Tuesday, 27 September 2011

SKEMA PEMARKAHAN TAJUK PANAS SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

TAJUK PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011


TAJUK 1  : PENINGKATAN EKONOMI & PENDIDIKAN MANUSIA

SOALAN ESEI

Huraikan faktor yang menyebabkan tamadun India mencapai perkembangan yang pesat dalam bidang perdagangan.

  • Mengadakan hubungan perdagangan dengan luar.
  • Contohnya hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.
  • Kemunculan banyak pusat perdagangan.
  • Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa.
  • Mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak.
  • Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
  • Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar.
  • Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.
  • Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).
  • Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya. Persatuan tersebut mengawal harga, kualiti dan gaji pekerja.
  • Terdapat undang-undang yang menggalakkan perdagangan. 
  • Contohnya undang-undang mengawal persatuan. Pelaksanaan undang-undang itu diawasi oleh raja
  • Penggunaan mata wang.
  • Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.
  • Kepesatan dalam bidang perusahaan.
  • Contohnya perusahaan tekstil, kain kapas dan sutera, serta perusahaan berasaskan emas, mutiara dan batu permata.
  • Pelaksanaan sistem cukai.
  • Contohnya cukai hasil pertanian dan buah-buahan.


Jelaskan perbezaan antara Falsafah Pendidikan Athens dengan Falsafah Pendidikan Sparta dalam tamadun Yunani.

Falsafah Pendidikan Athens

·         Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
·         Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.
·         Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negara.
·         Bertujuan melahirkan manusia yang mahir dalam pelbagai aspek.
·         Pendidikan Athens menekankan kemahiran dalam semua aspek seperti sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato,membaca, menghafal dan menulis.

Falsafah Pendidikan Sparta

·         Bertujuan melahirkan tentera yang gagah dan berani.
·         Bertujuan melahirkan rakyat yang setia kepada negara kotanya.
·         Bertujuan melahirkan tentera yang mahir menggunakan senjata.
·         Pendidikan Sparta mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.


Jelaskan sistem pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan agama Buddha pada Zaman Vedik di India.

Pendidikan berteraskan agama Hindu

·         Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.
·         Wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan.
·         Mempelajari kitab Veda.
·         Menggunakan bahasa Sanskrit
·         Menggunakan kaedah hafalan
  • Pendidikan dijalankan di rumah dan istana
  • Disampaikan oleh Brahmin

Pendidikan berteraskan agama Buddha

  • Bermula selepas tahun 100 S.M.
  • Bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Mempelajari hukum agama
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam agama
  • Menyediakan pendidikan peringkat tinggi
  • Pendidikan tinggi Buddha diberikan di Kolej Brahman
  • Pendidikan tinggi bertujuan melahirkan Brahmin yang berilmu pengetahuan
  • Universiti Nalanda ditubuhkan untuk Brahmin melanjutkan pelajaran
  • Untuk menjadi Brahmin, seseorang harus menghafal buku agama, ritual, mantera dan lagu agama
  • Brahmin juga dikehendaki menghafal karya sains dan falsafah
  • Universiti Nalanda juga memberikan pendidikan duniawi.
  • Penuntut mempelajari ilmu sains.
  • Pendidikan duniawi bertujuan mengatasi buta huruf.
  • Pendidikan juga bertujuan untuk membolehkan seseorang menjawat jawatan dalam pentadbiran


SOALAN STRUKTUR

Apakah punca yang menyebabkan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada bidang perdagangan ?

·         Keadaan muka bumi Yunani bergunung-ganang

  • Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian
  • Tanahnya tidak subur untuk pertanian
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Bertujuan untuk mendapatkan makanan dari luar
  • Wujudnya peningkatan perdagangan dengan negara luar
  • Orang Yunani berjaya menguasai jalan laut.
  • Athens menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur


Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat Dinasti Shang di China.

  • Penggunaan tenggala.
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan penggunaan kolar kuda.
  • Penciptaan alat pertanian.
  • Pengenalan penanaman secara bergilir.
  • Pengenalan sistem teres untuk pertanian
  • Pembinaan terusan untuk pengairan dan pengawalan banjir.


Sebutkan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada penekanannya terhadap ilmu yang praktikal.

·         Banyak infrastruktur dan kemudahan awam dibina.
·         Masyarakat menikmati hidup yang sejahtera.
·         Pendidikan Rom menimba ilmu daripada tamadun Yunani
·         Pusat pendidikan bertambah
·         Ilmu pengetahuan berkembang
·         Banyak jurutera dihasilkan
·         Ramai ahli falsafah dilahirkan
·         Ramai sejarawan menulis tentang sejarah Rom.


Berikan dua aspek kemahiran yang ditekankan melalui pendidikan rendah dan menengah dalam tamadun China.

Pendidikan peringkat rendah

·         Mengenal tulisan ideogram
·         Menghafal tulisan ideogram
·         Mmenghafal buah buku suci.

Pendidikan peringkat menengah

·         Menulis karangan
·         Mempelajari sastera


TAJUK  2 : KERAJAAN BANI UMAIYAH DAN ABBASIYAH

SOALAN STRUKTUR

Apakah sebab pusat pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah dipindahkan dari Damsyik, Syria ke Cordova, Sepanyol ?

  • Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik telah runtuh
  • Gerakan Abbasiyah menggulingkan kerajaan Bani Umaiyah
  • Gerakan Bani Abbasiyah menghapuskan keturunan Bani Umaiyah
  • Hampir semua kerabat Bani Umaiyah dibunuh.
  • Abdul Rahman melarikan diri ke Sepanyol
·         Beliau mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Cordova

Nyatakan faktor yang menyebabkan keruntuhan kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik.

  • Gerakan Bani Abbasiyah
  • Perasaan tidak puas hati golongan mawali.
  • Golongan mawali (orang Islam bukan berketurunan Arab) didiskriminasikan.
  • Mereka tidak mendapat jawatan.
  • Mereka dikenakan cukai yang lebih tinggi.
  • Kelemahan pemimpin.
  • Khalifah telah mengabaikan tanggungjawabnya.
  • Khalifah mengabaikan ajaran Islam.
  • Masyarakat tidak puas hati terhadap cara pemilihan khalifah.
  • Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang orang Islam.
  • Penentangan golongan syiah dan khawarij.


Berikan dua pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran.

·         Memperkenalkan Sistem Khalifah.
·         Mengamalkan cara perlantikan khalifah melalui warisan.
·         Memperkenalkan Sistem Wazarah.
·         Melantik Wazir mengetuai sistem pentadbiran pusat.
·         Melantik Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
·         Memperkenalkan Sistem Urus Setia.
·         Melantik pegawai untuk menguruskan pentadbiran.
·         Membahagikan pentadbioran kepada lima bahagian iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman.
·         Memperkenalkan Sistem Hijabah.
·         Menugaskan pegawai memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.
·         Menugaskan pegawai mengawal keselamatan khalifah.
·         Menubuhkan empat jabatan – Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan  Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah
·         Memperkemaskan sistem ketenteraan.
·         Menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
·         Menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut.

Sebutkan dua kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi.

  • Menubuhkan Baitulmal.
Mengurus  pendapatan dan perbelanjaan negara.
  • Menguruskan sumber kewangan Islam daripada kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai sebanyak 1/10 d aripada hasil pertanian) dan ghanimah (harta rampasan melalui perang).
  • Menjadikan Cordova sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
  • Mengembangkan perusahaan pembuatan barangan tembikar, perhiasan daripada emas dan perak, kulit dan senjata.
  • Membina sistem saliran memajukan tanah pertanian.
  • Menjalankan penyelidikan benih berkualiti


SOALAN ESEI

Jelaskan latar belakang pengasasan kerajaan Bani Umaiyah.

  • Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian.
  • Nama kerajaan mengambil sempena keturunan Bani Umaiyah.
  • Muawiyah menerima penyerahan kuasa daripada Hasan bin Ali.
  • Pemerintahan Bani Umaiyah tahap pertama berpusat di Damsyik
  • Pemimpinnya ini memakai gelaran Khalifah.
  • Pemerintahan tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.
  • Pemerintahan tahap kedua berpusat di Cordova, Sepanyol.
  • Pemimpinnya memakai gelaran Amir.

Terangkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran.

·         Memperkenalkan Sistem Khalifah.
·         Mengekalkan Khalifah sebagai ketua pemerintah.
·         Perlantikan khalifah adalah melalui warisan.
·         Memperkenalkan Sistem Wazarah. Wazir mengetuai sistem pentadbiran pusat. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
·         Memperkenalkan Sistem Urus Setia.
·         Pegawai dilantik untuk menguruskan pentadbiran. Urusan pentadbiran dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman.
·         Memperkenalkan Sistem Hijabah.
·         Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.Pegawai akan mengawal keselamatan khalifah.
·         Menubuhkan jabatan kerajaan.
·         Menubuhkan empat jabatan – Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah
·         Memperkemaskan sistem ketenteraan.
·         Menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
·         Menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut.


Terangkan peranan kota Baghadad dalam bidang keilmuanpada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah ?

·         Menjadi pusat penulisan ilmiah.

·         Penulisan dijalankan mengikut tiga tahap. Tahap pertama – mencatat idea.Tahap kedua – mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadisTahap ketiga – mengarang dan mengatur ke dalam bab tertentu.

  • Menjadi pusat penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.
  • Penterjemah bekerja secara berkumpulan dan diawasi seorang penyelaras.Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani.
  • Karya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
  • Menjadi pusat pengubahsuaian terhadap karya terjemahan.
  • Sarjana Islam membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan.
  • Mereka menghurai dan membuat penambahbaikan.
  • Mereka memuatkan keterangan dan ulasan.
  • Menjadi pusat kegiatan ulama.
  • Ramai ulama terlibat dalam bidang penulisan.Ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya
  • Antara ulama terkenal ialah Imam Malik, Ibn Ishaq, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibn Hanbal.
  • Ulama membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
  • Memelihara warisan ilmu Eropah daripada lenyap.
  • Menyimpan hasil penulisan Eropah ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.
  • Hasil kajian Islam telah sampai semula ke Eropah.



TAJUK  3 : PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

SOALAN ESEI

Mengapakah masyarakat Melayu tradisional melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan selepas kedatangan Islam.

  • Perdagangan di Laut Hindi dan Laut China Selatan dikuasai pedagang Islam.
  • Islam menyarankan perniagaan adalah sumber rezeki yang besar .
  • Mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Menjadi saluran untuk menyebarkan Islam.
  • Melaka muncul sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
  • Kemudahan perdagangan disediakan di Melaka.

Terangkan faktor yang membantu kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu.

  • Kedudukan yang strategik.
  • Pentadbiran yang licin dan teratur.
  • Mewujudkan jawatan Laksamana dan Syahbandar .
  • Undang-Undang Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.
  • Sistem timbang dan sukat yang seragam.
·         Penggunaan mata wang menggantikan sistem barter.
·         Kemudahan di pelabuhan.
·         Pelaksanaan sistem cukai yang seragam.

Jelaskan pelaksanaan CukaiTtetap dan Cukai Diraja di Melaka.

Cukai Tetap

  • Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
  • Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
  • Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu – enam peratus..
  • Pedagang dari Jepun dan China – lima peratus.
  • Pedagang diwajibkan membayar cukai sebelum urusan perniagaan dilakukan.
  • Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
  • Beras dan barang makanan dikecualikan daripada cukai.

Cukai Diraja

  • Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
  • Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai tiga peratus.
·         Orang asing dari tempat lain dikenakan cukai enam peratus.



SOALAN STRUKTUR

Apakah sebab orang Melayu mula melibatkan diri dalam perdagangan selepas kedatangan Islam.

  • Perdagangan di Laut Hindi dan Laut China Selatan dikuasai pedagang Islam.
  • Islam menyarankan perniagaan adalah sumber rezeki yang besar .
  • Mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Menjadi saluran untuk menyebarkan Islam.
  • Melaka muncul sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
  • Kemudahan perdagangan disediakan di Melaka.

Nyatakan faktor yang menyebabkan Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu.

  • Kedudukan yang strategik.
  • Pentadbiran yang licin dan teratur.
  • Mewujudkan jawatan Laksamana dan Syahbandar .
  • Undang-Undang Laut Melaka sebagai panduan dalam perdagangan.
  • Sistem timbang dan sukat yang seragam.
·         Penggunaan mata wang menggantikan sistem barter.
·         Kemudahan di pelabuhan.
·         Pelaksanaan sistem cukai yang seragam.

Sebutkan dua mata wang yang digunakan untuk urusan perdagangan di Melaka.

  • Wang timah Melaka.
  • Wang timah Johor.
  • Wang timah Kedah.
  • Wang emas Johor
  • Wang emas Kelantan

Nyatakan pengaruh Islam yang terdapat pada mata wang negeri Melayu.

  • Tertulis nama sultan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
  • Terdapat tarikh Islam pada mata wang itu.
  • Ditulis dengan tulisan jawi / Arab
  • Tertulis gelaran Islam – Khalifatul Muslimin dan sebagainya

Bagaimanakah Cukai Tetap dan Cukai Diraja dilaksanakan di Melaka ?

Cukai Tetap

  • Dikenakan ke atas barangan yang diimport.
  • Jumlah cukai telah ditetapkan oleh pemerintah.
  • Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu – enam peratus..
  • Pedagang dari Jepun dan China – lima peratus.
  • Pedagang diwajibkan membayar cukai sebelum urusan perniagaan dilakukan.
  • Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar .
  • Beras dan barang makanan dikecualikan daripada cukai.

Cukai Diraja

  • Dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka.
  • Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai tiga peratus.
·         Orang asing dari tempat lain dikenakan cukai enam peratus.



TAJUK  4 : DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN

SOALAN  STRUKTUR

Apakah dasar pemilikan tanah yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sebelum penjajahan British di negara ini.

·         Tanah di bawah bidang kuasa pembesar
·         Tanah yang mahu diusahakan mesti mendapat kebenaran pembesar Melayu
·         Tanah menjadi sumber ekonomi pembesar Melayu
·         Tanah mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu
·         Tanah menjadi milik orang  yang mengerjakan tanah tersebut
·         Tanah boleh diwarisi oleh generasi terkemudian

Mengapakah penjajah British memperkenalkan geran tanah ?

  • Supaya sesuai dengan sistem pemilikan tanah di Barat.
  • Supaya sistem pemilikan tanah masyarakat Melayu mempunyai rekod.
  • Geran menjadi bukti pemilikan tanah.
  • Geran mengesahkan hak pemilikan tanah.
  • Geran tanah  memudahkan urusan berkaitan tanah.
  • Tanah bergeran boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman.

Nyatakan kandungan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.

  • Residen mempunyai kuasa mengisytiharkan kawasan Tanah Simpanan Melayu
  • Tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu.
  • Tanah Simpanan Melayu tidak boleh ditukar milik kepada orang asing
  • Tanah Simpanan Melayu tidak boleh di tanam dengan tanaman komersil


Apakah tujuan penjajah British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayun 1913 ?

  • Menjamin masa depan politik, ekonomi dan sosial orang Melayu
  • Mengelakkan tanah orang Melayu bertukar milik kepada orang asing
  • Memberi kuasa kepada Residen mengisytiharkan Tanah Simpanan Melayu
  • Menyekat daripada tanah orang Melayu dijual kepada orang bukan Melayu
  • Melindungi kepentingan ekonomi penjajah
  • Menyekat orang Melayu menanam tanaman komersil

Berikan dua kesan yang berlaku ke atas masyarakat Melayu akibat pengenalan undang-undang tanah.

  • Tanah dibahagikan mengikut kegunaan dan nilai komersilnya.
  • Cukai tanah bergantung kepada jenis tanah.
  • Tanah yang diusahakan tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu.
  • Kegiatan mengutip hasil hutan perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah
  • Residen berhak menentukan jumlah kawasan konsesi kepada pemodal
  • Urusan berkaitan tanah dibayar dengan wang
  • Masyarakat tempatan terpaksa meminjam wang daripada orang tengah
  • Orang Melayu terpaksa menjual tanah untuk menjelaskan hutang



SOALAN ESEI

Mengapakah penjajah British memperkenalkan peraturan tanah berasaskan peraturan tanah di Britain ?

  • Supaya sesuai dengan sistem pemilikan tanah di Barat.
  • Supaya sistem pemilikan tanah masyarakat Melayu mempunyai rekod.
  • Geran menjadi bukti pemilikan tanah.
  • Geran mengesahkan hak pemilikan tanah.
  • Geran tanah  memudahkan urusan berkaitan tanah.
  • Tanah bergeran boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman.

Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh penjajah British untuk menyekat orang Melayu melibatkan diri dalam penanaman getah.

  • Melarang penanaman getah dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu.
  • Melarang penanaman getah di atas tanah padi.
·         Menaikkan premium permohonan tanah baru untuk penanaman getah.
  • Melarang pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
  • Menghadkan pengeluaran getah oleh pekebun kecil.
  • Menetapkan kuota lebih rendah kepada pekebun kecil.
  • Meminggirkan orang Melayu dalam skim perladangan.
·         Tidak menawarkan bantuan teknikal dan kewangan kepada pekebun kecil.

Nyatakan bukti yang menunjukkkan bahawa penjajah British mengabaikan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

  • Mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.
  • Melarang orang Melayu melibatkan diri dalam perusahaan getah.
  • Menyekat orang Melayu menanam getah melalui Enakmen Tanah Padi 1917.
  • Memberikan kuota yang rendah kepada pekebun kecil melalui      Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
  • Melarang membuka tanah baru untuk penanaman getah.
  • Polisi British menggalakkan pelabur Eropah telah meminggirkan golongan pekebun kecil.
  • Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak ditawarkan kepada pekebun kecil.


TAJUK  5 : PENGENALAN BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

Sebutkan dua ciri birokrasi Barat di Asia Tenggara.

·         Penubuhan kerajaan pusat
·         Melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
·         Pentadbiran dijalankan melalui biro (jabatan)
·         Pegawai-pegawai Barat dilantik sebagai ketua biro
·         Pengenalan undang-undang Barat


Nyatakan  sistem pentadbiran Union IndoChinoise yang dilaksanakan oleh Perancis di IndoChina.

·         Menubuhkan kerajaan pusat – Persekutuan IndoChina (Union Indochinoise)
·         Kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi.
·         Kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan.
·         Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga
·         Melantik Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran pusat.
·         Gabenor Jeneral bertanggungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
·         Gabenor Jeneral dibantu Leftenan Gabenor,
·         Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan atau wilayah naungan.
·         Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
·         Perancis menubuhkan jabatan (biro).
·         Perancis melantik pegawai Barat mengetuai jabatan.
·         Perancis menguatkuasakan undang-undang Perancis.
·         Rang undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.


Mengapakah Sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol  ditentang oleh penduduk Filipina ?

·         Mengenakan cukai yang tinggi
·         Mengenakan kerahan tenaga kepada penduduk


Berikan dua kesan birokrasi Barat terhadap masyarakat di Asia Tenggara.

  • Penubuhan Kerajaan Pusat
·         Pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
·         Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi.
·         Pembesar tradisional di peringkat pusat dihapuskan.
  • Terhapusnya institusi raja
  • Raja kehilangan kuasa
  • Fungsi raja sebagai penaung agama dihapuskan.
  • Pentadbiran dijalankan melalui biro (jabatan).
·         Beberapa jabatan ditubuhkan
·         Pegawai-pegawai Barat dilantik menjalankan pentadbiran.
·         Pembesar tempatan hilang kuasa.
  • Pengenalan sistem undang-undang Barat.
·         Rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan di negara penjajah.
·         British memperkenalkan sistem kehakiman Barat.
·         Pengenalan sistem cukai.
  • Raja menerima penasihat Barat


SOALAN ESEI

Jelaskan sistem pemerintahan tradisional di negara Asia Tenggara sebelum penjajahan Barat.

·         Mengamalkan pemerintahan beraja.
·         Raja berkuasa mutlak.
·         Raja mengetuai pentadbiran, undang-undang dan urusan agama.
·         Raja dibantu oleh pembesar pusat dan pembesar tempatan.
·         Raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.


Terangkan ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh penjajah Barat di tanah jajahannya di Asia Tenggara.

  • Penjajah Barat menubuhkan kerajaan pusat.
  • Contohnya Union indochinoise, Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dll.
  • Tanah jajahan mempunyai pemerintahan pusat dan pemerintahan tempatan.
  • Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
  • Gabenor Jeneral dibantu oleh Datuk Bandar dan Gabenor Kecil.
·         Penjajah menubuhkan jabatan (biro) untuk melicinkan pentadbiran.
·         Contohnya Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan sebagainya.
·         Pegawai-pegawai Barat dilantik mengetuai jabatan.
·         Pembesar tempatan dihapuskan.
·         Penjajah melaksanakan undang-undang Barat di Filipina.
·         Undang-undang diluluskan di negara penjajah.
·         Contohnya peraturan cukai.


Nyatakan kesan birokrasi Barat terhadap masyarakat di Asia Tenggara.

  • Penubuhan Kerajaan Pusat
·         Pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
·         Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi.
·         Pembesar tradisional di peringkat pusat dihapuskan.
  • Terhapusnya institusi raja
  • Raja kehilangan kuasa
  • Fungsi raja sebagai penaung agama dihapuskan.
  • Pentadbiran dijalankan melalui biro (jabatan).
·         Beberapa jabatan ditubuhkan
·         Pegawai-pegawai Barat dilantik menjalankan pentadbiran.
·         Pembesar tempatan hilang kuasa.
  • Pengenalan sistem undang-undang Barat.
·         Rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan di negara penjajah.
·         British memperkenalkan sistem kehakiman Barat.
·         Pengenalan sistem cukai.
  • Raja menerima penasihat Barat



TAJUK  6 : LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

SOALAN  ESEI

Jelaskan faktor yang mendorong pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

            Faktor Politik
  • Pengaruh komunis di Singapura
  • Parti Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Sosialis adalah gerakan berhaluan kiri.
  • Kebangkitan Barisan Sosialis melemahkan Parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew.
  • Kebangkitan Barisan Sosialis menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura.
  • Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh PKM dapat membantu Singapura menghadapi ancaman komunis.
  • Ancaman komunis di Sarawak
  • Clandestine Communist Organization (CCO) mahu menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
  • Untuk mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah Singapura dan Brunei.
  • Proses dekolonisasi British terhadap negeri belum membangun.
  • Perhimpunan Agung PBB, mengusulkan agar tanah jajahan dimerdekakan.
  • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
  • Pembentukan Malaysia dapat menghalang pengaruh komunis di Singapura dan Borneo.
  • British mahu memastikan kepentingan politiknya terus terkawal.

      Faktor Ekonomi
  • Dapat mewujudkan pasaran yang luas.
  • Menggalakkan pelaburan.
  • Menggalakkan perkembangan industri pertanian.
  • Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi.
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri.
  • Memajukan negeri-negeri yang belum membangun.
  • Mewujudkan kesepakatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

      Faktor Sosial
·         Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum .


Terangkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pihak British untuk menarik sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.

  • Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah.
  • Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
  • Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
  • Menerangkan tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
  • Mengadakan mesyuarat JPPK.
  • Sebanyak empat kali –  di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.
  • JPPK mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
  • Memorandum tersebut mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
  • Meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan Malaysia yang baru
  • Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.
  • Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah..
  • JAK mengadakan mesyuarat membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
  • Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
  • Wakil PBB meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah


Nyatakan faedah yang diperoleh Sarawak dan Sabah dengan menyertai Persekutuan Malaysia.

  • Memperoleh kemerdekaan lebih cepat
  • Dapat membendung ancaman komunis
  • Dapat mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Meningkatkan pelaburan
  • Menggalakkan industri pertanian
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada
  • Menambahkan kecekapan pentadbiran
  • Dapat mewujudkan perpaduan
  • Dapat mengimbangkan jumlah kaum


SOALAN STRUKTUR

Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

  • Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
  • Mengumpulkan pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia.
  • Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
  • Mengadakan beberapa mesyuarat tentang pembentukan Malaysia.
  • Mengemukakan memorandum pembentukan Malaysia kepada Suruhanjaya Cobbold.
  • Mempertimbangkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Nyatakan tanggungjawab Suruhanjaya Cobbold untuk menjayakan pembentukan Malaysia.

  • Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
  • Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
  • Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.

Sebutkan tugas Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ke arah pembentukan Malaysia.

·         Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.

·         Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.

·         Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

·         Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.


Mengapakah Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNMM) dibentuk ?

  • Wakil PBB meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
  • Mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Malaysia
  • Menyelesaikan ketegangan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia

Berikan dua perkara yang dituntut  oleh penduduk Sabah melalui Perkara 20 dalam Akta Malaysia.

  • Ketua Negeri
  • Bahasa Kebangsaan
  • Kedudukan istimewa penduduk asal
  • Hal ehwal imigresen
  • Kerakyatan
  • Peruntukan kewangan
  • Pelajaran



TAJUK  7 : PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR

Apakah maksud pilihan raya ?

  • Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
  • Proses memilih kerajaan untuk memerintah
  • Pemilihan yang dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
  • Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
  • Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.

Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Menentukan sempadan pilihan raya
  • Menjalankan pendaftaran pemilih
  • Mengendalikan pilihan raya
  • Menjamin pilihan raya yang adil
  • Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak.


Berikan dua syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya di Malaysia.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun
  • Bermastautin di Malaysia
  • Sempurna akal
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
  • Tidak pernah didenda tidak kurang daripada RM 2 000.00
  • Tidak pernah dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
  • Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar.


Apakah kelayakan untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya ?

  • Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
  • Berumur 21 tahun.
  • Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
  • Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
·         Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.


Nyatakan kepentingan pilihan raya.

  • Meneruskan amalan demokrasi
  • Mengiktiraf hak asasi manusia
  • Memilih kerajaan yang bertanggungjawab
  • Memilih wakil rakyat
  • Membentuk pemerintahan yang cekap
  • Peluang untuk menukar kerajaan jika tidak disukai


SOALAN  ESEI

Jelaskan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.

            Pilihan raya umum

  • Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
  • Diadakan serentak di seluruh Malaysia
  • Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

            Pilihan raya kecil

  • Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
  • Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
  • Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak

Terangkan proses  pilihan raya di Malaysia.kan

  • Suruhanjaya menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
  • Penamaan calon yang bertanding
  • Parti yang bertanding menyediakan manifesto
  • Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
  • SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
  • Pemberian kertas undi kepada pengundi.
  • Kertas undi diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.
  • Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih oleh pengundi.
  • Pembuangan undi.
  • Calon akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi.
  • Kertas undi kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi.
  • Pengiraan undi.
  • Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.

Apakah  peranan SPR dalam mewujudkan pilihan raya yang adil di negara kita.

  • Pemilihan dilakukan secara sulit
Pemilihan dilakukan dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
  • Pengiraan undi dibuat secara terbuka
  • Keputusan pilihan raya direkodkan.
  • Menentukan sempadan pilihan raya
  • Menjalankan pendaftaran pemilih
  • Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak
  • Membenarkan kempen pilihan raya
  • Melayan semua calon dengan adil


TAJUK  8 : DASAR PERPADUAN KEBANGSAAN

SOALAN ESEI

Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

  • Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1965 untuk memajukan bahasa Melayu.
  • Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”  untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
  • Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada 1960 untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penggunaan bahasa.
  • Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa  kebangsaan pada 1970.
  • Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977. Langkah ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa        ilmu.
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah bermula pada tahun 1982.
  • Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah bermula pada 1990.

Jelaskan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

  • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bertujuan untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Bertujuan memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Untuk memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Matlamatnya untuk memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Bertujuan menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.


Mengapakah sukan berupaya memupuk perpaduan di negara kita ?

·         Sukan tidak mengira ideologi.

·         Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

·         Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum.

·         Membuka peluang yang luas kepada mereka yang berminat.

·         Aktiviti kokurikulum yang digalakkan di sekolah.

  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.

·         Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali

·         untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.


SOALAN STRUKTUR

Apakah  kedudukan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia ?

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
  • Bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi tujuan rasmi.
  • Kerajaan boleh menggunakan dokumen yang diterjemahkan ke dalam bahasa   Melayu untuk tujuan yang difikirkan perlu.
  • Bahasa Melayu menjadi alat untuk menjamin perpaduan.

Nyatakan langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

  • Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1965.
  • Melancarkan “Minggu Bahasa”
  • Melancarkan “Bulan Bahasa” 
  • Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
  • Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa  kebangsaan pada 1970.
  • Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977.
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah bermula pada tahun 1982.
  • Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah bermula pada 1990.

Berikan dua ciri Kebudayaan Kebangsaan.

  • Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
  • Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
·         Islam sebagai unsur yang terpenting

Apakah matlamat kerajaan menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?

  • Menjadi panduan dalam membentuk kebudayaan negara
  • Menjadi identiti negara Malaysia
  • Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.
  • Memupuk perpaduan

Mengapakah sukan boleh memupuk perpaduan ?

·         Sukan tidak mengira ideologi.

·         Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

·         Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum.

·         Membuka peluang yang luas kepada mereka yang berminat.

·         Aktiviti kokurikulum yang digalakkan di sekolah.

  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.

·         Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali

·         untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.



TAJUK  9 : BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN

SOALAN ESEI

Jelaskan perbezaan ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.

  • Pemerintahan negara blok kapitalis dijalankan secara demokratik.
  • Negara blok komunis menjalankan pemerintahan secara diktator.
  • Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
  • Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
  • Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
  • Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
  • Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
  • Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
  • Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.

Mengapakah berlakunya perang dingin ?

  • Ideologi berbeza
  • Fahaman politik yang berbeza
  • Persaingan antara blok kapitalis dengan komunis
  • Persaingan antara Amerika dengan Soviet Union.
  • Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata
  • Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.
·         Mahu memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia

Nyatakan kesan perang dingin.

  • Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
  • Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
  • Berlakunya perlumbaan senjata.
  • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri.
  • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau


SOALAN STRUKTUR

Apakah maksud blok dunia ?

  • Blok Dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk menjaga kepentingan ahli.
  • Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.


Mengapakah wujudnya blok dunia ?

  • Ideologi berbeza
  • Fahaman politik yang berbeza
  • Persaingan antara blok kapitalis dengan komunis
  • Persaingan antara Amerika dengan Soviet Union.
  • Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata
  • Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.
·         Mahu memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia


Berikan dua cara kuasa  besar duni meluaskan pengaruhnya.

  • Melalui propoganda
  • Memberi bantuan pertahanan
  • Memberi bantuan ekonomi

Nyatakan kesan perang dingin.

  • Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
  • Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
  • Berlakunya perlumbaan senjata.
  • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri.
  • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau

Apakah langkah  yang boleh dilakukan untuk mengelakkan perang dingin ?

  • Wujudkan hubungan diplomatik
  • Elakkan penyebaran ideologi
  • Selesaikan masalah melalui rundingan
  • Jangan bentuk blok dunia
  • Elakkan persaingan mendapatkan pengaruh



Jika lapang jangan lupa jenguk pemarkahan untuk TAJUK PANAS SISIPAN pada masa terdekat. Kawe sedia membantu.

Jangan bimbang ... Abezek sudah tau ...

No comments:

Post a Comment