TAJUK FOKUS TEMA 12 |
TAJUK FOKUS TEMA 12
Pengenalan
Tema 12 ialah Bab 9 Tingkatan 5.
Tema 12 dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Tema 12.1 dan Tema 12.2.
Tema 12.1 terdiri daripada tajuk-tajuk berikut :
- Perang Dunia Pertama dan Kedua
- Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin
- Dasar Luar Malaysia
Tema 12.2 pula terdiri daripada tajuk-tajuk berikut :
- Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
- Malaysia Dalam Pertubuhan Serantau
- Cabaran Masa Depan
Daripada analisis yang dubuat, Tema 12 menawarkan satu soalan dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 SPM sama ada soalan Struktur atau soalan Esei, kecuali SPM 2006 sahaja yang menawarkan dua soalan. Perincian analisis adalah sebagaimana berikut :
TEMA | BAB | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 |
12.1 | 9 | ESE | ESE | FOKUS | ||||||
12.2 | 9 | ESE | STR | ESE | STR | ESE | ESE | ESE |
Tema 12.2 lebih popular untuk dijadikan item peperiksaan berbanding Tema 12.1. Tema 12.2 lebih diberi fokus untuk diuji kepada calon. Hanya pada tahun 2005 sahaja Tema 12.2 diketepikan.
Sepanjang 8 tahun pelaksanaan Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM, sebanyak 7 kali Tema 12 menawarkan soalan Esei dalam peperiksaan. Hanya tahun 2006 dan 2008 sahaja Tema 12 menawarkan soalan Struktur. Dari tahun 2009 hingga tahun 2011, Tema 12 menawarkan soalan Esei.
Tahun 2012 .... bagaimana ?
Jangan bimbang ... abezek sudah tau ...
Tumpukan tajuk berikut, InsyaAllah ....
BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN · Maksud blok dunia · Faktor kemunculan blok dunia · Sebab berlakunya perang dingin · Perbezaan ideologi kapitalis dengan komunis · Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh · Kesan perang dingin terhadap negara Dunia Ketiga |
DASAR LUAR MALAYSIA · Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar · Prinsip dasar luar tahap pertama yang bersifat pro-Barat · Prinsip dasar luar tahap kedua yang bebas dan berkecuali · Prinsip dasar luar tahap ketiga yang mengutamakan kepentingan ekonomi · Faedah mengadakan hubungan luar |
MALAYSIA DALAM HUBUNGAN SERANTAU (ASEAN) · Matlamat penubuhan ASEAN · Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) · Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN · Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN |
Cabaran Masa Depan · Kepentingan ICT · Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) · Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi · Kepentingan k-ekonomi dan k-masyarakat
|
Kawe akan bekalkan modul untuk demo buat latihan bagi tajuk-tajuk di atas. Tunggulah .... kawe kena siapkan kerangka modul dulu.
Jangan bimbang .... abezek sudah tau....
Sentiasalah bersama kawe. Kawe akan bantu demo sokmo-sokmo !
; terima kasih
ReplyDeleteabe z..ejah nombo talipong,,haha..pleeeeeeeeeeeeeeeZ
ReplyDeletehahahaaa..
Deleteterima kasih lau blih cpat ckit tau.....heheheh..
ReplyDelete