TAJUK PANAS TERKINI
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012
Harap maaf ..... TAJUK HANGAT
SENGOTI tidak dapat disempurnakan atas sebab yang tidak dapat diluahkan.
Daripada pengamatan kawe, inilah
tajuk-tajuk yang patut kita pulun dalam saat akhir menjelang peperiksaan yang
tidak berapa hari ini. Gendang perang sudah dipalu... maka bersilatlah kita
berbekalkan ilmu yang kita timba selama ini. Selamat menghadapi peperiksaan.
PENINGKATAN TAMADUN (PENDIDIKAN)
(a) Apakah
falsafah pendidikan Athens, di Yunani ?
(b) Berikan dua
perubahan di Rom hasil penekanannya terhadap pendidikan lmu yang praktikal ?
(c)
Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India
pada Zaman Vedik.
(d) Bagaimanakah
peperiksaan awam dilaksanakan di China pada zaman peningkatan tamadunnya ?
(e) Pada pendapat
anda, mengapakah pendidikan penting dalam peningkatan tamadun manusia ?
PIAGAM MADINAH
(a) Terangkan
kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial.
(b) Jelaskan
kepentingan Piagam Madinah terhadap pembentukan negara Islam.
(c)
Pada pandangan anda, mengapakah ciri Piagam Madinah
sesuai dilaksanakan dalam masyarakat berbilang kaum ?
HIJRAH
(a) Apakah maksud Hijrah ?
(b) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke
Madinah ?
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Hijrah
terhadap perkembangan Islam ?
PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk dakwah berikut :
(i) Dakwah secara rahsia
(ii) Dakwah secara terbuka
(b) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia
pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah ?
(c) Nyatakan dua cara
yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terbuka.
(d) Nyatakan
dua cara yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah untuk menghalang dakwah Nabi
Muhammad s.a.w. ?
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sebab orang Quraisy Makkah
menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ?
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
(a) Apakah cara yang dilakukan oleh pedagang untuk membantu menyebarkan
Islam di Asia Tenggara ?
(b) Bagaimanakah pemerintah kerajaan Islam memainkan peranan mengembangkan
agama Islam di rantau Asia Tenggara.
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pusat
kebudayaan di Asia Tenggara terhadap perkembangan Islam ?
ZAMAN GELAP DI EROPAH
(a) Nyatakan dua ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap.
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
apakah faktor yang
menyebabkan suasana politik di Eropah pada Zaman Gelap kucar-kacir ?
(c) Nyatakan dua keadaan yang menunjukkan Gereja mengongkong masyarakat Eropah
pada Zaman Gelap.
(d) Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan perdagangan
di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat ?
(e) Apakah iktibar yang boleh dipelajari
daripada kemerosotan ekonomi pada Zaman Gelap di
Eropah ?
GERAKAN ISLAH
(a) Apakah maksud
gerakan Islah ?
(b) Berikan dua
tokoh Kaum Muda.
(c) Nyatakan
matlamat perjuangan Kaum Muda.
(d) Apakah
cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangannya ?
(e) Jika anda
seorang pemimpin Kaum Muda, apakah langkah yang akan anda ambil untuk mengatasi
cabaran di atas ?
AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL :
PENGGERAK NASIONALISME
(a) Berikan dua
judul akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
(b) Nyatakan isu
ekonomi dan sosial yang dibangkitkan oleh pengarang dalam akhbar Melayu pada
tahun 1930-an.
(c) Apakah
persoalan wanita yang dimuatkan dalam majalah Bulan Melayu.
(d) Penulisan novel
Melayu pada tahun 1930-an banyak menyampaikan mesej berkaitan semangat
kebangsaan. Jelaskan mesej tersebut.
(e) Pada pendapat anda, mengapakah penulis pada tahun 1930-an
menggunakan media cetak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ?
PAKATAN MURNI
(a) Terangkan empat
usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni.
(b) Jelaskan
kejayaan yang dicapai hasil daripada pakatan murni.
(c) Apakah yang
mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan
murni ?
SURUHANJAYA REID & PERJANJIAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
(a) Senaraikan anggota
Suruhanjaya Reid.
(b) Berikan dua
tugas Suruhanjaya Reid ?
(c) Apakah isu
yang diberi perhatian oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya ?
(d) Nyatakan syarat
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
(e) Berdasarkan
pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
terhadap pembinaan negara dan bangsa ?
PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Apakah idea
yang dikemukakan oleh Dato’ Onn Jaafar tentang pembentukan Malaysia ?
(b) Terangkan faktor yang mendorong pembentukan Malaysia.
(c) Jelaskan
reaksi penduduk Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia.
(d) Nyatakan usaha
yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan Sabah terhadap
pembentukan Malaysia.
(e) Apakah faedah
yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai Persekutuan Malaysia ?
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
(a) Apakah
keadaan yang menyebabkan pilihan raya kecil diadakan ?
(b) Berikan dua
tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?
(c) Nyatakan
kelayakan untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.
(d) Apakah syarat
yang perlu dipenuhi jika anda berminat untuk bertanding dalam pilihan raya ?
(e) Pada pendapat
anda, mengapakah pilihan raya penting dalam negara demokrasi ?
PERPADUAN KEBANGSAAN
(a) Terangkan
langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah negara kita untuk memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat
kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
(c) Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh
dilaksanakan supaya sukan boleh memupuk perpaduan di negara kita ?
DASAR LUAR
MALAYSIA
(a) Apakah faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar
Malaysia ?
(b) Mengapakah dasar luar Malaysia pada tahap pertama lebih
bersifat pro-Barat ?
(c)
Nyatakan langkah
yang dilakukan oleh pemimpin negara kita untuk merealisasikan dasar berkecuali.
(d) Pada pandangan anda, mengapakah dasar luar Malaysia pada
tahap ketiga lebih menekankan kepentingan ekonomi ?
(e) Pada pandangan anda, apakah faedah yang dinikmati oleh negara
kita melalui hubungan luar ?
PERANG DUNIA
PERTAMA
(a) Apakah sebab tercetusnya Perang Dunia Pertama ?
(b) Sebutkan negara yang menjadi anggota pakatan berikut :
(i)
Pakatan Bertiga
(ii)
Perikatan Kuasa
Tengah
(c)
Jelaskan
peristiwa Perang Dunia Pertama.
(d) Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama ?
(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kesan
Perang Dunia Pertama boleh mengakibatkan tercetusnya Perang Dunia Kedua ?
Abezek sudah tau
..... rupanya panas tidak selalu menjengah hingga ke petang. Ada kalanya hujan
bertimpa-timpa. Sekuat mana pun kita berusaha; ketentuannya adalah milik Yang
Maha Kuasa. Namun, kita tidak harus hentikan perjuangan. Teruskanlah ..... jika
berusaha pasti akan mendapat jaya. InsyaAllah.
insyaAllah boleh..
ReplyDeletetawakkal tu a'lallah!
tajuk hangat sengoti xder??... sedih :(
ReplyDeleteape2 pon terima kasih cikgu
ni soalan real ke hape cikgu? terima kasih cikgu ^^
ReplyDeletehrp2 dkt2 sejarah nnt adelah hangat sengoti :) xde pun xpe, insya-allah mne2 dlm ni kluar ;)
ReplyDeleteterima kasih cikgu.. semua ni amat berguna untuk saya.. :)
ReplyDeleteterima kasih ikhlas dari kami yang buntu dan terkumut kumut ini..
ReplyDeletesincerely faidhi&jebat
terima kasih cikgu,,saya ttp tgk blog cikgu walaupun saat2 akhir..
ReplyDeletesedih betul, satu pon tak masuk...
ReplyDeletesemua peruncingan yang dapat tak masuk...
LAGU mano lah nih....semua yg tajuk hangat kebanyakkan nya x masuk...sedih, pilu, kecewa , delema , demam, sakit jiwa , tertekan,....tapi aq sudah buat bersungguh-sungguh dlm peperiksaan terutama sejarah...aq harap dapat A- sejarah sudah mencukupi.........
ReplyDelete#Dgn rasa sedih ..aq kata kan g00d bye ..abe zack...dan sy hargai nota2 , n latihan... :(
Aku cukup Kecewa.. Tapi aku dapat A. Wakakaka
ReplyDelete