Monday, 26 March 2012

MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS SPM 2012 (TEMA 7)

Kawe bekalkan modul latihan Tema 7 untuk demo jawab dan kembangkan lagi keupayaan sebenar demo dalam menguasai tajuk-tajuk penting berkaitan.


MODUL LATIHAN TEMA 7 (BAB 1 – BAB 3 TINGKATAN EMPAT)


TAJUK : PENGERTIAN DAN CIRI TAMADUN AWAL

SOALAN STRUKTUR


(a)               Apakah pengertian tamadun menurut pandangan sarjana berikut.

(i)   Sarjana Barat
(ii)  Sarjana Islam
[2 markah]


(b)               Berikan dua tamadun awal yang terbina di lembah sungai.
[2 markah]


(c)                Nyatakan dua ciri tamadun awal.
[2 markah]


(d)               Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal memilih lembah sungai sebagai pusat petempatan mereka ?
[2 markah]


(e)                Berdasarkan pengetahuan anda, sumbangan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun awal manusia ?
[2 markah]



SOALAN ESEI


(a)               Terangkan proses pembinaan tamadun awal manusia.
[4 markah]
(b)               Huraikan ciri tamadun awal manusia.
[10 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada kehidupan manusia pada hari ini ?
[6 markah]

TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (SISTEM PEMERINTAHAN)

SOALAN STRUKTUR


(a)               Apakah bentuk pemerintahan yang dijalankan di Yunani sebelum wujudnya sistem pemerintahan demokrasi ?
[2 markah]


(b)               Nyatakan dua ciri demokrasi di Yunani.
[2 markah]


(c)                Bagaimanakah sistem pemerintahan bercorak republik diamalkan di Rom ?
[2 markah]


(d)               Beradasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri sistem pemerintahan beraja dalam tamadun India ?
[2 markah]


(e)                Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai sistem pemerintahan yang teratur ?
[2 markah]


SOALAN ESEI


(a)               Terangkan sejarah sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sehingga membawa kepada kemunculan sistem demokrasi.
[8 markah]


(b)               Dewan Perhimpunan memainkan peranan penting dalam amalan demokrasi di Yunani.                             Jelaskan ciri dewan tersebut.
[6 markah]


(c)                Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan  sistem pemerintahan bercorak demokrasi ?
[6 markah]



TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah satu jenis undang-undang Rom.
[1 markah]


(b)               Nyatakan dua prinsip yang menjadi pegangan dalam menguatkuasakan undang-undang di Rom.
[2 markah]


(c)                Bagaimanakah undang-undang yang berasaskan agama Hindu dilaksanakan dalam tamadun India ?
[2 markah]


(d)               Apakah ciri undang-undang berteraskan falsafah legalisme yang dilaksanakan pada zaman Dinasti Han di China.
[2 markah]


(e)                Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang sangat penting dalam sesebuah negara ?
[3 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan tentang undang-undang bertulis dalam tamadun Rom.
[6 markah]

(b)               Undang-undang yang dilaksanakan dalam tamadun China berteraskan dua prinsip iaitu berasaskan falsafah legalisme dan ajaran Confucius.                                                                        Terangkan kedua-dua undang-undang tersebut.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang dikuatkuasakan dalam sesebuah negara ?
[6 markah]


TAJUK : PENINGKATAN TAMADUN (PERLUASAN KUASA)

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah peranan Alexander The Great untuk meluaskan empayar yunani.
[2 markah]

(b)               Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh Maharaja Augustus Caesar dalam mengukuhkan empayar Rom.
[2 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Asoka berjaya mengukuhkan empayar Maurya ?
[2 markah]

(d)               Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Shih Huang Ti mengukuhkan empayar Dinasti Chin.
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, apakah matlamat seseorang pemerintah menjalankan dasar perluasan pengaruh ?
[2 markah]


TAJUK : PENINGKATAN EKONOMI

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani memberikan tumpuan terhadap kegiatan perdagangan ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan faktor yang mendorong kepesatan bidang perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
[2 markah]

(c)                Berikan dua kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat dalam tamadun China.
[2 markah]

(d)               Mengapakah aktiviti perdagangan mengalami peningkatan yang pesat pada zaman Dinasti Han di China ?
[2 markah]

(e)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita ?
[2 markah]


TAJUK : PENINGKATAN PENDIDIKAN

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang anda faham tentang falsafah pendidikan Athens di Yunani ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.
[2 markah]

(c)                Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[2 markah]

(d)               Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam tamadun China pada peringkat pendidikan berikut :
(i)   Peringkat rendah
(ii)  Peringkat menengah
[2 markah]

(e)                Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat pendidikan dalam sesebuah tamadun ?
[2 markah]


SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan tentang falsafah pendidikan Athens dan falsafah pendidikan Sparta dalam tamadun Yunani.
[6 markah]

(b)               Pendidikan dalam tamadun China bertujuan untuk lulus peperiksaan awam.                                               Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
[6 markah]

TAJUK : KERAJAAN AGRARIA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah ciri kerajaan agraria ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua buah kerajaan agraria yang terdapat di Asia Tenggara.
[2 markah]

(c)                Nyatakan dua kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat agraria.
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang membantu kemajuan bidang pertanian kerajaan agraria?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan agraria di Asia Tenggara muncul di kawasan lembah sungai ?
[2 markah]

TAJUK : KERAJAAN AGRARIA

SOALAN ESEI

(a)               Nyatakan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria di Asia Tenggara.
[6 markah]

(b)               Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan faktor yang membantu perkembangan bidang pertanian kerajaan Angkor.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah tasik Tonle Sap memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Angkor ?
[6 markah]


TAJUK : KERAJAAN MARITIM

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah yang anda faham tentang kerajaan agraria di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(b)               Nyatakan fungsi pelabuhan kerajaan maritim yang berikut :
(i)   Pelabuhan kerajaan
(ii)  Pelabuhan entreport
[2 markah]

(c)                Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-13 Masihi ?
[2 markah]

(d)               Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan Kedah Tua boleh berperanan sebagai pelabuhan entreport di Semenanjung Tanah Melayu ?
[2 markah]

(e)                Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal berjaya menguasai perdagangan maritim ?
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)               Jelaskan perkembangan yang berlaku terhadap petempatan awal di pesisiran pantai Asia Tenggara hingga menjadi pelabuhan enterport.
[6 markah]

(b)               Merujuk kepada kerajaan Angkor atau Srivijaya, terangkan faktor yang membantu kerajaan tersebut menguasai perdagangan maritim di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria ?
[6 markah]


TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SISTEM   
             PEMERINTAHAN DI ASIA TENGGARA

SOALAN ESEI

(a)               Beradasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara ?
[6 markah]

(b)               Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
[8 markah]

(c)                Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat ?
[6 markah]


TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP SENI BINA           
             DI ASIA TENGGARA

SOALAN ESEI

(a)               Binaan Angkor Wat banyak dipengaruhi oleh agama Hindu.                                                                                     Nyatakan ciri binaan Angkor Wat.
[6 markah]

(b)               Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borobudur.
[8 markah]

(c)                Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?
[6 markah]

TAJUK : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA TERHADAP BAHASA DAN
             KESUSASTERAAN DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)               Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(b)               Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada bahasa Sanskrit.
[2 markah]

(c)                Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.
[3 markah]

(d)               Pada pendapat anda, mengapakah karya kesusasteraan penting dalam sesebuah masyarakat ?
[3 markah]


Kalu demo jawab semua soalan dalam modul yang kawe bagi ni, kawe rasa demo telah menguasai semua tajuk fokus dalam Tema 7.
Jangan bimbang.... Abezek sudah tau....
Lepas ni kawe akan bagi le skema jawapannya. Sentiasalah bersama Abezek. Wassalam

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete