KERAJAAN BANI UMAIYAH
Jelaskan latar belakang pengasasan kerajaan Bani Umaiyah.
- Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian.
- Nama sempena keturunan Bani Umaiyah.
- Menerima penyerahan kuasa daripada Hasan bin Ali.
- Pemerintahan tahap pertama berpusat di Damsyik
- Pemimpinnya memakai gelaran Khalifah.
- Diasaskan semula oleh Abdul Rahman al-Dakhil.
- Pemerintahan tahap kedua berpusat di Cordova, Sepanyol.
- Pemimpinnya memakai gelaran Amir.
Sebutkan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik.
- Muawiyah bin Abu Sufian
- Abdul Malik bin Malik
- Umar bin Abdul Aziz
- Hisyam bin Abdul Malik
- Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I)
Mengapakah pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik telah berpindah ke Cordova ?
- Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik telah runtuh
- Gerakan Abbasiyah
- Hampir semua kerabat Bani Umaiyah dibunuh.
- Abdul Rahman melarikan diri ke Sepanyol
- Beliau mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Cordova
Huraikan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.
· Memperkenalkan Sistem Khalifah.
Mengekalkan Khalifah sebagai ketua pemerintah.
Perlantikan khalifah adalah melalui warisan.
· Memperkenalkan Sistem Wazarah.
Wazir mengetuai sistem pentadbiran pusat.
Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
· Memperkenalkan Sistem Urus Setia.
Melantik pegawai menguruskan pentadbiran.
· Mewujudkan bahagian pentadbiran
Membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian
bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman.
· Memperkenalkan Sistem Hijabah.
Memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.
Pegawai dilantik mengawal keselamatan khalifah.
· Menubuhkan jabatan kerajaan.
Menubuhkan empat jabatan – Jabatan Cukai, Surat Menyurat, Urusan Am, dan Urusan Cop Mohor
· Memperkemaskan sistem ketenteraan.
Menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
Menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut.
- Memperkemaskan sistem perundangan
Menetapkan peraturan menjatuhkan hukuman.
Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan ijtihad.
Ijtihad perundangan berpandukan al-Quran, Sunnah atau ijmak.
- Menetapkan etika hakim.
Mestilah bebas daripada mana-mana pengaruh.
Tidak boleh melibatkan diri dalam politik.
Tidak boleh cenderung kepada aliran politik pemerintah.
Bersifat adil dalam penghakimannya.
Tidak dipengaruh latar belakang orang yang diadili
Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial.
- Kemajuan dalam ilmu pengetahuan.
Kota Basrahdan Cordova menjadi pusat penyebaran ilmu.
- Lahirnya tokoh ilmuan Islam
Contohnya Khalil bin Ahmad (bahasa Arab), Sibawayhi (nahu Arab) dan al-Farazdaq, Jarir, Umar bin Abi Rabi’ah serta Jamil al-Uzri ( kesusasteraan).
- Mengangkat taraf bahasa Arab.
Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
- Memperkenalkan tanda bunyi pada tulisan al-Quran.
Memudahkan orang bukan Arab membaca al-Quran.
- Lahirnya tokoh agama.
Urwah al-Zubair dan Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih ( tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil bin Atta (usuluddin).
- Mempertingkatkan taraf kesihatan.
Khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah membina hospital pertama di Damsyik.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta
- Menggalakkan kegiatan penterjemahan.
Buku rujukan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Contohnya al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah (Kajian UmumProfesion Kedoktoran)
- Berkembangnya ilmu sains.
Bidang kimia dan astronomi berkembang pesat.
- Penubuhan pusat pengajian tinggi.
Diasaskan oleh Abdul Rahman III.
17 buah pusat pengajian tinggi di Cordova.
- Pembinaan perpustakaan.
Diasaskan oleh al-Hakam II.
Terdapat 70 buah perpustakaan di Andalusia.
- Menjadikan Cordova sebagai pusat penterjemahan.
Sebuah pusat penterjemahan telah dibina di Toledo.
Menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab.
- Cordova sebagai pusat ilmu Eropah.
Cordova menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.
Apakah kejayaan yang dicapai kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi ?
- Menubuhkan Baitulmal.
- Menguruskan sumber pendapatan baitulmal iaitu kharraj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai sebanyak 1/10 d aripada hasil pertanian) dan ghanimah (harta rampasan melalui perang).
- Cordova menjadi pusat ekonomi antarabangsa.
- Cordova muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
- Kemajuan dalam perusahaan pembuatan – perusahaan barangan tembikar, perhiasan daripada emas dan perak, memproses kulit dan membuat senjata.
- Kejayaan dalam sektor pertanian.
- Pembinaan sistem saliran
- Penyelidikan benih berkualiti
Apakah faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah ?
- Penentangan dari dalam dan luar negara.
- Perasaan tidak puas hati golongan mawali.
- Golongan mawali (orang Islam bukan berketurunan Arab) didiskriminasikan.
- Mereka tidak mendapat jawatan.
- Mereka dikenakan cukai yang lebih tinggi.
- Kelemahan pemimpin.
- Khalifah telah mengabaikan tanggungjawabnya.
- Khalifah mengabaikan ajaran Islam.
- Masyarakat tidak puas hati terhadap cara pemilihan khalifah.
- Penentangan terhadap cara pemilihan khalifah melalui warisan
- Penentangan golongan syiah dan khawarij.
Abezek akan sisipkan tajuk yang lain lagi bersama skema jawapannya sekali.
Jangan bimbang... Abezek sudah tau...