Tuesday 11 September 2012

BINCANG TAJUK PANAS SEJ SPM 2012 (TEMA 9)


MARI BINCANG TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2012 (TEMA 9)



Tema 9 (Bab 9 dan Bab 10 Tingkatan Empat) selalunya menawarkan 1 Soalan dalam Sejarah Kertas 2 SPM, kecuali SPM 2011 yang buat pertama kalinya menawarkan 2 soalan. Kedua-dua soalan itu dipetik daripada Bab 10.

Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.
Oleh sebab SPM 2011 menawarkan 2 soalan yang kedua-duanya dipetik daripada Bab 10, maka SPM 2012 dijangka akan menawarkan soalan yang dipetik daripada Bab 9.

Justru, Kawe akan bekalkan modul latihan dan skema TAJUK PANAS daripada TEMA 9 untuk membantu demo tingkatkan prestasi pencapaian dalam Sejarah SPM 2012.
DEMO GOMO SOKMO !


TAJUK : ZAMAN GELAP DI EROPAH


SOALAN STRUKTUR

(a)  Nyatakan dua ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman               Gelap.

  • Raja menjadi penaung utama dalam negara
  • Raja memiliki tanah secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar / tuan tanah
  • Tuan tanah itu mendapat naungan daripada istana
  • Tuan tanah memberi khidmat kepada raja
  • Tuan tanah sangat berkuasa
  • Rakyat mendapat perlindungan daripada tuan tanah
  • Sebagai balasan, rakyat terpaksa membayar cukai
  • Rakyat yang tidak mampu membayar cukai dikehendaki menyerahkan tanah kepada tuan tanah
  • Terdapat rakyat yang menjadi hamba                              
 [2 markah]


(b)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang      menyebabkan suasana politik di Eropah pada Zaman Gelap   kucar-kacir ?

  • Empayar Rom Barat telah runtuh
  • Tiada kerajaan pusat yang mentadbir wilayah di Eropah
  • Kerajaan-kerajaan kecil berperang antara satu sama lain
  • Wujudnya sistem feudal
  • Tuan tanah (Baron) sangat berkuasa
  • Perbalahan antara tuan tanah
  • Rakyat yang tertindas menentang tuan tanah
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


(c)  Nyatakan dua keadaan yang menunjukkan Gereja                       mengongkong masyarakat Eropah pada Zaman Gelap.

  • Gereja Katolik amat berkuasa
  • Kehidupan masyarakat ditentukan oleh Gereja
  • Masyarakat terpaksa patuh kepada Gereja
  • Gereja menekankan amalan agama sahaja
  • Gereja memberikan ilmu keakhiratan sahaja
  • Gereja memilki hartanah yang banyak
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(d)   Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan perdagangan        di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat ?

  • Kegiatan perdagangan tidak meluas
  • Perdagangan diganggu orang gasar –  Viking dan Magyar.
  • Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh
  • Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam
  • Tidak dapat menyaingi pedagang Islam
  • Hanya menumpukan kepada kegiatan pertanian
  • Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan
  • Terhad kepada perniagaan barangan pertanian sahaja
  • Menggunakan sistem tukar barang
  • Penggunaan mata wang sangat terhad
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)   Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kemerosotan      ekonomi pada Zaman Gelap di Eropah ?

  • Meluaskan lagi kegiatan perdagangan
  • Menguasai laluan perdagangan antarabangsa
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Sanggup bersaing dalam bidang perdagangan
  • Jangan hanya tumpukan bidang pertanian sahaja
  • Perniagaan dijalankan secara besar-besaran
  • Mempelbagaikan hasil perdagangan
  • Menggunakan mata wang
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


TAJUK : ZAMAN GELAP DI EROPAH


SOALAN ESEI

(a) Terangkan ciri Zaman Gelap yang berlaku di Eropah.     
  
      Politik
  • Empayar Rom Barat telah runtuh.
      Tiada kerajaan pusat yang mentadbir wilayah di Eropah.
  • Keadaan politik tidak stabil.
      Berlakunya huru-hara – keadaan hidup tidak selamat.
      Kerajaan-kerajaan kecil berperang antara satu sama lain.
  • Wujudnya sistem feudal.
      Tuan tanah (Baron) sangat berkuasa.
      Tuan tanah mendapat perlindungan raja.
      Tuan tanah memberikan khidmat kepada raja.
  • Rakyat tertindas
      Petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
      Petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
      Petani yang tidak mampu terpaksa menyerahkan tanah.
      Mereka menjadi hamba kepada tuan tanah.

      Ekonomi
  • Kegiatan perdagangan tidak meluas.
      Perdagangan diganggu orang gasar (Viking dan Magyar)
  • Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh.
      Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam.
  • Orang Eropah tidak dapat menyaingi pedagang Islam.
Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan
  • Masyarakat Eropah tumpukan kegiatan pertanian.
      Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
  • Penggunaan mata wang sangat terhad.
      Perniagaan dikendalikan menerusi sistem tukar barang.

      Sosial
  • Gereja Katolik amat berkuasa
      Gereja mengongkong kehidupan masyarakat
  • Gereja mengumpul kekayaan
      Gereja memilki hartanah yang banyak
  • Gereka hanya fokus kepada kegiatan amalan agama
      Gereja menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja
 [8 markah]


(b) Jelaskan ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan    ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional ?
                                      
  • Raja menjadi penaung utama dalam negara.
  • Raja memiliki tanah secara mutlak.
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar / tuan tanah.
  • Pembesar itu mendapat naungan daripada istana.
  • Sebagai tukarannya, pembesar berkhidmat kepada raja.
  • Rakyat mendapat perlindungan daripada pembesar.
  • Rakyat membayar cukai kepada tuan tanah / pembesar.
  • Terdapat juga rakyat yang menjadi hamba.                      
[6 markah]


(c)  Berdasarkan usaha orang Barat yang berjaya membawa            keluar Eropah daripada Zaman Gelapnya,  apakah sikap mereka yang     boleh ditiru untuk memajukan negara kita ?
                                   
  • Rajin berusaha meningkatkan ekonomi negara
  • Berani menceburi bidang perdagangan
  • Sanggup membuat perubahan untuk mengubah masyarakat
  • Kreatif menghasilkan produk baru dalam perdagangan
  • Inovatif untuk meneroka bidang baru
  • Bekerjasama untuk menghadapi persaingan
  • Mementingkan ilmu pengetahuan
  • Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]

No comments:

Post a Comment