Monday, 10 September 2012


MARI BINCANG TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2012 (TEMA 8)



Tema 8 (Bab 4 hingga Bab 8 Tingkatan Empat) selalunya menawarkan 2 Soalan dalam Sejarah Kertas 2 SPM.

SPM 2009 memetik tajuk daripada Bab 6 dan Bab 8.
SPM 2010 memetik tajuk daripada Bab 4 dan Bab 7.
SPM 2011 memetik tajuk daripada Bab 6 dan Bab 8.

SPM 2012 dijangka akan menawarkan dua soalan yang dipetik daripada Bab 5 atau Bab 7.

Kawe akan bekalkan modul latihan dan skema TAJUK PANAS daripada TEMA 8. Moga-moga modul ini dapat membantu demo tingkatkan prestasi pencapaian dalam Sejarah SPM 2012.
DEMO GOMO SOKMO !
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.


TAJUK : HIJRAH



SOALAN STRUKTUR

(a ) Apakah maksud hijrah ?

  • Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.
  • Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah.
  • Memperkukuhkan strategi untuk menyebarkan Islam.
  • Perjuangan menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan.
  • Semangat ingin berubah.
  • Perubahan sikap, cara berfikr dan tingkah laku
 [2 markah]


(b ) Orientalis Barat mendakwa orang Islam Makkah yang                 berhijrah ke Madinah adalah pelarian.
      Berikan dua hujah anda untuk menyangkal dakwaan                  tersebut.

  • Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah
  • Jemputan orang Madinah dimeterai melalui perjanjian
  • Orang Islam diterima dengan rela
  • Ketibaan orang Islam disambut dengan meriah
  • Orang Islam diberikan tempat tinggal dan dijamin keselamatan
  • Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah
  • Nabi Muhammad diterima oleh semua masyarakat Madinah

[2 markah]


(c) Nyatakan dua sebab berlakunya hijrah umat Islam dari               Makkah ke Madinah.

  • Perintah Allah menerusi wahyu
  • Pakatan untuk membunuh Nabi  
  • Sebagai strategi untuk meneruskan penyebaran Islam
  • Suasana aman di Madinah memudahkan dakwah Islamiyah
  • Mengatasi ancaman orang Quraisy.
  • Mengelakkan penindasan terhadap penganut Islam
  • Jemputan orang Madinah (suku Aus dan Khazraj)
  • Memenuhi Perjanjian Aqabah II
  • Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan
  • Mengurangkan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi
  • Orang Madinah memerlukan pemimpin berkebolehan
  • Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
 [2 markah]


(d)  Pada pandangan anda, apakah kepentingan hijrah kepada        umat Islam pada hari ini.

  • Dakwah dapat dilaksanakan secara terbuka dan aman
  • Mewujudkan perdamaian antara suku Aus dan Khazraj
  • Mewujudkan persaudaraan Islam antara Ansar dan Muhajirin
  • Menyebabkan terbinanya Masjid al-Nabawi
  • Memperkenalkan kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam
  • Menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah
  • Menjadikan Islam sebagai budaya hidup
  • Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
  • Memperlihatkan pengorbanan sahabat
  • Memperlihatkan wanita berperanan menggerakkan kemajuan
  • Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Membawa kepada penubuhan negara Islam Madinah
  • Mewujudkan Piagam Madinah untuk mentadbir Madinah
  • Mana-mana jawapan munasabah

 [2 markah]


(e) Bagaimanakah nilai yang terdapat dalam konsep hijrah              boleh diamalkan dalam kehidupan masyarakat di negara             kita ?

  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat
  • Tidak membezakan kedudukan ekonomi dan sosial
  • Bersikap tolong membantu antara satu sama lain
  • Mengutamakan semangat perpaduan kaum
  • Mengamalkan hidup secara harmoni
  • Sama-sama berusaha untuk mencapai kemajuan
  • Mengamalkan toleransi antara kaum
  • Menggalakkan kebaikan dan menghindari kejahatan
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



TAJUK : PIAGAM MADINAH


SOALAN STRUKTUR

(a ) Apakah maksud Piagam Madinah ?

·         Perlembagaan bertulis berkaitan politik, ekonomi dan sosial
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w Perlembagaan yang berpandukan wahyu Allah
·         Perlembagaan yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan Islam Madinah
·         Perlembagaan yang mengandungi peraturan serta tanggungjawab ketua negara dan rakyat
·         Perjanjian antara ketua negara dan rakyatnya
·         Perjanjian antara orang Islam dan orang bukan Islam
·          
 [1 markah]


(b ) Nyatakan kandungan Piagam Madinah dari segi:

(i)   Politik

·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
·         Baginda berperanan sebagai ketua hakim
·         Baginda menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah
·         Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Semua masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
 [1 markah]

(ii)  Ekonomi

·         Masyarakat Madinah mempunyai peluang ekonomi sama rata
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan
·         Masyarakat Madinah bekerjasama memajukan negara

[1 markah]

(ii)  Sosial

·         Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
·         Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
·         Masyarakat Madinah bebas beragama
·         Adat  tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan
  • Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah
[1 markah]


(c) Berikan dua hak orang Yahudi yang diiktiraf dalam Piagam        Madinah ?

·         Diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
·         Dibenarkan tinggal di Madinah
·         Bebas mengamalkan agama mereka
·         Bebas mengamalkan cara hidup mereka
·         Tidak boleh menimbulkan huru-hara
·         Kedudukan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah
·         Sama-sama bertanggungjawab mempertahankan Madinah
  
[2 markah]


(d)  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada kejayaan                 Nabi Muhammad s.a.w. dalam menggubal Piagam Madinah ?

·         Memberi hak kepada semua anggota masyarakat
·         Berpandangan jauh dalam merangka perlembagaan
·         Menjamin keselamatan semua rakyat
·         Adil dalam menjalankan dasar ekonomi
·         Mengiktiraf kebebasan beragama
·         Menghalang penipuan dan riba dalam masyarakat
·         Memupuk semangat berkerjasama
·         Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah ciri masyarakat            Madinah yang boleh diamalkan bagi merealisasikan                        semangat 1Malaysia?

  • Masyarakat yang bersatu padu
  • Masyarakat hidup aman dan harmoni
  • Masyarakat mendapat keadilan sosial
  • Masyarakat memperoleh persamaan hak
  • Masyarakat mempunyai persamaan taraf .
  • Masyarakat menjalani kehidupan yang sistematik
  • Semua bangsa harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • Masyarakat mempraktikkan ekonomi Islam
  • Masyarakat mementingkan keadilan
  • Masyarakat yang telus
  • Masyarakat yang bebas daripada amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan.
  • Masyarakat yang bertimbang rasa dan bersedekah
  • Masyarakat memiliki ekonomi yang mantap
·         Masyarakat menjunjung perlembagaan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


TAJUK : PIAGAM MADINAH


SOALAN ESEI
(a)  Terangkan kandungan Piagam Madinah dari segi politik,            ekonomi dan sosial.

            Politik
·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
·         Baginda berperanan sebagai ketua hakim.
·         Baginda menyelesaikan masalah masyarakat Madinah.
·         Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
·         Semua masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

            Ekonomi
·         Masyarakat Madinah mempunyai peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.
·         Masyarakat Madinah bekerjasama memajukan negara.

            Sosial
·         Masyarakat Madinah adalah satu ummah.
·         Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
·         Masyarakat Madinah bebas beragama
·         Adat yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
  • Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
[8  markah]


(b)  Pada pandangan anda, apakah kepentingan Piagam                  Madinah dalam pembentukan sebuah negara Islam

  • Kerajaan Madinah sebagai model kerajaan Islam.
  • Menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Islam.
  • Menjelaskan tentang kaedah mendirikan kerajaan – menyusun perlembagaan dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.
  • Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
  • Piagam Madinah dapat diterima oleh semua golongan.
  • Membuktikan bahawa Islam boleh dipraktikkan dalam negara berbilang kaum.
  • Mengandungi peraturan yang merangkumi dunia dan akh
  • Ekonomi Islam dapat dipraktikkan – mementingkan keadilan dan ketelusan.
  • Melarang amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan.
  • Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
  • Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi
  • Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat.
  • Berjaya membentuk masyarakat bersatu padu dan aman
  • Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah
  • Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
  • Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah
  • Semua bangsa harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • Negara Madinah menjadi kuat dan disegani.
  • Mana-mana jawapan munasabah

[6  markah]


(c)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah ciri Piagam Madinah yang sesuai dilaksanakan di negara Malaysia ?

·         Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.
·         Wajib mempertahankan negara daripada ancaman luar.
·         Peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.
·         Semua masyarakat bekerjasama memajukan negara.
·         Semua kaum dianggap sebagai satu ummah.
·         Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
·         Bebas mengamalkan agama masing-masing.
·         Adat yang  tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
  • Jaminan keselamatan selagi mematuhi peraturan negara.
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]



TAJUK : TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA


SOALAN ESEI

(a)  Terangkan bukti yang menyokong teori di atas.

            Teori Kedatangan Islam Dari Semenanjung Tanah Arab

      Bukti yang dikemukakan oleh John Crawford
·         Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.
      Pedagang Arab berulang-alik ke China.
      Mereka singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan   angin monsun.
      Mereka menetap dan membina perkampungan.
      Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.
      Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.
·         Wujudnya sebuah perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
      Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad      ke-7 Masihi.

      Bukti yang dikemukakan oleh Prof. Syed Naquib al-Attas
·         Persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan Arab.
      Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.
      Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.
·         Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab.
Contohnya amalan menghormati tetamu diambil daripada adat resam masyarakat Arab..
Contohnya tarian dabus dan zapin berasal daripada tarian Arab
·         Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
      Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan            pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh       Ismail dari Tanah Arab.
      Contohnya Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh   Syeikh Said dari Arab.
·         Penulisan kitab agama bahasa Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.
      Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.
      Kitab yang ditulis menggunakan sumber rujukan dari Tanah          Arab.
           

            Teori Kedatangan Islam Melalui China

      Bukti yang dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia
  • Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Islam Arab.
      Islam telah berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
      Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara,            mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia       Tenggara.

      Bukti yang dikemukakan oleh S.Q. Fatimi
·         Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.
·         Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, Terengganu dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang
            Menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan pantai        Timur Tanah Melayu.
            Ketibaan Islam ke kawasan pantai Timur Tanah Melayu    dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China             Selatan.
·         Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina di China.
            Bumbung masjid mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung pagoda.
            Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning             pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-          ciri seni bina China.
            Penggunaan jubin pada lantai, dinding, tangga dan kolam air         masjid adalah pengaruh daripada China.

            Teori Kedatangan Islam Melalui India

      Bukti yang dikemukakan oleh Snouck Hungronje
·         Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalin
      Gujerat adalah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan        Alaudin Khilji di India yang sering dikunjungi pedagang Asia            Tenggara.
      Pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Koromandel            menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
·         Batu marmar batu nisan makam Malik al-Salih
      mempunyai ciri buatan India.
·         Masyarakat Asia Tenggara mempunyai hubungan rapat dengan India dari segi budaya.
      Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat di Asia       Tenggara.

 [10  markah]

           
(b)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah cara yang                     digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia    Tenggara ?

  • Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
  • Menunjukkan tingkah laku yang murni / sifat mahmudah
  • Sambil berdagang, pedagang menyebarkan agama Islam.
  • Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
  • Membuka perkampungan
  • Menjadikan perkampungan pedagang sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
  • Berkahwin dengan wanita tempatan.
  • Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
  • Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
  • Menggunakan jawatan syahbandar untuk sebar Islam.
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [6  markah]




(c)  Pada pendapat anda, mengapakah Islam tersebar dengan          mudah dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara ?

  • Pedagang membantu menyebarkan Islam.
  • Tertarik dengan sifat mahmudah pedagang Islam
  • Sikap terbuka dan kesediaan masyarakat Asia Tenggara
  • Perkahwinan.siasah dan perkahwinan biasa
  • Pengislaman raja dan golongan bangsawan menjadi ikutan rakyat
  • Kelahiran kerajaan Islam di Asia Tenggara
  • Peranan pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam
  • Peranan golongan pendakwah
  • Keistimewaan agama Islam
  • Agama Islam selari dengan budaya masyarakat Asia Tenggara
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [4  markah]


TAJUK : PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah cara yang digunakan oleh pedagang untuk         menyebarkan Islam ?
  • Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
  • Menunjukkan tingkah laku yang murni / sifat mahmudah
  • Sambil berdagang, pedagang menyebarkan agama Islam.
  • Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
  • Membuka perkampungan
  • Menjadikan perkampungan pedagang sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
  • Berkahwin dengan wanita tempatan.
  • Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
  • Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
  • Menggunakan jawatan syahbandar untuk sebar Islam.
 [2 markah]


(b)  Namakan kerajaan Islam yang awal di Asia Tenggara.
·         Kerajaan Perlak
·         Kerajaan Samudera-Pasai
·         Kerajaan Melaka
·         Kerajaan Johor-Riau
·         Kerajaan Acheh
 [2 markah]


(c)  Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah pemerintah      memainkan peranan dalam penyebaran Islam ? 
·         Pengislama raja diikuti oleh pembesar dan rakyat
·         Mengahwinkan puteri baginda dengan raja dari kerajaan lain
·         Menakluki kawasan lain yang belum Islam
·         Menaungi kerajaan kecil
·         Menghantar pendakwah Islam ke jajahan takluk
·         Memberi keistimewaan kepada penganut Islam di tanah jajahan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(d)  Nyatakan dua peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara        dalam penyebaran Islam ?
  • Menjadi pusat keilmuan Islam.
  • Menjadi pusat pendidikan Islam
  • Menjadi pusat pertemuan cerdik pandai Islam
  • Menjadi pusat penterjemahan kitab Arab.
  • Menjadi pusat rujukan masalah agama Islam.
  • Menjadi pusat kegiatan penulisan kesusasteraan
  • Menjadi tempat pengkaryaan puisi Islam.
  • Menjadi tempat ulama menghasilkan karya pemikiran Islam

[2 markah]


(e)  Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh                       dilaksanakan untuk menjadikan karya kesusasteraan sebagai            alat untuk menyebarkan Islam ?
  • Membanyakkan karya-karya Islam
  • Mempelbagaikan hasil karya kesusasteraan
  • Buku kesusasteraan dijual dengan harga murah
  • Menggalakkan ulama menghasilkan karya kesusasteraan
  • Karya kesusasteraan hendaklah berlandaskan Islam
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


TAJUK : PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA


SOALAN ESEI

(a)  Jelaskan cara yang digunakan oleh para pedagang untuk           menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

  • Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan.
  • Menunjukkan tingkah laku yang murni / sifat mahmudah
  • Sambil berdagang, pedagang menyebarkan agama Islam.
  • Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam.
  • Membuka perkampungan
  • Menjadikan perkampungan pedagang sebagai pusat perbincangan tentang Islam.
  • Berkahwin dengan wanita tempatan.
  • Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
  • Mereka menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah untuk berdakwah.
  • Menggunakan jawatan syahbandar untuk sebar Islam.

[8 markah]


(b)  Terangkan peranan kerajaan Melaka dan Acheh dalam menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

      Kerajaan Melayu Melaka
·         Kerajaan Melayu Melaka (Bendahara Tun Perak ) menakluki kawasan di pesisiran pantai di Sumatera.
      Sultan Melaka menghantar ulama untuk menyebarkan Islam         di tanah jajahannya.
      Sultan Melaka memberi keistimewaan kepada penganut   Islam di             tanah jajahannya.
  • Menjadi pusat kegiatan penulisan kesusasteraan saduran Arab.
      Contohnya ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat            Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur.

      Kerajaan Acheh
·         Acheh berusaha menghalang perkembangan Kristian di rantau Asia Tenggara.
      Kerajaan Acheh menaungi kerajaan-kerajaan kecil di        Sumatera.
      Acheh juga menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.
·         Acheh menjadi Serambi Makkah.
      Acheh menjadi tempat persinggahan orang Islam yang akan         menunaikan haji.
·         Aceh berperanan sebagai pusat kebudayaan Islam.
      Acheh menjadi pusat pendidikan Islam.
      Terdapat banyak institusi pendidikan dan cerdik pandai di            Acheh.
      Kegiatan keilmuan Islam berlaku dengan pesat di Acheh.
  • Menjadi tempat pengkaryaan puisi Islam.
      Contohnya Bustanus Salatin.
      Syair dapat menarik pembaca menghayati Islam.
  • Menjadi tempat ulama menghasilkan karya pemikiran Islam.
      Banyak ualama tersohor lahir di Acheh.
      Contohnya Hamzah Fansuri, Nurudin al-Raniri, Syeikh      Syamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.
      Karya mereka memperkayakan pemikiran dan membantu             perkembangan Islam.
 [8 markah]

(c)  Berdasarkan peranan pedagang dan pemerintah, apakah           nilai yang boleh dicontohi daripada kesungguhan mereka            menyebarkan Islam ?

·         Gigih dalam menyebarkan Islam
·         Sentiasa memberi galakan ke arah perkembangan Islam
·         Sanggup mempertahankan Islam daripada pengaruh Kristian
·         Memberi layanan istimewa kepada penganut Islam
·         Mencintai ilmu pengetahuan
·         Menggunakan pengaruhnya untuk kebaikan
·         Adil terhadap penganut agama lain
·         Melaksanakan tanggungjawab menegakkan Islam
·         Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

DEMO GOMO SOKMO !
Akan naik mana-mana satu.
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.
Kawe akan kupas TAJUK PANAS untuk TEMA 9 pula lepas ni.
 

1 comment: