Wednesday 3 August 2011

RAMALAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011 - TEMA 8

TEMA 8 SEJARAH SPM

Tema 8 mengandungi 5 bab iaitu dari Bab 4 hingga Bab 8. Tema ini berkaitan sejarah perkembangan Islam yang bermula dari Zaman Jahiliah melangakaui zaman perkembangan Islam di Nusantara dan Tanah Melayu. Lazimnya Tema ini memperuntukkan 2 soalan dalam Sejarah Kertas 2 SPM. Bab yang perlu diberi fokus bagi membuat persediaan mengulangkaji untuk SPM 2011 ialah Bab 5, Bab 6 dan Bab 8. Tajuk yang hangat  adalah sebagaimana berikut :

Bab 5 : Penyebaran  Islam Semasa di Madinah
  • Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk berdakwah di Madinah
  • Peperangan yang melibatkan umat Islam di Madinah
  • Bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak menggunakan peperangan untuk menyebarkan Islam
  • Sebab dan tujuan peperangan dalam Islam
  • Peraturan dan larangan semasa berperang
  • Kesan-kesan peperangan
  • Langkah mengelakkan peperangan
Bab 6 : Kerajaan Bani Umaiyah
  • Latar belakang pengasasan kerajaan Bani Umaiyah
  • Sebab pusat pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah berpindah dari Damsyik ke Cordova
  • Pemerintah kerajaan Bani Umaiyah yang tersohor
  • Pembaharuan yang diperkenalkan dalam bidang pemerintahan & pentadbiran
  • Kejayaan dalam bidang ekonomi
  • Sumbangan dalam bidang sosial dan intelektual
Bab 8 : Pengaruh Islam Terhadap Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional
  • Sebab orang Melayu mula melibatkan diri dalam perniagaan selepas kedatangan Islam
  • Faktor yang membantu Melaka menjadi pusat perdagangan di alam Melayu
  • Mata wang yang digunakan di Melaka
  • Ciri mata wang yang menerima pengaruh Islam
  • Pelaksanaan cukai di Melaka
  • Kepentingan bidang perdagangan kepada negara
  • Usaha meningkatkan penglibatan orang Islam di negara kita dalam bidang perniagaan
Tunggulah model soalan Ramalan SPM. 2011 dan skema jawapan.
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau ...

No comments:

Post a Comment