Wednesday 3 August 2011

RAMALAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011 - TEMA 12

TEMA 12 SEJARAH SPM

Tema 11 mengandungi Bab 9 Sejarah Tingkatan Lima. Jika anda mengulangkaji Bab 9, anda pasti akan dapat menjawab satu soalan. Tema 11 terbahagi kepada dua sub tema iaitu subtema 12.1 (Dari tajuk Perang Dunia 1 hingga ke tajuk Dasar Luar Malaysia) dan subtema 12.2 (dari tajuk Malaysia Dalam Hubungan Antara Bangsa hingga ke tajuk Cabaran Masa Depan). Subtema 12.1 ditanya pada SPM 2005 dan SPM 2006. Tahun selebihnya soalan berfokus kepada subtema 12.2. Jadi subtema 12.2 menjadi bahagian yang perlu diberi fokus. Tajuknya lebih berat kepada tajuk “Malaysia Dalam Hubungan Serantau – ASEAN” dan “Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa – NAM, OIC dan Negara Selatan”. Dalam subtema 12.1 terdapat tajuk yang belum pernah ditanya dalam peperiksaan iaitu “Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin”. Jangan anda menidakkan tajuk ini. Tajuk pilihan Abezek ialah …

Bab 12 : Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin

  • Faktor kemunculan Blok Dunia
  • Perbezaan ideologi Kapitalis dengan Komunis
  • Kesan wujudnya Blok Dunia
  • Sebab berlakunya Perang Dingin
  • Kesan Perang Dingin ke atas Negara Dunia Ketiga
  • Langkah mengatasi Perang Dingin

Bab 12 : Malaysia Dalam Hubungan Serantau (ASEAN)

  • Sejarah penubuhan ASEAN
  • Matlamat penubuhan ASEAN
  • Kerjasama ekonomi dan sosial ASEAN yang melibatkan Malaysia
  • Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) di rantau ASEAN
  • Kepentingan pengisytiharan ZOPFAN terhadap negara ASEAN
  • Langkah ASEAN merealisasikan konsep ZOPFAN

Tunggulah model soalan Ramalan SPM dan skema jawapannya.
Jangan bimbang... Abezek sudah tau...

3 comments:

  1. abezek...........thanks sebb bg soalan
    spot2 ni....

    ReplyDelete
  2. thanxs abezek..bnyak maklumat yg b0lh d'per0lehi drpd bl0g ni.... :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum abezek. saya nak minta jasa baik tolong post skema / nota bagi kertas 3 bab 12. =) percubaan SBP tahun ini bab 12.2. tq.

    ReplyDelete