Tuesday 11 September 2012

BINCANG TAJUK PANAS TEMA 11 (BHGN 1)


MARI BINCANG TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2012 (TEMA 11)



Tema 11 (Bab 3 hingga Bab 8 Tingkatan Lima) mempunyai kandungan yang sangat luas. Terdapat enam bab terkandung dalamnya. Bagaimanapun corak pemilihan bab untuk dijadikan soalan SPM agak celaru dan tidak konsisten. Kadang-kadang ditawarkan 1 soalan dan adakalanya ditawarkan 2 soalan.  
Yang kerap ditawarkan adalah 3 soalan. Analisis jumlah penawaran soalan sejak SPM 2004 hingga SPM 2011 adalah sebagaimana berikut :

Pemilihan Bab untuk dijadikan soalan SPM tahun-tahun lepas adalah sebagaimana corak berikut :

SPM 2005                                                                      1 soalan
SPM 2004 SPM 2008 dan SPM 2011                               2 soalan
SPM 2006 SPM 2007 SPM SPM 2009 dan SPM 2010        3 soalan

Oleh sebab tawaran 3 soalan lebih kerap, maka SPM 2012 dijangka akan menawarkan 3 soalan.

SPM 2010 menawarkan soalan daripada Bab 3 Bab 7 dan Bab 8.
SPM 2011 menawarkan soalan daripada Bab 4 dan Bab 7.

Rumusan :
Bab 7 sudah berulang 2 tahun berturut-turut (SPM 2010 dan 2011), kebarangkaliannya agak rendah.
Bab 4 baru ditanya pada SPM 2011, kebarangkaliannya rendah.
Bab 6 tidak ditanya sejak tahun 2008 hingga tahun 2011 (4 tahun).

Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau.

Kawe jangka SPM 2012 akan menawarkan 3 soalan daripada Bab 5, Bab 6 dan Bab 8.

      Bab 5
·         Sistem Ahli
·         Pakatan Murni

      Bab 6
·         Faktor Pembentukan Malaysia
·         Langkah Pembentukan Malaysia

      Bab 8
·         Dasar ke Arah Perpaduan Kebangsaan
·         Wawasan 2020

Terdapat tajuk pilihan yang patut demo beri perhatian dalam TEMA 11 ni atas pertimbangan khusus. Tajuknya ialah :
      Bab 3  
·         Latar Belakang Sejarah Pembinaan Negara dan Bangsa
      Bab 7
·         Pilihan Raya di Malaysia

Kawe akan bekalkan modul latihan dan skema TAJUK PANAS daripada TEMA 10 untuk membantu demo tingkatkan prestasi pencapaian dalam Sejarah SPM 2012. Kawe akan pecahkan Tema 11 kepada 4 Bahagian untuk memudahkan demo buat pertimbangan.

Bahagian 1     Bab 5
Bahagian 2     Bab 6
Bahagian 3     Bab 8
Bahagian 4     Bab 3 dan Bab 7

Jangan lupa .... DEMO GOMO SOKMO !


TEMA 11 BAHAGIAN 1 (BAB 5)



TAJUK : SISTEM AHLI


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ahli ?

  • Kabinet bayangan yang dibentuk oleh
  • Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

 [1 markah]


(b)  Nyatakan dua ciri Sistem Ahli.

  • Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
  • Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
  • Terdiri daripada sembilan orang anggota
  • Bertaraf menteri
  • Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

[2 markah]


(c)  Namakan tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli pada                         peringkat awal pelaksanaannya.

  • Dato Onn Jaafar                        
  • O.A. Spencer                           
  • Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid         
  • Dr. Lee Tiang Keng                   
  • Dato’ E.E.C. Thuraisingam                     
  • J.D. Hodgkinson                                   
  • J.D. Mead                                
  • Dato’ Mahmud Mat                    
 [1 markah]

(d)  Senaraikan tugas Ahli.

  • Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan
  • Menguruskan pentadbiran harian jabatan
  • Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
  • Berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama tentang cadangan undang-undang
  • Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-undang

[3 markah]


(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Sistem     Ahli kepada pentadbiran negara ?

  • Asas untuk melatih orang tempatan berkerajaan sendiri
  • Memulakan proses perpaduan kaum
  • Asas yang menentukan kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk
  • Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan walaupun dikuasai oleh British
  • Mana-mana jawapan munasabah

[3 markah]


TAJUK : PAKATAN MURNI


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah matlamat pakatan murni ?

  • Menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan
  • Menyelesaikan masalah setiap kaum
  • Menyelesaikan tuntutan setiap kaum
  • Menyatupadukan pelbagai kaum
  • Prasyarat untuk mendapatkan kemerdekaan
[2 markah]


(b)  Berikan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa                 Hubungan Antara Kaum (JHAK) di Tanah Melayu.

  • Melayu
  • Cina
  • India
[2 markah]


(c)  Nyatakan perkara yang dipersetujui dalam rundingan                 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan                        Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

  • Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
  • Melantik Dato’ Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
  • Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
  • Memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
  • Memberi kerakyatan kepada imigran
  • Melaksanakan pilihan raya pada masa sesuai
[2 markah]


(d)  Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dato’ Onn            Jaafar mengambil langkah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ?

  • Cadangan beliau membuka keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu ditolak
  • Beliau dikecam oleh orang Melayu
  • Dato’ Onn telah meninggalkan UMNO
  • Mahu membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
  • Mahu memulakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti
  • Supaya semua kaum dapat bekerja untuk mencapai kemerdekaan.
  • Perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu.
  • Mana-mana jawapan munasabah.

[2 markah]


(e)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Parti       Kemerdekaan Malaya (IMP) gagal mendapat sambutan kaum           Cina dan India ?

  • Orang Melayu tidak mahu mengubah struktur UMNO
  • Orang India dan Cina telah mempunyai parti kaum mereka
  • Hubungan antara kaum tidak rapat
  • Berprasangka buruk terhadap orang Melayu
  • Bimbang kepentingan mereka akan hilang
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]


TAJUK : PAKATAN MURNI


SOALAN ESEI

(a)  Terangkan empat usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni.

  • Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
JHAK dianggotai oleh kaum Melayu,Cina dan India..
      CLC mengutamakan perpaduan kaum sebagai asas         kemerdekaan
  • CLC mengadakan rundingan dengan UMNO.
      Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
      Bersetuju memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
      Bersetuju memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
      Bersetuju memberi kerakyatan kepada imigran
      Bersetuju melaksanakan pilihan raya pada masa sesuai.
  • Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
      Beliau dikecam
      Orang Melayu enggan mengubah struktur UMNO.
      Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
  • Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
      Membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
      Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
  • Pihak British mengadakan Persidangan Kebangsaan.
      Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
      Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
  • Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
  • Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
            Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik.

  [8 markah]


(b)  Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan                         Pakatan Murni.

  • Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
  • Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.
  • Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
  • Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
  • PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
  • Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
  • PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
  • PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan
  • PERIKATAN dapat membentuk kabinet
  • Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
  • Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
  • Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.

[6 markah]


(c) Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika           masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan           murni?

  • Perselisihan kaum
  • Huru-hara
  • Politik tidak stabil
  • Ekonomi merosot
  • Rakyat hidup menderita
  • Kuasa asing campur tangan
  • Negara mungkin dijajah
  • Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]



Berhenti di sini dulu. Kita sambung ke Bahagian 2 kemudian nanti.
Jangan bimbang ..... Abezek sudah tau !
Kawe akan sedia membantu demo.

1 comment: