LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
|
SKOP KAJIAN
·
Mendapatkan sokongan Sarawak dan Sabah
·
Menangani
penentangan Indonesia dan Filipina
·
Nilai dan
Iktibar
MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT SARAWAK DAN
SABAH
(a) Senaraikan tokoh yang menganggotai
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
(JPPK).
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
149)
·
Donald Stephens -
Pengerusi
·
Tunku Abdul Rahman
·
Ong Yoke Lin
|
·
Khir Johari
·
Lee Kuan Yew
·
Tun Datu Mustapha Datu Harun
|
(b) Sebutkan peranan
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) berhubung
dengan pembentukan Malaysia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
149)
Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) IALAH .....
·
Menerangkan tentang gagasan Malaysia.
·
Mengumpulkan pandangan penduduk tentang pembentukan
Malaysia.
·
Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
·
Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia.
·
Mengemukakan memorandum pembentukan Malaysia kepada
Suruhanjaya Cobbold.
·
Mempertimbangkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
tentang pembentukan Malaysia.
·
Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk
dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia yang baru.
(c) Senaraikan keanggotaan Suruhanjaya Cobbold.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
149 - 150)
·
Lord Cobbold
·
Sir Anthony Abell
·
Sir David Watherston
·
Tan Sri Ghazali Shafie
·
Dato’ Wong Pow Nee
(d) Sebutkan peranan Suruhanjaya Cobbold berhubung pembentukan
Malaysia.
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 - 150)
·
Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang
gagasan Malaysia.
·
Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
·
Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada
pihak British.
·
Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai
pertubuhan.
·
Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British. Suruhanjaya ini melaporkan satu pertiga
rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat. Satu pertiga lagi bersetuju
dengan syarat kepentingan mereka dilindungi. Satu pertiga yang lain
menginginkan kemerdekaan dahulu sebelum
menganggotai Malaysia.
·
Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.
Perlembagaan
Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak dan Sabah
diberi kuasa menentukan dasar imigresennya.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Hak
dan kedudukan bumiputera Sarawak dan
Sabah dijamin.
(e) Nyatakan peranan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) berhubung pembentukan
Malaysia.
(Ruj :
Sejarah KBSM Tingkatan
Lima ms. 150 - 151)
·
Menerangkan penubuhan
Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.
·
Memperincikan cadangan SJ
Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.
·
Mengadakan mesyuarat bagi
mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.
·
Membincangkan hak dan
kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
(f) Apakah pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
tentang Gagasan Malaysia mengikut
laporan Suruhanjaya Cobbold ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
149 - 150)
·
Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa
syarat.
·
Satu pertiga lagi bersetuju dengan syarat kepentingan
mereka dilindungi.
·
Satu pertiga yang lain menginginkan kemerdekaan terlebih
dahulu sebelum menganggotai Malaysia.
(g) Nyatakan cadangan baru bagi Perlembagaan
Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
150)
Cadangan
baru bagi Perlembagaan Malaysia ialah .....
·
Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.
·
Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar
imigresennya.
·
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
·
Hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah dijamin.
(h) Huraikan
usaha yang dijalankan untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
149 – 152)
Usaha yang dijalankan
untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan
Malaysia IALAH .....
·
British menubuhkan Jawatankuasa Perunding
Perpaduan Kaum (JPPK).
JPPK memberi penerangan tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan
penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
JPPK mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali – di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan
Singapura.
JPPK hantar memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
Memorandum tersebut mengandungi
pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
untuk dimasukkan dalam
perlembagaan baru.
·
Pihak British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya Cobbold meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
tentang gagasan Malaysia.
Suruhanjaya tersebut juga mengemukakan
cadangan perlembagaan Malaysia yang baru
·
British menubuhkan Jawatankuasa Antara
Kerajaan (JAK)
JAK memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
JAK juga menerangkan penubuhan Malaysia
kepada rakyat Sarawak dan Sabah..
JAK membincang hak penduduk Sarawak dan
Sabah.
·
Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)
menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
Wakil PBB meninjau sekali lagi
pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
Perwakilan itu juga mengesahkan
pendirian rakyat Sarawak dan Sabah untuk
menganggotai Malaysia.
(i) Mengapakah
majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyerrtai persekutuan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
152)
Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju
menyerrtai persekutuan Malaysia KERANA
…..
·
Kesungguhan usaha yang
dijalankan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang memberikan penerangan tentang
kebaikan pembentukan Malaysia.
·
Parti Perikatan memenangi pilihan raya member keyakinan bahawa kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu berwibawa.
·
Penduduk Sarawak dan Sabah enggan menyertai Indonesia dan Filipina.
MENANGANI PENENTANGAN INDONESIA DAN
FILIPINA
(a) Bagaimanakah Malaysia menangani penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
151)
Malaysia menangani penentangan Indonesia dan Filipina
terhadap pembentukan Malaysia DENGAN
CARA .....
·
Mengadakan perjumpaan tiga pihak – Malaysia, Indonesia dan Filipina
·
Mengadakan sidang kemuncak antara kerajaan di Manila – Tunku Abdul Rahman (Malaysia), Presiden
Soekarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal (Filipina).
·
Ketiga-tiga pihak bersetuju menubuhkan MAPHILINDO.
·
Bersetuju mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
·
Setiausaha Agung PBB telah menubuhkan Perwakilan Malaysia
ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
·
Setiausaha Agung PBB menghantar wakilnya untuk meninjau
pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
·
Wakil PBB membuat laporan bahawa rakyat Sarawak dan Sabah
memang bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Huraikan usaha yang dilakukan ke arah
menjayakan pembentukan Malaysia
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
149 - 152)
·
Pihak British menubuhkan Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
JPPK menerangkan tentang gagasan
Malaysia, mengumpul pandangan penduduk
dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
JPPK mengadakan mesyuarat mengkaji
pandangan orang ramai tentang gagasan Malaysia.
JPPK mengemukakan pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah kepada Suruhanjaya
Cobbold untuk dimasukkan dalam
perlembagaan baru.
·
Kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya
Cobbold.
Suruhanjaya ini meninjau pandangan
rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan
Malaysia.
Suruhanjaya ini mengemukakan cadangan
perlembagaan Malaysia.
·
British menubuhkan Jawatankuasa Antara
Kerajaan (JAK)
JAK memperincikan cadangan Suruhanjaya
Cobbold.
JAK terangkan penubuhan Malaysia kepada
rakyat Sarawak dan Sabah.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan
kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia
dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
·
Kerajaan Malaysia mengadakan rundingan tiga
pihak.
yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan
Filipina untuk kurangkan ketegangan berkaitan
pembentukan Malaysia.
Hasil daripada rundingan itu, MAPHILINDO
ditubuhkan.
Ketiga negara bersetuju cari jalan
penyelesaian dengan bantuan PBB.
·
Setiausaha Agung PBB membentuk perwakilan Malaysia ke
PBB.
Wakil PBB meninjau sekali lagi
pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
Mereka mendapati majoriti rakyat
Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan
Malaysia.
Wakil PBB mengesahkan pendirian
rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Malaysia.
(b) Kejayaan
pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin negara kita menangani cabaran
semasa pembentukan Malaysia.
Buktikan
kebenaran pernyataan tersebut.
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 149 – 152)
Kejayaan
pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin negara
kita menangani cabaran semasa pembentukan Malaysia.
BUKTINYA IALAH
.....
·
Pemimpin negara kita gigih
menerangkan konsep dan tujuan pembentukan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan
Sabah.
·
Pemimpin negara kita menghantar
bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tentang pencerobohan
Indonesia ke atas negara kita.
·
Pemimpin negara kita mengadakan
lawatan ke Negara Dunia Ketiga dan Negara Afro-Asia untuk memulihkan semula
nama baik Malaysia yang tercemar.
·
Pemimpin negara kita tidak
menggunakan kekerasan dalam menghadapi penentangan bersenjata Indonesia.
·
Pemimpin negara kita sentiasa
berunding dengan Indonesia dan Filipina untuk memulihkan hubungan.
·
Pemimpin negara kita berusaha
memulihkan hubungan dengan Indonesia dan Filipina melalui diplomasi politik.
(c) Jelaskan
peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 153)
·
Ratu Elizabeth II
memperkenankan Akta Malaysia.
·
Parlimen Tanah Melayu
meluluskan Perjanjian Malaysia.
·
Dewan Perhimpunan Singapura
meluluskan Perjanjian Malaysia.
·
Majlis Undangan Negeri Sarawak
meluluskan Perjanjian Malaysia.
·
Majlis Undangan Negeri Sabah
meluluskan Perjanjian Malaysia.
·
Yang Dipertuan Agong telah
memperkenankan Akta Malaysia.
(d) Apakah
kandungan Akta Malaysia ?
(Ruj
: Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms. 154)
·
Penggabungan negeri-negeri yang
dinamai Malaysia.
·
Urusan hal ehwal luar menjadi
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
·
Agama Islam menjadi agama
Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
·
Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh diamalkan.
·
Bagi negeri Sarawak dan Sabah,
bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga sepuluh tahun selepas Hari
Malaysia.
·
Negeri Sarawak dan Sabah diberi
kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
·
Bumiputera di Sarawak dan Sabah
mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
NILAI
KEJAYAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Apakah nilai
yang terserlah melalui kejayaan pembentukan Malaysia ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Lima ms.
152)
·
Pembentukan
Malaysia memperlihatkan kepimpinan tokoh politik Tanah Melayu, Sarawak, Sabah
dan Singapura.
·
Pembentukan
Malaysia dapat menangkis ancaman komunis.
·
Diplomasi
politik dapat menangkis tentangan Indonesia dan Filipina.
·
Kerjasama
serantau berperanan dalam pembentukan Malaysia