Tuesday 10 April 2012

MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS SPM 2012 (TEMA 10)


MODUL LATIHAN TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)


TAJUK : PENGENALAN BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut.
[2 markah]

(b)               Nyatakan sistem pentadbiran birokrasi Union Indochinoise yang dilaksanakan oleh Perancis semasa menjajah IndoChina.
[2 markah]

(c)                Apakah yang anda faham tentang sistem encomienda ?
[2 markah]

(d)               Berikan dua tugas encomiendero di bawah sistem encomienda.
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah sistem encomienda ditentang oleh masyarakat tempatan Filipina ?
[2 markah]


SOALAN ESEI

(a)               Huraikan ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah Barat di tanah jajahannya di Asia Tenggara.
[8 markah]

(b)               Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand.
[6 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pelaksanaan sistem birokrasi terhadap pemerintahan di negara Asia Tenggara.
[6 markah]


TAJUK : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang dimaksudkan dengan semangat nasionalisme ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan dasar penjajah yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.
[2 markah]

(c)                Nyatakan ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut :

(i)   Tahap pertama
[2 markah]

(ii)     Tahap kedua
[2 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu memiliki semangat cinta akan negara ?
[2 markah]

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah matlamat perjuangan Jose Rizal di Filipina ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk menuntut kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
[2 markah]

(c)                Nyatakan peranan Raden Adjeng Kartini untuk mengubah nasib rakyat Indonesia.
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tindakan yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan bersifat radikal di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(e)                Sebagai generasi selepas merdeka, mengapakah kita harus menghargai perjuangan nasionalis silam ?
[2 markah]



SOALAN ESEI

(a)               Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
[6 markah]

(b)               Nyatakan ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
[6 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina atau di Indonesia.
[8 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara ?
[6 markah]

(c)                Pada pendapat anda, apakah faktor yang menjamin kejayaan sesuatu perjuangan ?
[6 markah]


TAJUK : GERAKAN ISLAH

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah maksud gerakan Islah ?
[2 markah]

(b)               Namakan dua tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)                Nyatakan matlamat perjuangan Kaum Muda.
[2 markah]

(d)               Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam mencapai matlamat perjuangannya ?
[2 markah]

(e)                Sebagai pemimpin Kaum Muda, apakah tindakan yang boleh anda laksanakan untuk menghadapi cabaran di atas ?
[2 markah]


TAJUK : AKHBAR, MAJALAH & NOVEL : PENGGERAK NASIONALISME

SOALAN STRUKTUR

(a)               Berikan dua akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan di negara kita pada tahun 1930-an.
[2 markah]

(b)               Apakah isu yang dibincangkan oleh penulis dalam akhbar tersebut ?

(i)   Isu ekonomi
[2 markah]

(ii)     Isu sosial
[2 markah]

(c)                Nyatakan persoalan berkaitan wanita yang dibincangkan oleh pengarang majalah Bulan Melayu.
[2 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah media cetak menjadi saluran utama untuk  membangkitkan kesedaran masyarakat di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar berbahasa Melayu di negara ini pada tahun 1930-an.
[9 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah mesej semangat kebangsaan yang disampaikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) melalui novel karangan beliau.
[6 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah persoalan berkaitan orang Melayu diberi perhatian meluas oleh media cetak sekitar tahun 1930-an ?
[5 markah]

TAJUK : NASIONALISME PERSATUAN MELAYU

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua peranan Mohamed Eunos Abdullah dalam Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
[2 markah]

(c)                Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dalam perjuangannya.
[2 markah]

(d)               Nyatakan tujuan penubuhan Persatuan Sabahat Pena Malaya (PASPAM).
[2 markah]

(e)                Sekiranya anda menjadi pemimpin Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), apakah aktiviti yang akan anda laksanakan untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan tersebut ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR


(a)        Apakah tujuan penubuhan persatuan Melayu di  Negeri Melayu Bersekutu (NMB) ?
[2 markah]

(b)        Nyatakan dua tindakan bersifat politik yang dilakukan oleh Kesatuan
            Melayu Muda (KMM) untuk membantu Jepun menentang British di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,  me ngapakah hasrat Kesatuan Melayu
            Muda  (KMM)  untuk membentuk Melayu Raya tidak tercapai ?
[2 markah]

(d)               Apakah matlamat persatuan Melayu menganjurkan Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940 ?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah Kongres Melayu berjaya meningkatkan kesedaran nasionalisme orang Melayu ?
[2 markah]


Kawe ramal Tema 10 akan menawarkan 1 soalan dalam SPM 2012 nanti. Di sini kawe bekalkan tajuk-tajuk yang perlu demo beri perhatian. Siapkan modul di atas dan mahirkan penguasaan tajuk-tajuk di atas sebagai persediaan. InsyaAllah akan menjadilah tu.
Abezek akan sentiasa membantu demo.
Jangan bimbang..... Abezek sudah tau.....

2 comments: