Wednesday, 3 August 2011

RAMALAN SEJARAH SPM 2011 - TAMADUN INDUS

TAMADUN INDUS

SOALAN STRUKTUR

Anggota masyarakat dalam organisasi sosial tamadun Indus memberikan sumbangan dalam proses pembinaan tamadun tersebut.

(a)       Nyatakan anggota masyarakat Indus yang tergolong dalam golongan bawahan.

            (i)         ...............................................................................................................................

            (ii)        ...............................................................................................................................
[2 markah]
      • Petani
      • Buruh
      • Hamba

(b)       Mengapakah golongan bawahan sangat patuh kepada pendeta ?

            (i)         ...............................................................................................................................

            (ii)        ...............................................................................................................................
[2 markah]
      • Pendeta mempunyai kuasa
      • Pendeta mempunyai pengaruh yang besar
      • Pendeta mengetahui hal keagamaan
      • Pendeta mengawal urusan keagamaan
      • Pendeta memegang tampuk pemerintahan


(c)        Sebutkan dua faktor yang membolehkan masyarakat lembah Indus berjaya   
            membina bandar terancang ?

            (i)         ...............................................................................................................................

            (ii)        ...............................................................................................................................
[2 markah]
      • Menguasai ilmu geometri
      • Menguasai ilmu matematik
      • Menguasai ilmu pembinaan
      • Mahir dalam seni bina
      • Mahir membuat batu-bata
      • Mahir dalam bidang susun atur
      • Meniru teknologi tamadun lain
      • Meniru unsur budaya tamadun lain

           
(d)       Senaraikan keistimewaan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa yang
            menjadikannya sebagai bandar terancang yang terawal di dunia.

            (i)         ...............................................................................................................................

            (ii)        ...............................................................................................................................
[2 markah]
      • Dibahagikan kepada dua bahagian
      • Bahagian utama menjadi pusat pentadbiran dan keagamaan
      • Terdapat bangunan pentadbiran
      • Terdapat tempat mandi awam
      • Bahagian kedua menjadi pusat petempatan
      • Bandarnya dikelilingi oleh tembok
      • Mempunyai susun atur yang sistematik
      • Bangunannya disusun berasaskan blok berbentuk segi empat
      • Mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
      • Jalan rayanya bersambung antara satu dengan lain
      • Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
      • Bandar dihubungkan dengan sungai


(e)       Apakah nilai yang boleh anda contohi daripada usaha masyarakat Indus
           membina tamadun bangsanya ?

            (i)         ...............................................................................................................................

            (ii)        ...............................................................................................................................
[2 markah]
      • Kebolehan mereka mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
      • Keupayaan mereka membina bandar terancang
      • Kesungguhan menguasai pelbagai kepakaran (seni bina & susun atur)
      • Kesungguhan mereka menguasai ilmu (geometri, matematik & pembinaan)
      • Kesediaan mereka bertukar pandangan dengan pihak lain
      • Kesediaan mereka mengambil unsur baik daripada tamadun lain
      • Kesediaan menyesuaikan pengaruh luar dengan keadaan tempatan
      • Kemampuan mereka meningkatkan mutu bahan binaan
      • Kemampuan mereka mencipta teknologi membuat batu bata
      • Kejayaan mereka mengekalkan keamanan
      • Kejayaan mereka mengekalkan kemajuan ekonomi
      • Mana-mana jawapan yang munasabah


SOALAN ESEI

(a)       Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk ?
[6 markah]

(b)       Terangkan keistimewaan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus.
[8 markah]

(c)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sumbangan tamadun Indus terhadap             pembinaan tamadun manusia hari ini ?
[6 markah]


JAWAPAN

(a)       Proses pembentukan Tamadun Indus

o       Membina petempatan kekal

o       Menjalankan aktiviti pertanian

o       Hasil pertanian telah meningkat

o       Berlaku pertambahan penduduk

o       Membina kampung dan bandar
o       Berlaku pengkhususan pekerjaan
o       Wujudnya organisasi sosial
o       Mewujudkan sistem pentadbiran


(b)       Keistimewaan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa
o       Dibahagikan kepada dua bahagian
o       Bahagian utama dan bahagian kedua
o       Bahagian utama menjadi pusat pentadbiran dan keagamaan
o       Terdapat bangunan pentadbiran
o       Terdapat tempat mandi awam
o       Bahagian kedua menjadi pusat petempatan
o       Bandarnya dikelilingi oleh tembok
o       Mempunyai susun atur yang sistematik
o       Bangunannya disusun berasaskan blok berbentuk segi empat
o       Mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
o       Jalan rayanya bersambung antara satu dengan lain
o       Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
o       Bandar dihubungkan dengan sungai

(c)       Sumbangan Tamadun Indus
o       Mengeksploitasi kelebihan di sekitar untuk membina tamadun
o       Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka
o       Menggabungkan segala kepakaran untuk membina bandar terancang
o       Menguasai ilmu matematik, geometri dan kesenian
o       Meningkatkan mutu bahan binaan
o       Menghasilkan batu-bata menggunakan suhu yang tinggi
o       Bersifat terbuka dalam membuat hubungan dengan tamadun lain
o       Bertukar pandangan dengan tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia
o       Menyesuaikan pengaruh luar dengan keadaan tempatan
o       Mementingkan kedamaian dan dalam mencapai kemajuan.

Tunggulah soalan ramalan daripada tajuk lain pula.
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau...

3 comments:

  1. Ayahanda!! petang nanti meeting, kami nak lantik Abang Long baru. Yang lama dah kena bunuh.

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya jawapannya bagaimanakah tamadun indus terbentuk

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete