TEMA 11 BAHAGIAN 4 (BAB 7)
|
Soalan peperiksaan kadang-kadang berkait dengan isu yang hangat diperkatakan masyarakat.
Berdasarkan sebab-sebab tertentu, Kawe rasa demo patut memberi penekanan khusus kepada dua tajuk berikut :
- BAB 3 Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa
- BAB 7 Pilihan Raya di Malaysia
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau!
TAJUK : PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah tujuan pilihan raya didakan ?
- Memilih wakil rakyat
- Memilih kerajaan untuk memerintah
- Melaksanakan sistem demokrasi
[2 markah]
(b) Nyatakan dua bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Menentukan sempadan pilihan raya
- Menjalankan pendaftaran pemilih
- Mengendalikan pilihan raya
- Menjamin pilihan raya yang adil
- Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak
[2 markah]
(c) Jika anda berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya di Malaysia, apakah kelayakan yang mesti anda penuhi ?
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun
- Bermastautin di Malaysia
- Sempurna akal
- Bukan seorang muflis
- Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
- Tidak pernah didenda tidak kurang daripada RM 2 000.00
- Tidak pernah dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
- Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar
- Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi dalam pilihan raya ?
- Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
- Berumur 21 tahun.
- Warganegara malaysia
- Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
- Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
- Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
- Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Sebagai sebuah negara demokrasi, apakah langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil di negara kita ?
- Mematuhi peraturan pilihan raya
- Akur dengan keputusan SPR
- Mengadakan kempen secara bersih
- Haramkan politik wang
- Menggunakan dakwat kekal
- Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
TAJUK : PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
|
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan tentang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di di atas.
Pilihan raya umum
- Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
- Diadakan serentak di seluruh Malaysia
- Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil
- Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
- Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
- Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
[6 markah]
(b) Terangkan proses pilihan raya di Malaysia.
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
- Penamaan calon yang bertanding
- Parti yang bertanding menyediakan manifesto
- Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
- SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
- Pemberian kertas undi kepada pengundi.
Kertas undi diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.
Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih oleh pengundi.
- Pembuangan undi.
Calon akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
Kertas undi kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi.
- Pengiraan undi.
- Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.
[8 markah]
(c) Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi ?
- Memilih wakil rakyat
- Memilih kerajaan
- Memilih pemimpin yang berkebolehan
- Menyemai tanggungjawab kepada rakyat
- Memberi peluang kepada rakyat mengambil bahagian dalam memerintah negara
- Meneruskan pembangunan negara
- Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
Pilihan raya bersih !
Mari kita pakat pikir .....
Bakpa pilihan raya diamalkan di negara kita ?
Adakah rakyat patut sedar tentang kepentingan pilihan raya ?
Buktikan bahawa pilihan raya di negara kita adalah bersih.
Apakah usaha untuk menjadikan pilihan raya di negara kita menepati amalan demokrasi.
Demo buleh ngundi ke ? Gi ngundi demo nak pangkah sapa ?
Kawe ? He... He... He... Demo toksah tanya le.....
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau !
cikgu abezek..skema bab 3 nya mana???
ReplyDelete