Wednesday 3 August 2011

RAMALAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011 - TEMA 10

TEMA 10 SEJARAH SPM

Tema 10 menawarkan dua bab iaitu Bab 1 dan Bab 2 Tingkatan Lima. Kebelakangan ini (SPM 2007 – SPM 2010), satu soalan ditawarkan daripada tema ini. Peperiksaan SPM 2010 menawarkan soalan daripada Bab 2. Peperiksaan SPM 2011 memberikan kebarangkalian yang lebih tinggi kepada Bab 1. Walau bagaimanapun anda tidak boleh menidakkan tajuk-tajuk daripada Bab 2 kerana SPM 2004 dan SPM 2005 menawarkan dua soalan daripada kedua-dua bab. Antara tajuk yang hangat daripada Tema 10 adalah sebagaimana berikut :

Bab 1 : Pengenalan Sistem Birokrasi Barat Di Asia Tenggara

  • Tujuan penjajah Barat memperkenalkan sistem birokrasi
  • Ciri-ciri umum birokrasi Barat
  • Perubahan pentadbiran di Filipina dan IndoChina
  • Perubahan pentadbiran di Thailand
  • Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat

Bab 1 : Perkembangan Nasionalisme Di Negara-Negara Asia Tenggara

  • Maksud nasionalisme
  • Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
  • Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua
  • Perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
  • Keunikan gerakan nasionalisme di Thailand
  • Langkah penjajah Barat menangani gerakan radikal

Bab 2 : Nasionalisme Oleh Persatuan-Persatuan Melayu

  • Kejayaan Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
  • Matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
  • Kegiatan yang dijalankan oleh PASPAM
  • Kegiatan politik Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  • Tujuan penubuhan persatuan-persatuan negeri
  • Kepentingan Kongres Melayu tahun 1939 & 1940

Model Ramalan SPM 2011 dan skema jawapan akan menyusul.
Tunggulah.
Jangan bimbang... Abezek sudah tau...

No comments:

Post a Comment