Sunday 9 October 2016

SEJARAH 3 SPM 2016 : DASAR LUAR MALAYSIA




LATAR BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA

Soalan :          Jelaskan latar belakang dasar luar Malaysia.

             Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
            
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
                       
             Hubungan multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.


MATLAMAT DASAR LUAR

Soalan :          Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia.

             Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia menjalin hubungan negara negara Komanwel terutamanya Britain, Australia dan New Zealand untuk mendapatkan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman komunis semasa mencapai kemerdekaan.
               
             Dasar luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional. Contohnya, Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan semua negara melalui dasar berkecuali kerana Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ini adalah kerana pemimpin Malaysia mempunyai hak menjaga kepentingan negara dengan menentukan hala tuju pemerintahan negara kita.
               
             Selain itu, matlamat dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara. Contohnya, Malaysia menjain hubungan baik dengan negara serantau melalui pertubuhan ASEAN. Bersama-sama negara ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan kuasa luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
                       
             Malaysia menjalinkan hubungan luar kerana hendak menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Contohnya, Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika kerana kita mengharapkan negara tersebut sebagai pembeli utama bijih timah dan getah negara kita. Tambahan pula, negara tersebut merupakan pelabur utama dalam bidang perladangan dan perindustrian di negara kita. Malaysia juga menjalankan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai model pembangunan ekonomi Negara.
             Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia. Contohnya, Malaysia berpegang kepada prinsip menghormati kedaulatan negara lain. Malaysia mengutuk Israel yang mencabul kedaulatan negara Palestin. Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara tersebut.  Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan hubungan dengan negara Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan dasar apartheid.

BENTUK HUBUNGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Soalan :          Jelaskan bentuk dasar luar Malaysia.

             Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan dengan negara jiran termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
                       
             Hubungan multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.


ASAS / FAKTOR PENGGUBALAN DASAR LUAR

Soalan :          Terangkan faktor yang mencorakkan dasar luar Malaysia.
Soalan :          Terangkan faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

i.              Faktor Sejarah
               
             Asas penggubalan dasar luar Malaysia ialah faktor sejarah. Malaysia dahulunya pernah diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, Malaysia meneruskan tradisi menjalin hubungan dengan negara yang pernah berdagang dengan Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, negara-negara Arab, India, China dan Siam serta negara-negara di Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
               
             Malaysia pernah dijajah oleh British. Oleh itu, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel untuk menjalin hubungan dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand.
               
             Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Hal ini menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat untuk membendung ancaman komunis kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

ii.             Faktor Ekonomi
               
             Penggubalan dasar luar Malaysia juga berasaskan faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi.                
            
             Malaysia adalah negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Oleh itu, Malaysia berbaik dengan Britain dan Amerika untuk memasarkan bijih timah dan getah.
               
             Malaysia mengharapkan pelaburan asing untuk memajukan ekonomi. Oleh itu, Malaysia mengharapkan pelaburan modal dari Amerika dan Britain. Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur untuk menggalakkan pelaburan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea .
               
             Malaysia perlu menceburi pelaburan di luar negara. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan luar dengan  Negara Membangun dan Negara Islam untuk mencari peluang pelaburan

iii.            Faktor Politik
               
             Selain itu, penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor politik. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan dengan negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan yang sama.
               
             Malaysia berpegang kepada prinsip menghormati kedaulatan negara lain. Oleh itu, Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia tidak menjalin hubungan dengan Israel keranan menceroboh kedaulatan negara Palestin. Selain itu, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

iv.           Faktor Geografi
               
             Penggubalan dasar luar Malaysia adalah berasaskan faktor  geografi. Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Demi untuk menjaga keselamatan negara, Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara-negara  ASEAN. Contohnya Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.

v.            Faktor Demografi
               
             Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu, Malaysia Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam. Malaysia membenci penindasan agama. Oleh itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan Israel yang menindas rakyat Palestin yang beragama Islam.
               
             Malaysia komited terhadap perpaduan dan hak asasi manusia. Malaysia mengamalkan dasar persamaan taraf antara manusia. Oleh itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Afrika Selatan yang mengamalkan Dasar Apartheid.



PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Soalan :          Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira             perubahan kepimpinan negara.

i.              Dasar Luar Tahap Pertama (1957 – 1970)
               
             Dasar luar Malaysia pada tahap pertama ialah dasar pro- Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman.
               
             Dasar luar berkenaan dilaksanakan disebabkan ancaman komunis di negara  Asia Tenggara dan dalam negara. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian itu, pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.
               
             Di samping itu, Malaysia menghadapi krisis dengan negara jiran selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 – 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Oleh itu, Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Usaha memelihara hubungan dengan negara jiran dibuat melalui perjanjian. Malaysia menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand dan Filipina. menubuhkan  MAPHILINDO bersama Filipina dan Indonesia serta menubuhkan ASEAN bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
               
             Dasar pro-Barat juga disebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Ini adalah kerana Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang pound sterling. Malaysia juga masih memberikan tumpuan kepada bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada Britain. Pelabur Britain pula menguasai pelaburan yang besar dalam bidang perladangan dan perindustrian di Malaysia.

ii.             Dasar Luar Tahap Kedua (1972 – 1981)
               
             Dasar luar Malaysia pada tahap kedua ialah dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak (1972 – 1976) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981).
               
             Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Dalam mencapai matlamat dasar luar tersebut, Malaysia Malaysia telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN.
               
             Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara kerana hendak  mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah pelarian Vietnam, Malaysia mengambil langkah menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis. Contohnya China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.

iii.            Tahap Ketiga (1981 – 2003)

             Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003).

             Dasar luar ini dilaksanakan kerana kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan  dalam kalangan negara membangun.
       
     Dalam mengamalkan dasar tersebut, Malaysia mengadakan hubungan lebih erat dengan negara ASEAN untuk menyelesaikan krisis Vietnam dengan Kemboja. Kerajaan Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model pembangunan negara. Melalui dasar itu, kerajaan menggalakkan rakyat mengamalkan nilai-nilai baik untuk membina budaya kerja bersungguh-sungguh dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam hubungan dua hala itu, kerajaan membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri. Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak. Kerajaan Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan Dunia Ketiga. Kerajaan memperluaskan kerjasama ekonomi melalui EAEC dan ASEAN+3.


RASIONALNYA DASAR LUAR MALAYSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA

Soalan :          Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?

Soalan :          Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?

        Dasar luar Malaysia sentiasa berubah dengan mengambil kira perubahan keadaan politik semasa. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi ancaman komunis. Oleh itu, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis. Ini adalah kerana Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New Zealand.

        Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar yang dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak ini adalah disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur.

                Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi. Oleh itu, Dasar luar Malaysia pada tahap pertama lebih bersifat pro-Barat kerana Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain kerana mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara tersebut. Tambahan pula, pelabur Britain merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di Malaysia.
               
                Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga semasa pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh itu, Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan nilai perdagangan negara kita. Beliau juga memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini juga bertujuan menggalakkan pelaburan dari negara berkenaan ke Malaysia.

                Perubahan dasar luar Malaysia yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara membangun dan negara Islam. Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.



KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Soalan :          Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia.

Soalan :          Bagaimanakah dasar luar Malaysia dapat menjamin kestabilan dan    kemakmuran negara ?

Dasar luar Malaysia yang bersifat pro-Barat serta berbaik-baik dengan negara Komanwel membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Malaysia mendapat bantuan keenteraan daripada negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand dalam menghadapi ancaman komunis. Hubungan baik ini menyebabkan keadaan politik negara stabil dan bebas daripada ancaman komunis.

Dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika menyebabkan ekonomi negara berkembang pesat. Britain dan Amerika adalah pembeli utama bijih timah dan getah daripada Malaysia. Dengan hubungan baik itu, Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Di samping itu, pelabur dari Britain dan Amerika banyak menanam modal dalam sektor perladangan dan perindustrian di negara kita. Hal ini menyebabkan kemajuan ekonomi negara berkembang pesat.

Pada tahun 1970-an, Malaysia mengamalkan dasar luar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Dasar Malaysia berbaik-baik dengan negara blok komunis seperti Soviet Union, China dan Korea Utara berjaya mengurangkan penglibatan kuasa besar dalam politik di rantau Asia Tenggara. Keamanan di rantau tersebut memberi peluang untuk Malaysia memajukan ekonomi negara. Kerjasama ekonomi melalui ASEAN telah memacu perkembangan ekonomi negara. 

Dasar luar Malaysia pada tahun 1980-an menekankan kepentingan ekonomi. Dasar tersebut memberikan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara. Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan ekonomi negara banyak membawa kebaikan. Produktiviti pengeluaran negara semakin meningkat dan pembangunan dijayakan dengan pesat. Pembinaan projek mega seperti menara PETRONAS, KLIA, pembinaan LRT dan lain-lain meletakkan Malaysia dalam era pembangunan yang luar biasa.

                Dasar luar tahap ketiga juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Membangun dan Negara Islam. Menerusi lawatan Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan, Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Perjanjian tersebut meningkatkan lagi kemajuann negara melalui pelaburan luar negara.

                Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara ASEAN bagi meningkatkan kemajuan negara. Malaysia menjalinkan kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan melancarkan projek baja UREA. Projek tersebut mampu menjana ekonomi pertanian dengan lebih baik. Malaysia juga berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3
               

CARA MEMANFAATKAN DASAR LUAR                                                      UNTUK KEPENTINGAN NEGARA

Soalan :          Bagaimanakah Malaysia memanfaatkan dasar luar untuk meningkatkan kemajuan negara ?

                Bagi meningkatkan kemajuan negara, Malaysia telah menjalankan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut keadaan politik dan ekonomi global. Malaysia adalah pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Bagi menjamin hasil pengeluaran tersebut mendapat pasaran yang baik, Malaysia mengamalkan dasar luar bersifat pro-Barat yang menyokong British kerana negara tersebut merupakan pembeli utama bahan mentah Malaysia.

                Sebagai negara yang baru merdeka, Malaysia memerlukan pelaburan modal untuk meningkatkan perusahaan perladangan dan perindustrian. Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik Britain dan Amerika. Hal ini adalah kerana negara tersebut merupakan pelabur utama dalam perusahaan perladangan dan perindustrian di negara kita.

                Menjelang tahun 1970-an, Malaysia mengubah dasar luar yang bersifat pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah kerana Malaysia tidak boleh sentiasa bergantung kepada Britain dan Amerika untuk memajukan ekonomi negara. Malaysia perlu meluaskan lagi pasaran hasil negara selaras dengan prinsip mengamalkan pasaran bebas. Dasar luar yang berasaskan prinsip pasaran bebas ini telah meningkatkan lagi kemajuan ekonomi negara.

                Pada tahun 1980-an, semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat mengambil nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

                Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Membangun dan Negara Islam. Menerusi lawatan Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan, Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Perjanjian tersebut meningkatkan lagi kemajuann negara melalui pelaburan luar negara.

                Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara ASEAN bagi meningkatkan kemajuan negara. Malaysia menjalinkan kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan melancarkan projek baja UREA. Projek tersebut mampu menjana ekonomi pertanian dengan lebih baik. Malaysia juga berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3

KEJAYAAN MALAYSIA
MELALUI DASAR LUAR YANG DINAMIK

             Soalan :          Terangkan kejayaan yang dicapai Malaysia melalui pelaksanaan dasar luarnya yang bersifat dinamik.
Soalan :          Kemukakan bukti yang menunjukkan dasar luar Malaysia telah menjadikan  negara kita dihormati di mata dunia.
Menjelang kemerdekaan, Malaysia dan rantau Asia Tenggara diancam oleh ideologi komunis. Ancaman ini boleh menggugat keamanan dan kestabilan politik di rantau ini. Untuk membendung ancaman tersebut, Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat anti-komunis. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara Komanwel untuk mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Britain, Australia dan New Zealand. Dasar ini menyebabkan Malaysia dihormati oleh dunia kerana berperanan membendung ancaman komunis di rantau Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara amat berterima kasih kepada Malaysia atas usaha tersebut.

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi global. Pada awal kemerdekaan, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang menyokong Britain dan Amerika. Dasar luar ini telah membawa kemajuan kepada ekonomi Malaysia. Pelaburan dana syarikat dari Britain dan Amerika telah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Malaysia mendapat penghormatan negara lain kerana berjaya membangun dengan cepat walaupun baru mencapai kemerdekaan.

Malaysia mengubah dasar luar daripada pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Melalui dasar ini, Malaysia mula menjalinkan hubungan baik dengan negara komunis seperti China, Korea Utara, Soviet Union serta Vietnam. Hubungan baik Malaysia dengan negara blok komunis ini berjaya menangani isu pelarian Vietnam. Kesediaan Malaysia membenarkan Pulau Bidong, di Terengganu sebagai kem petempatan pelarian Vietnam telah menghindarkan campurtangan kuasa besar dalam politik di Asia Tenggara. Usaha Malaysia ini sangat dihormati dunia kerana bukan sahaja berjaya mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara sebagai rantau berkecuali malah mampu menyelesaikan isu kemanusiaan sejagat.

Penghormatan dunia terhadap sikap berkecuali Malaysia menyebabkan negara kita  dipanggil menyertai pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo dan mewakili pasukan pengaman PBB bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Malaysia juga dipilih menyertai pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menjadi pasukan pengaman ke Bosnia.

Malaysia menjunjung amalan yang toleran dalam hubungan kaum. Malaysia memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan kerana mengamalkan dasar apartheid. Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel kerana menceroboh Palestin dan memberikan layanan buruk terhadap orang Islam. Tindakan Malaysia telah membuka mata dunia terhadap hak asasi manusia. Atas usaha itu, dasar apartheid dihapuskan dan kebajikan rakyat Palestin mendapat perhatian dunia.

Hubungan luar bersifat multilateral dapat dilihat melalui penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa. Hubungan Malaysia dengan negara Komanwel menyebabkan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi persidangan Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM). Dalam persidangan tersebut, anggota Komanwel telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.

PERLUNYA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA NEGARA

Soalan :          Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan menjalinkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi ?
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar tanpa mengira ideologi. Malaysia mengambil langkah tersebut kerana Britain mula mengurangkan pengaruhnya di Timur. Tambahan pula AMDA (Anglo – Malaysian Defence Treaty) semakin kurang berperanan. Langkah Malaysia berbaik-baik dengan negara blok komunis dapat mengimbangkan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara. Oleh itu, situasi tersebut dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. Selain itu, Malaysia dapat meningkatkan perkembangan ekonomi dengan lebih baik. Hasil komoditi Malaysia dapat dipasarkan ke semua negara dan tidak lagi hanya bergantung kepada Britain dan Amerika semata-mata.

                Malaysia tidak mahu memihak kepada mana-mana blok dunia. Malaysia telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN. Perubahan dasar ini disebabkan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Malaysia hendak  mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah pelarian Vietnam, Malaysia mengambil langkah menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis. Contohnya China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.

Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara. Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan ekonomi negara telah berjaya meningkatkan budaya kerja dan produktiviti pengeluaran negara.. Pelabur dari Korea Selatan dan Jepun telah menjayakan pembinaan projek mega seperti pembinaan menara PETRONAS, lapangan terbang KLIA, pembinaan LRT serta perusahaan automobil.

Malaysia menjalin hubungan dengan Negara Islam dan Negara Membangun untuk meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
       
        Malaysia menjalin hubungan baik dengan semua negara kerana hendak memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini. Malaysia juga hendak mengurangkan dominasi kuasa Barat terhadap ekonomi di rantau Asia Tenggara. Kerjasama tersebut dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia Economic Caucus (EAEC). EAEC melibatkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Malaysia bersama-sama negara ASEAN juga mewujudkan kerjasama ekonomi tidak rasmi antara negara ASEAN dengan negara Timur . Kerjasama ini diadakan melalui konsep ASEAN + 3.

BENTUK HUBUNGAN LUAR MALAYSIA  PADA MASA HADAPAN

Soalan :          Bagaimanakah bentuk dasar luar Malaysia pada masa akan datang ?
Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika. Hal ini bertujuan menjaga kepentingan ekonomi Malaysia kerana negara tersebut merupakan pelabur terbesar dalam sektor perladangan dan perindustrian di negara kita. Namun, Malaysia akan mengambil pendirian tidak menyokong penglibatan negara tersebut di negara lain. Contohnya penglibatan Amerika di Iraq, Iran dan lain-lain.

                Malaysia akan mengamalkan dasar mementingkan keamanan. Malaysia akan terus menyokong prinsip aman, bebas dan berkecuali yang dipersetujui oleh negara anggota ASEAN. Malaysia bersama negara ASEAN yang lain telah mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Usaha tersebut dapat mengelakkan campur tangan politik oleh kuasa besar di Asia Tenggara. Dengan itu, keamanan dan kestabilan politik dapat diwujudkan di rantau Asia Tenggara.

Malaysia meneruskan dasar luar yang boleh memberi kepentingan ekonomi. Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Kemasukan modal dari negara tersebut dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur dan perindustrian di negara kita. Di samping itu, ia membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dengan itu, wawasan untuk membina negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai.

                Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan bilateral dan multilateral dengan negara serantau melalui pertubuhan ASEAN. Malaysia akan meneruskan kerjasama dalam projek perindustrian seperti projek baja UREA dahulu. Kerjasama ekonomi akan diperluaskan meliputi bidang pertanian, pelancongan dan sebagainya. Malaysia akan meneruskan kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Zone (AFTA). Di samping itu, Malaysia akan berusaha merealisasikan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia Economic Caucus (EAEC) dan ASEAN +3.

Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan tarus memperjuangkan nasib rakyat Palestein. Malaysia akan terus memainkian peranan menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.

KESAN DASAR LUAR YANG TIDAK MANTAP

             Soalan :          Jelaskan kemungkinan yang akan berlaku jika Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat statik.
               
                Sekiranya Malaysia mengamalkan dasar luar yang tidak mantap, kemungkinan keadaan ekonomi negara kita tidak berkembang dengan baik. Contohnya, eksport negara akan berkurangan  kerana tidak banyak negara yang menjalinkan hubungan dagang dengan Malaysia. Hal ini menyebabkan sektor perusahaan, perladangan dan perkhidmatan mengalami kemerosotan yang ketara. Peluang pekerjaan sangat terhad. Hal ini akan mengakibatkan kadar pengangguran yang tinggi dalam negara. Pendapatan negara akan merosot dan boleh mengakibatkan negara mundur.

                Dasar luar yang bersifat statik menghilangkan keyakinan negara luar terhadap prestasi negara kita. Dasar luar yang tidak konsisten menyebabkan keadaan politik negara tidak menentu. Hal ini akan menjejaskan iklim pelaburan. Pelabur asing kurang berminat untuk  melabur di negara kita kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kekurangan pelaburan menyebabkan taraf hidup rakyat semakin merosot.

                Keadaan politik negara menjadi tidak stabil mengundang penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal negara kita. Perlumbaan kuasa besar menyebarkan ideologi mereka boleh menimbulkan huru-hara. Huru-hara ini akan mengancam kedaulatan negara.

                Dasar luar yang kurang mantap memperlihatkan kepimpinan yang kurang berwibawa. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hilang keyakinan terhadap kewibawaan pemimpin negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Negara kita yang dahulunya sering diberi kepercayaan menganggotai pasukan pendamai PBB akan terpinggir. Kelantangan suara Malaysia yang sekian lama  memperjuangkan hak asasi manusia menjadi tidak bermakna.



PERLUNYA DASAR LUAR  YANG MENEKANKAN KEPENTINGAN EKONOMI

Soalan :          Mengapakah Malaysia perlu mengamalkan dasar luar yang menekankan kepentingan ekonomi ?

                Malaysia perlu mengamalkan dasar luar yang menekankan kepentingan ekonomi kerana hendak menggalakkan pelaburan asing ke negara kita. Malaysia perlu menjalinkan hubungan dengan negara yang boleh menyumbang modal untuk meningkatkan pembangunan negara. Contohnya, Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain dan Amerika untuk menggalakkan pelaburan mereka dalam bidang perladangan dan perindustrian di negara kita. Dengan itu, sektor perladangan dan perindustrian menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara.

                Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur untuk menjalinkan hubungan baik dengan Jepun dan Korea Selatan. Hubungan ini bertujuan menjadikan negara tersebut sebagai model untuk membangunkan ekonomi negara. Budaya kerja dan nilai murni dan perkhidmatan menjadi contoh dan amalan kevarah meningkatkan produktiviti negara. Dengan itu, daya pengeluaran negara akan meningkat.

                Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan China, Jepun dan Korea Selatan demi untuk kepentingan ekonomi. Bersama-sama dengan negara anggota ASEAN yang lain, Malaysia berusaha merealisasikan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia Economic Caucus (EAEC) dan ASEAN +3. Malaysia perlu mengurangkan dominasi kuasa Barat terhadap ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.

Malaysia menjalin hubungan baik dengan Negara Membangun dan Negara Islam demi untuk kepentingan ekonomi. Dasar luar yang sedemikian perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Melalui dasar tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.


HUBUNGKAIT FAKTOR EKONOMI DENGAN PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA

Soalan :          Sejauhmanakah faktor ekonomi mempengaruhi dasar luar Malaysia ?

                Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Semasa awal kemerdekaan, Malaysia perlu memasarkan hasil bijih timah dan getah. Pada ketika itu, sumber bahan mentah tersebut adalah hasil utama negara. Pada ketika itu, Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana mereka adalah pembeli utama bijih timah dan getah negara kita.
               
                Malaysia mengharapkan pelaburan asing untuk memajukan ekonomi. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana pada ketika itu negara tersebut merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di negara kita.
               
                Selepas itu, negara kita mula mengamalkan pasaran bebas untuk menjamin kestabilan harga bahan mentah di pasaran dunia. Faktor ekonomi tersebut  menyebabkan Malaysia mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat. Dasar luar tersebut bertujuan mengurangkan pergantungan kepada Britain.
               
                Pada tahun 1980-an, Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur. Malaysia mengadakan hubungan luar dengan Jepun dan Korea Selatan. Dasar tersebut dilaksanakan  untuk menggalakkan pelaburan modal dari Jepun dan Korea Selatan. Budaya kerja mereka dijadikan amalan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan di negara kita..

Malaysia ingin mencari peluang pelaburan di luar negara. Hasrat tersebut mendorong Malaysia menjalin hubungan dengan Negara Membangun dan Negara Islam. Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

HUBUNGKAIT DASAR LUAR MALAYSIA  DENGAN PERPADUAN ANTARABANGSA

Soalan :          Sejauhmanakah dasar luar Malaysia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa ?
                Dasar luar Malaysia yang bersifat multilateral berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hubungan luar Malaysia dengan negara serantau melalui ASEAN telah mengeratkan hubungan semua negara anggota. Contohnya, semua negara bersatu hati mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Hal ini menyebabkan rantau tersebut bebas daripada campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal politik. Selain itu, negara ASEAN juga bersatu hati mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.

                Malaysia juga menjalin hubungan secara multilateral dengan negara bekas tanah jajahan British melalui pertubuhan Komanwel. Perpaduan negara bekas tanah jajahan British jelas kelihatan apabila Britain, Australia dan New Zealand memberikan bantuan ketenteraan kepada Malaysia dalam menghadapi ancaman komunis. Perpaduan masyarakat antarabangsa lebih jelas kelihatan melalui penyertaan negara anggota dalam Sukan Komanwel.

                Malaysia juga menjalin hubungan multilateral dengan semua negara melalui Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Pergerakan ini bertujuan mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara dan menegakkan prinsip menghormati kedaulatan sesebuah negara. Negara anggota menunjukkan perpaduan melalui penyelesaian pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan mendokong prinsip menghormati hak asasi manusia.

        Selain itu, Malaysia juga menjalin hubungan multilateral dengan negara Islam melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar dapat mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang. Negara anggota bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Di samping itu, negara anggota juga bersatu mengekalkan perdamaian antara negara-negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci umat Islam dihormati dan tidak dicemari.

                Malaysia juga menjalin hubungan bilateral dengan negara luar. Dasar luar tersebut dapat mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Contohnya, Malaysia mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada mangsa Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun.

                Dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya. Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka  daripada Israel mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.


USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK                                            DENGAN NEGARA LUAR

Soalan :          Apakah usaha yang dilakukan oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan     baik dengan negara luar ?

     Dalam usaha mengekalkan hubungan baik dengan negara luar, Malaysia mengambil langkah menjalinkan kerjasama ekonomi dalam bidang perdagangan. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara selaras dengan amalan pasaran bebas. Contohnya, selain mengadakan hubungan perdagangan dengan Britain, Malaysia juga membina rangkaian perdagangan dengan negara Amerika, Jepun, China dan Jerman Barat.

     Usaha menjalinkan hubungan baik dengan negara luar dilaksanakan melalui pemindahan dan pertukaran teknologi. Malaysia melakukan pemindahan teknologi dan kepakaran dari Jepun dan Korea Selatan melalui dalam pembinaan LRT / MRT, empangan elektrik hidro dan lain-lain. Negara kita juga melakukan usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia.

     Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara luar melalui hubungan dua hala. Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain. Contohnya pada tahun 2005, Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden. Pada tahun 2015, Perdana Menteri Malaysia melawat Perancis, Arab Saudi dan Australia. Hubungan dua hala ini mengeratkan lagi hubungan politik kedua-dua buah negara.

             Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara luar melalui mesyuarat atau perbincangan terhadap sesuatu isu yang melibatkan kedua-dua negara.  Contohnya, Malaysia mengadakan sesi perbincangan dengan Filipina berhubung penguatkuasaan Maritim Negara. Malaysia berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. Malaysia juga mengadakan sesi perbincangan dengan Indonesia berhubung isu pendatang tanpa izin (PATI) Indonesia ke Malaysia.

Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara luar melalui hubungan multilateral. Malaysia mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN dan pertubuhan antarabangsa yang lain seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti Syria.

Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan  bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala

Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,

Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi manusia.

Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan  Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.

CABARAN DASAR LUAR DAN CADANGAN MENINGKATKAN KEBERKESANANNYA

Soalan :          Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam meningkatkan kebekesanan hubungan dengan negara luar dan cadangkan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

                Cabaran pertama yang dihadapi oleh  negara kita  ialah perbezaan ideologi.  Hal ini akan mewujudkan  jurang persefahaman yang luas antara negara. Contohnya hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab yang berbeza. Langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang agar hubungan  dua hala menjadi lebih erat.

Cabaran yang kedua ialah pertelingkahan untuk mengekalkan  hak negara. Contohnya isu Pulau Spratly serta tuntutan Filipina ke atas Sabah yang tidak pernah reda. Perebutan berkaitan isu tersebut menyebabkan hubungan kedua-dua negara menjadi renggang. Cabaran ini boleh diatasi sekiranya negara yang terlibat mematuhi undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Dunia. Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.

Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan  kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan  nilai mata wang Malaysia. Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Untuk mengatasi cabaran ini, Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.

Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing. Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat  terhad. Bagi menghadapi cabaran keempat,penguatkuasaan undang-undang  yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.

Cabaran yang terakhir ialah jenayah  merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Untuk mengatasinya, kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga  mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.

IKTIBAR YANG DIPEROLEH

Soalan :          Nyatakan iktibar yang diperoleh daripada tugasan yang anda lakukan.


             Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita boleh mengambil iktibar bahawa penggubalan dasar luar negara perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contohnya, kita telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

             Kita harus menjalin hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Sebagai contohnya, kita menjalin hubungan dengan negara blok kapitalis dan komunis. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Dengan itu, masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera.

             Kita hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh menceroboh dan mencampuri urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara Palestin adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu diselesaikan agar kestabilan politik dunia terpelihara.

              Kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
            
             Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.


KESIMPULAN

Soalan :          Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
(a)        Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
(b)        Nilai murni dan unsur patriotisme yang dapat dihayati
(c)        Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang

           Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera.

Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.



49 comments:

  1. terima kasih abezek..sy ni mengambil spmu sejarah..doakan saya abezek

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor yang MBAH
      beri 4 angka [5935] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
      sekali lagi makasih banyak ya MBAH… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BARATU,,di no (((082-188-077-422)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 670 JUTA , wassalam.

      Delete
    2. Assalamualaikum cikgu. Mana mana jawapan tu kena pilih satu sahaja Atau semua?

      Delete
  2. thankyou so much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! very helpful

    ReplyDelete
  3. Salam thanks untuk bahan k3 ni. Mohon dihalalkan ya.

    ReplyDelete
  4. thank you sgt2 utk bahan ni. minta halal ye cg

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. terima kasih untuk bahan kertas 3.

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk bahan yang amat berguna ini...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk rujukan bahan krtas 3 ni. Terima kasih cikgu, minta izin nak copy

    ReplyDelete
  8. terima kasih cikgu...saya amat hargainya

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cikgu, minta halal ye.

    ReplyDelete
  10. Terima Kasih Cikgu . Saya nak minta izin untuk guna bahan ini dalam Pereriksaan sejarah kertas 3 2016.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih cikgu.. saya doakan cikgu panjang umur dan dimurahkan rezeki dan sentiasa memberi pertolongan utk kebaikan pelajar

    ReplyDelete
  12. Minta izin gunakan bahan ni ya cikgu

    ReplyDelete
  13. Cikgu saya minta izin nak copy ye. Halalkan ye cikgu. terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Nasib dlm kertas saya photostate smua sme dgn cikgu punye bahan.. Boek ah

    ReplyDelete
  15. Nasib dlm kertas saya photostate smua sme dgn cikgu punye bahan.. Boek ah

    ReplyDelete
  16. Yeay!! Alhamdulillah. td jawab exam hampir 90% sama mcm Cikgu punya ni.. Mudah2an lulus laa 😅 Baru tgk website cikgu.. klu tidak, boleh copy awal2.. Td fail sikit part cabaran masa dpn tu, psl tak cukup time 😅 tinggal kurang 10 minit je.. terus laju2 main tulis je.. Nasib baik betul. Tp tak sempat tulis yg berkaitan nilai matawang jatuh tu..part cabaran tu dpt jwb 1 je. tu pun spontan idea datang dlm minda.. terus jwb perbezaan ideology.. Alhamdulillah.. nasib baik termasuk category cabaran jugak😅😅😅

    ReplyDelete
  17. Yeay!! Alhamdulillah. td jawab exam hampir 90% sama mcm Cikgu punya ni.. Mudah2an lulus laa 😅 Baru tgk website cikgu.. klu tidak, boleh copy awal2.. Td fail sikit part cabaran masa dpn tu, psl tak cukup time 😅 tinggal kurang 10 minit je.. terus laju2 main tulis je.. Nasib baik betul. Tp tak sempat tulis yg berkaitan nilai matawang jatuh tu..part cabaran tu dpt jwb 1 je. tu pun spontan idea datang dlm minda.. terus jwb perbezaan ideology.. Alhamdulillah.. nasib baik termasuk category cabaran jugak😅😅😅

    ReplyDelete
  18. Salam abezek, bagaiman saya bleh dptkan buku ini

    ReplyDelete
  19. Terima kasih Cg...Saya Sngat berpuas hati dengan apa yg Cg Buat..Thanks a lot Cg...

    ReplyDelete
  20. terima kasih cg, blog cg sangat membantu saya untuk membuat assignment saya. izinkan saya menggunakan isi2 dalam blog cg ni ya. terima kasih sekali lagi.. ^u^

    ReplyDelete
  21. Terima kasih ckgu ... sgt membantu untk sej k3.. mohon dihalalkn jika sya copy paste bulat2.. btw,tq again tchr😊

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, boleh bah kan share dan ambil isi nya.. 😊

    ReplyDelete
  23. Izinkan saya utk ambil sedikit point ye

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum cikgu, mohon dihalalkan. Saya CnP untuk rujukan anak.

    ReplyDelete
  25. Mohon halalkan.terima kasih.semoga sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga dimurahi rezeki.

    ReplyDelete
  26. Mohon halalkan ya. Terima kasih

    ReplyDelete
  27. Thanks cg , saye ambik sikit maklumat disini ye 😊

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah smg yg memberi ilmu ni dimurahkan rezekinya dan sekeluarga, terima kasih senang sikit saya nk tambahkan bahan utk kajian sejarah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam mempertahankan kedaulatan negara apakah rasionalnya amalan dasar luar negara?

      Delete
  29. terima kasih cikgu, izinkan saya ambil maklumat disini

    ReplyDelete
  30. terima kasih..izinkan saya ambil maklumat di sini.. mohon halalkan

    ReplyDelete