Wednesday 3 August 2011

RAMALAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011 - TEMA 9

TEMA 9 SEJARAH SPM

Tema 9 menawarkan dua bab iaitu Bab 9 dan Bab 10 Tingkatan Empat. Lazimnya pada setiap tahun, satu soalan ditawarkan daripada tema ini untuk peperiksaan Sejarah Kertas 2 SPM. Peperiksaan SPM 2010 menawarkan soalan daripada Bab 9. Peperiksaan SPM 2011 memberikan kebarangkalian yang lebih tinggi kepada Bab 10. Walau bagaimanapun anda tidak boleh menidakkan tajuk-tajuk daripada Bab 9. Antara tajuk yang hangat daripada Tema 9 ialah :

Bab 10 : Dasar British Terhadap Pertanian

  • Dasar pemilikan tanah di Tanah Melayu sebelum penjajahan British
  • Sebab British memperkenalkan peraturan tanah berdasarkan undang-undang Barat
  • Kandungan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913
  • Kandungan Enakmen Tanah Padi 1917
  • Usaha pihak British menyekat orang Melayu menanam getah
  • Langkah menggalakkan orang Melayu menanam padi

Bab 10 : Kesan Dasar Ekonomi British (Pembandaran)

  • Maksud pembandaran
  • Faktor yang mendorong proses pembandaran
  • Fungsi bandar baru di Tanah Melayu
  • Sebab pembandaran di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu lebih pesat
  • Langkah mewujudkan pembandaran seimbang

Bab 9 : Hubungan Pekerja – Majikan Semasa Revolusi Perindustrian

  • Maksud dan tujuan Pergerakan Luddite di Britain
  • Usaha yang dilakukan untuk menghalang pekerja menubuhkan kesatuan sekerja
  • Bentuk penindasan majikan terhadap pekerja
  • Kandungan Akta Kilang dan Akta Sepuluh Jam
  • Usaha yang dilaksanakan untuk membela nasib pekerja di Britain
  • Sebab pekerja perlu mendapat pembelaan

No comments:

Post a Comment