Wednesday 12 September 2012

BINCANG TAJUK PANAS TEMA 11 (BHGN 4)


TEMA 11 BAHAGIAN 4 (BAB 7)


Soalan peperiksaan kadang-kadang berkait dengan isu yang hangat diperkatakan masyarakat.
Berdasarkan sebab-sebab tertentu, Kawe rasa demo patut memberi penekanan khusus kepada dua tajuk berikut :

  • BAB 3   Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa
  • BAB 7   Pilihan Raya di Malaysia

Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau!


TAJUK : PILIHAN RAYA DI MALAYSIA



SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah tujuan pilihan raya didakan ?

  • Memilih wakil rakyat
  • Memilih kerajaan untuk memerintah
  • Melaksanakan sistem demokrasi           

[2 markah]


(b)  Nyatakan dua bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
           
  • Menentukan sempadan pilihan raya
  • Menjalankan pendaftaran pemilih
  • Mengendalikan pilihan raya
  • Menjamin pilihan raya yang adil
  • Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak

[2 markah]


(c)  Jika anda berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya di Malaysia, apakah kelayakan yang  mesti anda penuhi ?
           
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun
  • Bermastautin di Malaysia
  • Sempurna akal
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
  • Tidak pernah didenda tidak kurang daripada RM 2 000.00
  • Tidak pernah dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
  • Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]


(d)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi dalam pilihan raya ?
           
  • Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
  • Berumur 21 tahun.
  • Warganegara malaysia
  • Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
  • Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
  • Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]


(e)  Sebagai sebuah negara demokrasi, apakah langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil di negara kita ?

  • Mematuhi peraturan pilihan raya
  • Akur dengan keputusan SPR
  • Mengadakan kempen secara bersih
  • Haramkan politik wang
  • Menggunakan dakwat kekal
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]



TAJUK : PILIHAN RAYA DI MALAYSIA


SOALAN ESEI

(a)  Jelaskan tentang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di     di atas.
  
            Pilihan raya umum
  • Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
  • Diadakan serentak di seluruh Malaysia
  • Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

            Pilihan raya kecil
  • Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
  • Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
  • Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak

[6 markah]


(b)  Terangkan proses pilihan raya di Malaysia.
  
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
  • Penamaan calon yang bertanding
  • Parti yang bertanding menyediakan manifesto
  • Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
  • SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
  • Pemberian kertas undi kepada pengundi.
      Kertas undi diberikan kepada pengundi di tempat             pengundian.
      Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal             dipilih oleh pengundi.
  • Pembuangan undi.
      Calon akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
      Kertas undi kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi.
  • Pengiraan undi.
  • Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.

[8 markah]


(c)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya penting          kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi ?
  
  • Memilih wakil rakyat
  • Memilih kerajaan
  • Memilih pemimpin yang berkebolehan
  • Menyemai tanggungjawab kepada rakyat
  • Memberi peluang kepada rakyat mengambil bahagian dalam memerintah negara
  • Meneruskan pembangunan negara
  • Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]

Pilihan raya bersih !

Mari kita pakat pikir .....
Bakpa pilihan raya diamalkan di negara kita ?
Adakah rakyat patut sedar tentang kepentingan pilihan raya ?
Buktikan bahawa pilihan raya di negara kita adalah bersih.
Apakah usaha untuk menjadikan pilihan raya di negara kita menepati amalan demokrasi.

Demo buleh ngundi ke ? Gi ngundi demo nak pangkah sapa ?
Kawe ? He... He... He... Demo toksah tanya le.....
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau !

1 comment: