian. Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
2
Selain itu, di Barat telah berlaku perkembangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak. Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan menjadi lebih mudah dan berkesan.
3
Di samping itu, negara-negara Barat bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan tanah jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah jajahan yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan. Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa penjajahan.
4
Seterusnya, pelancaran slogan menyebarkan tamadun dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat. Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan slogan  “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak mentamadunkan orang Timur.
5
Akhir sekali, misi menyebarkan agama Kristian telah dilakukan oleh kuasa Barat. Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian.



FAKTOR EKONOMI YANG MENDORONG IMPERIALISME


Q
Kepentingan ekonomi mendorong kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara.


1
Kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara kerana kedudukannya yang strategik. Asia Tenggara yang terletak antara China dan India memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Hal ini menyebabkan kuasa Barat dapat menguasai laluan perdagangan antarabangsa.
2
Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia. Kuasa Barat boleh meluaskan pasaran hasil perkilangan mereka ke China dan India.
3
Selain itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai tanah yang subur. Mereka dapat mengusahakan pertanian komersil.  Hasil pertanian dagangan itu boleh memberikan kekayaan kepada mereka.
4
Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai kekayaan bahan mentah. Bahan mentah tersebut dapat dibekalkan secara berterusan untuk memenuhi keperluan perkilangan di negara mereka.
5
Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana membuka peluang kepada syarikat perniagaan mereka meluaskan pelaburan. Syarikat tersebut diberi peluang membuat pelaburan dalam perladangan, perkilangan, perlombongan dan sebagainya.




SLOGAN MENYEBARKAN TAMADUN ADALAH MUSLIHAT


Q
Slogan menyebarkan tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat hanyalah muslihat mereka untuk menjajah Asia Tenggara


1
Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda. Kuasa ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.  
2
Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan kepentingan mereka.
3
Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat bersaing sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah jajahan yang luas. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan.
4
Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka menjajah Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk menjamin bekalan bahan mentah secara konsisten. Mereka juga menjajah Asia Tenggara supaya dapat meluaskan pasaran hasil perkilang  pasaran ke India dan China.
5
Selain itu, mereka menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk menguasai ekonomi di negara-negara Asia Tenggara. Dengan menjajah Asia Tenggara, mereka dapat melantik wakil mereka untuk melabur dalam bidang perniagaan, perlombongan dan perladangan.
6
Di samping itu, kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya Barat agar menjadi amalan hidup masyarakat Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan. 




KEJAYAAN THAILAND MENGELAKKAN PENJAJAHAN


Q
Kejayaan pemerintah Thailand menghalang penjajahan kuasa Barat ke atas negaranya


1
Raja-raja Thai berjaya membendung penglibatan kuasa Barat dalam sistem pemerintahan Thailand. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah menjalankan pentadbiran negara berasaskan kepada pentadbiran Barat. Mereka mengadakan pembaharuan dalam pemerintahan negara Thai dengan meniru sistem pemerintahan Barat.
2
Raja Mongkut berjaya mengelakkan campur tangan kuasa tertentu di Thailand. Baginda berbaik-baik dengan semua kuasa Barat. Baginda telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat Britain dilantik menjadi penasihat dalam bidang kewangan, pelabuhan dan jabatan polis. Penasihat Amerika dilantik menjadi penasihat dalam jabatan kastam. Penasihat Perancis dilantik menjadi penasihat dalam jabatan ketenteraan. Dengan itu, semua kuasa Barat tidak mempunyai kesempatan untuk menjalankan dasar penjajahan di Thailand.
3
Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britain dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pegawai tadbir kerajaan dilantik berdasarkan peperiksaan. Hal ini dapat melicinkan pentadbiran. Kuasa Barat tidak berpeluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara Thai.
4
Raja Chulalongkorn telah menukar sistem pemerintahan beraja mutlak kepada sistem raja berrperlembagaan. Baginda dapat menggagalkan peluang kuasa Barat menggulingkan raja berkuasa mutlak.
5
Raja Chulalongkorn juga berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Baginda telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Hal ini menyebabkan baginda dapat mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap kerabat diraja yang menguasai politik negara.
6
Perdana Menteri Thailand, Phibul Songram berjaya menyekat penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Beliau telah meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh pihak tersebut. Monopoli perniagaan oleh syarikat Barat dan orang Cina dihapuskan. Beliau telah menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Hal ini menyebabkan Thailand tidak perlu bergantung kepada syarikat Barat untuk memajukan negara.



USAHA IMPERIALIS BARAT MENGUKUHKAN PENJAJAHAN


Q
Usaha yang dilakukan oleh imperialis Barat untuk meneruskan dasar  penjajahan mereka di Asia Tenggara.


1
Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui pengenalan sistem birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan dan digantikan penubuhan kerajaan pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina serta Kerajaan Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu di Tanah Melayu. Gabenor Jeneral telah mengambil alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat. Dengan perlantikan Gabenor Jeneral, raja bukan sahaja telah kehilangan kuasa, tetapi pemerintahan tanah jajahan dikuasai oleh penjajah sepenuhnya.
2
Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara menubuhkan jabatan kerajaan (biro). Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Polis dan sebagainya telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah dilantik untuk menjalankan pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara barat. Oleh itu, segala dasar yang dilaksanakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai penjajah.
3
Selain itu, kuasa imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguatkuasakan undang-undang barat. Contohnya, Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma telah diperkenalkan oleh British di Myanmar. Pelaksanaan undang-undang tersebut melenyapkan penguasaan pembesar tradisional tempatan dalam pentadbiran. Di Tanah Melayu pula, British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi. Undang-undang tersebut menafikan penglibatan orang Melayu dalam pertanian komersil. Paksaan undang-undang tersebut ke atas pemimpin dan rakyat tempatan menyebabkan mereka berjaya menguasai pentadbiran dan ekonomi tanah jajahan.
4
Kuasa imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara mengeksplotasi ekonomi negara tanah jajahannya. Contohnya, Brtish dan Belanda menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia. Filipina mengeksploitasi pertanian komersil di Filipina melalui pelaksanaan Sistem Polo. Belanda pula menindas rakyat Indonesia melalui Sistem Tanaman Paksa. Hal ini menyebabkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dengan cara mengaut sumber kekayaan tanah jajahan.
5
Di samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu, British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular untuk mengasingkan kaum mengikut etnik masing-masing. Di Indonesia, Belanda mengasingkan anak golongan priyayi dengan anak orang kebanyakkan. Tindakan  yang diamalkan berjaya memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Oleh itu, tidak timbul penentangan terhadap mereka.




KESAN IMPERIALISME KE ATAS NEGARA ASIA TENGGARA


Q
Kesan imperialisme Barat ke atas negara dan masyarakat Asia Tenggara


1
Penjajahan Barat memberi kesan dalam aspek politik. Negara-negara Asia Tenggara kecuali Thailand telah menjadi tanah jajahan kuasa Barat.. Tanah Melayu, Burma, Sarawak dan Sabah menjadi tanah jajahan British. IndoChina menjadi jajahan Perancis, manakala Filipina dijajah oleh Amerika.
2
Penjajahan menyebabkan sistem birokrasi telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. Gabenor Jerenal dan Pesuruhjaya Tinggi dilantik oleh kuasa penjajah menjadi ketua di tanah jajahan. Raja telah kehilangan kuasa memerintah.
3
Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dari Barat. Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat telah dihapuskan. Pentadbiran negara tanah jajahan dilaksanakan melalui biro. Pegawai-pegawai Barat dilantik mengetuai biro.
4
Penjajahan menyebabkan kuasa-kuasa Barat memperkenalkan sistem perundangan Barat . Negara tanah jajahan terpaksa menggunakan undang-undang negara penjajah. Perundangan peribumi pula diubahsuai agar menyerupai sistem perundangan Barat.
5
Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk kepentingan ekonomi negara penjajah. Contohnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dijalankan secara besar-besaran bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk keperluan industri di Britain. Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo dilaksanakan di Indonesia dan Filipina.
6
Penjajahan Barat memberi kesan kepada sistem pendidikan. Contohnya,  sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun sistem pendidikan tersebut tidak disebarkan secara meluas. Ianya terhad di kawasan bandar sahaja. Sistem pendidikan tersebut bertujuan untuk melatih pentadbir bawahan bagi keperluan pentadbiran British sahaja. Kepincangan sistem pendidikan inilah yang kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi selepas merdeka.
7
Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain untuk keperluan ekonomi dagangan mereka. Dasar ini telah membawa perubahan kepada komposisi etnik di negara yang dijajah. Penjajah pula tidak berusaha untuk mengharmonikan hubungan kaum semasa pemerintahan mereka. Pemerintah peribumi selepas merdeka terpaksa memikul tugas menjalin hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum.




PENJAJAHAN MEMBAWA KEPADA PENGENALAN BIROKRASI


Q
Penjajahan ke atas negara-negara Asia Tenggara telah menyebabkan pengenalan sistem birokrasi Barat


1
Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. Sebelum kedatangan penjajah, negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan yang diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
2
Penjajah membawa kepada penubuhan Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah di tanah jajahan disatukan. Sebagai contohnya, Perancis menyatukan wilayah di IndoChina dengan menubuhkan Union Indochinoise. Di Tanah Melayu pula, penjajah British menubuhkan Kerajaan Negeri Selat, Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu. Penubuhan Kerajaan Pusat telah melenyapkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Asia Tenggara sejak sekian lama.
3
Imperialis Barat melantik Gabenor Jeneral dan Pesuruhjaya untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat yang telah dibentuk. Gabenor Jeneral dilantik daripada kalangan bangsa penjajah. Pegawai tersebut menjalankan pemerintahan mengikut kehendak penjajah. Gabenor Jeneral yang dilantik telah mengambil alih kuasa raja menjalankan pemerintahan. Hal ini menyebabkan raja telah hilang kewibawaan dan kuasa pemerintahan.
4
Mereka membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Penjajah melaksanakan pentadbiran dengan cara menubuhkan jabatan (biro). Berbagai-bagai jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Balai Polis dan sebagainya. Tiap-tiap jabatan diketuai oleh Ketua Biro yang dilantik daripada pegawai Barat. Perlantikan Ketua Biro telah menyingkirkan jawatan pembesar tempatan di peringkat pusat dan daerah.
5
Penjajahan Barat telah menyebabkan undang-undang Barat diperkenalkan. Undang-undang negara penjajah dikuatkuasakan di negara tanah jajahan. Undang-undang baru yang akan diperkenalkan, digubal dan diluluskan oleh Parlimen di negara penjajah. Berbagai undang-undang diperkenalkan. Undang-undang tersebut menimbulkan pelbagai implikasi terhadap masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma. Akta ini telah melenyapkan pentadbiran tradisional di Burma. Di Tanah Melayu pula, pihak British telah menguatkuasakan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi. Undang-undang tersebut telah menghalang orang Melayu melibatkan diri dalam penanaman getah.




PENJAJAHAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME


Q
Dasar-dasar penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara


1
Kehadiran imperialis Barat di Asia Tenggara adalah untuk kepentingan ekonomi negara mereka. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan.
2
Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Pengenalan sistem birokrasi telah melenyapkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian lama. Raja-raja dan pembesar tempatan telah kehilangan kuasa dan kewibawaan. Tambahan pula, sistem birokrasi yang diperkenalkan tidak membeikan peluang yang sewajarnya rakyat tempatan. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat tempatan.
3
Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh penjajah menyebabkan rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Sebagai contohnya, sistem ekonomi dagangan di Tanah Melayu hanya dikuasai oleh syarikat Eropah dan orang dagang. Rakyat tempatan digalakkan menanam padi dan menjalankan ekonomi tradisioanl. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk peribumi.Kehidupan yang miskin mendorong mereka menuntut pembaikan terhadap taraf hidup.
4
Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap bahawa mereka hanya layak bergaul dengan golongan elit tempatan seperti golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.
5
Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang mencetuskan nasionalisme. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan. Mereka men gutamakan sekolah yang menggunakan pengantar bahasa penjajah. Penjajah hanya memberikan pendidikan di peringkat rendah. Tambahan pula mereka hanya memberi keutamaan kepada golongan elit dan penduduk bandar sahaja. Sebagai contohnya, di Indonesia, anak golongan priyayi diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan. Di Tanah Melayu pula, lepasa sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadiancaman kepada sekolah Buddha.
6
Sebagai kesimpulannya, semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme. Faktor tersebut berkait antara satu sama lain dan mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap penjajahan kuasa Barat.



PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)


Q
Imperialisme bentuk baru (Neokolonialisme) yang berlaku ke atas Negara Dunia Ketiga pada hari ini


1
Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara mencampuri urusan politik di negara-negara yang lemah. Sebagai contohnya, Amerika campur tangan dalam hal ehwal di negara Iraq yang kononnya mahu mewujudkan kestabilan di negara berkenaan. Setelah Saddam Hussein, digulingkan, Amerika mendalangi perlantikan pemerintah baru.  Hal yang sama juga berlaku di beberapa buah negara lain. Pemerintah baru yang dilantik itu mendapat restu negara-negara kuat. Hal ini menyebabkan dasar-dasar politik negara tersebut ditentukan oleh negara besar. Oleh yang demikian, negara kecil yang merdeka sebenarnya masih terjajah kerana dasar-dasar negaranya masih ditentukan oleh negara besar.
2
Kuasa besar dunia menjalankan dasar neokolonialsme melalui penjajahan ekonomi. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah di Negara Dunia Ketiga. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada Negara Maju Harga bahan mentah tersebut tidak stabil.  Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa bergantung kepada Negara Maju selama-lamanya.
3
Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Contohnya, dalam kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama Kristian, mengamalkan cara hidup Barat dalam amalan hidup seharian. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial dan budaya hidup tempatan semakin kurang diamalkan. Masyarakat lebih cenderung mengamalkan cara hidup Barat. Sebagai kesimpulannya, penerapan cara hidup Barat merupakan satu bentuk neokolonialisme. Ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan di Asia Tenggara kerana keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Masyarakat hilang jati diri.




KESAN PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)


Q
Kesan yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar imperialisme bentuk baru (neokolonialisme)


1
Imperialisme bentuk baru memberi kesan dalam aspek politik. Dasar-dasar politik Negara Dunia Ketiga ditentukan oleh negara besar. Hal ini disebabkan kuasa-kuasa besar dunia campur tangan dalam hal ehwal di Negara Membangun.  Sebagai contohnya, negara-negara kuasa besar menjadikan keamanan sejagat sebagai alasan untuk mencampuri urusan politik negara-negara tertentu. Mereka menerapkan ideologi politik yang didokongnya. Mereka juga memberikan bantuan ketenteraan dan sokongan pentadbiran. Hal ini menyebabkan negara kecil tersebut terpaksa mengikut telunjuk negara besar. Pemimpin negara berkenaan menjalankan pentadbiran, menjalinkan dasar luar dan melaksanakan pembangunan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemimpin negara yang menguasainya. Oleh yang demikian, walaupun secara zahirnya, negara kecil itu sudah nsekian  lama merdeka, namun hakikat sebenarnya mereka masih terjajah kerana dasar pentadbiran negaranya masih ditentukan oleh negara besar.
2
Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi Negara Dunia Ketiga masih terjajah. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa bergantung kepada Negara Maju. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah Negara Dunia Ketiga. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada Negara Maju. Harga bahan mentah tersebut tidak stabil.  Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa bergantung kepada Negara Maju buat selama-lamanya.
3
Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat tempatan. Kuasa-kuasa besar dunia menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara seperti amalan kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama Kristian serta mengamalkan cara hidup Barat. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial tempatan semakin kurang diamalkan. Oleh itu, ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan. Keruntuhan moral masyarakat semakin meruncing. Masyarakat tempatan hilang jati diri.




CABARAN YANG MENGANCAM KEDAULATAN NEGARA


Q1
Cabaran masa kini yang boleh mengancam kedaulatan negara
Q2
Keadaan yang berlaku pada masa kini yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara


1
Cabaran utama yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara ialah usaha membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun masyarakat yang berlainan kaum berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka tetap berasingan. Interaksi dan hubungan antara kaum agak terbatas. Hal ini boleh mengundang berlaku ketegangan kaum yang menggugat kestabilan negara. Oleh yang demikian, fenomena tersebut membuka ruang kepada pihak luar yang berkepentingan berusaha memecahbelahkan perpaduan dan menguasai politik negara ini.
2
Cabaran berikutnya ialah arus globalisasi yang cuba melenyapkan tamadun bangsa mengikut kehendak Barat. Serangan siber yang bertali arus amat berbahaya jika tidak dibanteras. Sebagai contohnya, penjenayah siber bebas menyebarkan virus, menggodam dan mencuri data untuk tujuan risikan perniagaan atau kerajaan. Maklumat yang disogokkan itu diterima dan dipercayai bulat-bulat oleh rakyat kita. Hal ini menyebabkan kestabilan negara tergugat. Oleh yang demikian, serangan siber perlu dibendung kerana dengan sedikit kesilapan akan mampu meruntuhkan negara.
3
Cabaran yang seterusnya ialah krisis ekonomi yang boleh menggugat kemajuan negara. Sebagai contohnya, krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada 1997 hampir menyerupai apa yang dialami pada tahun 1930-an dan 1980-an. Hal yang sama juga berlaku di negara kita pada hari ini. Krisis tersebut bukan sekadar melumpuhkan aktiviti perdagangan malah menimbulkan masalah pengangguran. Hal ini menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap masa depan ekonomi negara.  Aliran kewangan menjadi lembap dengan nilai saham menjunam teruk, sementara itu nilai matawang ringgit berada pada paras yang membimbangkan. Oleh itu, jika kita tidak berusaha mengekang ancaman ekonomi negara maju, kemungkinan ekonomi negara kita dikuasai oleh negara maju.
4
Perkembangan yang berlaku di negara jiran serantau juga boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara. Sebagai contohnya, krisis politik di Myanmar menimbulkan kebimbangan pemimpin dan rakyat negara ini. Penghapusan etnik Rohingya oleh Junta Tentera Myanmar bukan lagi masalah dalaman mereka, tetapi dianggap masalah antarabangsa. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa besar dunia menggunakan alasan tersebut untuk  mencampuri hal ehwal di Myanmar. Oleh yang demikian, kestabilan rantau ASEAN akan tergugat dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada negara kita.




USAHA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA


Q
Peranan Warganegara Malaysia Dalam Usaha Mengekalkan Kedaulatan Negara


1
Untuk mengekalkan kedaulatan negara, setiap warganegara perlu berganding bahu mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Sebagai contohnya, rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara.  Perlembagaan Malaysia mestilah dihormati dan dipatuhi. Hal ini menjadikan masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang mematuhi undang-undang. Pihak kerajaan mestilah sentiasa memantau dan membendung penyebaran ideologi politik berhaluan kiri, fahaman agama syiah dan doktrin keganasan militan daesy di negara kita.
2
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara, kita hendaklah mengelakkan ketegangan kaum yang boleh memecahbelahkan perpaduan.  Kita haruslah bertolak ansur dan mengelakkan perselisihan faham demi untuk kesejahteraan hidup Malaysia. Sifat toleransi perlu dipupuk untuk mengukuhkan semangat kekitaan. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan kaum serta mengeratkan silaturahim. Oleh itu, sikap bersatu-padu dapat mewujudkan keharmonian negara. Perpaduan yang kukuh menjadi benteng yang dapat menghalang penglibatan kuasa luar.
3
Kita mestilah memajukan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat. Rakyat Malaysia hendaklah  bersifat produktif, rajin dan gigih. Sifat tersebut dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Kita juga harus kreatif mengatasi cabaran negara. Misalnya, rakyat Malaysia telah bersatu-padu dan bergabung tenaga untuk memajukan semula ekonomi negara apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998. Hal tersebut menyebabkan  kita dapat menjana penyertaan rakyat dalam perniagaan dan perusahaan. Pendapatan dan taraf hidup rakyat meningkat. Oleh yang demikian, kehidupan  rakyat yang sejahtera menafikan penjajahan ekonomi kuasa-kuasa besar.
4
Kita juga perlu memupuk jati diri rakyat agar cinta akan negara dan bangsa. Sikap menghormati raja dan pemimpin negara hendaklah sentiasa dipupuk dalam kalangan generasi muda. Perjuangan tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain  mestilah dihargai. Lambang-lambang negara seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku harus dihormati dengan penuh cinta. Dengan semangat tersebut, rakyat Malaysia  sedia berkorban untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
5
Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama menghadapi apa jua cabaran dalam negara, Kita hendaklah sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedaulatan negara.




PERLUNYA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA


Q
Rasionalnya semua pihak di negara kita berusaha mengekalkan kedaulatan negara


1
Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada kita semua. Melalui kedaulatan, kita bebas menentukan corak pemerintahan negara mengikut acuan kita sendiri. Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan sistem demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan. Hal ini menyebabkan kita dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Melalui amalan demokrasi, semua rakyat berhak memilih dan membentuk kerajaan. Kerajaan yang dibentuk dapat menjalankan pemerintahan dengan adil dan cekap. Dasar-dasar negara dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh yang demikian, negara kita akan mencapai kemajuan yang pesat.
2
Semua pihak harus sedar betapa pentingnya kedaulatan negara. Kedaulatan bermakna kita bebas menentukan dasar luar negara. Kita bebas menjalin hubungan dengan negara lain mengikut kepentingan negara kita. Sebagai contohnya, kita menjalinkan dasar luar dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Kita berbaik-baik dengan semua negara sama ada negara blok kapitalis mahupun blok komunis. Dasar bebas dan berkecuali ini menyebabkan kuasa-kuasa besar dunia menghormati prinsip dan kedaulatan negara kita. Oleh itu, negara kita dapat berperanan aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti menganggotai Komanwel, Kongres Islam Sedunia (OIC), Negara Selatan-Selatan, Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.
3
Kemerdekaan juga memberi kebebasan kepada kita mengamalkan dasar ekonomi mengikut keperluan negara. pada zaman awal kemerdekaan, negara kita terpaksa menjalin hubungan ekonomi dengan Britain. Namun, setelah kedaulatan negara semakin utuh, kita bebas menjalinkan ekonomi dengan mana-mana negara yang menguntungkan negara. Sebagai contohnya, kita melancarkan Dasar Pandang ke Timur untuk membawa aliran modal dari China, Korea dan Jepun ke negara kita. Hal ini dapat meningkatkan kemajuan perusahaan dan perdagangan. Dengan itu,  peluang pekerjaan bertambah dan taraf hidup masyarakat meningkat. 
4
Kedaulatan memberi hak untuk kita mewujudkan identiti negara. Kita bebas menggunakan lambang-lambang yang menjadi identiti negara. Sebagai contohnya, kita bebas merekacipta bendera dan menggubah lagu kebangsaan negara. Kita juga berhak menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Hal yang demikian menyebabkan perpaduan masyarakat berbilang kaum semakin kukuh. Masyarakat yang berbagai etnik dapat hidup dengan harmoni. Dengan itu, usaha pihak luar untuk mengganggu gugat keamanan negara kita tidak berjaya. 



CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN


Q
Mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan


1
Kita terpaksa akur bahawa mengekalkan kemerdekaan adalah lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan. Era penjajahan di Tanah Melayu sudah lama berkubur, namun puing-puing penjajahan budaya dan pemikiran yang membelenggu masyarakat kelihatan sukar untuk dikikis.

Kita semua mengetahui betapa susahnya pejuang kemerdekaan terdahulu berusaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Segala pengorbanan yang ditempuhi hendaklah dijadikan inspirasi bagi membina negara bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia.
2
Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi kemerdekaan apabila nilai jati diri Melayu secara khususnya tidak lagi mendapat tempat di hati segelintir masyarakat. Contohnya, pemakaian baju Melayu, bersongkok dan bersamping mula dilupakan terutama ketika menyambut hari raya. Generasi muda lebih gemar memperagakan fesyen terkini berbanding baju kurung yang melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih selesa mengenakan fesyen pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan.
3
Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan yang tidak berteraskan nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai contohnya, gejala seks bebas, seks songsang, gay dan lesbian menarik perhatian golongan yang menyimpang daripada ajaran agama. Muda-mudi tanpa segan silu memuat naik perlakuan jijik mereka di laman sosial sehingga seluruh dunia menyaksikan betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian lama merdeka. Justeru, apa erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih terjajah tanpa disedari.
4
Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang menjadi teras keharmonian negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang anasir jahat yang cuba diseludup ke negara ini hendaklah ditentang habis-habisan. Kegiatan menyelewengkan ajaran agama perlu dibanteras.  Usaha pihak tertentu yang ingin mencetuskan huru-hara hendaklah dihentikan.
5
Untuk mengisi kemerdekaan,  semua individu haruslah berjuang meningkatkan pencapaian diri dalam apa jua bidang. Golongan muda diseru mendalami ilmu pengetahuan supaya akan lahir lebih ramai cendekiawan Malaysia yang boleh dibanggakan satu hari nanti.
6
Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat merupakan formula terbaik untuk mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara. Masyarakat kita mestilah hidup bersatu hati. Perpaduan adalah menjadi penghalang terhadap  usaha pihak tertentu yang cuba meniupkan api perkauman dan perpecahan.




IKTIBAR DAN NILAI MURNI


Q
Iktibar yang boleh diambil daripada penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara


1
Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan tanah air. Sebagai contohnya, tokoh yang menghalang penglibatan pihak British seperti Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Kita juga perlu menghargai tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Hal ini menyebabkan kita dapat menjadikan perjuangan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan negara.
2
Setiap rakyat perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman pihak luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup memainkan peranan menghalang penyebaran ideologi yang bercanggah dengan pendirian politik negara kita. Kita juga perlu membendung penyebaran doktrin keganasan dan penyebaran ajaran sesat yang semakin menular. Hal ini menyebabkan kita dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
3
Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara. Sebagai contohnya, nilai murni dan budaya Melayu mestilah sentiasa dipertahankan kerana ia menjadi teras Kebudayaan Nasional. Selain itu, amalan hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain boleh diasimilasikan sebagai cara hidup masyarakat Malaysia. Hal ini menyebabkan budaya tersebut bukan sahaja dapat terus diwarisi diwarisi oleh generasi akan datang malah boleh mengharmonikan perpaduan kaum di negara kita.
4
Oleh yang demikian, keselamatan negara kita terus terjamin. Kita dapat mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara. Dengan itu,  kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.




KESIMPULAN


Q
Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan isi
(a)  Pengetahuan yang diperoleh
(b)  Nilai patriotisme yang boleh dihayati
(c)   Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia unggul di mata        dunia.


1
Pengetahuan
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara. Sebagai contohnya, mereka menjajah Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi serta menyebarkan agama dan kebudayaan mereka. Hal ini menyebabkan mereka telah mengubah sistem politik, ekonomi dan  sosial negara-negara yang dijajahnya. Selain itu, tugasan ini membolehkan kita mengetahui bahawa imperialisme Barat memberikan implikasi yang buruk kepada negara tanah jajahan. Sebagai contohnya, dasar-dasar penjajahan mereka telah menindas penduduk tempatan. Hal ini mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.
2
Nilai Patriotisme
Nilai patriotisme yang boleh kita hayati ialah kita mestilah memiliki jati diri yang tinggi dan tidak mudah menerima pengaruh luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup berkorban dalam mempertahankan tanah air daripada penjajahan asing. Hal ini menyebabkan kita dapat mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air. Kita mestilah mempunyai sikap taat dan setia kepada negara. Contohnya, kita mestilah sentiasa bersedia untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dengan perpaduan tersebut, kita bukan sahaja dapat mengekalkan kedaulatan, malah berjaya mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.
3
Harapan Kepada Bangsa dan Negara
Marilah kita sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum di negara kita sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini menyebabkan negara kita sentiasa aman dan bebas daripada ancaman luar. Selain itu, kita patut sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri yang tinggi. Mereka sentiasa bersedia menangkis pengaruh luar yang mencemar budaya masyarakat kita. Hal ini menyebabkan identiti negara yang menjadi kebanggaan kita sentiasa terpelihara.



32 comments:

  1. maafkan saya ni bukan ke bab 1?sedangkan yg kluar bab 2
    kalau saya salah btol kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca tajuk tu betul2 sebab bab 1 &2 ada masuk (selepas perang dunia kedua bab 2 kan? ( nasionalisme bab 1

      Delete
  2. abe boleh sendkan tak bende ni dekat emel saya ? keprihatinan anda amat dihargai 😭💕
    nazatulatiykah@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Abe...hahaha...copy paste jelah kalau nak print...

    ReplyDelete
  4. Thank you. Because its really helpful for me. Im form 3 this year 2019.but can i know
    -3 Jenis imperialisme yang berlaku pada abad 20
    -langkah langkah utk mengatasi masalah imperialisme pada abad 20
    I really need help

    ReplyDelete
  5. it's really helpingg ! thnkyouuu ♡

    ReplyDelete
  6. it's really helpingg ! thnkyouuu ♡

    ReplyDelete
  7. it's really helpingg ! thnkyouuu ♡

    ReplyDelete
  8. Totally full info plus simple n easy to remember n undrstnd

    ReplyDelete
  9. sumber dari mane nih?
    Please jwb.

    ReplyDelete
  10. tenkiu sangat2 anda telah memudahkan kerja saya....semoga tuhan membalas kebaikan kamu .....^_^

    ReplyDelete
  11. Adakah kuasa barat masih memperluaskan pengaruh di negara lain pada masa kini?

    ReplyDelete
  12. Sangat ringkas tetapi mempunyai semua isi isi penting.thaks

    ReplyDelete
  13. Bagaimanakah kita dapat menghalang kuasa asing di negara kita ? (8m)

    ReplyDelete
  14. hihihihihhihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihi

    ReplyDelete
  15. penjajahan barat telah mengubah sistem politik di negara negara asia tenggara. beri penjelasan anda .HAHAHHA

    ReplyDelete
  16. penjajahan barat telah mengubah sistem politik di negara negara asia tenggara. beri penjelasan anda .HAHAHHA

    ReplyDelete
  17. Hi my friends,do you remember n understand?❤
    Thank you for reply ❤

    ReplyDelete
  18. Ada tak , soalan mcm ni
    (cara nak menghadapi kemaraan imperialisme benruk baru pada masa hadapan?)

    ReplyDelete
  19. Mengapakah kuasa barat menjajah Asia tenggara??

    ReplyDelete
  20. salam nak mintak cg jawab utk soalan nii boleee

    jelaskan penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat kedaulatan negara malaysia pada hari ini?

    ReplyDelete