Wednesday 12 September 2012

BINCANG TAJUK PANAS TEMA 11 (BHGN 2)


TEMA 11   BAHAGIAN 2   (BAB 6)


Bab 6 adalah bab yang paling penting untuk SPM 2012.
Soalan SPM yang memetik Bab 6 ialah dalam SPM 2005 dan SPM 2007. Selepas SPM 2007, Bab 6 tidak disoal lagi.

Setelah empat tahun tidak diberi perhatian, Kawe rasa SPM 2012 adalah tahun terbaik untuk menawarkan Bab 6 sebagai salah satu soalan daripada TEMA 11.

Bab 6 mengandungi 3 Tajuk iaitu :

  • Cadangan dan Faktor Pembentukan Malaysia
  • Reaksi Dalam dan Luar Negeri Terhadap Pembentukan Malaysia
  • Langkah Pembentukan Malaysia

Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau!
Antara 3 tajuk di atas, tajuk LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA yang belum ditanya dalam peperiksaan.
Jadi ..... apa tunggu lagi ? Balunlah tajuk ini habis-habisan. Di samping itu buatlah ulangkaji 2 tajuk lagi tu. Habis cerita!


TAJUK : PEMBENTUKAN MALAYSIA



SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah peranan JPPK ?

  • Menerangkan tentang gagasan Malaysia
  • Mengumpul pandangan   penduduk tentang gagasan Malaysia
  • Menggalakkan aktiviti ke arah pembentukan Malaysia
  • Mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan penduduk
  • Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold

[2 markah]

(b)  Nyatakan dua tugas Suruhanjaya Cobbold.

  • Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
  • Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan.
  • Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
     
[2 markah]


(c)  Apakah matlamat penubuhan JAK  ?

·         Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.

·         Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.

·         Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

·         Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.


[2 markah]


(d)  Mengapakah UNMM dibentuk oleh Setiausaha Agung                  Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)  ?

  • Meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengkaji pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengiktiraf pembentukan Persekutuan Malaysia

 [1 markah]


(e)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah                majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai                    persekutuan Malaysia ?

  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
  • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan perkembangan industri pertanian
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Mana-mana jawapan munasabah

[3 markah]


TAJUK : PEMBENTUKAN MALAYSIA


SOALAN ESEI

(a)  Terangkan usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan           sokongan penduduk Sarawak dan Sabah terhadap                      pembentukan persekutuan Malaysia.
 
  • Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
      Mengadakan lawatan ke Sarawak dan     Sabah.
      Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan    Malaysia.
      Mengumpul pandangan penduduk
      Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
      Mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan rakyat
      Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya          Cobbold.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
            Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang     gagasan Malaysia.
            Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
            Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada      pihak British.
            Menerima memorandum daripada  pelbagai pertubuhan.
            Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan   British.
            Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
      Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan           Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan       Sabah.
      Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
      Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak           dan Sabah..
      Mengadakan mesyuarat membincang hak penduduk        Sarawak dan Sabah.
  • Menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
      Ditubuhkan oleh Setiausaha Agung PBB U Thant
            Meninjau semula pendapat rakyat Sarawak dan    Sabah

[8  markah]


(b)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah                         yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai                   persekutuan Malaysia ?
 
  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
  • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan perkembangan industri pertanian
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Mana-mana jawapan munasabah
[6  markah]


(c)  Jelaskan nilai moral yang boleh anda pelajari daripada              peristiwa pembentukan persekutuan Malaysia 1963.
 

·          Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura

·          Berjaya menangkis tekanan pihak komunis

·          Menghadapi tentangan Indonesia dan Filipina melalui diplomasi politik

·          Memperlihatkan kerjasama serantau

·          Memperlihatkan kerjasama antarabangsa terutamanya PBB.

·          Memperlihatkan kerjasama pihak British dengan rakyat tempatan.
·          Mana-mana jawapan munasabah
[6  markah]



Bercerita tentang pembentukan Malaysia, kita patut merenung sejauh manakah jati diri kita sebagai anak Malaysia ?
Apakah kita telah mengecap nikmat daripada pembentukan Malaysia ?
Apakah peranan kita sebagai warganegara Malaysia yang patriotik ke arah memantapkan perpaduan dalam persekutuan Malaysia ?

Kawe tamatkan di sini dulu. Kita berjumpa di kupasan TEMA 11 Bahagian 3 nanti.

Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.

Resah gelisah di musim peperiksaan adalah lumrah.
Perasaan itu menandakan kita bersedia menyambut hari tersebut dengan redha.
Wassalam

No comments:

Post a Comment