TAMADUN MESOPOTAMIA
|
SKOP KAJIAN
·
Pembentukan Tamadun Mesopotamia
·
Ciri Tamadun Mesopotamia
·
Sumbangan Tamadun Mesopotamia
·
Nilai dan Iktibar Daripada
Tamadun Mesopotamia
PEMBENTUKAN TAMADUN MESOPOTAMIA
(a) Jelaskan proses pembentukan tamadun
Mesoptamia
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11)
·
Pembentukan tamadun Mesopotamia bermula di Selatan iaitu
di Sumeria. Orang Sumer berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan kekal..
·
Mereka menjalankan aktiviti pertanian setelah menebus
guna tanah dan membina sistem pengairan. Aktiviti ini membawa kepada lebihan
makanan. Lebihan makanan mampu menampung jumlah penduduk yang ramai.
·
Perkampungan ini telah berkembang menjadi bandar. Bandar-bandar
ini berkembang menjadi negara kota.
(b) Jelaskan peranan sungai Tigris dan Euphrates
terhadap pertumbuhan tamadun Mesopotamia.
· Sungai Tigris dan Euphrates
menyediakan lembangan yang subur.
Contohnya mendapan
lanar selepas musim banjir. Hal ini
menyebabkan lembangan tersebut sesuai untuk kegiatan pertanian.
· Sungai Tigris dan Euphrates juga
membekalkan sumber air.
Air sungai digunakan
sebagai sumber pengairan untuk pertanian. Hal ini menyebabkan tanaman tumbuh
subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Penduduk mendapat bekalan makanan
mencukupi. Air sungai juga digunakan untuk kegunaan harian. Hal ini menyebabkan
penduduk dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.
·
Sungai Tigris dan Euphrates membekalkan
sumber protein
Contohnya, ikan,
udang, ketam dan sebagainya. Hal ini menyebabkan penduduk mendapat bekalan
makanan sampingan.
·
Sungai Tigris dan Euphrates menjadi laluan
perhubungan dan pengangkutan
Penduduk berhubung
dari satu tempat ke satu tempat melalui sungai. Hal ini menyebabkan hasil dari
kawasan pedalaman diangkut ke muara melalui sungai. Muara sungai juga dijadikan
pelabuhan.
CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA
(a) Terangkan ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
11 - 14)
·
Salah satu ciri tamadun Mesopotamia mempunyai
negara kota.
Negara kota terbahagi kepada dalam kota, tembok kota dan luar kota.
Di dalam kota terdapat istana, pusat pentadbiran, rumah ibadat, rumah
kediaman, pasar, tempat mandi awam dan jalan raya.
Tembok kota mempunyai pintu gerbang dan kubu pertahanan.
Di luar kota terdapat tanah pamah, sungai dan pelabuhan
·
Tamadun Mesopotamia
mempunyai organisasi sosial yang tersusun.
Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada pemerintah dan rakyat.
Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera
dan golongan bangsawan
Golongan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan
hamba.
Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang.
Hamba terdiri daripada tawanan perang.
·
Tamadun Mesopotamia mempunyai sistem
pemerintahan berbentuk teokrasi
Raja merupakan pemerintah negara kota. Dalam menjalankan pentadbiran, raja
dibantu oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja.
Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan.
Raja adalah pemilik negara kota. Raja memiliki tanah, cukai serta hasil
pertanian dan perniagaan.
Raja menjadi ketua agama / ketua pendeta yang berkuasa dalam hal-hal
keagamaan. Raja berkuasa melantik ahli keluarganya memegang jawatan di
ziggurat. Raja menentukan pentadbiran ziggurat.
Raja menjadi ketua tentera.
·
Tamadun Mesopotamia mempunyai pengkhususan
dalam pekerjaan.
Ada ahli masyarakat menjadi petani. Petani membekalkan makanan kepada
golongan atasan.
Ada ahli masyarakat menjadi pedagang. Perdagangan dijalankan dengan
wilayah luar untuk mendapatkan barangan logam, kayu-kayan, emas dan perak.
Ada yang menjadi artisan menghasilkan tekstil, tembikar dan alat
keperluan harian.
Ada yang menjadi tukang rumah.
Ada yang berkhidmat sebagai tentera.
·
Tamadun Mesopotamia mempunyai sistem tulisan.
Tulisan Mesopotamia dikenali sebagai tulisan cuneiform.
Tulisan ini berbentuk pepaku yang ditulis pada tanah liat.
(b) Bagaimanakah ciri sesebuah negara kota di
Mesopotamia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
11 – 12)
·
Negara kota Mesopotamia terbahagi kepada dalam kota,
tembok kota dan luar kota.
·
Di dalam kota terdapat istana, pusat pentadbiran, rumah
ibadat, rumah kediaman, pasar dan tempat mandi awam. Rumah ibadat menjadi pusat
sesebuah negara kota.
·
Di dalam kota terdapat jalan raya yang lurus dan lebar.
·
Tembok kota mempunyai pintu gerbang dan kubu pertahanan. Tembok
kota mempunyai pintu gerbang. Pintu gerbang menjadi lambang kekayaan sesebuah
negara kota.
·
Di luar kota terdapat tanah pamah, sungai dan pelabuhan.
Tanah pamah menjadi perkampungan golongan petani dan sebagai tempat menjalankan
pertanian.
(c) Terangkan kedudukan raja dalam sistem
teokrasi di Mesopotamia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
12 - 13)
·
Raja merupakan pemerintah negara kota.
Raja menjadi ketua
pentadbir. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja.
·
Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan.
Raja dianggap agung
kerana menguasai wilayah yang luas. Contohnya, Raja Akkad dianggap ‘Raja Empat
Penjuru Alam’.
·
Raja adalah pemilik negara kota.
Berkuasa dalam soal
tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
·
Raja berperanan sebagai ketua agama
Raja adalah ketua
pendeta. Raja berkuasa dalam hal keagamaan. Raja melantik keluarganya memegang
jawatan di ziggurat.
·
Raja menjadi ketua tentera.
(d) Bagaimanakah keadaan susun lapis sosial
masyarakat dalam Tamadun Mesopotamia
?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms.
12 - 13)
·
Tamadun Mesopotamia mempunyai
organisasi sosial yang tersusun.
·
Susun lapis masyarakat
Mesopotamia terbahagi kepada dua lapisan
iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
·
Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta,
ketua tentera dan golongan bangsawan
·
Golongan rakyat terbahagi kepada
rakyat bebas dan hamba.
·
Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan
pedagang.
·
Hamba terdiri daripada tawanan perang.
SUMBANGAN
TAMADUN MESOPOTAMIA
(a) Jelaskan sumbangan tamadun Mesopotamia
terhadap peradaban manusia sejagat.
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)
·
Tamadun Mesopotamia berjaya
melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi.
·
Tamadun Mesopotamia memberi
sumbangan mewujudkan sistem tulisan.
·
Tamadun Mesopotamia mengembangkan
ilmu astronomi.
·
Tamadun Mesopotamia memajukan
bidang perubatan.
·
Tamadun Mesopotamia mencipta
roda.
·
Tamadun Mesopotamia mencipta kapal
dan layar.
·
Tamadun Mesopotamia
memperkenalkan cara membuat batu-bata
(b) Sebutkan ciri Kod Undang-Undang Hammurabi
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14)
·
Kod ini mengandungi 282 undang-undang. Undang-undang itu
ditulis / dipahat pada tembok dan tiang besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.
·
Ianya memberi keadilan kepada semua rakyat. Setiap
kesalahan dikenakan hukuman. Hukuman dan denda dikenakan setimpal dengan
kesalahan.
·
Hukuman dikenakan berbeza mengikut susun lapis.
(c) Pada
pandangan anda, mengapakah Undang-Undang Hammurabi begitu penting kepada masyarakat Mesopotamia ?
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)
·
Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat
Mesopotamia kerana ia menjadi dasar perundangan Mesopotamia. Sebagai contohnya,
setiap kesalahan dikenakan hukuman. Hukuman dan denda dikenakan setimpal dengan
kesalahan. Hal ini menyebabkan tingkah laku masyarakat dapat dikawal dan permasalahan
dalam kalangan masyarakat dapat dielakkan. Sebagai kesimpulannya, Undang-undang
Hammurabi bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan dalam masyarakat malah dapat
menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah.
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah
kepentingan tulisan terhadap perkembangan
tamadun masyarakat Mesopotamia ?
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)
·
Tulisan digunakan untuk mencatat undang-undang. Sebagai
contohnya, undang-undang dan peraturan negara dipahat pada dinding dan tiang
besar untuk menjadi tatapan rakyat. Hal ini menyebabkan setiap rakyat
mengetahui tentang kandungan peraturan dan undang-undang negara. Sebagai
kesimpulannya, sistem tulisan memainkan peranan yang penting dalam sistem
perundangan kerana ia akhirnya berjaya mengelakkan permasalahan yang mungkin
berlaku dalam kalangan masyarakat. Dengan itu, kestabilan dalam negara dapat
diwujudkan.
(e) Nyatakan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Mesopotamia dalam bidang
perubatan.
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 15)
·
Masyarakat Mesopotamia mencapai kemajuan dalam bidang
perubatan apabila mereka berjaya mengkatalogkan 500 jenis ubat-ubatan dan herba
·
Mereka berjaya mengkatalogkan ramuan ubat-ubatan.
·
Mereka berjaya mengkatalogkan sampel penggunaan
ubat-ubatan.
·
Mereka berjaya mencatatkan cara menggunakan ubat-ubatan.
·
Mereka berjaya mencatatkan panduan cara mengubati
penyakit.
(f) Bagaimanakah penciptaan roda dalam tamadun
Mesopotamia dapat memudahkan urusan
kehidupan masyarakat masa kini ?
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)
·
Roda digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan.
Sebagai contohnya tayar digunakan untuk meggerakkan kenderaan seperti kereta
api, kereta kuda, basikal dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan darat menjadi
lebih cekap. Sebagai kesimpulannya, roda memberikan sumbangan besar kepada
manusia pada masa kini kerana dengan penghasilan kenderaan beroda, kemajuan
ekonomi menjadi bertambah pesat.
·
Roda digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan.
Sebagai contohnya tayar digunakan untuk meggerakkan kenderaan seperti kereta
api, kereta kuda, basikal dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan darat menjadi
lebih cekap. Sebagai kesimpulannya, roda memberikan sumbangan besar kepada
manusia pada masa kini kerana dengan penghasilan kenderaan beroda, kemajuan
ekonomi menjadi bertambah pesat.
IKTIBAR
DARIPADA TAMADUN MESOPOTAMIA
(a) Apakah sifat
yang perlu dimiliki oleh masyarakat agar kemajuan dan ilmu dalam tamadun
Mesopotamia dapat dikembangkan di negara kita ?
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 16)
·
Kita hendaklah gigih berusaha menguasai ilmu pengetahuan.
Sebagai contohnya, masyarakat kita sentiasa berlumba-lumba menguasai ilmu sains
dan teknologi, ilmu perubatan, perundangan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
kita akan menjadi bangsa yang berpengetahuan tinggi. Sebagai kesimpulannya,
sifat cinta akan ilmu pengetahuan sangat memberikan manfaat kepada negara dan
bangsa kerana kita sentiasa kreatif dan inovatif dalam mencipta teknologi
baharu. Akhirnya, kita berusaha meningkatkan kajian dan penyelidikan yang akan
membawa kemajuan kepada negara. Kita juga tidak perlu terlalu bergantung kepada
negara luar untuk memajukan negara kita.
Terima kasih
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete