Friday 13 April 2012

MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS SPM 2012 (TEMA 11)


MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS
TEMA 8 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN 5)



BAB
TAJUK / SOALAN
3
TAJUK :  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud realpolitik
[1 markah]
(b)   Berikan dua amalan realpolitik yang dilakukan oleh  Otto Eduard von Bismarck untuk membina negara bangsa Jerman.
[2 markah]

(c)   Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Camillo Benso de        Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[2 markah]

(d)   Apakah hujah yang boleh anda kemukakan untuk        membuktikan bahawa pembinaan negara Islam        Madinah bukan berasaskan amalan realpolitik ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah        pembinaan negara Malaysia dianggap unik ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo        Benso de Cavour untuk menyatukan negara bangsa        Itali.
[8 markah]
(b)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah bukti yang        menunjukkan bahawa pembinaan negara Islam        Madinah tidak berasaskan amalan realpolitik ?
[6 markah]
(c)   Pada pendapat anda, apakah keunikan yang        terdapat dalam pembinaan negara Malaysia ?
[6 markah]

3
TAJUK :  WARISAN NEGERI MELAYU


SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah syarat yang membolehkan seseorang itu        ditabalkan menjadi Terengganu ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan bidang kuasa Sultan Terengganu.
[2 markah]

(c)   Berikan dua ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri        Johor.
[2 markah]

(d)   Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri Johor ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tugas        menteri ?
[3 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan persamaan kandungan Undang-Undang        Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh        Negeri Terengganu.
[8 markah]
(b)   Jelaskan Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh        Sultan Muhammad II di Kelantan.
[6 markah]
(c)   Berdasarkan kajian anda, mengapakah sistem        pentadbiran Negeri Sembilan yang berasaskan Adat        Perpatih mempunyai ciri amalan demokrasi ?
[6 markah]

5
PAKATAN MURNI

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud pakatan murni ?
[2 markah]

(b)   Berikan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa        Hubungan Antara Kaum (JHAK) di Tanah Melayu.
[2 markah]

(c)   Nyatakan persetujuan yang dicapai melalui rundingan        Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK)        dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu        (UMNO).
[2 markah]

(d)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dato’        Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya        (IMP) ?
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, mengapakah pakatan murni        diwujudkan di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan langkah yang diusahakan untuk        mewujudkan pakatan murni antara kaum sebelum        negara kita mencapai kemerdekaan.
[8 markah]

(b)   Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil daripada        pakatan murni antara kaum sehingga negara kita        mencapai kemerdekaan.
[6 markah]

(c)   Pada pendapat anda, apakah yang mungkin terjadi        jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip        pakatan murni ?
[6 markah]

5
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid pada        bulan Mac 1956 ?
[2 markah]

(b)   Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
[2 markah]

(c)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah isu yang        diberi perhatian utama oleh Suruhanjaya Reid semasa        melaksanakan tugasnya.
[2 markah]

(d)   Berikan dua isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu        1957.
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian        Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk        merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]

(b)   Nyatakan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]

(c)   Pada pendapat anda, mengapakah Perjanjian        Persekutuan Tanah Melayu 1957 begitu penting        terhadap pembinaan negara dan bangsa ?
[2 markah]

6
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

SOALAN STRUKTUR
(a)   Siapakah tokoh yang mengemukakan idea        pembentukan Malaysia sebagaimana berikut ?
            Menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan                      Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
[1 markah]

(b)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,        mengapakah Tunku Abdul Rahman menerima        cadangan di atas ?
[2 markah]

(c)   Apakah faktor yang menyebabkan Lee Kuan Yew        begitu berhasrat menggabungkan Singapura dengan        Persekutuan Tanah Melayu ?
[2 markah]

(d)   Daripada kajian anda, apakah faedah dari segi        ekonomi yang boleh dinikmati hasil daripada        pembentukan Malaysia.
[3 markah]

(e)   Pada pendapat anda, mengapakah Sarawak dan        Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan faktor yang membawa kepada        pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
[10 markah]

(b)   Nyatakan reaksi Indonesia terhadap pembentukan        Malaysia.
[5 markah]

(c)   Sebagai seorang pemimpin negara Malaysia pada        ketika itu, apakah tindakan yang akan anda lakukan        untuk menyelesaikan penentangan Indonesia        terhadap pembentukan Malaysia ?
[5 markah]

6
LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

SOALAN STRUKTUR
(a)   Namakan tokoh yang dipilih menganggotai        Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
[2 markah]

(b)   Apakah tugas Jawatankuasa Perunding Perpaduan        Kaum (JPPK) ?
[2 markah]

(c)   Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan ?
[2 markah]

(d)   Pada pendapat anda, mengapakah majoriti rakyat        Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan        Malaysia ?
[2 markah]

(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah nilai moral        yang boleh dipelajari daripada peristiwa        pembentukan Malaysia ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
 (a)  Apakah reaksi penduduk Sarawak dan Sabah        terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ?
[2 markah]

(a)   Huraikan langkah yang diusahakan untuk        mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan        Sabah tentang pembentukan Malaysia.
[2 markah]

(c)   Berdasarkan kajian yang anda buat, apakah faedah        yang boleh dinikmati jika negeri Sarawak dan Sabah        menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]

7
KUASA PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah yang anda faham tentang badan        perundangan di Malaysia ?
[2 markah]

(b)   Berikan dua ciri Dewan Negara.
[2 markah]

(c)   Nyatakan syarat menjadi ahli Dewan Negara.
[2 markah]

(d)   Apakah fungsi Dewan Rakyat ?
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, apakah kriteria yang diperlukan        untuk menjadi ahli Dewan Rakyat yang baik ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Jelaskan perbezaan antara Dewan Negara dengan        Dewan Rakyat.
[6 markah]

(b)   Terangkan proses menggubal dan meluluskan undang-       undang di Parlimen Malaysia.
[8 markah]

(c)   Sekiranya anda seorang ahli Dewan Rakyat, apakah        perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam       membahaskan sesuatu rang undang-undang ?
[6 markah]

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan Jemaah Menteri ?
[2 markah]

(b)   Apakah tugas sesebuah kementerian di negara kita ?
[2 markah]

(c)   Nyatakan ciri badan berkanun.
[2 markah]

(d)   Berikan dua suruhanjaya perkhidmatan yang terdapat        di Malaysia.
[2 markah]

(e)   Nyatakan peranan sesebuah suruhanjaya        perkhidmatan ?
[2 markah]

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah bidang kuasa badan kehakiman di Malaysia.
[2 markah]

(b)   Nyatakan mahkamah yang terdapat dalam hirarki        mahkamah berikut :
       i.   Mahkamah Rendah
       ii.  Mahkamah Atasan
[2 markah]

(c)   Nyatakan kedudukan seseorang hakim dalam sistem        kehakiman di negara kita ?
[2 markah]

(d)   Apakah tugas Peguam Negara ?
[2 markah]

(e)   Sekiranya anda seorang hakim, apakah prinsip yang        menjadi pegangan anda untuk menjadi hakim yang        berkaliber ?
[2 markah]

7
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah maksud pilihan raya ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan keadaan yang membolehkan pilihan raya        kecil diadakan.
[2 markah]

(c)   Berikan dua tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?
[2 markah]

(d)   Apakah syarat yang perlu dipatuhi untuk        membolehkan anda menjadi calon bertanding dalam        pilihan raya ?
[2 markah]

(e)   Nyatakan kelayakan untuk menjadi pengundi dalam        pilihan raya.
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Jelaskan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di        Malaysia.
[6 markah]

(b)   Terangkan proses pilihan raya di negara kita.
[8 markah]

(c)   Berikan cadangan anda, apakah langkah yang perlu        dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang        bersih di negara kita ?
[6 markah]

8
DASAR PERPADUAN DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah peranan Bahasa Melayu mengikut        Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
[2 markah]

(b)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah langkah        yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa        Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
[2 markah]

(c)   Mengapakah kerajaan melancarkan Dasar        Kebudayaan Kebangsaan ?
[2 markah]

(d)   Berikan dua ciri Kebudayaan Kebangsaan.
[2 markah]

(e)   Pada pendapat anda, mengapakah sukan boleh        berperanan mewujudkan perpaduan di negara kita ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk        memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa        Kebangsaan.
[8 markah]

 (b)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah rasionalnya        kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan        Kebangsaan ?
[6 markah]

(c)   Pada pendapat anda, mengapakah sukan dapat        memupuk perpaduan di negara kita ?
[6 markah]

8
WAWASAN 2020

SOALAN STRUKTUR
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020 ?
[2 markah]

(b)   Nyatakan cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai        Wawasan 2020.
[2 markah]

(c)   Pada pendapat anda, apakah ciri masyarakat        demokratik yang matang di negara kita menjelang        tahun 2020 ?
[2 markah]

(d)   Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah        masyarakat di atas dapat dicapai ?
[2 markah]

(e)   Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab        yang perlu dilaksanakan untuk mencapai Wawasan        2020 ?
[2 markah]

SOALAN ESEI
(a)   Terangkan strategi yang perlu dilaksanakan untuk        mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020.
[8 markah]

(b)   Pada pendapat anda, mengapakah negara kita        berusaha mencapai matlamat Wawasan 2020 ?
[6 markah]

(c)   Apakah ciri masyarakat Malaysia yang menjadi impian        anda sekiranya sembilan cabaran Wawasan 2020        berjaya diatasi ?
[6 markah]



Kawe kongsikan modul latihan untuk demo buat latihan. Buat... jangan tak buat !. Rujuklah bahan-bahan yang boleh membantu anda mencari maklumat.
Kawe akan ketemu demo lain hari.
Jangan bimbang ... abezek sudah tau...
Kawe akan bekalkan skema jawapan untuk modul di atas.

5 comments: