Monday 10 September 2012

BINCANG TAJUK PANAS TEMA 7


MARI BINCANG TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2012 (TEMA 7)


Tema 7 (Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 Tingkatan Empat) selalunya menawarkan 1 Soalan dalam Sejarah Kertas 2 SPM.

SPM 2010 dan SPM 2011 dipetik daripada Bab 1.
SPM 2009 dipetik daripada Bab 3.
SPM 2012 dijangka akan menawarkan soalan yang dipetik daripada Bab 2 atau Bab 3.

Kawe akan bekalkan modul latihan dan skema TAJUK PANAS daripada TEMA 7. Moga-moga modul ini dapat membantu demo tingkatkan prestasi pencapaian dalam Sejarah SPM 2012.
DEMO GOMO SOKMO !
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.


TAJUK : PENI NGKATAN TAMADUN (EKONOMI)


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai                         oleh masyarakat China sejak zaman Dinasti Shang ?          

  • Penggunaan tenggala.
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan penggunaan kolar kuda.
  • Penciptaan alat kegunaan pertanian.
  • Pengenalan penanaman secara bergilir.
  • Pengenalan sistem teres untuk pertanian
  • Pembinaan terusan untuk pengairan dan pengawalan banjir.
[2 markah]


(b) Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani            memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan ?

 

·         Keadaan muka bumi Yunani bergunung-ganang

  • Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian
  • Wujudnya hubungan perdagangan dengan luar
  • Penguasaan jalan laut
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Untuk mendapatkan makanan dari luar
  • Athens menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur
  • Memiliki pelabuhan yang baik
  • Terletak di tempat yang strategik
  • Memiliki barang dagangan yang banyak
[2 markah]


(c)  Berikan dua faktor yang membantu kepesatan perdagangan       di China sejak zaman Dinasti Han.

·         Perkembangan perusahaan logam dan tembikar

  • Hubungan perdagangan dengan luar
  • Perkembangan perdagangan dalam negeri
  • Kemunculan persatuan perdagangan
  • Kelahiran golongan pertengahan yang besar
  • Perkembangan sistem perhubungan
  • Penggunaan jalan Sutera Darat
  • Penggunaan Jalan Laut
·         Perkembangan sistem pengangkutan
[2 markah]


(d)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tujuan              penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan                 (stresthin) pada Zaman Vedik dalam tamadun India ?

·         Menjaga kebajikan pekerja
·         Menuntut gaji pekerja
·         Melindungi keselamatan pekerja
·         Memantau disiplin pekerja
·         Meningkatkan produktiviti pekerja
·         Mengawal jumlah pengeluaran barang
·         Mengawal kualiti barang
·         Mengawal harga barang
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
     

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan      kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita ?

·         Memajukan ekonomi negara
·         Menambahkan sumber ekonomi negara
·         Menggalakkan pelaburan asing
·         Mempelbagai kegiatan ekonomi negara
·         Menambahkan peluang pekerjaan
·         Membuka peluang perniagaan
·         Menggalakkan daya kreatif dan inovatif masyarakat
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (EKONOMI)


SOALAN ESEI

(a)  Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti        perdagangan dalam tamadun  India pada abad ketiga       sebelum masihi.

  • Kemunculan pusat perdagangan
Contohnya  Anga, Kalinga dan Karusa.

  • Mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak
      Seperti senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
  • Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar
      Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul,          Kalyan dan Cambay.

  • Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).
      Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit      dan sebagainya.
      Persatuan tersebut mengawal harga, kualiti dan gaji pekerja.

  • Terdapat undang-undang yang menggalakkan perdagangan.
      Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.
      Pelaksanaan undang-undang itu diawasi oleh raja

  • Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli
      Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.

  • Kepesatan perusahaan.
      Contohnya perusahaan tekstil, kain kapas dan sutera, serta         perusahaan berasaskan emas, mutiara dan batu permata.

  • Pelaksanaan sistem cukai.
            Cukai dikenakan terhadap hasil pertanian dan buah-buahan.

[8 markah]


(b)  Jelaskan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan           pertanian.

  • Penggunaan tenggala
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan penggunaan kolar kuda
  • Penciptaan alat kegunaan pertanian
  • Pengenalan penanaman secara bergilir
  • Pengenalan sistem teres untuk pertanian
  • Pembinaan terusan untuk pengairan dan pengawalan banjir

[6 markah]
     

(c)  Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh           dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita       sebagai satu bidang perniagaan ?

  • Mengusahakan pertanian secara skala besar
  • Menggunakan jentera moden dalam kegiatan pertanian
  • Mengamalkan teknik pertanian moden
  • Menumpukan kepada pertanian dagangan
  • Berorientasikan eksport
  • Memproses hasil pertanian menjadi barangan siap
  • Menjalankan penyelidikan benih
  • Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]


TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PENDIDIKAN)


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah matlamat pendidikan seimbang dalam falsafah              pendidikan Yunani ?

·         Melahirkan insan seimbang dari segi rohani dan jasmani
·         Melahirkan insan cemerlang
·         Melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada negara
·         Melahirkan insan yang menguasai pelbagai kemahiran
·         Mempelbagaikan aspek dalam pendidikan
[2 markah]

(b)  Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada   pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.

·         Infrastruktur dibina dengan banyak
·         Masyarakat menikmati hidup sejahtera
·         Pendidikan Rom menyerap ilmu daripada tamadun Yunani
·         Pusat pendidikan bertambah
·         Ilmu pengetahuan berkembang
·         Ramai Jurutera dihasilkan
·         Ramai ahli falsafah dilahirkan
·         Sejarawan menulis tentang kehebatan Rom
[2 markah]

 (c) Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada       Zaman Vedik.

·         Menekankan ilmu agama
·         Berteraskan agama Hindu
·         Mempelajari kitab Veda
·         Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.
·         Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan
·         Menggunakan bahasa Sanskrit
·         Menggunakan kaedah hafalan
  • Dijalankan di rumah dan di istana.
[2 markah]

(d)  Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam tamadun China      pada peringkat pendidikan berikut :

(i)   Peringkat rendah

·         Mengenal tulisan ideogram
·         Menghafal tulisan ideogram
·         Menghafal buah buku suci.
[1 markah]
      (ii)  Peringkat menengah

·         Menulis karangan
·         Mempelajari sastera
[1 markah]

(e)  Pada pandangan anda, apakah matlamat kerajaan         menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya ?

·         Mewujudkan masyarakat berilmu
·         Mewujudkan masyarakat beragama
·         Melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera
·         Membolehkan masyarakat menguasai kemahiran
·         Melahirkan cendekiawan
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]



TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PENDIDIKAN)


SOALAN ESEI

(a)  Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :
      (i)   Falsafah pendidikan Athens
           
·         Bertujuan melahirkan insan seimbang
·         Seimbang dari segi rohani dan jasmani
·         Insan seimbang akan menjadi insan yang cemerlang
·         Insan cemerlang dapat memberi sumbangan kepada negara
·         Mementingkan kemahiran dalam semua aspek.
[3 markah]
      (ii)   Falsafah pendidikan Sparta
      
·         Bertujuan melahirkan tentera yang gagah
·         Melahirkan tentera yang berani
·         Tentera yang berani akan setia kepada negara kotanya
  • Mementingkan latihan fizikal
  • Menekankan kemahiran menggunakan senjata
[3  markah]
    
                                                                                                                   (b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada         zaman peningkatan tamadun.

  • Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap
      Tahap pertama (Hsiu Tai) setaraf dengan ijazah pertama
      Tahap kedua (Chun Jen) setaraf dengan ijazah sarjana                 Tahap ketiga (Chin Shih) setaraf dengan ijazah doktor falsafah

  • Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahap peperiksaan
      Peperiksaan tahap pertama dijalankan di peringkat daerah
      Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah
      Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana /di hadapan            maharaja

  • Lulusan peperiksaan boleh memegang jawatan tertentu
      Lulusan tahap pertama boleh menjadi pegawai kerajaan
      Lulusan peperiksaan tahap ketiga layak menjadi pendidik

  • Tempoh peperiksaan adalah mengikut tahap peperiksaan
      Peperiksaan tahap ketiga diadakan dua kali dalam tiga tahun
      Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun             sekali

  • Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
      Mereka yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.
      Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
            Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk                                       menjawab.
[8  markah]


(c)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah             matlamat         pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
                                                                                                                                         
·         Mempelajari hukum agama
·         Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
·         Membolehkan manusia mengamalkan nilai-nilai murni
·         Mendalami agama Hindu dan Buddha
·         Melahirkan Brahmin yang berilmu.
·         Menambahkan ilmu pengetahuan.
·         Mengatasi buta huruf.
·         Menjawat jawatan dalam pentadbiran.
·         Mana-mana jawapan munasabah

 [6  markah]


TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan           awal di Asia Tenggara ?

 

·         Menulis batu bersurat

  • Menulis kitab-kitab agama Hindu dan Buddha.
  • Mendalami ajaran agama Hindu dan Buddha.

·         Menulis kesusasteraan.

·         Mempelajari ilmu

·         Menjadi bahasa komunikasi kerajaan / bahasa diplomatik

  • Menulis hal-hal agama
  • Mencatat doa
  • Mencatat salasilah raja
  • Merekod urusan pentadbiran
 [2 markah]


(b)  Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada     bahasa Sanskrit.

·         Dosa

  • Duka daripada perkataan dukkha
  • Derhaka
  • Manusia
  • Pahala
  • Rupa
  • Sengsara

 [2 markah]


(c)  Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam       kesusasteraan di Asia Tenggara.

·         Terdapat perkataan Sanskrit dalam kesusasteraan
·         Bahasa Sanskrit digunakan untuk menulis hasil kesusasteraan.
·         Terdapat unsur mitos dalam kesusasteraan
·         Terdapat unsur lagenda dalam kesusasteraan
·         Jalan cerita berasaskan cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata
  • Terdapat teater wayang kulit yang berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
  • Cerita-cerita lisan berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
  • Cerita hikayat disadur daripada epik Ramayana dan Mahabharata.
        
 [3 markah]


(d)  Pada pendapat anda, apakah peranan karya kesusasteraan        dalam sesebuah masyarakat ?

·         Memberi hiburan

  • Membangkitkan semangat nasionalisme
  • Membentuk akhlak yang baik
  • Menyemai jati diri
  • Menghargai perjuangan pejuang silam
  • Mendedahkan kepincangan masyarakat
  • Mempertahankan nilai murni masyarakat
  • Mendorong semangat kerajinan
  • Memberikan teladan yang baik
·         Mana-mana jawapan munasabah

 [3 markah]



TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA


SOALAN ESEI

(a)  Terangkan cara penyebaran pengaruh agama Hindu dan            Buddha di Asia Tenggara.

  • Disebarkan oleh Ksyatria (tentera).
      Menyebarkan agama melalui penaklukan tanah jajahan.
  • Disebarkan oleh Vaisya (pedagang).
Menyebarkan agama sambil berdagang.
      India menjalin hubungan perdagangan dengan Asia          Tenggara.
      India mahu mendapatkan emas dari Asia Tenggara.
  • Disebarkan oleh golongan Brahmin atau pendeta.
      Agama diterapkan dalam pemerintahan, kesenian dan      kesusasteraan.
  • Disebarkan oleh pedagang tempatan
      Mengambil aspek kebudayaan India yang menarik.
      Menyesuaikannya dengan budaya tempatan untuk            diamalkan.
  • Dilakukan oleh pemerintah.
      Menganut agama Hindu atau Buddha.
            Menjadi ikutan rakyat.
 [6 markah]

(b)  Jelaskan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem   pemerintahan beraja di Asia Tenggara.

  • Meniru sistem beraja di India
  • Pemerintah menggunakan gelaran raja
  • Raja menjadi ketua pemerintahan
  • Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pembesar
  • Raja berkuasa mutlak
  • Raja berkuasa dalam semua aspek meliputi pentadbiran, hubungan luar,    ketenteraan dan khazanah negara
  • Perintah raja menjadi undang-undang
  • Perintah raja wajib dilaksanakan
  • Melanggar titah raja adalah derhaka
  • Orang yang menderhaka tidak akan diampunkan
  • Raja dianggap bayangan tuhan
  • Raja adalah dewaraja
  • Raja mempunyai kesaktian
  • Pelbagai adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja
  • Brahmin memimpin upacara keagamaan
  • Raja membina kompleks kota
[8 markah]

(c)  Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan            perlu    disesuaikan dengan keadaan setempat ?

  • Mengekalkan pemerintahan beraja
  • Meneruskan tradisi
  • Mengekalkan institusi beraja
  • Menyesuaikan pemerintahan dengan perubahan masa
  • Mewujudkan kestabilan politik
  • Mewujudkan keharmonian masyarakat
  • Memelihara kedaulatan raja
  • Mewujudkan identiti negara
  • Menjamin pemerintahan yang adil
  • Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [6 markah]


DEMO GOMO SOKMO !
Akan naik mana-mana satu.
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.
Kawe akan kupas TAJUK PANAS untuk TEMA 8 pula lepas ni.

No comments:

Post a Comment