Wednesday, 31 October 2012

NOTA PANAS SEJARAH 2 SPM 2012



NOTA PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012


PENINGKATAN TAMADUN (PENDIDIKAN)


Falsafah Pendidikan Athens dan Sparta

 

Falsafah Pendidikan Athens

·         Menghasilkan manusia seimbang rohani dan jasmani
·         Menghasilkan manusia cemerlang
·         Menghasilkan manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negara
·         Memberi pendidikan semua bidang
·         Menekankan semua aspek kemahiran

Falsafah Pendidikan Sparta

·         Menghasilkan manusia gagah berani
·         Menghasilkan manusia setia kepada negara
·         Menghasilkan manusia yang bersemangat patriotik
·         Menghasilkan manusia sanggup pertahankan  negara
·         Menubuhkan akademi tentera
·         Memberi latihan ketenteraan

Perubahan Akibat Perkembangan Ilmu Praktikal di Rom

·         Kemunculan masyarakat berilmu
·         Lahirnya cendekiawan
·         Banyak institusi pendidikan
·         Terdapat pelbagai bidang ilmu
·         Banyak kemudahan asas disediakan
·         Masyarakat hidup sejahtera

Ciri Pendidikan Agama di India Pada Zaman Vedik

·         Belajar agama Hindu
·         Menggunakan kitab Veda
·         Belajar di candi
·         Diajar oleh pendeta
·         Kebanyakan pelajar adalah  lelaki
·         Belajar secara hafalan

Kemahiran Dalam Pendidikan Awam di China

                Tahap rendah
·         Mengenal tulisan ideogram
·         Menghafal tulisan
                Tahap Menengah
·         Menulis karangan
·         Menulis karya sastera
                Tahap Tinggi
·         Menterjemah kitab suci

Pelaksanaan Peperiksaan Awam di China

·         Tiga tahap – Hsiu Tai, Chun Jen dan Shin Shih
·         Tahap pertama sama taraf ijazah pertama ,tahap kedua sama taraf ijazah sarjana dan tahap ketiga sama doktor falsafah
·         Tahap pertama & kedua dibuka 2 kali dalam 3 tahun
·         Tahap ketiga dibuka 1 kali dalam 3 tahun
·         Tahap pertama diadakan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di istana.
·         Dikawal ketat
·         Calon dikurung
·         Pemeriksa diasingkan
·         Meniru akan dibunuh
·         Lulus tahap pertama boleh jadi pegawai kerajaan
·         Lulus tahap ketiga boleh jadi pendidik

Kepentingan Pendidikan

·         Melahirkan masayarakat berilmu
·         Melahirkan masyarakat yang maju
·         Melahirkan masyarakat yang mematuhi agama
·         Melahirkan tenaga mahir
·         Melahirkan masyarakat kreatif

Usaha Melahirkan Modal Insan Bertaraf Dunia

·         Utamakan pendidikan agama
·         Menambahkan sekolah / kolej kemahiran
·         Mengkaji semula sukatan pelajaran
·         Pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT
·         Menambahkan tenaga pengajar yang mahir


PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

Bentuk Dakwah Islamiyah di Makkah
Dakwah secara rahsia
·         Dijalankan secara sembunyi-sembunyi
·         Ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat rapat
Dakwah secara terbuka
·         Dijalankan secara terang-terangan
·         Ditujukan kepada semua masyarakat Makkah

Sebab Nabi Muhammad s.a.w. Menggunakan Dakwah Secara Rahsia Pada Peringkat Awal Penyebaran Islam

·         Islam baru dikenali
·         Penganut Islam belum ramai
·         Penganut Islam golongan bawahan
·         Elak penyeksaan orang Quraisy
·         Jaga asas Islam daripada dihancurkan
·         Belum diperintahkan untuk disebar secara terangan

Tokoh Awal Memeluk Islam

·         Khadijah binti Khuwailid
·         Ali bin Abu Talib
·         Abu Bakar as-Siddiq
·         Zaid bin Haritahah
·         Dan lain-lain

Cara Yang Digunakan Oleh Nabi Muhammad s.a.w. Untuk Menyebarkan Dakwah Secara Terbuka

·         Memberi penerangan
·         Menunjukkan sifat mahmudah
·         Memberi ceramah di rumah Ali bin Abu Talib
·         Memberi ceramah di bukit Safa
·         Menjawab pertanyaan dengan cara logik
·         Menjawab pertanyaan dengan wahyu

Sebab Orang Quraisy Menentang Dakwah Islamiyah

·         Perbezaan kepercayaan
·         Tidak mahu terima prinsip persamaan taraf
·         Tidak mahu tinggalkan amalan jahiliah
·         Takut jejaskan sumber ekonomi
·         Tidak mahu tunduk kepada Nabi
·         Bimbang tidak berpeluang menjadi ketua
·         Takut hilang pengaruh

Cara Orang Quraisy Menentang Dakwah Islamiyah

·         Mengejek ajaran Islam
·         Menghina / memfitnah Nabi
·         Mengganggu Nabi beribadat
·         Menyeksa penganut Islam
·         Memujuk dengan berbagai tawaran
·         Memulau Nabi dan keluarga
·         Merancang membunuh Nabi

Sebab Islam Tersebar Dengan Mudah

·         Kesungguhan Nabi berdakwah
·         Tertarik dengan kemuliaan sifat Nabi
·         Keistimewaan agama Islam
·         Strategi dakwah yang berkesan

Usaha Meningkatkan Syiar Islam di Negara Kita

·         Menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran
·         Melantik ulama menjadi penasihat
·         Melaksanakan sistem ekonomi Islam
·         Mengamalkan nilai Islam dalam masyarakat
·         Menggunakan media baru untuk berdakwah


HIJRAH

Maksud Hijrah
·         Perpindahan dari Makkah ke Madinah
·         Perubahan dari keadaan buruk kepada baik
·         Semangat ini berubah dari buruk kepada baik

Sebab dan Tujuan Hijrah
·         Perintah Allah
·         Jemputan orang Madinah
·         Strategi meneruskan dakwah
·         Elak penyeksaan orang Quraisy
·         Mendamaikan masyarakat Madinah
·         Mengamalkan cara hidup Islam

Bukti Orang Islam Yang Berhijrah ke Madinah Bukan Pelarian
·         Dijemput oleh orang Madinah
·         Disambut meriah
·         Diberi layanan istimewa
·         Dijamin keselamatan
·         Nabi dilantik menjadi pemimpin
·         Persetujuan dibuat melalui perjanjian

Peristiwa Hijrah
·         Nabi dikepung & tukar tempat tidur
·         Pergi berjumpa Abu Bakar as-Siddiq
·         Menyatakan perintah Allah
·         Berangkat ke Madinah
·         Bersembunyi di gua Thur
·         Meneruskan perjalanan dipandu Abdullah bin Arqat

Kepentingan Hijrah
·         Dakwah dijalankan secara bebas
·         Wujud persaudaraan Muhajirin dan Ansar
·         Berlaku perdamaian suku Aus dan Khazraj
·         Terbina masjid an-Nabawi
·         Cara hidup Islam dapat diamalkan
·         Penggubalan Piagam Madinah
·         Penggunaan kalendar tahun Hijrah


PIAGAM MADINAH

Maksud Piagam Madinah
·         Perlembagaan bertulis
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi
·         Perlembagaan berdasarkan wahyu
·         Perjanjian antara pemerintah dengan rakyat
·         Perjanjian antara orang Islam dengan bukan Islam
·         Peraturan yang mesti dipatuhi oleh pemerintah, rakyat, orang Islam dan bukan Islam

Kandungan Piagam Madinah
·         Madinah adalah negara Islam
·         Nabi Muhammad s.a.w. menjadi ketua negara
·         Nabi Muhammad s.a.w. ketua hakim
·         Undang-undang kabilah boleh digunakan
·         Keselamatan negara Madinah tanggungjawab semua
·         Madinah mengamalkan ekonomi Islam
·         Memberi peluang ekonomi sama rata
·         Mengharamkan riba, penipuan dan penindasan
·         Masyarakat Madinah adalah satu ummah
·         Masyarakat mesti bersatu padu
·         Memberikan kebebasan beragama cara hidup

Kedudukan Yahudi Dalam Piagam Madinah
·         Diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Dibenarkan tinggal di Madinah
·         Bebas mengamalkan agama Yahudi
·         Bebas mengamalkan cara hidup Yahudi
·         Tidak boleh menimbulkan kekacauan
·         Mesti mematuhi Piagam Madinah

Kepentingan Piagam Madinah
·         Menjadikan Madinah model negara Islam
·         Piagam Madinah contoh perlembagaan Islam
·         Mewujudkan pemerintahan yang adil
·         Membolehkan cara hidup Islam dapat diamalkan
·         Mewujudkan masyarakat bersatu padu
·         Membolehkan ekonomi Islam diamalkan
·         Menjamin hak asasi manusia

Ciri Piagam Madinah Yang Dilaksanakan di Negara Kita
·         Memberi kebebasan beragama
·         Memberi kebebasan mengamalkan cara hidup
·         Menjamin hak asasi manusia
·         Semua rakyat menjaga keselamatan negara
·         Semua rakyat mematuhi undang-undang negara
·         Semua rakyat bersatu padu
·         Menjalankan ekonomi Islam
·         Mengharamkan riba
·         Mengharamkan penipuan dan penindasan

Sebab Piagam Madinah Sesuai Dilaksanakan Dalam Negara Berbilang Kaum
·         Semua kaum dianggap satu ummah
·         Semua kaum diiktiraf sebagai warganegara
·         Memberi kebebasan beragama
·         Memberi kebebasan mengamalkan cara hidup
·         Menjamin hak asasi setiap kaum
·         Semua kaum bertanggungjawab menjaga keselamatan negara
·         Semua rakyat bersatu padu
·         Mengharamkan penipuan dan penindasan

Ciri-Ciri Keadilan Dalam Piagam Madinah
·         Rakyat Madinah adalah satu ummah
·         Semua rakyat dibenarkan tinggal di Madinah
·         Setiap individu diberi kebebasan beragama
·         Setiap individu bebas mengamalkan cara hidup
·         Menjamin hak asasi setiap individu
·         Mengharamkan riba
·         Mengharamkan penipuan dan penindasan
·         Boleh mengamalkan peraturan kaum masing-masing


PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

Teori dan Bukti Islam Dibawa Terus Dari Tanah Arab
·         Oleh John Crawford dan Syed Naquib al-Attas
·         Pedagang Arab sudah lama berdagang ke China
·         Pedagang Arab singgah di Asia Tenggara
·         Terdapat perkampungan Arab (Ta Shih) di Sumatera
·         Persamaan dalam kesusasteraan
·         Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab
·         Banyak perkataan Melayu meminjam perkataan Arab
·         Penulisan kitab menggunakan gaya bahasa Arab
·         Pemerintah diislamkan oleh ulama Arab

Teori dan Bukti Islam Dibawa Melalui China
·         Oleh Gadinho Eredia dan S.Q.Fatimi
·         Pedagang Islam China sudah lama berdagang di Asia Tenggara
·         Orang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara
·         Persamaan seni bina masjid
·         Bumbung masjid menyerupai bumbung pagoda
·         Penggunaan jubin pada lantai masjid
·         Penggunaan cat terang pada bangunan masjid

Teori dan Bukti Islam Dibawa Melalui India
·         Oleh Snouck Hungronje
·         Pedagang Islam India sudah lama berdagang di Asia Tenggara
·         Pedagang Asia Tenggara selalu berkunjung ke Gujerat
·         Persamaan cara hidup
·         Persamaan adat istiadat

Faktor Penyebaran Islam di Asia Tenggara
·         Dibantu oleh pedagang Islam
·         Peranan yang dimainkan oleh pemerintah Islam
·         Perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa
·         Penaklukan tanah jajahan
·         Peranan pusat kebudayaan
·         Peranan mubaligh
·         Keistimewaan agama Islam

Cara Pedagang Menyebarkan Islam
·         Menjadikan Islam tajuk perbualan
·         Menunjukkan sifat mahmudah
·         Berkahwin dengan wanita tempatan
·         Membawa ulama bersama
·         Membuka kampung
·         Mengajar agama Islam di kampung pedagang
·         Mengadakan hubungan baik dengan pemerintah
·         Menggunakan jawatan Syahbandar

Peranan Pemerintah / Kerajaan Menyebarkan Islam
·         Memeluk Islam dan diikuti rakyat
·         Mengadakan perkahwinan siasah
·         Menakluki tanah jajahan
·         Menghantar mubaligh ke tanah jajahan
·         Menerapkan Islam dalam pentadbiran
·         Melantik ulama sebagai penasihat
·         Melaksanakan undang-undang Islam
·         Memgamalkan ekonomi Islam
·         Menjadikan istana sebagai pusat pengajian Islam

Kerajaan / Pusat Kebudayaan Islam di Asia Tenggara 
·         Samudera Pasai
·         Melaka
·         Acheh
·         Johor Riau
·         Demak
·         Pattani

Peranan Pusat Kebudayaan Mengembangkan Islam 
·         Pusat pengajian ilmu agama
·         Pusat perbincangan ulama
·         Pusat rujukan tentang masalah agama
·         Pusat penulisan kitab
·         Pusat penterjemahan
·         Pusat kesusasteraan
·         Pusat pembelajaran ilmu tasawuf
·         Pusat menyimpan buku hikayat


PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

Faktor Melaka Muncul Menjadi Pusat Perdagangan
·         Kedudukan strategik
·         Pelabuhan yang baik
·         Kemudahan di pelabuhan yang cukup
·         Bekalan barang dagangan yang banyak
·         Mempunyai hubungan perdagangan dengan luar
·         Keselamatan di perairan
·         Pentadbiran yang cekap
·         Penggunaan mata wang
·         Sistem cukai yang baik

Sebab Orang Melayu Menceburi Bidang Perdagangan
·         Memiliki pelabuhan
·         Mahir membina kapal
·         Mahir dalam ilmu pelayaran
·         Bahasa Melayu menjadi lingua franca
·         Bekalan barang dagangan yang banyak
·         Galakan pemerintah

Mata Wang Yang Digunakan Dalam Perdagangan di Melaka
·         Wang emas Johor
·         Wang emas Kelantan
·         Wang timah Kedah
·         Wang timah Melaka
·         Wang timah Johor

Ciri Islam Pada Mata Wang Negeri Melayu
·         Terdapat nama Sultan
·         Terdapat gelaran Islam Sultan
·         Ditulis menggunakan tulisan Jawi
·         Tarikh Islam mata wang dikeluarkan

Peraturan Cukai Tetap di Melaka
·         Dikenakan ke atas barang yang diimport
·         Cukai barang dari India, Arab, Siam, Pegu ialah 6%
·         Cukai barang dari China dan Jepun ialah 5%
·         Beras dan makanan dikecualikan cukai
·         Cukai dibayar dahulu sebelum berniaga

Peraturan Cukai Diraja di Melaka
·         Dikenakan ke atas orang asing di Melaka
·         Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan 3%
·         Orang asing dari tempat lain dikenakan 6%

Kepentingan Cukai Kepada Negara
·         Menjadi sumber pendapatan negara
·         Menggalakkan perdagangan
·         Sumber untuk merancang pembangunan negara
·         Sumber meningkatkan produktiviti

Langkah Meningkatkan Kesedaran Untuk Membayar Cukai
·         Kempen tentang kepentingan cukai kepada negara
·         Memberikan diskaun kepada pembayar cukai
·         Bayaran cukai melalui potongan gaji
·         Memantau premis perniagaan yang tidak bayar cukai
·         Menguatkuasakan undang-undang


ZAMAN GELAP DI EROPAH

Ciri Sistem Feudal di Eropah Pada Zaman Gelap atau
Persamaan Sistem Feudal Eropah – Sistem Feudal Melayu
·         Raja menjadi penaung masyarakat
·         Raja melindungi bangsawan
·         Raja memberi tanah kepada bangsawan
·         Bangsawan memberi khidmat kepada raja
·         Golongan baron / tuan tanah sangat berkuasa
·         Petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
·         Petani membayar cukai kepada tuan tanah
·         Petani tidak bayar cukai menjadi hamba

Sebab Keadaan Politik di Eropah Kucar-Kacir
·         Runtuhnya kerajaan Rom
·         Tidak ada kerajaan pusat yang kuat
·         Kerajaan kecil sentiasa berperang
·         Raja kehilangan kuasa
·         Raja dikawal oleh bangsawan
·         Bangsawan terlalu berkuasa
·         Bangsawan berebut kuasa

Faktor Perdagangan di Eropah Tidak berkembang Pesat
·         Perdagangan dijalankan secara kecil-kecilan
·         Ekonomi bersifat ekonomi sara diri
·         Tidak berdagang ke Timur Jauh
·         Tiada kemahiran dalam ilmu perdagangan
·         Bersaing dengan pedagang Islam
·         Diganggu oleh lanun Viking dan Magyar
·         Tiada mata wang
·         Perdagangan secara sistem barter

Keadaan Menunjukkan Gereja Mengongkong Masyarakat
·         Menyuruh masyarakat mematuhi arahan Gereja
·         Menyuruh masyarakat tumpukan ilmu akhirat sahaja
·         Menyuruh masyarakat menderma kepada Gereja
·         Menyuruh masyarakat membeli Sijil Pengampunan
·         Melarang masyarakat mempersoalkan Gereja
·         Melarang masyarakat menuntut ilmu duniawi
·         Melarang masyarakat mencari kemewahan

Perubahan di Eropah Pada Penghujung Zaman Gelap
·         Raja membebaskan diri daripada bangsawan
·         Munculnya golongan monarki baru
·         Gereja tidak lagi mengongkong masyarakat
·         Gereja menjadi agen penyatuan masyarakat
·         Meningkatnya perdagangan antarabangsa
·         Kemunculan bandar-bandar
·         Berlaku pertambahan penduduk
·         Munculnya golongan pertengahan
·         Rakyat terlibat dalam politik

Unsur Negatif Akibat Zaman Gelap
·         Keadaan politik kucar-kacir
·         Wujud sistem feudalisme
·         Pemerintah kehilangan kuasa
·         Ekonomi mundur
·         Perdagangan tidak berkembang maju
·         Kehidupan rakyat menderita
·         Masyarakat dikongkong oleh institusi agama
·         Masyarakat tidak berilmu pengetahuan
·         Dan lain-lain

Iktibar Daripada Kemerosotan Ekonomi Pada Zaman Gelap
·         Perlunya menggunakan mata wang
·         Ekonomi hendaklah dijalankan secara skala besar
·         Sanggup bersaing dengan orang lain secara sihat
·         Mempersiapkan diri dengan kemahiran berdagang
·         Perdagangan perlu sampai ke peringkat antarabangsa
·         Dan lain-lain


GERAKAN ISLAH

Maksud Gerakan Islah
·         Gerakan membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam
·         Gerakan yang dipelopori oleh Kaum Muda

Tokoh Kaum Muda
·         Sheikh Tahir Jalaluddin
·         Syed Sheikh al-Hadi
·         Dr. Burhanuddin al-Helmy   

Judul Media Yang Digunakan Oleh Kaum Muda
·         Al - Imam
·         Neraca
·         Idaran Zaman
·         Pengasuh

Matlamat Perjuangan Kaum Muda
·         Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
·         Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
·         Menyemai sikap mengkritik penjajah
·         Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak memajukan orang Melayu

Cabaran Perjuangan Kaum Muda
·         Masyarakat sudah dipengaruhi fahaman Kaum Tua
·         Kegiatan dakwah tidak dibenarkan di Negeri Melayu
·         Dakwah hanya boleh dijalankan di Negeri Selat sahaja
·         Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang pengaruh Kaum Muda
·         Kegiatan dakwah perlu mendapat keizinan Sultan
·         Buku dan risalah Kaum Muda tidak boleh dibawa masuk ke Negeri Melayu

Langkah Kaum Muda Menangani cabaran
·         Menubuhkan madrasah
·         Memberi pendidikan kepada perempuan
·         Menekankan pendidikan dalam semua bidang ilmu

Tujuan Kaum Muda Menubuhkan Madrasah
·         Menyampaikan pendidikan Islam
·         Memberi pendidikan meliputi dunia dan akhirat
·         Memberikan pendidikan kepada golongan wanita
·         Membendung tekanan British
·         Membendung tekanan Kaum Tua

Kepentingan Perjuangan Kaum Muda
·         Menjana Islam untuk kemajuan dunia
·         Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya ilmu
·         Menyedarkan masyarakat tentang dasar penjajah
·         Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
·         Memberikan pendidikan kepada wanita
·         Memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu


PERANAN AKHBAR, MAJALAH & NOVEL

Akhbar Melayu Tahun 1930-an
·         Warta Malaya
·         Lembaga Malaya
·         Majlis
·         Utusan Melayu
·         Warta Negara

Isu Yang Dibangkitkan Dalam Akhbar Melayu tahun 1930-an
                Politik
·         British mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
·         Pembesar yang tidak memajukan rakyat
·         Dasar pilih kasih British dalam pentadbiran
·         Menyeru orang Melayu bersatu
·         Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
Ekonomi
·         Menggalakkan orang Melayu menubuhkan syarikat kerjasama
·         Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
·         Menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam perniagaan
·         Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
·         Menyeru orang Melayu berjimat cermat
·         Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
Sosial
·         Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
·         Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
·         Orang Melayu memilih kerja dan malas
·         Menggalakkan tabungan untuk pendidikan
·         Mementingkan kemahiran tradsional Melayu
·         Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
·         Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki
·         Meminta sekolah Melayu diberi nilai ekonomi
·         Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
·         Menyeru orang Melayu utamakan pendidikan Islam
·         Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Judul Majalah Melayu Tahun 1930-an
·         Majalah Guru
·         Pengasuh
·         Bulan Melayu

Persoalan Penting Dalam Majalah Melayu Tahun 1930-an
Majalah Guru
·         Pendidikan anak-anak Melayu
·         Perpaduan di kalangan orang Melayu
·         Semangat cinta akan negara
·         Semangat menentang penjajahan
·         Membaiki taraf hidup orang Melayu
·         Memajukan bahasa dan sastera Melayu
·         Perpaduan di kalangan guru
Pengasuh
·         Menjana Islam untuk kemajuan
·         Menggalakkan pendidikan orang Islam
·         Memperluaskan ilmu dalam pelbagai bidang
·         Pentafsiran terhadap persoalan orang Islam
·         Menjauhi sifat buruk
                Bulan Melayu
·         Perpaduan guru perempuan
·         Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan
·         Mendorong wanita menjaga kesopanan
·         Mengamalkan nilai Islam dan budaya Timur
·         Wanita menjadi obor memajukan bangsa

Judul Novel Melayu Tahun 1930-an
·         Putera Gunung Tahan – Ishak Haji Muhammad
·         Anak Mat Lela Gila – Ishak Haji Muhammad
·         Keris Melaka – Ahmad Bakhtiar
·         Melor di Kuala Lumpur – Harun Aminurrashid

Mesej Dalam Novel Melayu
·         Semangat perjuangan menentang penjajah
·         Semangat cinta akan tanah air
·         Menghargai sumbangan tokoh silam Melaka
·         Menggunakan sejarah untuk mendorong semangat perjuangan bangsa
·         Menghargai warisan bangsa
·         Menolak kesenangan demi maruah bangsa
·         Semangat generasi muda menjaga maruah bangsa
·         Berbangga dengan kebolehan sendiri
·         Kebebasan wanita
·         Mementingkan pendidikan untuk kebaikan diri

Isu Wanita Dalam Media Tahun 1930-an
·         Pendidikan untuk anak perempuan
·         Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan
·         Mendorong wanita menjaga nilai Islam
·         Mendorong wanita mengamalkan budaya Timur
·         Wanita menjadi obor  memajukan bangsa
·         Kebebasan wanita
·         Perpaduan di kalangan wanita Melayu

Sebab Media Cetak Menjadi Pilihan Pada Tahun 1930-an
·         Belum ada media lain yang lebih baik
·         Murah
·         Meluas
·         Mudah dirujuk
·         Mudah dibawa
·         Digemari ramai


PAKATAN MURNI

Maksud Pakatan Murni
·         Kerjasama semua kaum
·         Menyelesaikan tuntutan kaum masing-masing
·         Melalui rundingan
·         Bertujuan untuk menyatupadukan kaum

Prinsip Pakatan Murni
·         Bertolerasnsi
·         Berunding
·         Bersatu padu

Langkah Mewujudkan Pakatan Murni
·         Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK)
                Pada mulanya JHAK dianggotai kaum Melayu dan Cina
                Orang Melayu diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar
                Orang Cina diketuai oleh Tan Cheng Lock
                Kemudian disertai oleh India, Sri Lanka, Serani dll
·         Mengadakan rundingan antara UMNO dengan JHAK
                Bersetuju menubuhkan RIDA
                Melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai Pengerusi RIDA
                Memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
                Memberikan kerakyatan kepada imigran
                Mengadakan pilihan raya pada masa yang sesuai
·         Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
                Cadangan dikemukakan oleh Dato’ Onn Jaafar
                Cadangan beliau ditolak oleh ahli UMNO
                Beliau dikecam oleh orang Melayu
                Dato’ Onn meninggalkan UMNO
·         Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
                Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar
                Dibuka kepada semua kaum
                IMP hanya disertai oleh kaum Melayu
                IMP tidak mendapat sambutan kaum lain
·         Mengadakan Persidangan Kebangsaan
Dianjurkan oleh Malcolm MacDonald
·         Mengadakan Konvensyen Kebangsaan
Dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman
Disertai oleh UMNO, MCA dan MIC dll

Kepentingan Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK)
·         Titik permulaan kerjasama antara kaum
·         Memperlihatkan perubahan dasar UMNO
·         UMNO sanggup berunding dengan kaum lain
·         Pendekatan baru dalam politik Tanah Melayu
·         Meletakkan perpaduan menjadi asas kemerdekaan

 Persetujuan Yang Dicapai Melalui Rundingan UMNO – JHAK
·         Menubuhkan RIDA
·         Melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai Pengerusi RIDA
·         Memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
·         Memberikan kerakyatan kepada imigran
·         Mengadakan pilihan raya pada masa yang sesuai

Sebab Dato’ Onn Meninggalkan UMNO
·         Mahu jadikan UMNO parti semua kaum
·         Cadangan beliau ditolak oleh ahli UMNO
·         Beliau dikecam oleh orang Melayu
·         Mahu menubuhkan parti baru

Sebab Kaum Bukan Melayu Tidak Berminat Menyertai Parti IMP
·         Semangat perkauman yang menebal
·         Mereka sudah ada parti kaum mereka
·         Tidak selesa berhubung dengan kaum lain
·         Masalah komunikasi

 Kejayaan Hasil Pakatan Murni
·         Memenangi Pilihan Raya MPKL
·         Memenangi Pilihan Raya MP bandar utama
·         Memenangi Pilihan Raya Negeri
·         Menubuhkan Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC)
·         Memenangi Pilihan Raya MPP
·         Perikatan berjaya menubuhkan kerajaan
·         Perikatan dapat membentuk kabinet pelbagai kaum
·         Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri
·         Parti PERIKATAN mengetuai rundingan kemerdekaan


SURUHANJAYA REID & PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Anggota Suruhanjaya Reid
·         Lord Reid (Hakim British)
·         Sir Ivor Jennings (England)
·         Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
·         Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
·         Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Peranan / Tugas Suruhanjaya Reid
·         Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Mengkaji isu-isu dalam merangka perlembagaan
·         Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
·         Menerbitkan cadangan perlembagaan
·         Menghantar cadangan perlembagaan kepada Parlimen British dan MPP untuk disahkan

Isu Yang Diberi Perhatian Oleh Suruhanjaya Reid Dalam Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

·         Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat

·         Kuasa Kerajaan Negeri
·         Kedudukan Raja-Raja Melayu
·         Hak istimewa orang Melayu
·         Pembinaan bangsa Persekutuan Tanah Melayu
·         Pemberian kerakyatan kepada imigran
·         Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
·         Bahasa kebangsaan

Langkah Yang Dilakukan Oleh Suruhanjaya Reid Untuk Menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Mengkaji isu-isu dalam merangka perlembagaan
·         Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
·         Menerbitkan cadangan perlembagaan
·         Menghantar cadangan perlembagaan kepada Parlimen British untuk diluluskan
·         Menghantar cadangan perlembagaan kepada Majlis Mesyuarat Persekutuan (MPP) untuk disahkan


Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

·         Persekutuan Tanah Melayu adalah Kerajaan Persekutuan 

·         Kuasa Persekutuan dengan kuasa Negeri ditentukan mengikut Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri

·         Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan
·         Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi
·         Prinsip jus soli diterima
·         Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
·         Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
·         Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
·         Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
·         Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara
·         Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Merupakan satu langkah pembinaan negara dan bangsa
·         Unsur kesultanan Melayu dan sistem birokrasi Barat digabungkan untuk membentuk identiti negara
·         Dapat membentuk kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan
·         Dapat menghasilkan pakatan murni
·         Wujudnya perpaduan kaum
·         Dapat mewujudkan keharmonian kaum
·         dapat mentadbir negara mengikut acuan sendiri
·         Dapat melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
·         Dapat mengetepikan perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa


PEMBENTUKAN MALAYSIA

Cadangan Pembentukan Malaysia Oleh Dato’ Onn Jaafar
·         Menggabungkan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu
·         Negara yang akan dibentuk dinamakan Malaysia

Faktor Pembentukan Malaysia
·         Pengaruh komunis di Singapura
·         Parti Barisan Sosialis memenangi kerusi Hong Lim
·         Lee Kuan Yew bimbang British enggan beri kemerdekaan
·         Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
·         Persekutuan Tanah Melayu dapat bantu Singapura banteras pengaruh komunis
·         Pengaruh komunis di Sarawak
·         Parti Komunis Antarabangsa mahu jadikan Sarawak senbagai negara komunis
·         Untuk mempercepatkan kemerdekaan Sarawak & Sabah
·         Dasar British memerdekakan kepada tanah jajahannya
·         Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
·         Dapat mewujudkan pasaran yang luas
·         Menggalakkan pelaburan
·         Menggalakkan perkembangan industri pertanian
·         Mewujudkan kerjasama ekonomi
·         Memanfaatkan sumber ekonomi
·         Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
·         Mengimbangkan jumlah kaum
·         Mewujudkan perpaduan serantau

Reaksi Penduduk Sarawak Terhadap Pembentukan Malaysia
·         Pada mulanya tidak bersetuju
·         Hanya parti PANAS sahaja yang menyokong
·         Setelah diberi penjelasan, semua penduduk menyokong
·         Hanya parti SUPP yang menentang
·         Parti yang menyokong bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak
·         Parti Perikatan Sarawak menghalang pengaruh SUPP

Reaksi Penduduk Sabah Terhadap Pembentukan Malaysia
·         Penduduk Sabah berlumba-lumba membentuk parti politik
·         Berbagai-bagai parti politik muncul
·         Majoriti penduduk menyokong pembentukan Malaysia tetapi bersyarat
·         Penduduk Sabah menubuhkan Parti Perikatan Sabah
·         Mereka mengemukakan 20 syarat (Perkara 20)
·         Perkara 20 diterima
·         Dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Hak Wilayah Asingan

Reaksi Indonesia Terhadap Pembentukan Malaysia
·         Indonesia membantah pembentukan Malaysia
·         Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru
·         Pembentukan Malaysia boleh mengancam Indonesia
·         Mengisytiharkan Dasar Konfrontasi
·         Melancarkan slogan “Ganyang Malaysia”
·         Menyerang kapal nelayan Malaysia
·         Menceroboh ruang udara Malaysia
·         Menyerang Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah
·         Indonesia memburukkan Malaysia di negara Afro-Asia

Tindakan Malaysia Menghadapi Penentangan Indonesia
·         Mengambil sikap berdiam diri terhadap serangan kapal nelayan dan pencerobohan ruang udara
·         Bertindak balas dengan bantuan tentera komanwel terhadap serangan bersenjata Indonesia
·         Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
·         Mengadakan lawatan ke negara Afro-Asia
·         Menjelaskan tentang hubungan Malaysia – Indonesia
·         Membaiki hubungan diplomatik melalui MAPHILINDO

Usaha Mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah
·         Menubuhkan JPPK
Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah
Menerangkan tentang gagasan Malaysia
Mengumpul pandangan penduduk tentang Malaysia
Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
JPPK mengadakan mesyuarat
Mengemukakan memorandum kepada S/Jaya Cobbold
·         Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold
        Meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang   gagasan Malaysia.
        Mengemukakan cadangan perlembagaan Malaysia
·         Pihak British menubuhkan JAK
        Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold
        Menerangkan penubuhan Malaysia.
        Mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia
        Membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah
·         Menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB
Ditubuhkan oleh Setiausaha Agung PBB
Meninjau semula pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
Mengesahkan pendirian penduduk Sarawak dan Sabah

Faedah Menganggotai Malaysia
·         Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut
·         Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
·         Menghalang penyebaran komunis di Borneo
·         Mewujudkan pasaran yang lebih luas
·         Menggalakkan industri pertanian
·         Dapat memanfaatkan sumber yang ada
·         Mengimbangkan jumlah kaum

Nilai Moral Daripada Kejayaan Pembentukan Malaysia
·         Semangat berkerjasama
·         Diplomasi politik
·         Bertoleransi
·         Menyelesaikan masalah melalui rundingan
·         Semangat bersatu padu


PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud Pilihan Raya
·         Proses memilih wakil rakyat
·         Pemilihan dilakukan secara sulit
·         Menggunakan prosedur yang telus
·         Pengiraan undi dibuat secara terbuka
·         Keputusannya direkodkan
·         Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang

Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·         Menentukan sempadan pilihan raya
·         Menjalankan pendaftaran pemilih
·         Mengendalikan pilihan raya
·         Menjamin pilihan raya yang adil
·         Menjamin pilihan raya bebas

Jenis Pilihan Raya
                Pilihan raya umum
·         Diadakan serentak di seluruh Malaysia

                Pilihan raya kecil
·         Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
·         Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak

Keadaan Yang Membolehkan Pilihan Raya Kecil Diadakan
·         Kematian wakil rakyat
·         Perletakan jawatan wakil rakyat
·         Perlucutan jawatan wakil rakyat

Syarat Menjadi Calon Pilihan Raya
·         Warganegara Malaysia
·         Berumur 21 tahun
·         Bermastautin di Malaysia
·         Sempurna akal
·         Bukan seorang muflis
·         Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
·         Tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah
·         Tidak pernah didenda melebihi RM 2 000.00
·         Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar.
·         Tidak pernah dihukum penjara lebih daripada 12 bulan


 Kelayakan Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya
·         Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih
·         Berumur 21 tahun
·         Warganegara Malaysia
·         Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
·         Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya
·         Mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja

Proses Pilihan Raya
·         Menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian
·         Proses penamaan calon
·         Menyediakan manifesto pilihan raya
·         Melancarkan kempen pilihan raya
·         Mengumumkan tempat mengundi dan mengira undi
·         Memberi kertas undi
·         Membuang undi
·         Mengira undi
·         Mengumumkan keputusan pilihan raya


PERPADUAN KEBANGSAAN

Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
·         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
·         Dokumen dalam bahasa Melayu diiktiraf
·         Bahasa Melayu menjadi alat untuk menjamin perpaduan.

Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
·         Melancarkan “Minggu Bahasa”
·         Melancarkan “Bulan Bahasa”
·         Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
·         Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
·         Menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar sekolah
·         Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah
·         Menggunakan bahasa Melayu di Parlimen
·         Menggunakan bahasa Melayu dalam majlis rasmi
·         Menukarkan bahasa pengantar Bahasa Inggeris
·         Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
·         Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia

Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Membentuk identiti negara Malaysia
·         Memperkukuhkan perpaduan
·         Memelihara keperibadian kebangsaan
·         Mempertingkatkan kualiti kehidupan
·         Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
·         Unsur kebudayaan lain yang sesuai
·         Islam sebagai teras

Usaha Menjadikan Sukan Sebagai Alat Memupuk Perpaduan
·         Libatkan semua kaum dalam sukan
·         Laksanakan sukan di semua peringkat
·         Jadikan sukan sebagai kegiatan kokurikulum
·         Jayakan dasar satu murid satu sukan
·         Ketepikan fahaman politik dalam kegaiatan sukan
·         Pupuk semangat menyokong pasukan negara
·         Adakan SUKMA / Sukan IPT

Sebab Sukan Berupaya Memupuk Perpaduan Masyarakat
·         Semua kaum terlibat dalam sukan
·         Sukan tidak mengira peringkat umur
·         Sukan boleh dilaksanakan di semua peringkat
·         Sukan dapat memupuk semangat kerjasama
·         Sukan dapat memupuk semangat berpasukan
·         Sukan dapat memupuk jati diri

Kepentingan Perpaduan
·         Menstabilkan politik
·         Melahirkan semangat patriotik
·         Memupuk semangat kekitaan
·         Mengukuhkan jati diri
·         Memajukan ekonomi
·         Membentuk identiti bangsa


PERANG DUNIA PERTAMA (1914 – 1918)

Sebab Tercetusnya Perang Dunia Pertama
·         Kemunculan nasionalisme di Eropah
·         Negara kecil bersatu membentuk negara besar
·         Kuasa Eropah bersaing mendapatkan tanah jajahan
·         Kuasa besar sanggup berperang utk buktikan kekuatan
·         Persaingan mendapatkan bahan mentah dan pasaran
·         Wujudnya sistem pakatan negara-negara Eropah
·         Terdapat Perikatan Kuasa Tengah & Pakatan Bertiga
·         Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand
·         Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
·         Jerman menyerang Perancis
·         Britain minta bantuan Amerika menentang Jerman
·         Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat

Pakatan Negara Yang Terlibat Dalam Perang Dunia Pertama
                Perikatan Kuasa Tengah
·         Jerman
·         Austria-Hungary
·         Itali
                Pakatan Bertiga
·         Britain
·         Perancis
·         Rusia

Peristiwa Perang Dunia Pertama
·         Franz Ferdinand dibunuh oleh pengganas Serbia
·         Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
·         Jerman menyerang Perancis yang menyokong Serbia
·         Tindakan Jerman menimbulkan kemarahan Britain
·         Britain minta bantuan Amerika
·         Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika

Kesan Perang Dunia Pertama
·         Tamatnya sistem beraja di Eropah
·         Termeterainya Perjanjian Versailles
·         Terbentuknya beberapa buah negara baru
·         Terbentuknya Liga Bangsa
·         Kemelesetan ekonomi dunia
·         Negara berperang dilanda inflasi
·         Negara berperang menanggung hutang
·         Berlaku pengangguran
·         Ekonomi dunia dikuasai oleh Amerika dan Jepun
·         Britain hilang sebahagian daripada perdagangan luarnya
·         Kehilangan nyawa yang banyak
·         Kemusnahan harta benda
·         Tercetusnya Perang Dunia Kedua

Kesan Perang Dunia Pertama Menyebabkan Tercetusnya Perang Dunia Kedua
·         Perjanjian Versailles ditandatangani
·         Jerman tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles
·         Jerman kehilangan tanah jajahan
·         Jerman terpaksa mengurangkan saiz tenteranya
·         Jerman di kenakan pampasan
·         Amerika enggan menyediakan pinjaman kepada Jerman
·         Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan
·         Jerman menghadapi masalah ekonomi
·         Jerman mengukuhkan semula ketenteraan
·         Jerman mengalihkan perhatian rakyatnya dengan menjalankan perluasan kuasa

Langkah Mengelakkan Peperangan
·         Menghormati kedaulatan negara lain
·         Mengamalkan dasar berkecuali
·         Jangan menceroboh negara lain
·         Menyelesaikan konflik secara rundingan
·         Mengukuhkan hubungan dua hala
·         Jangan terlibat dalam perlumbaan senjata
·         Dan lain-lain


DASAR LUAR MALAYSIA

Jenis Hubungan Luar Malaysia
Hubungan bilateral
·         Hubungan secara terus dengan negara tertentu
·         Contohnya Malaysia mengadakan hubungan secara terus dengan Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain

                Hubungan multilateral
·         Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
·         Contohnya menganggotai ASEAN, Komanwel, OIC, NAM dan sebagainya

Asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia
·         Menjalin hubungan dengan negara yang pernah berdagang Kesultanan Melayu Melaka
·         Menjalin hubungan dengan negara Komanwel
·         Menjalin hubungan dengan negara serumpun
·         Menjalin hubungan dengan negara yang boleh memberikan kepentingan ekonomi
·         Menjalin hubungan dengan negara yang mengamalkan sistem demokrasi
·         Menjalin hubungan berdasarkan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
·         Menjalin hubungan sesama negara Islam
·         Menjalin hubungan dengan negara yang mengamalkan hak asasi manusia

Tahap Dasar Luar Malaysia
Tahap Pertama
·         Pro-Barat
·         Berbaik-baik dengan negara jiran
·         Berbaik-baik dengan negara Komanwel
Tahap Kedua
·         Mengamalkan dasar berkecuali
·         Berbaik-baik dengan semua negara
Tahap Ketiga
·         Mengekalkan dasar tahap kedua
·         Menekankan kepentingan ekonomi

Sebab Malaysia Mengamalkan Dasar Luar Tahap Pertama Yang Bersifat Pro-Barat
·         Malaysia baru merdeka
·         Ancaman komunis dalam negara
·         Memerlukan bantuan pertahanan negara komanwel
·         Malaysia menandatangani Perjanjian AMDA
·         Malaysia bergantung kepada Britain dalam ekonomi
·         Malaysia adalah Blok Sterling
·         Untuk memasarkan bijih timah dan getah
·         Britain banyak melabur di Malaysia

Sebab Dasar Luar Malaysia Tahap Kedua Lebih Kepada Dasar Berkecuali
·         Mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara
·         AMDA kurang memainkan peranannya
·         Kurangnya pengaruh Britain di Timur
·         Pergolakan di Vietnam melibatkan Amerika dan China
·         Perisytiharan ASEAN sebagai ZOPFAN
·         Mahu menjalin hubungan dengan negara komunis
·         Untuk atasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia

Faktor Dasar Luar Malaysia Pada Tahap Ketiga Yang Bermatlamatkan Kepentingan Ekonomi
·         Malaysia menuju ke arah negara industri
·         Malaysia mementingkan perdagangan
·         Untuk menggalakkan pelaburan asing
·         Untuk mencari pelaburan di negara Dunia Ketiga
·         Kerjasama ekonomi dengan negara ASEAN
·         Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982
·         Malaysia menjadikan Jepun dan Korea sebagai model

Usaha Memantapkan Hubungan Luar Tahap Ketiga
·         Mengadakan hubungan erat dengan negara ASEAN
·         Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
·         Mengadakan hubungan dengan Negara Dunia Ketiga
·         Membawa misi perdagangan dalam lawatan PM
·         Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
·         Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara