Wednesday 3 August 2011

RAMALAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011 - TEMA 11

TEMA 11 SEJARAH SPM

Tema 11 mengandungi enam bab iaitu Bab 3 hingga Bab 8 Tingkatan Lima.
Tema ini amat sukar untuk membuat ramalan kerana tiada polar yang seragam. Penawaran soalan untuk tema ini juga tidak tekal. Tema ini kerap menawarkan tiga soalan dalam peperiksaan (SPM 2006, SPM 2007, SPM 2009 dan SPM 2010). Dalam SPM 2004 dan SPM 2008 tema ini menawarkan dua soalan, manakala SPM 2005 hanya menawarkan satu soalan. Bab yang popular ialah Bab 5, Bab 6 dan Bab 8. Bagaimanapun jangan mengambil mudah kepada Bab 4 dan Bab 7. Setelah analisis dibuat, tajuk-tajuk berikut perlu diberi perhatian.

Bab 5 : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Peranan Suruhanjaya Reid
  • Langkah ke arah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Bab 6 : Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia
  • Reaksi rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia
  • Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
  • Peranan Suruhanjaya Cobbold
  • Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan
  • Tugas Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNMM)
  • Langkah mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah
  • Sebab rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Malaysia
  • Iktibar daripada pembentukan Malaysia
  • Nilai-nilai daripada kejayaan pembentukan Malaysia

Bab 8: Perpaduan Kebangsaan
  • Akta Bahasa Kebangsaan
  • Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
  • Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Prinsip dan kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Peranan sukan ke arah memupuk perpaduan
  • Kepentingan perpaduan

)Bab 4 : Malayan Union 1946
  • Konsep Malayan Union
  • Faktor British memperkenalkan gagasan Malayan Union
  • Kandungan perjanjian Malayan Union
  • Sebab orang Melayu menentang Malayan Union
  • Cara penentangan terhadap Malayan Union
  • Kesan penentangan terhadap Malayan Union

)   Bab 7 : Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya
  • Perbezaan pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil
  • Syarat menjadi calon pilihan raya
  • Syarat menjadi pemilih berdaftar
  • Pelaksanaan pilihan raya
  • Peranan SPR

Tunggulah model soalan Ramalan SPM bersama skema jawapannya.
Jangan bimbang... Abezek sudah tau...

1 comment: