Wednesday 12 September 2012

BINCANG TAJUK PANAS TEMA 11 (BHGN 3)


TEMA 11 BAHAGIAN 3 (BAB 8)



Bab 8 agak popular dalam SPM.
Sejak SPM 2004, Bab 8 ditanya sebanyak 3 kali iaitu pada SPM 2004, SPM 2008 dan SPM 2010.

Bab 8 dipecahkan kepada 2 SubTema iaitu Tema 11.3 dan 11.4
Tema 11.3 memberi tumpuan kepada dasar kerajaan sejak kemerdekaan sehingga pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tema 11.4 menekankan dasar kerajaan ke arah mencapai tahap negara maju. Terdapat dua dasar iaitu :
  • Dasar Pembangunan Ekonomi Negara (DPEN)
  • Dasar ke Arah Perpaduan Kebangsaan

SPM 2004, SPM 2008 dan SPM 2010 semuanya memberi fokus kepada Tema 11.3

Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau!

Kawe rasa SPM 2012 ni, kita patut tekan Tema 11.4.
Kawe sangat berkenan dengan tajuk di bawah .....
  • Perpaduan Kebangsaan
  • Wawasan 2020

Jom! Gala kasi lumat.....


TAJUK : PERPADUAN KEBANGSAAN


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan          Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ?

  • Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Melancarkan “Minggu Bahasa”
  • Melancarkan “Bulan Bahasa”
  • Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada 1960
  • Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan
  • Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
  • Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah
[2 markah]


(b)  Berikan dua objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

  • Menjadi panduan dalam membentuk identiti negara
  • Menjadi panduan untuk mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.

 [2 markah]


(c)  Nyatakan ciri Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

  • Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
  • Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
  • Islam sebagai unsur yang terpenting

 [2 markah]

(d)  Pada pandangan anda, mengapakah sukan boleh berperanan   dalam memupuk perpaduan di negara kita ?

·         Sukan tidak mengira ideologi politik

·         Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat

·         Melibatkan kaum.

·         Tidak mengira peringkat umur

·         Menjadi aktiviti kokurikulum di sekolah.

  • Boleh dilaksanakan di semua peringkat
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]


(e)  Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh      berperanan memupuk perpaduan di sekolah ?

·         Bergaul dengan semua kaum

  • Sentiasa membantu rakan lain
  • Menyertai dalam kokurikulum
  • Melakukan aktiviti secara berpasukan
  • Sentiasa bermusyawarah untuk membuat keputusan
  • Mengamalkan budaya murni
  • Menghormati pendapat orang lain
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]


TAJUK : PERPADUAN KEBANGSAAN


SOALAN ESEI

(a)  Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah                         negara kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai           Bahasa Kebangsaan.
  
  • Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
      pada 1965
      untuk memajukan bahasa Melayu.
  • Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”
      untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
  • Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
      pada 1960
      untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penggunaan           bahasa.
  • Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan
      pada 1970.
  • Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
      pada 1977.
      Langkah ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu            menjadi bahasa ilmu.
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
      bermula pada tahun 1982.
  • Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah
      bermula pada 1990.

[10  markah]


(b)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat kerajaan      melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
  
  • Untuk membentuk identiti negara
  • Untuk mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.
  • Mana-mana jawapan munasabah

[5  markah]


(c)  Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh                    dilaksanakan supaya sukan boleh memupuk perpaduan di   negara kita ?
  

·         Mengetepikan ideologi politik dalam kegiatan sukan

  • Libatkan semua kaum dalam kegiatan sukan
  • Sukan dilaksanakan di semua peringkat
  • Libatkan semua peringkat umur dalam kegiatan sukan
  • Jadikan kegiatan sukan sebagai kegiatan kokurikulum
  • Kekalkan pelaksanaan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
  • Terapkan semangat perpaduan dalam sukan
  • Mana-mana jawapan munasabah

[5  markah]



Banyak orang kata nak capai perpaduan ni susah sungguh weh. Betul ke ?
Kawe rasa tak payah eh..... sama ada nak ke tak sey ? Semuanya atas kita belaka. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih....

Acu demo fikir ..... penting ke tidak perpaduan ?
Acu demo renung ..... apa akan jadi kalu tiada perpaduan di negara kita ?
Acu demo royat ..... nak buat macam mana nak capai perpaduan di negara kita ?

Demo fikir ..... Demo renung ..... Demo royat !
DEMO GOMO SOKMO

Kawe lagu ni jah. Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau!

1 comment: