Monday, 26 September 2011

TAJUK PANAS SISIPAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

TAJUK PANAS SISIPAN
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011


TAJUK 1  : PIAGAM MADINAH
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTURI.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah Piagam Madinah ?
·         Nyatakan kandungan Piagam Madinah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
·         Jelaskan kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah.
·         Mengapakah kandungan Piagam Madinah dapat diterima oleh semua kaum ?

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud Piagam Madinah.
·         Terangkan kandungan Piagam Madinah.
·         Jelaskan kandungan Piagam Madinah yang boleh dilaksanakan dalam negara berbilang kaum.


TAJUK 2  : PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan cara pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional.
·         Jelaskan peranan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu tradisional.
·         Nyatakan perbezaan antara sistem pondok dengan sistem madrasah yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pendidikan tidak formal dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ?
·         Sebutkan dua cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk mengajar nilai-nilai moral masyarakat.
·         Nyatakan ciri sistem pondok.
·         Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan yang sistematik ?


TAJUK 3  : PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
·         Nyatakan fungsi bandar baru di Tanah Melayu.
·         Mengapakah pembandaran di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu lebih pesat berbanding di bahagian pantai timur ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pembandaran ?
·         Nyatakan faktor yang membantu proses pembandaran.
·         Sebutkan dua peranan bandar baru di Tanah Melayu.
·         Apakah langkah yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang di negara ini ?


TAJUK 4  : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud nasionalisme ?
·         Berikan nama tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme Thailand.
·         Nyatakan faktor kemunculan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
·         Apakah langkah yang dilaksanakan untuk menghalang penyebaran kebudayaan Cina di Thailand ?
·         Mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan perbezaan ciri nasionalisme tahap pertama dengan ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.
·         Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina atau di Indonesia.
·         Apakah langkah yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan nasionalisme bersifat radikal di tanah jajahannya di Asia Tenggara ?


TAJUK 5  : PAKATAN MURNI
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pakatan murni ?
·         Mengapakah pakatan murni diwujudkan ?
·         Apakah persetujuan yang dicapai melalui rundingan antara ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan UMNO ?
·         Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni.
·         Apakah kejayaan yang dicapai melalui pakatan murni ?


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pakatan murni sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
·         Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni antara kaum di Tanah Melayu.
·         Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil pakatan murni.


TAJUK 6  : DASAR PELAJARAN
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Cadangan dalam Penyata Razak 1956 telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Terangkan cadangan tersebut.
·         Nyatakan syor dalam Laporan Rahman Talib 1960 yang digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
·          Apakah kepentingan sistem persekolahan Aneka Jurusan yang diperkenalkan melalui Kajian Aminudin Baki 1965 ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah elemen penting yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956 untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ?
·         Nama jenis sekolah yang dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 ?
·         Nyatakan dua perkara yang menjadi dasar pelajaran dalam Akta Pelajaran 1961.
·         Berikan dua tujuan kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan pada tahun 1965 ?



Tajuk ini sebagai sisipan kepada tajuk-tajuk panas sebelum ini. Jangan abaikan... tajuk ini pun penting juga.
Paling tidak pun .... buat spare part.

Abezek akan paparkan maklumat terkini. Tunggu tajuk HANGAT SENGOTI  kalu-kalu ada.
Jangan bimbang .... Abezek sudah tau....

Sunday, 25 September 2011

TAJUK PANAS SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

TAJUK PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

Sebagai panduan, anda boleh membuat persediaan tajuk berikut untuk menghadapi SPM 2011.

TAJUK 1  : PENINGKATAN EKONOMI & PENDIDIKAN MANUSIA
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan faktor yang menyebabkan tamadun India mencapai perkembangan yang pesat dalam bidang perdagangan.
·         Jelaskan perbezaan antara Falsafah Pendidikan Athens dengan Falsafah Pendidikan Sparta dalam tamadun Yunani.
·         Terangkan sistem pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan agama Buddha pada Zaman Vedik di India.

Jika soalan STRUKTUR, anda perlu bersedia dengan maklumat berdasarkan soalan berikut :

·         Apakah punca yang menyebabkan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada bidang perdagangan ?
·         Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat Dinasti Shang di China.
·         Sebutkan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada penekanannya terhadap ilmu yang praktikal.
·         Berikan dua aspek kemahiran yang ditekankan melalui pendidikan rendah dan menengah dalam tamadun China.


TAJUK  2 : KERAJAAN BANI UMAIYAH DAN ABBASIYAH
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah sebab pusat pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah dipindahkan dari Damsyik, Syria ke Cordova, Sepanyol ?
·         Nyatakan faktor yang menyebabkan keruntuhan kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik.
·         Berikan dua pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran.
·         Sebutkan dua kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan latar belakang pengasasan kerajaan Bani Umaiyah.
·         Terangkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran.
·         Apakah peranan kota Baghadad dalam bidang keilmuanpada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ?


TAJUK  3 : PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Mengapakah masyarakat Melayu tradisional melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan selepas kedatangan Islam.
·         Terangkan faktor yang membantu kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu.
·         Jelaskan pelaksanaan CukaiTtetap dan Cukai Diraja di Melaka.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah sebab orang Melayu mula melibatkan diri dalam perdagangan selepas kedatangan Islam.
·         Nyatakan faktor yang menyebabkan Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu.
·         Sebutkan dua mata wang yang digunakan untuk urusan perdagangan di Melaka.
·         Nyatakan pengaruh Islam yang terdapat pada mata wang negeri Melayu.
·         Bagaimanakah Cukai Tetap dan Cukai Diraja dilaksanakan di Melaka ?


TAJUK  4 : DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah dasar pemilikan tanah yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sebelum penjajahan British di negara ini.
·         Mengapakah penjajah British memperkenalkan geran tanah ?
·         Nyatakan kandungan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
·         Apakah tujuan penjajah British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayun 1913 ?
·         Berikan dua kesan yang berlaku ke atas masyarakat Melayu akibat pengenalan undang-undang tanah.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Mengapakah penjajah British memperkenalkan peraturan tanah berasaskan peraturan tanah di Britain ?
·         Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh penjajah British untuk menyekat orang Melayu melibatkan diri dalam penanaman getah.
·         Nyatakan bukti yang menunjukkkan bahawa penjajah British mengabaikan orang Melayu dalam bidang ekonomi.


TAJUK  5 : PENGENALAN BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Sebutkan dua ciri birokrasi Barat di Asia Tenggara.
·         Nyatakan  sistem pentadbiran Union IndoChinoise yang dilaksanakan oleh Perancis di IndoChina.
·         Mengapakah Sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol  ditentang oleh penduduk Filipina ?
·         Berikan dua kesan birokrasi Barat terhadap masyarakat di Asia Tenggara.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan sistem pemerintahan tradisional di negara Asia Tenggara sebelum penjajahan Barat.
·         Terangkan ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah Barat di tanah jajahannya di Asia Tenggara.
·         Nyatakan kesan birokrasi Barat terhadap masyarakat di Asia Tenggara.


TAJUK  6 : LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan faktor yang mendorong pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
·         Terangkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pihak British untuk menarik sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
·         Nyatakan faedah yang diperoleh Sarawak dan Sabah dengan menyertai Persekutuan Malaysia.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
·         Nyatakan tanggungjawab Suruhanjaya Cobbold untuk menjayakan pembentukan Malaysia.
·         Sebutkan tugas Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ke arah pembentukan Malaysia.
·         Mengapakah Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNMM) dibentuk ?
·         Berikan dua perkara yang dituntut  oleh penduduk Sabah melalui Perkara 20 dalam Akta Malaysia.



TAJUK  7 : PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pilihan raya ?
·         Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
·         Berikan dua syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya di Malaysia.
·         Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi dalam pilihan raya ?
·         Nyatakan kepentingan pilihan raya.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.
·         Terangkan proses  pilihan raya di Malaysia.kan
·         Apakah  peranan SPR dalam mewujudkan pilihan raya yang adil di negara kita.


TAJUK  8 : DASAR PERPADUAN KEBANGSAAN
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
·         Jelaskan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
·         Mengapakah sukan berupaya memupuk perpaduan di negara kita ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah  kedudukan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia ?
·         Nyatakan langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
·         Berikan dua ciri Kebudayaan Kebangsaan.
·         Apakah matlamat kerajaan menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
·         Mengapakah sukan boleh memupuk perpaduan ?


TAJUK  9 : BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan perbezaan ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.
·         Mengapakah berlakunya perang dingin ?
·         Nyatakan kesan perang dingin.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud blok dunia ?
·         Mengapakah wujudnya blok dunia ?
·         Berikan dua cara kuasa  besar duni meluaskan pengaruhnya.
·         Nyatakan kesan perang dingin.
·         Apakah langkah  yang boleh dilakukan untuk mengelakkan perang dingin.


Jangan lupa ikuti perkembangan terbaru. Abezek akan kemukakan skema  jawapan tajuk-tajuk di atas dalam masa terdekat.

Jangan bimbang... Abezek sudah tau.....